Changing from bad to good is a long-term adventure, but it is 

wonderful.



:)







"Bersabarlah agar sentiasa tetap memelihara hubungan hati dengan

 Allah swt hingga ke akhirnya.."



lengan lebam-lebam. :'( hu~










When you remember Allah, clouds of worry and fear are driven

away , and the mountains that make up your problems are blown 


away.


[Dr. 'Aidh 'Abdullah al-Qarni]

..In Syaa Allah..



"Moga Allah redha"







Sampai tempat kerja taip-tiap pagi pasti mata melilau mencari si dia.

"Sayang..sayang..sayang Tuti. Meh sini"

Terkedek-kedek berjalan ke arah ana. :)
Baby kucing.


Jika kita pernah membaca sirah Rasulullah saw dengan kucing sungguh terasa hati ini. Rasulullah memeluk kucing yang kesejukan agar kucing yang dijumpai baginda terasa haba dibadannya.
Sungguh mulia Rasulullah saw. Sehinggakan Allah menobatkan baginda sebagai Kekasih-Nya.

...nota jari...

"Apabila hati rindu menikah by Mas Udik Abdullah"






"Woii!! Lu memang #$%^&!!*<?/@#!!", "gile doh..", "cantik siot..", "gua hentam lu baru tau..." dan sebagainya..Ini kebiasaan sebahagian anak muda pada hari ini. 



Ketahuilah bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah 

sekalipun melafazkan kata-kata yang kotor. Baginda juga 

mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menegur kesilapan yang

 berlaku di kalangan sahabat. Bahkan Baginda sangat teliti dalam

 memilih kalimah-kalimah yang dituturkan..





Salam Maulidur Rasul.



"Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul"







Bismillah. 
Sebelum mulakan tugasan malam ni eloknya play ayat-ayat cinta dari Allah sambil buat gubahan. oke! Tajuk? Ana pakai taip apa yang terlintas kat kepala :)

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:


Bunga terpakai. 
Bunga ni dah tersimpan 3 bulan lepas semasa majlis konvo ana.



Gam, alat pemanas gam (tak tau nak sebut apa), hiasan rama-rama.
Opss. Lupa, satu lagi bakul. 


Step 1:
Ambil bunga dan tampal sesuka hati anda. Ikut kretiviti anda sediri.

Step 2:
Hias and touch up apa yang patut.

Tadaaa. Siap..! 
Sangat senang. Tak ambil masa yang lama pon.

Bakul ni ana letak buku-buku yang dah tersedia ada dalam almari. he~


Oke. Seterusnya ana nak buat gubahan tuala.
Bahan-bahannya adalah tuala, jarum peniti, getah & paper.


Step 1:
Gumpal kertas menjadi bulat. Pastikan sama besar.
Kalau nak buat bentuk anggur boleh gumpal kecik besar.
Ana pilih nak buat bunga.
Tuala yang ada sederhana besar, jadi ana buat 3 kuntum bunga.


Step 2:
Ikat gumpalan kertas sehingga jadi bentuk bunga.
Nak bagi kemas ikat dengan getah antara kelopak bunga.
Maaf, ana tak snap gambar cara nak ikat gumpalan kertas tu.
Senang ja ni. Boleh fikirkan? hu~


Ni dah siap 3 kuntum bunga.



Step 3:

Untuk baut daunnya pula ana gunakan kotak. Tak kira kotak apa asalkan keras dan senang nak dibentuk.



Ni daun yang dah digunting.


Step 4:
Ikat daun-daun pada bahagian tuala yang masih kosong.


Letakkan dalam bakul tadi & siap.!

Selamat mencuba. :)

..nota si cantik..

Gubahan ni dah seminggu siap. Baru hari ni berpeluang upload. Saja gatai tangan nak buat benda ni.
Hari ni & besok 'MC'. Harap demam cepat kebah.

~Moga Allah redha & permudahkan urusan~






Picture from Mr. Google
Terimbau kembali kenangan zaman kegemilangan kanak-kanak. :)

Ummi Abi dan abang-abang sibuk duk tanam padi, ana dan adik bongsu 'sibuk' duk main lumpur. Hanya nampak gigi dan mata ja.

Musim tanam padi seronok sangat, sambil tunggu ummi abi duk tanam padi kami adik beradik pi tangkap ikan. Biasanya kat sawah padi ni ada ikan keli, haruan, sepat, puyu. Anak-anak ikan haruan yang warna merah kecomelan tu selalu ana telan hidup-hidup. Katanya ubat.

Musim menuai pula kami adik beradik main layang-layang. Lagi best. Angin kuat. Abang-abang ana pandai buat layang-layang sendiri. Ana ni adik perempuan, jadi dapat tengok je la. :)

La ni tempat kami bermain dah jadi kediaman orang. Oh kenangan.
Bila tengok cerita Nur Kasih, kenangan mengimbau. Sepanjang perjalanan ke UUM pula kenangan itu pasti menjengah.

...nota layang...

Jangan lupa dek lintah & pacat tau.
Ana tak takot, nanti hampa jadi tempat ana usik benda ni. :)







Bimbing anak anjuran Nabi SAW. Kecik-kecik dah diajar bergantung kepada Allah sepenuh hati. Kecik-kecik dah diajar berdoa pada Allah, nak minta apa-apa minta dari Allah. 

Adalah satu kesilapan membiarkan anak hanya dengan games dan games semata-mata sebagai hiburan masa kecilnya. Kecil-kecil dah disogokkan dengan Ipad, Tab, Tablet, PSP, Iphone. Bila besar nanti, entah apa pula yang akan diminta si anak bila sedari kecil sudah dimewahkan sedemikian rupa. Games pun games lah. Agama bukan no.2. Agama tidak boleh digamekan.

rujukan: buku "Suami Mithali Isteri Sejati" 


..nota jari manis..

:) Menunggu.....





Rabiatul Adawiyah pernah berkata, 

"Istighfar kita perlu kepada istighfar lagi seandainya istighfar kita hanya dengan lidah sahaja, tidak disertai dengan hati."

Istighfar ni suatu doa. Doa mohon ampun. Simple pun doa juga.

"Sesungguhnya doa yang paling utama adalah doa yang keluar dari hati yang bersungguh-sungguh dan tekun. Itulah doa yang didengar dan diterima, walaupun doanya sedikit." (HR Al-Hakim)

"Tidaklah menetapi dosa orang yang beristighfar" (HR Abu Daud & Tirmidhi)

Maknanya, walaupun sebut "Astaghfirullahaladzim" je pun, hati pun kena seiring dengan lafaz di bibir. Bukannya bibir melafaz, hati tak ingin. Hati menidakkan.

Istighfar bunyinya satu. Tapi sebenarnya dua :)
Satu di bibir. Satu lagi di hati. Orait?




..nota hati..


:) Moga Allah redha.










Pepatah Melayu ada menyebut "Tak kenal maka tak cinta." Berusahalah mengenali Rasulullah saw dengan lebih mendalam agar perasaan cinta itu bertambah utuh.

Cinta orang muda.

Pernah menjadi pendengar setia kepada sahabat di IPT katanya "Ada masalah, nak minta pendapat dan nasihat dari ukhti." Tidak ragu lagi seperti yang dijangkakan adalah masalah cinta untuk berBaitul Muslim. Katanya lagi, beliau ingin mendirikan masjid dengan pilihan hati (perantaraan orang tengah).

"Benar-benar serius?" tanya ana.

"Ya...! Serius...."

Sahabat ana ini mempunyai jiwa Islam. Tidak mahu dirinya dan si dia terjebak dalam lembah yang hina. Tidak mahu melakukan perkara-perkara yang di tegah syariat. Mereka benar-benar ingin bercinta berlandaskan syariat menjadi "Kekasih Halal".

Namun begitu, keluarga sahabat ana ini menentang sekeras-kerasnya. Sehingga berlaku konflik terutama ibu ayahnya.

"Tunggu dulu sampai habis belajar. Dapat kerja"

Kata walinya masih mampu menanggung pengajiannya. Walaupun dimata ana sering kali melihatnya bertungkus lumus menyiapkan tesis PHD yang diupah oleh pensyarahnya sebagai mata pencarian ketika belajar.

"Jadi tunggulah sehingga habis belajar. Bila dah dapat kerja terus kahwin" kata ana.

"Lambat lagi.............. Ada 2 tahun lagi."

"Jadi bersabarlah dulu" ujar ana.

"Dalam masa 2 tahun macam-macam boleh terjadi."

Ketika itu kami masing-masing tahun kedua di universiti.

Dilema sahabat ana ini dilebel oleh keluarganya " Kau dah gatal sampai nak kahwin? Ayah boleh tanggung kau belajar lagi. Kalau nak kereta baru ayah boleh belikan" kata ayahnya dengan tegas.

2 bulan selepas itu.

Ditakdirkan, suatu hari laptopnya mengalami kerosakan semasa musim berperang dengan 'asignment'. Terus dia menelefon ibunya dikampung pinta untuk membeli laptop baru. Jika dibaiki besar juga jumlahnya. Jaminan pula tidak seberapa. Ibunya bersuara "Ayah kau mana ada duit nak beli."

Kata sahabat ana ketika dia meminta izin untuk kahwin ketika dulu ayahnya tidak benarkan dengan alasan boleh menanggung pengajiannya lagi bahkan mampu membeli kereta baru untuknya. Jika dihitung, laptop tidak sampai 50K.

"Ayah kau saja cakap macam tu" ujar ibunnya.

"Jadi ibu dan ayah saja main-main soal agama, soal maruah, soal kahwin, soal hati dan memalukan pihak sana (pihak lelaki)?" sahabat ana menyoal bertalu-talu.

Ibunya terdiam.
Dihujung talian dia berbicara dengan esak tangis. Menurutnya, dia menangis bukan kerana ibu ayah tidak dapat memberikan wang mahupun tidak dapat menikah dengan pilihan hati akan tetapi lebih kepada kecewa dan terasa hati yang teramat kepada orang tuanya. Katanya lagi, ibu ayah seakan-akan mempermainkan sunnah Rasulullah saw yang menjurus kepada agama.

Di adu pula kepada kakak untuk memujuk orang tuanya agar jalan untuk halal dipermudahkan.

"Kenapa nak kahwin sangat? Dah tak tahan ke?" ujar kakaknya.

Katanya, kakak lepasan institusi pengajian tinggi dan seorang pegawai tinggi kerajaan. Namun pemikiran cetek bagai katak bawah tempurung. Malah lebih cetek lagi daripada katak.

"Mungkin ada hikmah semua ni ukhti. Hikmah yang baik memang tak nampak dek mata." kata ana.

Sahabat ana menjelaskan, dia mengenali lelaki itu melalui pensyarahnya. Bukan dia memandai-mandai 'pungut' apabila tersepak. Hanya berjumpa dua kali sahaja bertemankan pensyarah di pejabatnya. Apatah lagi nak keluar berdua-duaan.

Keluarga sabahat ana menentang dengan sunguh hebat. Diberinya contoh-contoh anak orang kampung yang gagal dalam pengajian akibat kahwin semasa belajar. Malah dia turut memberitahu ana ayahnya menyuruh pihak lelaki datang pada hari tu juga dan terus langsungkan akad nikah.

"Kau nak kahwin sangat? Sekarang bagitau lelaki tu, suruh dia datang malam ni juga..! Aku akan nikahkan kau berdua malam ni. ..! Tak peningkan kepala aku." Begitulah ayat-ayat dari walinya.

Adakah begini? Sedangkan si anak dengan eloknya memberitahu hajat yang tersimpan. Diberitahunya si ibu dan si ayah dengan penuh hikmah.

Dia akur dan pasrah.

Tiga tahun belalu. Tika ini kami sama-sama telah menamatkan pengajian.

Akibat kepura-puraan si ayah yang menyakitkan, sahabat ana kini telah hilang keinginan untuk mengikuti sunah kekasih Allah. Hatinya sempit untuk manusia kaum Adam. Datanglah lelaki segak persis jejaka malaya sekali pun, sebelah mata tidak akan memandang malah ditolak mentah-mentah.

"Enti. Kenapa pilihan ustaz enti tolak macam tu saja tanpa usul periksa? Enti tak nak kahwin?" soal ana.

"Tujuan apa perkahwinan itu? Untuk apa? Atas dasar apa? Jika bertujuan meramaikan ummat Rasulullah saw, atas dasar syariat Islam demi mendapatkan redha Allah. Itu ana terima. Tetapi jika atas dasar risau dilebelkan andartu, itu jangan. Tiada cinta dihati ini." katanya.

"Kalau ana nak kahwin dua tahun lepas sudah. Bukan sekarang.! Hati ini susah nak terima mana-mana lelaki. Wali sendiri sanggup menipu..! Redhakah Allah jika ana berkahwin sedangkan ana menipu diri sendiri?" ujarnya lagi dengan air mata bergenang di kelopak mata.

"Wali ana tidak benarkan ana kahwin. Beerti wali ana sanggup tanggung segala dosa ana. Walaupun permintaan untuk kahwin dah dua tahun berlalu. Hati ini tak terbuka untuk sesiapa buat masa sekarang mahupun akan datang. Nokhtah.!" sambungnya dengan air mata yang berjuraian.

Tiap kali ana bertanyakan soal Baitul Muslim, jawapannya tetap sama.

"Wali ana masih mampu tanggung DOSA ana lagi."

Ana pernah ajukan soalan kepadanya, kenapa tidak menyebut AYAH? kenapa menyebutnya WALI? Dia tiada jawapan. Hanya air mata disapu sambil menyandar di kerusi dengan menyebut nama ALLAH beberapa kali.

Impaknya

Si anak cedera hampir teruk di kalbu. Ana difahamkan bahawa ustaz kami sering bertanyakan tentang calon zauj dan mencadangkan beberapa ikhwah untuknya. Namun, jawapannya tetap sama.

Di manakah nilai cinta TITANIC yang begitu unik lagikan kukuh. Namun akhirnya di telan lautan biru?

Di manakah pula letaknya TAJMAHAL cinta jika itu kesudahannya?

Dia ada jiwa Islam, berfikrah Islam dan mahu menjiwainya ke arah Islam yang berlandaskan syariat.

Mujahadah itu pahit. Ya, memang pahit. Teramat pahit. Namun syurga itu tersangatlah manis. Sehingga menelan segala kepahitan yang ada.

Akhwati, bersabarlah. Ada bahagian untuk mu kelak. Itu janji Allah.

Hadiah Dari Allah

Cinta umpama hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, adakah wajar hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah?

Lalu, bagaimanakah caranya untuk bercinta dalam Islam? Kabuur..! Kelaaaam...! Suraaaam..!

Sesekali disebut jugalah mengenai Nabi Yusof & Zulaikha, Nabi Sulaiman & Balqis. Akan tetapi hanya menyebut kerangkanya sahaja. Tiada cerita tentang hebatnya Nabi-Nabi Allah ini. Bagaimana beliau bermujahadah.? Apa kesannya.? Implikasinya? Apa ibrahnya? Diaaaaam seribu bahasa.

Ada Apa Dengan Cinta?

Sudah dapat apa yang dihajati. Sudah terlaksana apa yang dikejar. Cinta akan terkulai dan bersepai. Ini akibatnya apabila membelakangkan peraturan cinta.

Bonda ayahanda. Selamilah hati anakanda mu. Akhir zaman semuanya bermula dihujung jari. Seharusnya diskusi dalam keluarga sangatlah perlu. Bukan main redah kasi pecah & tak tentu hala.

Tanya si anak. 
Kenapa?
Sebab apa?
Perlu ke?
Siapa?
Kenal macam mana?

Perbincangan haruslah ana intro & conclusion. Bukan tengking menenking atau marah memarahi. 

Si anak pula harus pandai mengambil hati orang tua. 'The most important thing is HUSNUDZON" :)

Tempoh hari ana telah mengkhatamkan lagi buku yang dikarangi oleh Mas Udik Abdullah. Membacanya dengan penuh emosi.

Rasulullah saw bersabda.
"Sesiapa yang menikahi wanita dengan niat menjaga pandangan mata, memelihara kemaluan dan menjalinkan tali silaturahim, Allah pasti memberkati pasangan suami isteri itu" ~at-Tabrani~

Diatas adalah antara hadith yang dimuatkan dalam buku tersebut.

Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw "Antara keberkatan wanita adalah cepat pernikahannya, cepat pula mengandungnya dan ringan maharnya." ~Ahmad al-Baihaqi~

...nota nokhtah cinta..

Kepada yang bakal di 'Cop'kan, jangan lelama tak elok.
Kepada yang bakal memegang 'Amanah', moga dipermudahkan.
Kepada yang telah menjadi 'Kekasih Halal', tahniah dan bercintalah hingga ke syurga.










Judge ISLAM by judging the QURAN, not the muslim as muslim is

a human being who always makes mistakes while QURAN is perfect.

WORDS FROM ALLAH








You can be the happiest woman in the world.

You are better off then millions of woman.

A little that makes you happy is better than a lot that you miserable.

Look at the clouds and not at the ground.

Ou happiness is not like theirs.

Your houses is a Kingdom glory and love.

Woman are like stars in the sky.

Deeth is prefereble to doing HARAM.

A wise woman is source of happy life.



Don't be sad.

Allah always with us.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...