Rindunya kat abang.



Bila cuti abang balik kampung. Ada masa abang akan bercerita tentang kehidupan didunia & akhirat. 



Lepas solat maghrib pasti abang akan ajar kami mengenal Allah. Abang akan riba adik-adiknya terutama saya yang ketika itu berusia 10 tahun dan sama-sama mengalunkan asmau'l husna.

14 Nov 1998 abang dijemput Ilahi ketika abang berusia 22 tahun akibat kemalangan jalan raya. Panggilan telefon membuatkan ummi &
 abi terdiam, terkedu 
malah tersentap. Saya, usia 10 tahun mungkin masih kabur tentang kematian. Saya tidak menangis apatah lagi nak meraung. 

Namun, bila melihat jasad yang tidak bernyawa didepan mata, air mata ini tidak dipinta untuk terus membasahi pipi. Masih terngiang-ngiang ditelinga "Nur mana? Panggil Nur cepat. Dah lewat ni". Saya orang pertama dipanggil untuk mencium abang memandangkan saya adalah adik beradik yang paling rapat dengan abang. Kakak pula baru sahaja sampai dari kolej matrikulasi ketika itu terus meluru mendapatkan abang di tempat pembaringan.

Lain pula berlaku, Allah tak izinkan saya & adik beradik yang lain untuk mencium abang kerana ikatan tali dihujung kepala abang susah hendak dibuka. Jenazah sebenarnya sudah siap dimandi & dikafankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kuala Lumpur, dibawa balik pula ke Terengganu. 
Tanpa sempat mencium dahinya, hanya sempat memegang kaki sahaja yang dah kaku berlapikan kain putih. Pengebumian abang disambut dengan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

14 Nov 2012, ya hari ini genaplah 14 tahun abang pergi meninggalkan kami.


Suatu hari nanti giliran kami pula akan mengikuti jejak abang.

Abang, maafkan Nur. Sejak hadirnya teratak bisu ini, Nur tidak pernah bertinta mahupun berpuitis cerita buat abang. Bukan Nur lupa, mahupun bukan alpa. Akan tetapi nama abang sentiasa Nur titipkan dalam setiap doa Nur.

 Hampir setiap hari Nur ke tempat abang disemadikan. Tanah merah Nur tatap dari jauh. Usia 10 tahun hanya tahu menangis namun doanya "Moga Allah berikan syurga untuk abang"

Tiada lagi yang nak riba Nur ketika tu.
Tiada lagi yang nak ajar Nur baca nama-nama Allah.
Tiada lagi cerita-cerita tentang-Nya.

Nur hanya kenal abang hingga Nur umur 10 tahun. Masih kecil.
Kenangan yang ada sungguh sedikit, namun kenangan itu akan Nur jaga. Nur akan ajar bakal-bakal mujahidah dan mujahid yakni anak-anak Nur nanti mengenal Allah dengan menyebut nama-namaNya seperti mana abang ajar Nur dahulu kala.
Moga abang berbahagia disana & tergolong bersama hamba- hambaNya yang bertaqwa serta beriman.

Al-Fatihah buat Allahyarham Azuni Ali.



..nota cinta buat mu..


Abang ana yang sorang lagi habaq, masa turun dalam liang lahat untuk sambut jenazah terhidu bau yang sungguh wangi. Bila nak buka ikatan-ikatan pada jenazah senang pula. Masa kami nak cium abang bukan main susah nak buka. Mungkin Allah tak mau melewatkan pengebumian kerna jasad abang remuk.


Abang Azuni. Moga tenang disana.


*Sampai la ni ceq fobia bila terdengaq bunyi deringan telefon rumah :'(


Klik sini juga : #010 BAB CINTA : JOM DATING.




by

8 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Sheila Eiman said...

Al-Fatihah.
semoga abang nur dicucuri rahmatnya dan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman. aminnn..

Arifah Waly said...

SubhanAllah..

iqbalsyarie said...

Kisah ini sama yang di Facebook kan? cuma mungkin lebih panjang. Dan ya, sebak dan perasaan sedihnya masih sama. Kita doakan, kita harapkan, sama-samalah agar dikurniakan untuknya tempat yang tinggi dan indah, berupama taman dari taman-taman syurga, insyaAllah.

beta kupu said...

Bertabahlah ye...smoga arwah ditempatkan dgn org2 yg beriman.....amin

~ Al-Fatihah ~

~Setanggi Syurga~ said...

Sheila Eiman~amin ya Rabb. Mudah-mudahan InsyaAllah.. :)

~Setanggi Syurga~ said...

Arifah Waly~syukran ukhti atas jejak ke laman bisu ini..^^

~Setanggi Syurga~ said...

iqbalsyarie~syukran akhi. Rentetan dari FB. Tambahan sikit-sikit.

Moga begitulah hendak-Nya. InsyaAllah.

*dah rajin enta jejak sini kan? :)

~Setanggi Syurga~ said...

beta kupu~Walaupun dah 14 tahun berlalu, terasa seperti semalam baru berlaku..

syukran ukhti atas komentarnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...