To all my teachers and ustaz's, i wish you all a 'Happy Teacher's Day'..!!

May Allah Subhanahu Wa Ta'ala bless you all with the best of Iman, health, wealth and give you your due rewards both here on Earth and in the Hereafter...
Ameeen ya Robb..

First and foremost, naturally we worship Allah SWT, then we love our Rasulullah SAW...

In Islamic traditions, we are to honor our mother first, then our father, then our teachers...

Jutaan terima kasih kepada sang pendidik...ustaz, ustazah, murabbi, mualim, cikgu serta mereka-mereka yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada ana..

Tanpa cikgu-cikgu semua, tentu ana masih teraba-raba dalam mencari jalan di dunia ini tanpa mendapat suluhan daripada cikgu-cikgu sekalian...^^

Alhamdulillah...
Syukran kerana sabar, tulus, ikhlas serta kasih sayang dalam mendidik ana selama ini sampai menjadi manusia walaupun sekarang ni terus mencari & mencari serta menggali lagi hingga ke dasar.. InsyaAlllah..

Ummi & Abi

Khas buat Ummi & Abi sebagai Murabbi Murabbiyah yg pertama & selamanya.. Kasih sayang ummi & abi curahkan tidak terjangkal dek kata-kata mahupun ternilai dengan jutaan dollar.. Terima kasih atas pengorbanan yang telah dicurah kepada anak mu ini... Terima kasih atas nasihat-nasihat ummi & abi yang tak jemu-jemu selama ni...^^

Buat cikgu-cikgu tadika, cikgu-cikgu di Sek. Keb Atas Tol, cikgu-cikgu di Sek. Men. Keb. Sultan Mansor serta cikgu-cikgu di Sek. Men. Keb. Tengku Bariah..
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Universiti Utara Malaysia.


Dan seluruh guru-guru yang selalu mendorongkan diri ini ke arah membina jati diri dan matlamat hidup yang sangat singkat ini...

Kalian adalah lilin yang membakar diri....
Sayang cikgu-cikgu semua...

...Nota jari si jelita...

Selamat hari guru to my sister 'Aida' & her husband..
To kak ipaq 'Kak Jah' jugak..

by

Alkisah..
Tiga orang sahabat sedang beriadah di sebuah tasik. Setelah peluh membasahi dahi, mentari mencengkam kulit, angin lembut menyapa telinga, mereka bertiga melepaskan penat sambil menikmati alam ciptaan Allah. Terpandang sekumpulan akhwat yang beriadah sambil mentadabbur kalam Allah..


"Cantik sungguh muslimat tu kan?." Alif


"Ya..cantik.." Bohari


"Kenapa?" Cicoo


"Aku nak cuba dapatkan muslimat yang solehah." Alif


"Ha..? Kau biar betol.. Kan couple tak baik.." Cicoo


"Ada aku cakap aku nak couple? Aku cakap aku nak dapat kan muslimat solehah.. Muslimat yang solehah dari segi agamanya dan akhlaknya sebagai peneman hidup aku hingga ke syurga..insyaAllah.." kata Alif sambil memandang jauh ke tasik yang tenang itu setenang jiwa dan hatinya.


"Baguslah jika itu hajat kau Alif." Bohari


"Apalah korang ni..kan Allah dah cakap yang jodoh kita telah ditentukan Nya sejak di lauh mahfuz lagi. Tak usahlah duk mencari.. Membazir masa je.." Cicoo


"Betul tu.. Namun Allah swt menyuruh kita berusaha bukan hanya menunggu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.." Bohari


"Berusaha dengan cara apa? Mengorat and then bercinta..? Bukankah itu jalan yang menghampiri zina ya sahabat? Walatakrobuzzina.......!" Cicoo


"Waahh..! Pandai kau berhujah..Tak sangka aku" sampuk Bohari tanpa menunggu Cicoo menghabiskan ayatnya.


"Ya akhi Cheku Khairul @ Cicco.. Lapangkan dada & bukakkan fikiran.. Maksud berusaha tadi adalah bila mana kita impikan yang solehah itu menjadi ketua bidadari kita di syurga kelak, kita seharusnya men'soleh'kan diri kita terlebih dahulu. Berusaha dengan men'soleh'kan diri dengan cara tingkatkan ibadat, tingkatkan iman yang masih diparas kenipisan kulit bawang, perbetulkan diri untuk menjadi muslim yang berguna kepada agama. InsyaAllah, barulah Allah menganugerahkan seorang bidadari dunia yang sempurna akhlaknya."Alif


Alif terus menyambung keterangannya...


"Bila kita dah berusaha untuk persiapkan diri, hati tak perlu gusar lagi untuk memilih pasangan hidup kerana yang menjadi ketua bidadari syurga nanti adalah golongan yang dipilih Allah swt untuk kita.." Alif


"Ya.. betol tu Alif.. itu lah maksud USAHA tadi ya akhi Cicoo.." Bohari


"Ermm.. T_T " Cicoo


...Nota hias...



Kalian faham maksud terpilih, memilih atau dipilh? Ana bagi cara mudah untuk kalian fahami..

TERPILIH
Dalam satu balang terdapat 20 biji bola pingpong.. kalian memerlukan 5 biji bola pingpong sahaja dan ambilnya dengan mata yang dipejam. 5 biji bola pingpong itu adalah bola yang terpilih..


Bermaksud.
Antara 20 wanita muslimah yang diberi perhatian oleh Allah swt hanya 5 orang sahaja wanita muslimah telah terpilih..


MEMILIH
Kalian dikehendaki memilih 3 biji bola pingpong yang elok & tidak kemek daripada 5 biji yang terpilih tadi..


Bermaksud.
Allah swt telah memilih 3 orang wanita muslimah yang telah ditapis daripada 5 orang wanita muslimah tadi.


DIPILIH
Daripada 3 biji bola pingpong tadi kalian dikehendaki pilih 1 biji yang tiada cacat cela sama ada kesan calar atau kotoran.


Bermaksud.
Seorang wanita muslimah yang solehah telah dipilih Allah swt daripada 3 orang wanita muslimah dengan lulus temuduga yakni seorang wanita muslimah yang solehah yang patuh perintah Allah, berjuang dijalan dakwah kerana Allah & Rasul.


Dan wanita muslimah itulah ketua bidadari syurga kelak yang menjadi idaman para mujahid seperti kalian dambakan..


Wallahualam


by

Bismillah..Alhamdulillah..

Insan yang  bergelar Maryam Umairah telah ditakdirkan Allah swt melihat dunia pada 12 Feb 2012..

Sungguh cantik namamu sayang..

Secantik raut wajah mu yang di anugerahkan Ilahi..

Sebijik wajah kakak mu Sofea Umairah..

Buat MARYAM UMAIRAH....



"Ummah kini kian leka & alpa serta telah berpecah belah angkara diri mereka sendiri.. mereka seringkali berselisih pendapat.. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan begitulah berleluasanya maksiat yang sudah menjadi tunjang kebodohan & kedunguan.. Alah bisa tegal biasa seumpama itu ungkapan yang boleh digambarkan kepadamu tentang dosa-dosa yang mereka lakukan seperti sudah menjadi darah daging mereka sendiri.. pimpin lah mereka kembali kepada Islam yang sebenar-benarnya sayangku... bawalah saudara-saudara seIslam kita sujud kepadaNya.. Allah yang Esa.. Allah yang Satu... yang Maha mengetahhui segalanya yang telah berlaku dan yang akan berlaku..

Tatkala dikau ingin berkata-berkata, ikhlaskan hati kerana Allah agar dapat engkau melenturkan hati-hati mereka yang kian keras seperti batu..berhikmahlah dalam kata-kata mu agar hati mereka hidup dengan cinta Allah & sentiasa mengingati yang Maha Pencipta... Ummah kini amat memerlukan kita sayangku.. semga dikau menjadi seorang da'ie & pejuang Allah swt sehebat kalungan namamu MARYAM UMAIRAH..

Kehidupan ini seumpama roda..perjalanan kehidupan seumpama roda yang berputar..begitulah hakikat kehidupan kita dibumi yang fana ini..selalunya berada dipuncak roda beerti membawa gambaran yang positif & menyenangkan..dan dibawah itu adalah simbolik sudut yang negatif & menyusahkan... Begitulah... ada waktunya kita benar-benar bersemangat, bertenaga & mempunyai perasaan gelora..itulah saat yang mampu membuatkan kita menyulamkan senyuman kegembiraan & asyik menikmati kesenangan hidup...dan ada jua saat yang melemahkan, diselubungi kelesuan yang berpanjangan & jiwa yang hambar..dan saat itu jua, air mata kita mudah mengalir bercucuran tanpa kita sedari..

Bangkitlah.. Bersemangatlah.. Berusahalah.. bersungguh2lah..agar engkau sentiasa  berada dipuncak.. Namun, jangan pula engkau merasa megah, sombong & lalai yang membolehkan kamu lupa padaNya.. Walaupun begitu, bersiap sedialah apabila engkau ditakdirkan Allah berada di bawah, janganlah pula kamu berputus asa.. Bangkitlah kembali menuju redha Ilahi...

Kuatkan semangat..!! Tabahkan hati..!!
Allah swt tak pernah salah dengan takdirNya..!!
Perbanyakkan berdoa, bermunajat & beristigfar kepadaNya...

Mieeooow ni terkenang si anak agaknya.. :p

..::nota buat Maryam::..

Semoga dirimu menjadi anak yang solehah...setabah & sekuat isteri-isteri para nabi serta para pejuang seperti Zainab Al-Ghazali...

Agar suatu hari nanti mama & papa mu bangga atas kejayaanmu..

p/s: Maryam anak kepada my beloved sister..^_^

secubit dr brohamzah & bidadaribesi & ditambah secukup rasa..


by

Bismillah...Alhamdulillah......


Assalamualaikum wbt.. Allahu Akbar...


Sungguh lama saya meninggalkan blog kesayangan ini... Teringat suatu ketika dulu, berjanji pada diri agar istiqomah dalam penulisan.. Namun kuasa Ilahi, tidak mampu saya ubah apatah lagi untuk melawannya.. Kesibukkan dalam menguruskan diri dengan menyelesaikan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang kuli kepada majikan.. InsyaAllah..Hari-hari kian berlalu, masa pun sentiasa cemburu dek malam yang telah larut.. Namun ku gagahi jua jari jemari terus menari-nari atas papan kekunci sambil ditemani bait-bait nasyid yang menyinggah ke gegendang telinga.. peacee!! ^_^ lama tak berpuisi, cenggini la jadi nya.. berterabooqq..!! he~


Minggu yang lepas ,Sabtu, berkesempatan menemani ummi wa (dan) abi ke hospital besar Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu untuk menjengah kawan-kawan ummi wa abi yang terlantar sakit. Bertolak seawal jam 4 petang walopun hanya 20 minit sahaja perjalanan dari rumah ke hospital bagi mengelak 'kehabisan' tempat parking kereta.


Sebelah kanan pegang erat tengan ummi...


Sebelah kiri genggam erat lengan abi...


Kami beriringan untuk melintas jalan... Kedua-duanya tidak mampu berjalan laju secergas dan sepantas seperti anak muda, jadi perlu kebergantungan tenaga si anak.... (terperasan, ramai yang duk tengok gelagat kami bertiga ^_^)... Beriringan masuk surau, jumpa ALLAH terlebih dahulu....


Sambil menunggu jam bergerak ke angka 5 (waktu melawat) sempat teliti gelagat pengawal keselamatan hospital "Mak Guard"...


"Sila lalu sebelah sana..." Guard


"Err..saya nak ke wad, jaga anak saya kat icu..." Si Ibu


"Tolong lalu laluan sebelah sana.." Guard (dengan muka yang masam mencuka)


Si ibu pasrah..... Terus berlalu ke laluan sebelah sana..


Yang menjadi peliknya, jika lalu ikut depan ni akan naik lif kat situ.. Jika lalu ikut laluan sana yang makan masa berminit-minit akan naik lif kat situ jugak... Jadi bagi lah peluang kepada mereka-mereka yang dalam keadaan urgent lalu ikut laluan depan ni.. (kalian bayangkan sendiri lah ya..)


Saya, ummi wa abi masih menunggu jam bergerak ke angka 5 sambil sembang-sembang ilmiah...
Saya dan ummi melihat seorang wanita menuju ke pintu utama berhadapan dengan guard dengan sedikit gopoh... dan jawapan tetap sama "Sila lalu laluan sana.." Datang lagi yang lain tak kira lelaki, perempuan, pakcik, makcik, nenek, tok wan tetap dengan jawapan "lalu laluan sebelah sana" Saya yang tengok rasa geram.. yela, makcik kot..dah tua.. jalan pon tak berapa nak stabil... T__T mana perginya sikap berperikemanusiaan..


Datang seorang lagi wanita dengan perut sarat ingin ke icu melihat suaminya yang terlibat dalam kemalangan... jawapan guard tu?? "SILA LALU LALUAN DI SEBELAH SANA.." dengan tidak melihat sedikit pon wajah wanita mengandung itu..Belum sempat saya bangun utk berhujah dengan guard tu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak bersih wajahnya menerpa pintu utama...


"Mak cik...Tolong buka pintu ini..." dengan nada yg lembut


"Awak pon sila lalu kot sebelah sana...laluan ni hanya utk emergency sahaja..." Tegas


"Mak cik..dia nak pergi tengok suaminya yang sakit...malahan dia mengandung..emergency la ni" nada tetap lembut..


"Awak ni sapa?"


"Saya saudara dia.."


"Dah-dah..lalu kot sana..!" tegasssssss


Tiba-tiba....


"Puan..bukak pintu ni..saya suruh dia masuk ikut sini..suami dia pesakit saya.... Ada apa-apa yang puan tak puas hati? atau puan nak saya report tentang kerja puan? atau puan dah bosan kerja kat sini?.." nada yang sangat lembut... "Saya tak ajar pekerja kat sini jadi kurang ajar & tak bersopan ya puan.. Terima kasih.. Assalamualaikum...


Perlahan-lahan pintu dibuka sambil wajah tertunduk ke lantai seakan-akan ingin menyembunyikan muka di bawah batu yang bersimen..


**Kesian tengok kakak yang sarat mengandung tu..mata, hidung dah merah kemerahan menahan tangis...


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Abi...errmm, seperti biasa lah dia... jalan cepat-cepat & orang pertama masuk lif... tersenyum je saya ngan ummi tengok gelagat abi..


Kami terus ke tingkat 7.. wad lelaki.. Ramai pesakit-pesakit yang terlantar.. Kebanyakkannya warga emas.. Termasuklah Pak Teh yang kami lawati yakni kawan abi merangkap pelanggan tetap kami.. Celoteh Pak Teh memang tak pernah membuatkan kami kering gusi.. Ada ja lawak yang dibuat walaupun keadaannya yang agak uzur namun senyuman yang diukir tetap manis.. Susuk tubuh yang sangat kurus sungguh menampakkan keuzurannya namun semangat dalam dirinya tidak pernah hilang.


"Kakak...Kamu tutup muka ni awat?... cam tau-tau ja.." Pakteh (sambil senyum)


"Pak Teh ni.. Macam tak penah tengok..hehe.. PakTeh tak mandi kot..Sebab tu akak tutup muka.." saya (berderai gelak ketawa kami)


"Pakteh ada TNB ni.." Pakteh


"TNB...?" Ummi


"aahhhh... TNB = TiBi.." Pakteh...


Huhuhuhu...sakit TiBi Pakteh bolah cakap ada TNB... Begitu lah Pakteh yang kami kenali.. Selalu berjenaka...Hari-hari minta ummi buatkan air teh 'manja' iaitu teh kurang pekat... Selalu saja sakat saya..


Sangat syahdu tengok Abi mengurut bahu n kaki Pakteh sambil memberi kata-kata semangat.. Ukhwah mereka sangat rapat.. Abi pula pantang dapat berita kawan-kawannya sakit, secepat mungkin akan diziarahinya..lebih kurang 10 minit melawat Pakteh, kami terus ke tingkat high class tingkat 8.. Ziarah pula sepupu ummi dan jiran sekampung.


Lebih kurang jam 6.30 ptg kami bertolak balik..


Dalam kereta macam-macam abi duk cakap..


"Ni giliran depa, giliran kita tak tau bila lagi...."


Padahal abi selalu ja masuk wad.. Sampai hospital tu dah jadi umah kedua dia..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Keesokkannya, Ahad.... Hantar kak ipaq ke Hospital... Hospital lagi?? iya.. kak ipaq ada temujanji.... Sampai ke hosptal jam menunjukan pukul 7.20 am.. Pecut kereta ke tempat kerja yang agak jauh ke daerah lain...hujan kadang-kadang lebat..Sampai ja, terus tarik hand break dan tengok jam punch card menunjukkan pukul 7.40 am... (wah lajuuuuunyeee... Bila mau berubah wahai ukhti hidayah ooiii..!)


Selasa, ke hospital lg with ummi & kak ipaq p tengok Muhaimin... Muhaimin di sahkan keracunan makanan...So, cirit birit la dia.. Alahai, Jejaka ummi & ayah ni dah kena masuk wad..kalo nak tau Muhaimin ni hensom sangat tau..memang sapa-sapa yang tengok akan berkenan lah..hehe


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Minggu tu sangat mentarbiyahkan hati ana.. Lebih-lebih lagi apabila melihat ummat Rasulullah saw berada dalam keadaan tidak sihat.. Ada yang bernyawa hanya bergantung pada mesin, ada yang boleh gelak ketawa walaupun keadaannya sakit, ada yang diam membisu.. Namun, mata ana dapat melihat di satu sudut yang terpencil.. Terlihat seorang pesakit lelaki yang sedang membaca kalam-kalam Allah.. Air mukanya bersih, alunan surah Yasin sungguh jelas kedengaran..Aluna surah Yasin yang menyinggah ke gegendang telinga ini terasa sedikit segar tubuh ana yang tadinya terasa panas membahang..Terlihat jua si ibu duduk dikerusi membetulkan tudung labuh yang dipakai apabila ana datang menyapa menghulurkan salam...

Cerita si ibu, anaknya mengidap demam panas...Dah seminggu di wad..InsyaAllah besok dibenarkan pulang.. Ada yang tak putus-putus ingat pada yang Maha Esa walapun dalam keadaan yang sakit.. Ya, masa sakit lah kena ingat Allah sokmo.. Masa sihat ingat apa?? 


Dihujung katil pula kelihatan pak cik terbaring sakit.. Mulutnya asyik kedengaran menyebut "Allah...Allah...Allah.."..Kedengaran pula doktor bercakap-cakap dengan pak cik tesebut... Sambil mengambil darah doktor mengajukan soalan..


"Pak cik dah solat asar?"doktor


"Macam mana nak solat doktor, kaki ni asyik keluar darah.. Tak henti-henti..sakit pulak tu..macam mana nak ambik wudhuk.."pakcik


"Boleh ja solat pakcik...Darah yang keluar tu boleh dimaafkan atas sebab darurat..solatkan wajib pakcik.."doktor


"Ala..nanti pakcik ganti la balik.."pakcik


"Kalo mati dulu & tak sempat ganti solat camna pakcik? mati dalam keadaan berhutang ngan Allah.."doktor


"........................"pakcik (tiada jawapan)


"Pakcik...Islam agama yang mudah..Boleh berwuduk dengan cara bertayyamum guna debu...(mengeluar sesuatu dari dalam kantung baju putih)...ajak anak pakcik ke tandas ya...Dari pakcik duk sebut nama Allah sahaja lebih pakcik menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Nya...InsyaAllah pakcik...sakit satu nikmat yang Allah berikan...nanti pakcik doakan untuk saya sekali ya"doktor memberikan nasihat sambil menggosok bahu pakcik..


*sesuatu yang dikeluarkan dari poket baju doktor td ana yakin kotak debu bertayyamum


Ana rasa ada satu tarikan...Ana follow doktor tu dari jauh...Kalau sahabat-sahabat nak tau, doktor tu akan bertanyakan soalan yang sama kepada pesakit-pesakitnya yang lain.. Soalan yang sama diajukan kepada pesakit, namun jawapannya turut sama yang diterima seperti pesakit-pesakit yang dah diambil darah tadi iaitu 'diam seribu bahasa'... Tibalah pula ke katil nombor 11..


"Assalamualaikum.. Pak cik, saya nak ambik darah sikit ni.."doktor


"Mmmm.. doktor saya nak SOLAT dulu boleh..?" pakcik


Doktor hanya menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman..


"Nanti saya datang ya pakcik.. Doakan untuk saya juga ya pakcilk.."doktor


Sungguuuhhh...! macam cerita dalam novel Dr. Farhan Hadi la pulak kan... Tapi begitulah.... Sakit mana yang dirasai pun, kena solat juga.. Islam adalah agama yang memudahkan manusia... Tak boleh solat berdiri, boleh solat duduk atau baring..


Seperti mana puasa dan juga menutup aurat hukumnya adalah wajib..

..::nota jari manis::..


Tarbiayah hati ana...

>> Guard yang pada mulanya berkeras hati akan peraturan namun akhirnya tunduk kerana satu teguran lembut yang menjengah ke akal terus ke hati... 

>>Ibu mengandung turut mentarbiyahkan hati ana kerana membawa satu nyawa serta amanah dalam perut yang telah memberi impak yang cukup besar yakni 'ingin merasai sendiri ada satu roh & jasad dalam perot'...^_^ kalo kembaq jadi dua roh & dua jasad..

>>Ukhwah antara abi dengan pak Teh sungguh meruntum jiwa ana...masing-masing saling mendoakan kesihatan yang baik dan lanjutkan usia agar boleh beribadat kepada Ilahi..

>>Lelaki yang mengalun ayat suci al-Quran.. Lelaki yang ditarbiyah itu sungguh menarik perhatian bukan sahaja ana, malah sesiapa sahaja yang melihatnya.. Tak percaya? Jika kalian melihat ada muslimat atau muslimin membaca al-Quran semasa menunggu bas di stesen bas, ramai yang melihatnya bukan?yela..kat stesen bas ramai orang..sudah tentu mereka-mereka yang tergolong dalam kategori ASING ini menjadi terikan orang ramai..

"Islam datang dalam keadaan pelik (asing).. dan kembali dalam keadaan pelik (asing).. Maka beruntunglah mereka yang pelik (asing) itu.."

Kalian mau terdiri daripada golongan yang ASING atau golongan yang hanya mau melihat?

>>last sekali mesti lah doktor..doktor yang merawat pesakit bukan dari sakit luaran sahaja malah sakit dalaman rohani pon dirawatnya..

p/s~ukhi Hidayah..after this mesti bawa kereta or motor ngan berhemah tau...!! ^__^

**Itu sahaja untuk kali ini..moga perkongsian ini bermanfaat**



by

Allahuma Solli Ala Saidina wa Maulana Muhammad...

SubhanaAllah..Alhamdulillah...Allahu Akhbar...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang...


Assalamualaikum... Salam Islam untuk semua pembaca yang sudi singgah ke teratak maya ana.. Jika ketua negara buat trade mark salam satu Malaysia (yang sememangnya ada satu ja Malaysia dalam dunia ni..) ana pula memulakan Salam Islam untuk entri kali ini.. Bukan nak buat kontroversi kat sini, namun nak sahabat-sahabat pikiaq sejenak.. Bahawa betapa mulia dan indahnya Islam bukan kerana sesebuah bangsa atau kaum, ana sendiri pon bukan pure melayu..Alhamdulillah dilahirkan dalam Islam...

Alhamdulillah..walaupun mesin sedang memproses plastik membingit telinga, namun kuat lagi suara ini mengulang ayat-ayat cinta dari Allah... As a production executive (insyaAllah) perlu memastikan production line berjalan dengan lancar serta perlu memastikan produk yang dikeluarkan tiada sebarang kecacatan..Tapi.........Siapa cakap tidak ada masa nak hafaz al-Quran? Berzikir? Berselawat? Beristigfar? Semuanya beralasan sibuk dengan kerja..Tak dak masa nak baca Quran....

Ohh... si Iman Thaqif 7 tahun boleh hafaz Quran dan Hadith sedangkan kanak-kanak lain sibuk dengan game, cartoon, mandi sungai, parit dan lain lain...

Kita?? Bukan 7 tahun kot... 17 tahun? 27 tahun? 37 tahun? 47 tahun? Malu la ngan kanak-kanak yang baru mengenal ABC boleh membahagikan masa waktu mengaji & bermain..

Sahabat-sahabat..
Sesibuk mana pun kita, jangan biarkan bibir kita gersang pinta menyebut bait-bait ayat Allah swt.. Biarkan bibir kita sering dibasahi zikir-zikir munajat..Biar melatah sekali pun kita menyebut kebesaran Allah.."Allahu Akhbar!"

Tiada salahnya sambil-sambil tulis laporan and then bukak handphone dengarkan selawat Nabi dan Rasul.. Kalo ada yang dengar, kita jugak yang beroleh keuntungan kerana memperdengarkan ayat-ayat yang sering memuji Allah serta Kekasihnya..

"Eh..Ustazah ke?"
"Hai Ustazah..."

Biarlah orang panggil kita dengan panggilan sebegitu..Bukan kata-kata hinaan pon..
InsyaAllah, kata-kata itu adalah satu doa.. Mana tau betul-betul jadi ustazah atau ustaz ke.. Sekurang-kurangnya kata-kata baik yang dilontarkan kepada kita..

Kalo ada orang panggil kita "Cap ayam" or "Gedik", sahabat-sahabat marah tak agaknya?? heee~

...Nota Tangan bercincin...

Maryam Umairah dah melihat dunia... Cucu ke 10 ummi wa abi.. Iman & Sofea dapat adik yang sangat comel..
12-02-12..cantikkan tarikhya..
Semoga Maryam Umairah menjadi anak yang solehah dan menjadi seorang serikandi yang berbakti kepada Islam kelak...insyaAllah.... ^__^


by

Alhamdulillah...
In The Name of Allah, The Beneficant, The Merciful..
Ya Rahman.. Ya Rahim..

Lama........ Meninggalkan teratak maya ini.... Mohon kemaafan kepada sahabat sahabiah kerana ana tidak dapat membalas komentar kalian sebelum-sebelum ini.. Hari ini rasa agak lapang sedikit untuk menjengah kembali teratak maya agar kembali segar nan berbunga...

Sedikit sentuhan dari hujung jari agar AKAL anda anda dan anda semua duhai pembaca sering ingat or set in your mind about this...!


Bukan nak menunjukkan bahawa si penulis ini seperti baik & tak  pernah buat silap namun sebagai sahabat kalian ana rasa sangat kasihi serta sayangi kalian sebagai saudara Muslim..

Sahabat tau kah apa perbezaan gambar diatas?
Ya.. Perbezaan tudung... Mana pilihan kalian? Yang mana satu penampilan kalian seperti gambar di atas?

Mungkin tudung biasa dah dikira menutup aurat kalian, namun tudung labuh itu lebih berhati-hati yakni bertaqwa daripada tudung biasa mana la tau tiba-tiba ditiup dek angin dan sebagainya...

Maksud ana disini tudung biasa itu adalah tudung yang tak labuh, cukup-cukup makan je..

"Hai anak Adam, sesunggunya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." ~Al-A'raf : 26~

Abu Darda r.a berkata:

"Kesempurnaan taqwa itu adalah seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram."

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini bersumberkan sebuah hadis nabi, yang ertinya:

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yanhg mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah swt." ~Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh~

Ada sebahagian dari kita rasa perkara ini hanya remeh temeh sahaja.. Dah selalu sangat dibaca, dah jemu... Namun sahabat-sahabat yang ana kasihi, kita ni seorang manusia yang mempunyai pelbagai rasa dan perasaan..Yang sering lupa, terikut-ikut, ingin mencuba perkara baru, sering kali berkata "muda lagi".. Walhal sahabat-sahabat, MATI itu sesaat pun tidak pernah menunggu kita bahkan makin hari makin menghampiri kita..

Sahabat..disebabkan kita manusia sering lupa dan alpa lah ana menegaskan entri sebegini yang saling ingat mengingati antara satu sama lain..

::nota tangan si comel::

Yang tertutp itu indah lagi mahal harganya...
Tak gitu?? ^__^

p/s: tak semestinya orang yang menutup aurat itu baik namun orang yang baik itu mestilah menutup aurat...

by

Subhanallah... Alhamdulillah.. Allahu Akhbar...

Assalamualaikum wbt...

Apa khabaq sabahat sahabiah ana... Semoga sihat sentiasa dan di rahmati Allah selalu... InsyaAllah...
Ana rasa dah terlalu lama ana meninggalkan blog kesayangan ana ni...Dengan kesihatan yang tidak menentu, keluaq masuk hospital dan sebaginya..

Alhamdulillah... malam ni nak kongsi sedikit pasal kunyit.. ce lihat gabaq kat bawah ni... 


Mengapa tajuk entri ana kali ni mengenai kunyit? dakwah ibarat kunyit? awat ek?

Sedang ana menolong ummi ana menggali kunyit di belakang rumah untuk di bekalkan kepala pembekaltiba-tiba nak bertanya pada ummi..

"Ummi...camni ummi tanam kunyit ni"?

"Ala..senang ja...ambik yang besaq tu dan tanam dalam tanah.."

"Camtu ja? tak payah jaga?"

"Mesti la kena jaga..kalo dak macam nak hasilkan kunyit yang baguih.."

"Ala ummi..tak leceh ka?kalo tingal camtu ja dia bercambah jugak kan?"

"Ya..mmg la bercambah...tapi tengok la percambahannya tu macam mana..sedikit ka..banyak ka..elok ka...buruk ka.."

Ya sahabat sahabiah......
Untuk menghasilkan kunyit yang berkualiti kena lah dijaga dengan menyiram, membaja, mengemburkan tanah dan sebagainya...

Tapi....
Apa kena mengena dengan dakwah & kunyit pula?

Memang tak kena mengena.. namun jika enta or enti sebagai dai mahupun mad'u dan sila fikir dengan logik akalnya persamaan kunyit yang dijaga dengan rapi dengan mencari seorang Muslim agar menjadi Muslimin dan Muslimat yang teguh dan tak mudah rapuh imannya... Sama? mengapa pilih kunyit? kenapa tak lengkuas, halia, serai dan yang lain-lain?

Sebab ana gali pokok kunyit..bukan pokok lain...hehehe

Ok... Dakwah ibarat tanam kunyit... Maksud ana apabila kita nak menjalankan dakwah mestilah bersungguh-sungguh.. bukan hanya sekadar batuk ditangga sahaja.. seperti pokok kunyit... kita kena jaga.. siram dengan air.. letak baja.. agar lebih subur dan menghasilkan kunyit yang elok... 

Begitulah jua dalam dakwah.. Apabila kita seorang da'i dan mempunyai beberapa orang mad'u, seharusya jagalah mad'u kita dengan sebaik-baiknya... siramilah mereka dengan ayat-ayat Allah... bajailah mereka dengan hadith & sunnah Rasulullah saw.. Agar mad'u kita menjadi mad'u yang berkualiti dan boleh membela nasib orang-orang Muslim dan menjulang Islam dengan cemerlang.. InsyaAllah...



Bangunlah wahai Muslim.. Bangun..!!
Ya..mmg 500 tahun dahulu kita tersungkur dibumi.. 
Tetapi..
Adakah kita memerlukan 500 tahu lagi untuk bangun..
Kita dilahirkan mulia..
Maka hidup pun mulia..
Mati juga sebagai mulia..
Kita perlu bangit bersama..
Berjuang bersama..

Gunung sama kita daki..
Lurah sama kita turuni..
Berat sama dipikul..
Ringan sama kita jinjing..
Hati kuman sama kita cicah..
Hati gajah sama kita lapah..

Biar seribu musuh di hadapan..
Kita serbu bak badai menggila..
Dayung sudah ditangan..
Perahu sudah di air..

Apa yang kita tunggu lagi wahai Muslim..!!

Biar kita mati sebagai pejuang..
Jangan hidup bernafas sebagai petualang...

..Nota jari manis..

Jangan lupa para da'i... mad'u kalian turut mempunyai hati & perasaan...
Pendakwah yang hebat harus menonjolkan kualiti hebat...

Takbirrr..!! Allahu Akhbar..!!


p/s: rindunya ummi nur pd kak bai..nnt jumpa lg ya syg..^_^

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...