1. Antara harta dan cinta
2. Antara dakwah dan belajar
3. Antara keluarga dan sahabat
Kedua2nya sama penting...sama mustahak dan tidak boleh diabaikan...
macam mana hendak membuat pilihan??
fikir-fikirkanlah sambil berzikir....^__^ |
BILA TANYA C PEROMPAK...
sebilah pisau yg tajam berkilat diacukan ke leher kita..dan perompak yang durjana itu mula mengugut...
"wang atau nyawa?"
kita menggeletar ketakutan.
"tolong..jgn bunuh aku. ambillah semua duit ini."
Pasti itulah jawapan spontan yg akan keluar dari mulut kita. Kita sanggup menyerahkan semua wang yg kita ada, asalkan nyawa tidak diambil. Wang boleh dicari lagi, tetapi hidup hanyalah sekali..
Terpaksa memilih antara wang dan nyawa... Itulah pilihan kita sebagai orang yg lemah apabila berlaku rompakan..
tetapi, kalau kita pandai bersilat @ tekwando (maaf kalo silap 'eja') @ karate, lain pula jawapannya...
"Cis...! langkah mayat aku dulu..!"
Kata-kata dihamburkan dengan penuh berani, serentak pula dengan jurus pukulan maut. Penumbuk padu dihayun laju, sepakan keras dilayang mantap, dan si perompak berlari laju meninggalkan diri..
Wang dan Nyawa, kedua-dua terselamat...
Apabila diri begitu lemah, pilihan yg dibuat akan menyebabkan kerugian. Orang yang lemah, terpaksa kehilangan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..
Namun.. Jika diri ada ilmu dan kuasa, benda yg ada akan bertambah-tambah dan benda yg tiada akan pasti dimiliki..
Rugilah org yg lemah, beruntunglah orang yg kuat..
Kata Nabi:
"Mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah, berbanding mukmin yg lemah dalam setiap amal kebaikan."~HR Muslim~
Antara Harta Dan Cinta
"Harta tidak boleh membeli cinta..tetapi cinta memerlukan harta.."
Kerana harta jangan pula kasih sayang yang diabaikan...
Walaupon sibuk bekerja utk menambahkan harta, kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak jangan dilupakan.. Sedikit gurauan mesra dan kata-kata nasihat lebih mengembirakan hati anak-anak berbanding duit poket yg banyak..
Anak-anak mahu dipeluk dan diusap kepalanya oleh ibu dn ayah lebih daripada kemewahan yg ditabur.. Alangkah sedihnya anak-anak jika yg membesarkan mereka adalah bibik dan pembantu rumah bukannya ibu bapa mereka...
Seterusnya.. kerana cinta jangan pula harta yg digadaikan...
Kekasih hati merengek manja (geli nya ceq huhuhu) minta dibelikan itu ini.. Tangan meraba punggung, jari menyeluk poket, dompet dibuka dan wang dikeluarkan tanpa berkira.. Kad kredit pula digunakan sesuka hati.. Mula2 hatinya puas apabila dapat mengembirakan orang yang tersayang... Namun apabila bil dan hutang mula betimbun mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur...
Antara Dakwah Dan Belajar...
"Kita adalah pendakwah yang sedang belajar."
Ingat dan hayatilah kata2 ini wahai diri...
Biarpon sibuk dengan peperiksaan, walaupon tertekan dengan bebebanan pelajaran, tanggungjawab utk berdakwah tidak pernah sesekali hilang ataupon gugur.. Jika diri ini sedar akan hakikat bahawa dakwah adalah keutamaannya, maka ia akan lebih bersungguh-sungguh utk belajar dan seterusnya aktif dalam gelanggang dakwah..
Tetapi.. Jika kita menganggap diri ini sebagai pelajar yang sedang berdakwah, maka tunggulah saatnya dimana beban pelajaran akan digalas dan tanggungjawab dakwah akan dicampak ke tepi...
Ijazah...Master...PhD jadi sasaran..
Jawatan besar dan gaji lumayan jadi impian.. Sesiapa sahaja mampu mencapainya jika cemerlang dalam pelajaran..
Tetapi.. Ahmad tidak pernah sembahyang pon, mampu mencapainya... Muthu dan Ah Chong yang tidak pernah percaya kepada Allah juga dapat mencapainya...
Jadi..apa bezanya dengan kita yg sama-sama ada PhD dan sama-sama bergaji lumayan?
Jika dakwah menjadi keutamaan, maka jawatan dan pengaruh yg ada dapat digunakan untuk membawa orang-orang bawahan kita bersama-sama ke arah jalan Islam.. Jika dakwah jadi sandaran, gaji yg dikumpul akan dilebur untuk membangunkan ummah dan menguatkan ekonomi Islam...
TAKBIR!!! ALLAHU AKHBAR!!
Jangan pening...Jangan gelabah..
"Pentingkan perkara yang terpenting daripada perkara yg penting, kerana perkara yg terpenting itu lebih penting daripada perkara yg penting,"
Bahasa yg mudahnya adalah PRIORITI..
Jika diberi dua pilihan yg sama-sama elok, buat lah kedua-duanya..
dan jangan di abaikan walaupon salah satu daripadanya.. Selesaikan dahulu perkara yg amat penting dan kemudian selesaikan perkara yg penting..
Jika ditawarkan dua pilihan...antara yg elok dan yg buruk, maka pilihlah yg elok...
Jika diugut dengan pilihan yg merugikan, maka dengan sedaya upaya berusahalah utk mengelakkannya..
insyaAllah...
:nota penting:
Mana mungkin utk kita memilih antara memotong tangan ataupun kaki sendiri...
^__^
by~ilham aina
Follow @Setanggi_Syurga
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment