Setiap yang hidup akan merasai mati. Jangan sesekali berkata "Muda lagi... Esok-esok boleh bertaubat..." Sedangkan rakan-rakan yang lebih muda dari kita telah lama dijemput llahi. Jika di hitung, zaman sekarang ramai yang pergi sewaktu usia muda. Banyak asbabnya. Asbab utama adalah kemalangan jalan raya.

Moga kejadian 4 hari yang lepas memberi kesedaran terutama kepada diri sendiri. Dah mula beringat :).

Surat cinta dari-Nya. Dah 5 tahun bersama. :)
Semasa hari kemalangan, perkara pertama ana cari adalah 'handbeg'. Risau kalau ada yang berniat jahat.

Tetiba sepasang suami isteri memberikan ana satu bungkusan. 
Allahu Allah.

Ana ingat masih tersimpan rapi dalam 'handbeg'. Rupa-rupanya SURAT CINTA ini turut sama tercampak.

Peluk erat, cium semahu-mahunya setelah berpisah sejenak kerana SURAT CINTA ini sentiasa menemani ana ke mana sahaja ana pergi. ♥

Ada yang cakap, ni antara asbab Allah selamatkan kamu. Kamu menjaga harta yang ditinggalkan oleh 'kekasih-Nya'. DIA pula menjaga kamu. 

Syukran kepada sahabat-sahabat yang mendoakan ana. :)

..nota hati..

Menjadi superwoman yang tidak diiktiraf dengan membuat penerbangan atas darat..!

Lebam sana sini.

Innalillah.








0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...