Assalamualikum sabahat sahabiah yang dikasihi Allah..

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar..!
Salam mahabbah & Salam tautan hati.

Alhamdulillah, tangan & bahu semakin pulih. Berdenyut, perit kadang-kadang rasa macam 'kreem' pun ada. Tapi tetap ketegaq (degil). Pandu kereta pusing satu aloq staq dengan sahabat yang dicintai hingga akhirat, insyaAllah Kak Rabihah, Kak Dayana, Maria & Mariani. Masa balik ke UUM Kak Dayana pula yang ambik alih jadi pemandu. Kaki dah kejang & tangan pula berdenyut-denyut. Apa taknya, drive kereta tanpa sedaq yang diri ini tak sihat :). Hepi punya pasai jumpa kawan-kawan dah dak ingat sakit.

Masa nak bukak posa dengan family ustaz rasa sengan 1000 kali segan. Namun kena biasakan diri kerana dah jadi ahli keluarganya walaupun tak secara sah :). Apa yang menarik perhatian ana, cara ustaz & kak wan melayan karenah si abang yang demam & si aufa minta pasangkan cerita upin ipin. Kebiasaan yang kita lihat, mak ayah tak penuhi permintaan si kecil. Mulalah si kecil meragam, merajuk, dan sebagainya. Tapi lain ustaz & isterinya. Depa nak wujudkan suasana bahagia yang jauh dari caci maki, herdik mengherdik dan marah memarahi depan rezeki. So, keadaan pun ok dan ceria. Ana pula senyum lebaq-lebaq tengok depa satu family. 

Mula berbuka dengan minum ayaq zam-zam barulah pekena buah kurma. Kedua-duanya dari bumi Arab.

Syukran ustaz Khadafi & kak Wan sudi menjamu ana dengan pelbagai lauk (ana makan sikit ja sebab tak lalu asyik nak muntah ja). Maaf ya ustaz tak sempat nak bermalam, tak sempat nak beramah mesra dengan along, angah, abang & aufa yang comel tu. Bergambaq pon tak sempat (haaaiihh, memang kalot). Syukran juga atas segala hadiah & nasihat yang cukup bermakna tu :'). Panjang umoq jumpa lagi no. Rindu pula kat aufa yang suara dah macam upin ipin :)

dah boleh buat 'peace' tu..Alhamdulillah..


...nota jari manis...

Semoga ukhwah yang dibina kekal hingga ke syurga.. InsyaAllah..

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Unknown said...

hehe . smoga cepat sembuh yea kaq :)

~Setanggi Syurga~ said...

Ain Riez~syukran ain yang dikasihi Allah..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...