ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABIAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN...

ANA MOHON SAHABAT-SAHABAT BLOGGER ANA...

SAPA-SAPA YANG TAU CARA NAK REMOVEKAN FOLLOWER KAT BLOG??

DAH BERPINAR MATA ANA NI DUK PUSING-PUSING CARI LAGU MANA NAK REMOVEKAN BLOG NI...

SAKIT MATA ANA TENGOK BLOG TU...

HATI PON SAKIT...

JIWA PON SAKIT...

ROSAK ANAK-ANAK ISLAM...

MALU ANA RASA...

HARAP ADA DI ANTARA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER DAPAT BANTU ANA...

JAZAKALLAH..

P/S: blog maksiat..."porno"

 "Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego.. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya.. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginda saw...

'Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kekayaan jiwa.'

Apabila kualiti HATI rendah, nikmat yang banyak terasa tidak cukup..
Tiada syukur, sabar, qanaah dan reda, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan... Sebaliknya, HATI yang kuat mampu mengawal nafsu, umpama burung yang menerbangkan sangkarnya...
Manakala, HATI yang lemah sentiasa terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu, seperti burung yang terkurung di dalam sangkarnya...

~SOLUSI~
Dunia disipta untuk manusia
Manusia dicipta untuk akhirat...

by~shha aina~

Alhamdulillah....

Assalamualaikum wbt sahabat sahabiah sekalian..
Semoga sahabat2 berada dalam lindungan rahmat dari Nya...

InsyaAllah...^^

Entri kali ni ana nak sambung tentang
"BINTANG HATI BUAT MU"...

Yang hari tu dalam proses persiapan...
Yang ni plak dah siap...dah letak dalam balang yang sebetolnya sekali..
(^______^)/

jeng jeng jeng.....^^....
ni ha bintang hati dengan balangnya...
tomey2 tak?? ^^

Sebenaqnya...
Dalam balang ada bebola...semestinya la bukan bebola ikan ya..^^
Tapi bebola api...

Bila balangnya digoncangkan, bebola itu akan mengeluarkan api berwarna merah & biru...

Like this pic..^^


Masa ana beli balang ni, ada bola api sekali...
So, bila digoncang2 kan keluar la api...
Rasa meriah ja tau..^^

opsss...bebola api ka bebola cahaya??
mmm...mana2 ja la...^^...

BINTANG HATI ni dah ana hadiahkan kepada si empunya diri...^^...

..::nota hiasan::..

lupa ana nak habaq...
tak sampai pon 1000 biji ana buat bintang hati ni...
tak sempat la....
lagi pon kalo ana buat sampai 1000 biji penuh balang tu nanti...
So, tak dapat la nak goncangkan & then cahaya/api pon tak keluaq...
kan..kan??
ana sempat buat 400 biji mewakili 8 warna...
setiap warna ana wakilkan plak ngan 8 biji anak2 bintang yg sangat kecil...
setiap warna juga ana kepilkan note yg diikat dengan rantai besi...
nak tau isi note tu???
BIARLAH RAHSIA.....(^____^)

Semoga pemberian ana ini memberi keceriaan buat kekanda..^^
Hasil tangan daripada isteri sendiri lebih baguskan sahabat-sahabat???

La ni duk pikiaq nak hasilkan apa plak...
\(^____^)/

wasalam..

by~shha aina

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...^^

To all my teachers and ustaz's, i wish you all a 'Happy Teacher's Day'..!!

May Allah Subhanahu Wa Ta'ala bless you all with the best of Iman, health, wealth and give you your due rewards both here on Earth and in the Hereafter...
Ameeen ya Robb..

Teachers play a very important part in our life's. Without teachers, knowledge won't be what it is today. Those who teach us the good, bad and the ugly a very important role in molding us to be who and what we are or become..

The choice to learn anything is ours..
So choose well...

The very first record we have of a teacher is in the Holy Qur'an where the Supreme  Teacher of the entire Universe, Allah the Almighty, taught Our father, the Prophet Adam Alaihis Salam, all that he needed to know, in Jannatul Firdaus, the highest Paradise..

This is before the rest of the humankind came to exist..
So, none can lay claim to beat this record...

When the Archangel Jibreel Alaihis Salam appeared before the Lasr Messenger of God, the Holy Prophet Muhammad SAW, he came in the form of a glowing shining light and uttered "I'qra!" meaning "Read!"

The very first word and revelation of the Holy Qur'an, God's Last Testament and Complete Guidance for all mankind is to "Read!".

Only by reading anything can anyone gain knowledge.. To be able to read is to have learned how to read and one needs a teacher to learn how to do just that??

Hence, the important of us honoring our teachers, no matter who they are and how they come to be..

First and foremost, naturally we worship Allah SWT, then we love our Rasulullah SAW...

In Islamic traditions, we are to honor our mother first, then our father, then our teachers...

(^__________^)/

Loghat omputih plak ana ni ek....
Saja nak buat KAIZEN bak kata NING..

*Kaizen = continuous improvement = perubahan yang berterusan

Ana nak ucap ribuan terima kasih kepada sang pendidik...ustaz, ustazah, murabbi, mualim, cikgu serta mereka2 yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan kepada ana..

Tanpa cikgu-cikgu semua, tentu ana masih teraba-raba dalam mencari jalan di dunia ini tanpa mendapat suluhan daripada cikgu-cikgu sekalian...^^

Alhamdulillah...
Syukran coz sabar, tulus, ikhlas serta kasih sayang dalam mendidik ana selama ini sampai menjadi manusia..^^

Murabbi & Murabbiyah ana yg pertama & selamanya..
UMMI & ABI

Khas buat Ummi & Abi sebagai Murabbi Murabbiyah yg pertama & selamanya, Terima kasih atas pengorbanan yang telah dicurah kepada anak mu ini... Terima kasih atas nasihat-nasihat ummi & abi yang tak jemu-jemu selama ni...^^

Buat cikgu-cikgu di Tadika Atas Tol yang memberi kenal ABC...

Buat cikgu-cikgu Sekolah rendah Atas Tol...
Masih ingat lagi masa darjah satu guru kelas cikgu Rosni...
Masa darjah dua plak cikgu Anuar...
Masa darjah tiga cikgu Syed Abdillah..
Darjah empat teacher Wong...
Darjah Lima Syed Abdillah..
Darjah enam cikgu Shamsiah...

Terima Kaish atas penat lelah mendidik diri ini...

Buat cikgu-cikgu Sekolah Menegah Sultan Mansor...
serta cikgu-cikgu di Sekolah Tengku Bariah...

Tak lupa jugak kepada pensyarah2 kat Universiti Utara Malaysia Sintok...

Dan seluruh guru-guru yang selalu mendorongkan diri ini ke arah membina jati diri dan matlamat hidup yang sangat singkat ini...

Kalian adalah lilin yang membakar diri....
Sayang cikgu-cikgu semua...
^__^

..::nota tangan::..

camat ari cikgu jugak buat mama papa iman & sofia...
Ibu Adam Harith jugak..camat hari cikgu..

untuk diri sendiri jugak serta kekanda tersayang...^^

by~shha aina





Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Sujud syukur pada Mu ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada hamba Mu ini untuk terus menghirup udara yg segar di bumi sintok...

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammada saw serta para sahabat-sahabat baginda..
Dengan mendapat izin dari Allah swt juga kita dapat menikmati dua nikmat dalam hidup hamba Allah, iaitu IMAN dan ISLAM..
insyaAllah...

syukran ya Robb...^^

Agak lama ana tak update blog ni...dah bersawang sana sini...

Alhamdulillah...ana baru ja habis exam paper yang ke 5 pagi semalam...
InsyaAllah dua paper akan menyusul seminggu lagi sedangkan sahabat-sahabat yang lain sudah lama berada di kampung halaman...
tak mengapa, masa yang ada ana gunakan dengan sebaiknya..

InsyaAllah..tajuk entri ana kali ini berkaitan dengan alam perkahwinan..^^ maklum la cuti-cuti sekolah ni mesti ramai sahabat-sahabat yang bercadang mendirikan rumah tangga..
Alhamdulillah...

Suka ana berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang blog seorang muslimah yang sering ana kunjungi...

Jika dibaca & dikaji blog yang ana kongsikan ini, bagaimana seorang muslimah ini menghadapi cabaran-cabarannya dalam diri saat-saat di lamar oleh insan yang bergelar PEMUDA...??

Persamaan ana dengan blog muslimah yang ana kongsikan ini  adalah gemar membaca buku "PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH & RASUL" karangan Fatimah Syarha...^^
Ana sendiri terpesona dengan karangan2 beliau..

Berbalik kepada perkongsian blog tadi...

Bagaimana muslimah ini membina jati dirinya ..?? Dengan kesibukkan dirinya mencari jati diri, muslimah ini menjadi tidak peduli akan hal-hal yang berkaitan dengan insan yang bergelar "PEMUDA"

Allah....... bagaimana dengan diri kita ya ukhti???
Bagaimana?? Adakah diri kita menyibukkan diri seperti muslimah ini..??
Adakah diri kita menyibukkan diri mencari cinta Allah seperti mana muslimah ini..??

Allah..... T__T

Sama-sama kita menghayati blog ustazah Maryam & beramal..
insyaAllah...

Blog yang menarik hati ana tentang alam perkahwinan adalah blog Wan Sufiah

Tertariknya ana tentang blog ini mengenai tajuk menjadi isteri kedua..
Tersenyum ana pabila menbaca isi kandungannya...^^

Untuk mengetahui mengapa ana tersenyum??
Silalah ke blog perkongsian ana tu...

Semoga memperoleh manfaat..
jangan lupa..beramallah bila dah dapat ilmunya..
Peringatan untuk sahabat-sahabat terutama untuk diri ana sendiri..

...::nota tangan si jelita::...

yakin lah pada Allah...
Jika diri mu BAIK maka Allah akan menjanjikan jodoh yang BAIK buat mu...

"Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik......"
~an-Nur:26~

"Untuk mendapat jodoh yang soleh/solehah kena soleh/solehah kan diri terlebih dahulu.."
~Di Jalan Dakwah Aku menikah~


wasslam...

by~shha aina

"Dan katakanlah, :Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."
(9:105)

Semoga kita sentiasa dibawa menuju jalan mencari redha Allah..amin..
InsyaAllah..^^




Minggu depan 8 Mei adalah 1st paper exam ana serta sahabat2 ana yg lain untuk semester enam di Universiti Utara Malaysia Sintok (UUM).

Maka semoga berjaya ana ucapkan kepada sahabat-sahabat..
Buat lah yang terbaik..
Berusahalah bagai nak mati..
Dan berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah swt dengan pengharapan sepenuh-sepenuhnya.

There is no victory without a battle..
There is no success without a trial..

Just sharing what one friend of my friend once told me...

"My pointer (CGPA) is Islam's dignity.."

Kalo buruk keputusan peperiksaan ku, selaku seorang muslim yang menjadi duta kepada agama Allah ini, terjejaslah juga imej Islam..

Agak menakutkan...kan?? haiiissshhh..tapi inilah hakikatnya yang kita tidak menyedari...

Ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yg mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. 
Tahniah buat anda..!

Tetapi ada yang beriskap sambi lewa terhadap peristiwa penting ini. walau pun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang peperiksaan seperti gambar ini...



Ada juga yang membawa TOYOL..
berbaloikah dengan kecemerlangan sebegini??

Ingat pesanan dari tenaga pengajar kita tau..


hehehheee..


..::nota jari::..

Disamping itu, entri ini sebagai ucapan selamat kepada semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan sekampus dan tak sekampus dalam menghadapi exam tak lama lg..
Bagi yang dah siap segala macam bentuk assignment, boleh la mulakan menelaah buku dengan khusyuk dan tawadduk sampai terduduk..!
Last2 buku yang stdy kita..^^


Tarikh exam final ana..

Pengurusan Inventori --> 8 mei --> 9 am-11..30 am
Pengurusan Pembelian & Rangkaian Pembekal --> 9 mei --> 9 am-11.30am
Sistem Maklumat Pengilangan & Operasi -->12 mei --> 9 am-11.30 am
Pengurusan Strategik --> 14 mei --> 2.30 pm-5.00 pm
Pengurusan Projek --> 15 mai --> 9.00 am-11.30 am
Pengantar Psikologi -->22 mei -->8.30 pm-11.00 pm
Undang-Undang Pekerjaan & Perhubungan --> 25 mei --> 9.00 am-12.00 pm

by~shha aina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...