Perghh tajuuuk! Oke jom menjiwainya. :)

"Allah telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari mereka sendiri, mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui."~Yasin : 36~

Enggang vs pipit.
Besaq vs kecil.
Kuruih vs gemuk.
Tinggi vs rendah.
Kecomelan vs kebodohan.

Begitukah?

Tu perlawanan bukan berpasangan. Haishh.


Malam pasangannya siang.
Langit pasangannya bumi.
Kumbang pasangannnya bunga.
Bintang pasangannya bulan.
Lelaki pasangannya perempuan.
Jantan pasangannya betina.

Cengginikah?

Ya. Bila mana disebut berpasang-pasangan, ianya mestilah seumpama kutub utara dengan selatan. Magnet utara tak kan melekat dengan utara juga, mesti akan bercantum dengan kutub selatan. Kalau masih ingat belajaq sains darjah 4 sila angguk.!

Ramai akhwat dan juga ikhwah salah mentafsir surah Yasin : 36 yang dimaksudkan di atas dengan menjalinkan hubungan percintaan enta dan enti kononnya berlandaskan syariat.

"Enti.. Ana cintakan enti kerana Allah."

"Ana pun begitu. Cinta, rindu, kasih dan sayang ana pada enta juga kerana Allah."

Pewiiiiiiiit....!
Sweetnya hangpa.....
Sungguh sweeeeeeetttt....

Sweet tak buat maksiat..??
Heh? =_=

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." ~an-Nur : 30~

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat............." ~an-Nur : 31~

Bagaimana?
Tersedak? Tersentap? Terchampak hingga tertiarap?

Nak berdalih dan beralasan dengan ayat Allah lagi?

"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh sesuatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk" ~al-Isra : 32~

Naaaaahhh.... Terkena hidung terus tertusuk?
Dush dush dush.

Cinta yang halal didambakan. :)

...Serius dari hati..
Rasa sangat hodoh dan bodoh jika ternampak pasangan couple beriringan, makan-makan, sembang menyembang, gelak ketawa dengan si gedik bertudung litup, berstokin malah bersarung lengan serta si buaya ala-ala islamik.

Puiihh..! Tercemaaaarr..!

Tambah-tambah lagi depa depa depa depa ni kita kenai. Huh!



2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Unknown said...

Laki bini kut tu....

~Setanggi Syurga~ said...

iqbal~laki bini dipanggil lepas nikah kan? Tak pa..jom husnuzon.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...