Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar...!!

Kedengaran bilal sedang melaungkan azan dengan sungguh merdu ala-ala imam Masjidil Haram membuatkan telinga ini sentiasa menghayati kemerduan suara bilal seakan-akan sedang melambai-lambai ke arah kami yang leka dengan urusan dunia untuk berhenti seketika bertemu Yang Maha Agung. Bergegas Nur mengatur langkah ke surau.

Sampai sahaja disurau, Nur meletakkan beg dan tudungnya di atas tikar sejadah yang masih kosong. Nur meluru pula ke pili air untuk berwudhuk. Selesai mengambil wudhuk, Nur kembali semula ke tikar sejadah yang terdapat barang-barangnya tadi. Nur sangat terkejut apabila dia mendapati barang-barangnya telah tiada. Tercari-cari dengan mata melilau ke kiri ke kanan serta kening mengerut risau.

Terlihat disudut hujung almari yang berdebu dipenuhi sesawang, tudung dan beg telekung solatnya berlonggok seakan-akan dicampak. Sedih, kecewa dan terkilan apabila Nur melihat kembali tempat asal barang-barangnya diletakkan kelihatan seorang makcik sedang solat mengikuti imam.

'Kalau tiada angin manakan pokok bergoyang'
'Kalau tiada orang yang alaihkan mana mungkin ianya akan teralih sendiri'

Kesal. Semata-mata tidak mahu terlewat mengikut imam solat, sanggup mengenepikan jemaah lain. Kami pun nak solat berimam juga walaupun dah jadi makmum masbuk.


Jom balik anak-anak, dah nak maghrib ni. Setan ramai waktu maghrib :)

Klik sini juga ~ #004 WORDLESS WEDNESDAY : JIKA ITU TAKDIRNYA



by

0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...