“Kenapa menjemput dan bukan mencari rezeki?”
Kaedah menjemput rezeki adalah lebih mudah daripada mencari rezeki. Sebabnya kita sudah tahu satu-satunya Pemberi rezeki hanyalah Allah. Buat sahaja apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Asal jadi orang baik, soal rezeki jangan risau, Allah jamin.
Kalau beli barang yang ada jaminan 3 tahun pun kita sudah yakin dan beli tanpa was-was, kenapa jaminan daripada Allah kita tidak yakin?
Tidak salah untuk berimpian. Allah tidak pernah halang cita-cita kita selagi mana masih di dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Mahu jadi doktor? Mahu jadi lawyer? Mahu jadi majistret? Mahu buat bisnes? Mahu jadi jutawan? Mahu jadi pelabur? Silakan. Berusahalah ke arah impian tersebut. Tetapi dalam masa yang sama jangan dilupakan tanggungjawab kita kepada Allah, tingkatkan hubungan kita dengan Allah. Buat sahaja. Usaha perlu konsisten.
Itu sahaja syaratnya.
Mudah.
Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
Follow @Setanggi_Syurga
4 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
setuju dgn n3 ni..
masih di subang ke?..semoga selamat menuju ke sekinchan..
senyum2 selalu
InsyaAllah...walaupun syatarnya mudah namun ramai yg lalai
Knor~ hu~tak smpat menyempat nk balas komentar akak..kami ke subang hari jumaat..busy sakan..alhamdulillah,semuanya berjalan lancar kak..:)
Knor~ hu~tak smpat menyempat nk balas komentar akak..kami ke subang hari jumaat..busy sakan..alhamdulillah,semuanya berjalan lancar kak..:)
Post a Comment