"Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego.. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya.. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginda saw...
'Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kekayaan jiwa.'
Apabila kualiti HATI rendah, nikmat yang banyak terasa tidak cukup..
Tiada syukur, sabar, qanaah dan reda, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan... Sebaliknya, HATI yang kuat mampu mengawal nafsu, umpama burung yang menerbangkan sangkarnya...
Manakala, HATI yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu, seperti burung yang terkurung di dalam sangkarnya...
~SOLUSI~
Dunia disipta untuk manusia
Manusia dicipta untuk akhirat...
by~shha aina~
Follow @Setanggi_Syurga
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment