Pepatah Melayu ada menyebut "Tak kenal maka tak cinta." Berusahalah mengenali Rasulullah saw dengan lebih mendalam agar perasaan cinta itu bertambah utuh.

Cinta orang muda.

Pernah menjadi pendengar setia kepada sahabat di IPT katanya "Ada masalah, nak minta pendapat dan nasihat dari ukhti." Tidak ragu lagi seperti yang dijangkakan adalah masalah cinta untuk berBaitul Muslim. Katanya lagi, beliau ingin mendirikan masjid dengan pilihan hati (perantaraan orang tengah).

"Benar-benar serius?" tanya ana.

"Ya...! Serius...."

Sahabat ana ini mempunyai jiwa Islam. Tidak mahu dirinya dan si dia terjebak dalam lembah yang hina. Tidak mahu melakukan perkara-perkara yang di tegah syariat. Mereka benar-benar ingin bercinta berlandaskan syariat menjadi "Kekasih Halal".

Namun begitu, keluarga sahabat ana ini menentang sekeras-kerasnya. Sehingga berlaku konflik terutama ibu ayahnya.

"Tunggu dulu sampai habis belajar. Dapat kerja"

Kata walinya masih mampu menanggung pengajiannya. Walaupun dimata ana sering kali melihatnya bertungkus lumus menyiapkan tesis PHD yang diupah oleh pensyarahnya sebagai mata pencarian ketika belajar.

"Jadi tunggulah sehingga habis belajar. Bila dah dapat kerja terus kahwin" kata ana.

"Lambat lagi.............. Ada 2 tahun lagi."

"Jadi bersabarlah dulu" ujar ana.

"Dalam masa 2 tahun macam-macam boleh terjadi."

Ketika itu kami masing-masing tahun kedua di universiti.

Dilema sahabat ana ini dilebel oleh keluarganya " Kau dah gatal sampai nak kahwin? Ayah boleh tanggung kau belajar lagi. Kalau nak kereta baru ayah boleh belikan" kata ayahnya dengan tegas.

2 bulan selepas itu.

Ditakdirkan, suatu hari laptopnya mengalami kerosakan semasa musim berperang dengan 'asignment'. Terus dia menelefon ibunya dikampung pinta untuk membeli laptop baru. Jika dibaiki besar juga jumlahnya. Jaminan pula tidak seberapa. Ibunya bersuara "Ayah kau mana ada duit nak beli."

Kata sahabat ana ketika dia meminta izin untuk kahwin ketika dulu ayahnya tidak benarkan dengan alasan boleh menanggung pengajiannya lagi bahkan mampu membeli kereta baru untuknya. Jika dihitung, laptop tidak sampai 50K.

"Ayah kau saja cakap macam tu" ujar ibunnya.

"Jadi ibu dan ayah saja main-main soal agama, soal maruah, soal kahwin, soal hati dan memalukan pihak sana (pihak lelaki)?" sahabat ana menyoal bertalu-talu.

Ibunya terdiam.
Dihujung talian dia berbicara dengan esak tangis. Menurutnya, dia menangis bukan kerana ibu ayah tidak dapat memberikan wang mahupun tidak dapat menikah dengan pilihan hati akan tetapi lebih kepada kecewa dan terasa hati yang teramat kepada orang tuanya. Katanya lagi, ibu ayah seakan-akan mempermainkan sunnah Rasulullah saw yang menjurus kepada agama.

Di adu pula kepada kakak untuk memujuk orang tuanya agar jalan untuk halal dipermudahkan.

"Kenapa nak kahwin sangat? Dah tak tahan ke?" ujar kakaknya.

Katanya, kakak lepasan institusi pengajian tinggi dan seorang pegawai tinggi kerajaan. Namun pemikiran cetek bagai katak bawah tempurung. Malah lebih cetek lagi daripada katak.

"Mungkin ada hikmah semua ni ukhti. Hikmah yang baik memang tak nampak dek mata." kata ana.

Sahabat ana menjelaskan, dia mengenali lelaki itu melalui pensyarahnya. Bukan dia memandai-mandai 'pungut' apabila tersepak. Hanya berjumpa dua kali sahaja bertemankan pensyarah di pejabatnya. Apatah lagi nak keluar berdua-duaan.

Keluarga sabahat ana menentang dengan sunguh hebat. Diberinya contoh-contoh anak orang kampung yang gagal dalam pengajian akibat kahwin semasa belajar. Malah dia turut memberitahu ana ayahnya menyuruh pihak lelaki datang pada hari tu juga dan terus langsungkan akad nikah.

"Kau nak kahwin sangat? Sekarang bagitau lelaki tu, suruh dia datang malam ni juga..! Aku akan nikahkan kau berdua malam ni. ..! Tak peningkan kepala aku." Begitulah ayat-ayat dari walinya.

Adakah begini? Sedangkan si anak dengan eloknya memberitahu hajat yang tersimpan. Diberitahunya si ibu dan si ayah dengan penuh hikmah.

Dia akur dan pasrah.

Tiga tahun belalu. Tika ini kami sama-sama telah menamatkan pengajian.

Akibat kepura-puraan si ayah yang menyakitkan, sahabat ana kini telah hilang keinginan untuk mengikuti sunah kekasih Allah. Hatinya sempit untuk manusia kaum Adam. Datanglah lelaki segak persis jejaka malaya sekali pun, sebelah mata tidak akan memandang malah ditolak mentah-mentah.

"Enti. Kenapa pilihan ustaz enti tolak macam tu saja tanpa usul periksa? Enti tak nak kahwin?" soal ana.

"Tujuan apa perkahwinan itu? Untuk apa? Atas dasar apa? Jika bertujuan meramaikan ummat Rasulullah saw, atas dasar syariat Islam demi mendapatkan redha Allah. Itu ana terima. Tetapi jika atas dasar risau dilebelkan andartu, itu jangan. Tiada cinta dihati ini." katanya.

"Kalau ana nak kahwin dua tahun lepas sudah. Bukan sekarang.! Hati ini susah nak terima mana-mana lelaki. Wali sendiri sanggup menipu..! Redhakah Allah jika ana berkahwin sedangkan ana menipu diri sendiri?" ujarnya lagi dengan air mata bergenang di kelopak mata.

"Wali ana tidak benarkan ana kahwin. Beerti wali ana sanggup tanggung segala dosa ana. Walaupun permintaan untuk kahwin dah dua tahun berlalu. Hati ini tak terbuka untuk sesiapa buat masa sekarang mahupun akan datang. Nokhtah.!" sambungnya dengan air mata yang berjuraian.

Tiap kali ana bertanyakan soal Baitul Muslim, jawapannya tetap sama.

"Wali ana masih mampu tanggung DOSA ana lagi."

Ana pernah ajukan soalan kepadanya, kenapa tidak menyebut AYAH? kenapa menyebutnya WALI? Dia tiada jawapan. Hanya air mata disapu sambil menyandar di kerusi dengan menyebut nama ALLAH beberapa kali.

Impaknya

Si anak cedera hampir teruk di kalbu. Ana difahamkan bahawa ustaz kami sering bertanyakan tentang calon zauj dan mencadangkan beberapa ikhwah untuknya. Namun, jawapannya tetap sama.

Di manakah nilai cinta TITANIC yang begitu unik lagikan kukuh. Namun akhirnya di telan lautan biru?

Di manakah pula letaknya TAJMAHAL cinta jika itu kesudahannya?

Dia ada jiwa Islam, berfikrah Islam dan mahu menjiwainya ke arah Islam yang berlandaskan syariat.

Mujahadah itu pahit. Ya, memang pahit. Teramat pahit. Namun syurga itu tersangatlah manis. Sehingga menelan segala kepahitan yang ada.

Akhwati, bersabarlah. Ada bahagian untuk mu kelak. Itu janji Allah.

Hadiah Dari Allah

Cinta umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, adakah wajar hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah?

Lalu, bagaimanakah caranya untuk bercinta dalam Islam? Kabuur..! Kelaaaam...! Suraaaam..!

Sesekali disebut jugalah mengenai Nabi Yusof & Zulaikha, Nabi Sulaiman & Balqis. Akan tetapi hanya menyebut kerangkanya sahaja. Tiada cerita tentang hebatnya Nabi-Nabi Allah ini. Bagaimana beliau bermujahadah.? Apa kesannya.? Implikasinya? Apa ibrahnya? Diaaaaam seribu bahasa.

Ada Apa Dengan Cinta?

Sudah dapat apa yang dihajati. Sudah terlaksana apa yang dikejar. Cinta akan terkulai dan bersepai. Ini akibatnya apabila membelakangkan peraturan cinta.

Bonda ayahanda. Selamilah hati anakanda mu. Akhir zaman semuanya bermula dihujung jari. Seharusnya diskusi dalam keluarga sangatlah perlu. Bukan main redah kasi pecah & tak tentu hala.

Tanya si anak. 
Kenapa?
Sebab apa?
Perlu ke?
Siapa?
Kenal macam mana?

Perbincangan haruslah ana intro & conclusion. Bukan tengking menenking atau marah memarahi. 

Si anak pula harus pandai mengambil hati orang tua. 'The most important thing is HUSNUDZON" :)

Tempoh hari ana telah mengkhatamkan lagi buku yang dikarangi oleh Mas Udik Abdullah. Membacanya dengan penuh emosi.

Rasulullah saw bersabda.
"Sesiapa yang menikahi wanita dengan niat menjaga pandangan mata, memelihara kemaluan dan menjalinkan tali silaturahim, Allah pasti memberkati pasangan suami isteri itu" ~at-Tabrani~

Diatas adalah antara hadith yang dimuatkan dalam buku tersebut.

Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw "Antara keberkatan wanita adalah cepat pernikahannya, cepat pula mengandungnya dan ringan maharnya." ~Ahmad al-Baihaqi~

...nota nokhtah cinta..

Kepada yang bakal di 'Cop'kan, jangan lelama tak elok.
Kepada yang bakal memegang 'Amanah', moga dipermudahkan.
Kepada yang telah menjadi 'Kekasih Halal', tahniah dan bercintalah hingga ke syurga.








1 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Unknown said...

mcm 2 skali..bila hati dh trtutup utk lelaki..sedihnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...