Kamu tanah unik pilihan Allah untuk menjadi rebutan dunia. Hinggakan sesiapa yang dapat mengawalmu, dapatlah mereka mengawal dunia. Kami disini hidup aman makmur, tau mengenai konflik yang sedang kamu lalui.
Namun apakan daya kami tindak mampu memenangimu kembali daripada tangan laknat yang mengawal pemikiran kami. Lebih 50 tahun kami merdeka, namun kebanyakan daripada kami masih tidak dibebaskan daripada penjajahan minda.
Sebahagian daripada kami dengan bangganya mendakwa diri mereka sebagai patriotik, tapi malangnya mereka tidak mengetahui susun atur kepentingan agama, bangsa dan negara. Jika hilang negara, kami masih mempunyai bangsa kami di Indonesia sebagai harapan untuk membantu kami dikala susah. "Takkan Melayu hilang didunia" kata Hang Tuah.
Namun jika bangsa Melayu ini hilang daripada dunia, kami masih mempunyai saudara kami yang dipanggil sebagai Muslim di serata dunia sebagai tempat kami tumpang berteduh seperti sejarah Ansar dan Muhajirin dulu.
Terlalu patriotik kami hinggakan kami telah menterbalikkan susunannya. Kami sedar agama kami ditindas. Namun kami terlalu mementingkan kedaulatan 1 Malaysia kami. Hinggakan kami tidak menyedari kami telah hilang kedaulatan agama kami yang semakin diburukkan, nabi kami dan Tuhan kami yang semakin dihina, dan bangsa kami yang semakin dipecah-belahkan.
Kami terlalu mementingkan semangat 1 Malaysia hinggakan kami sanggup mencaci sesama bangsa kami di Singapura apa lagi di Indonesia. Kami juga semakin buta mencaci sesama sendiri dalam negara kami. Mereka, golongan yang paling keras mendakwa diri sebagai patriotik dengan sewenang-wenangnya membutakan kami yang sebenarnya semakin kehilangan agama kami, bangsa kami dan juga negara kami.
Oh Palestin,
Kami disini sangat gembira dengan pemberian Allah sampaikan kami tidak sedari sebahagian daripadanya adalah istidraj yang sememangnya tidak elok bagi kami. Kami sangkakan keamanan dan kemakmuran adalah nikmat pemberian Tuhan sedangkan kami tidak sedar kami semakin terlena.
Kami terlena daripada pegangan bendera hitam di tangan kami. Bila menyerah kalah dalam apa jua pertandingan, kami mengangkat bendera putih. Sedangkan bendera putih itulah yang selalu dibawa nabi kami Muhammad utusan Allah dikala peperangan. Dengan mengangkat bendera putih, kami dikatakan sudah kalah dalam apa jua pertandingan. Lemah semangat kami menegakkan bendera nabi kami.
Lalu kami gantikan keduanya dengan lambang-lambang yang tidak kami sedari menghina segalanya mengenai diri kami sendiri. Dengan bangganya kami memperagakan lambang-lambang tersebut didada kami, dihati kami setiap hari walaupun ketika kami pergi menyembah yang maha Esa tanpa kami sedari kami telah menduakanNya dengan syaitan dan firaun.
Kami memberikan alasan kami hanya menyokong pasukan mereka, bukan lambang mereka. Tapi kami dayus tidak mengetahui bilamana kami menyokong mereka, kami juga mengangkat dan memartabatkan lambang-lambang mereka dalam diri kami sepertimana seorang Muslim sejati yang menanamkan niat ikhlas lagi suci mengangkat bendera-bendera kebenaran.
Lihatlah betapa bahagianya kami disini yang kehilangan agama, bangsa dan negara kami tanpa kami sedari. |
Kami pasti sebahagian daripada kami masih lagi mempertahankan lambang-lambang tersebut dengan keras hati kami. Kami tidak nampak kepentingan sebenar menaikkan lambang dan bendera sesuatu organisasi atau kesatuan. Kami tidak nampak semua itu yang kalian paparkan setiap kali dipaksa untuk menjatuhkannya.
Kalian melarikan diri setelah selesai membaling batu kearah tentera-tentera laknat lalu terjatuh. Namun bendera masih tetap dipegang teguh. |
Begitu kuat semangat patriotik kalian sebesar-besar bendera pun kalian tetap tidak penat, tidak lenguh tangan mengangkatnya biarpun ianya berat dikibar ditiup angin. Betapa indahnya senyuman kalian tatkala bendera-bendera besar itu ditiup angin mengibarkan bendera kalian. Betapa bangganya kalian rasai dijiwa. |
Begitu semangatnya kalian hinggakan anak kecil pun mahu merasai nikmatnya memegang bendera menegakkannya serata negara yang kian hilang. |
Kalian pertaruhkan nyawa kalian demi agama, bangsa dan negara kalian yang suci dan menjadi buruan dunia tanpa mengira usia mahupun jantina... |
...disaat mereka di Israel hanya mampu menyuruh anak-anak mereka menandatangani 'hadiah' yang bakal dihantar kepada kalian. |
Biarpun ketika bersuka ria mewarnakan diri kalian biru, namun bendera tetap terpegang rapi di tangan. Atau kalian mewarnakan diri kalian biru kerana kalian sudah memahami maksud tersirat disebaliknya yang selama ini tidak pernah langsung didedahkan dunia? |
Kalian tetap bersatu berdiri memegang bendera yang disayangi. Biarpun dipaksa untuk duduk, kalian tetap tidak melepaskan pegangan rapi terhadap bendera yang satu. Namun kami disini bermacam bendera kami tegakkan. KAMI DIPISAHKAN UNTUK MENGANGKAT BENDERA PARTI POLITIK MASING-MASING. Kami dipisahkan untuk MENGANGKAT BENDERA PASUKAN BOLA MASING-MASING. Bermacam bendera lagi kami pujai tanpa kami sedari muslihat disebaliknya |
Oh Palestin, kami semakin dipecahkan. Walaupun rata-rata kami semua mangharapkan menjadi penggempur utama tentera panji hitam, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang bakal mendapatkannya.
Kerana antara kami ada yang tidak mengenali tipu daya "SI MATA SATU" lalu membelanya. Mereka sangkakan pabila mereka ternampak saja sepasukan pemuda mengangkat panji hitam, maka itulah panji yang dijanjikan lalu mereka memasukinya. Sebenarnya tidak.
Mereka tidak tahu tipu daya "SI MATA SATU" yang bakal menerbitkan tentera panji hitamnya sendiri bagi menyesatkan saudara kita yang tidak bergegang teguh dengan Quran dan Sunnah.
Perkara-perkara ini telah menjatuhkan agama, bangsa dan negara kita di serata dunia. Namun engkau tetap tabah mengamalkan suruhanNya, Palestin. Kami di Malaysia yang aman makmur tetap mengeratkan ukhuwah kami dengan bergomol-gomolan sesama sendiri di kelab malam, di kedai mamak tanpa menghiraukan waktu solat yang lima.
Antara syarat-syarat bertaubat adalah meminta ampun dan maaf daripada mereka yang telah kita dustai. Maka ampunilah dosa sebahagian dari kami yang kian menebal mimpinya dan bakal terjerumus ke dalam lembah fitnah "SI MATA SATU".
Biarlah Allah saja yang membalas tindakan mereka membutakan diri wahai Palestin. Kami tau itulah yang paling sukar kamu lakukan tapi apakan daya kami untuk mengubah saudara-saudara kami yang kian terlena.
Kredit gambar Palestin kepada 'The Palestine You Need To Know' Facebook page dan 'Satu Umat'.
Sumber : F.O.M
~from: setanggi syurga~ Follow @Setanggi_Syurga
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment