Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapan sendiri...

Antaranya ialah...

1) Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik..
pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku...

2) Jangan terlalu celupar atau mengkritik...
Kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul..

3) Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya...

4) Perkara sensitif seperti gaji, kenaikkan pangkat & hutangnya usah ditanya..

5) Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumah tangga atau hubungan suami isteri & sahabat..

6) Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik..

7) Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat..
Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya kepada sahabat..

8) Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui...
Ini tanda kita menghormatinya..
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita..

9) Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri..
Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain..

10) Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah dihati.. Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk.. Pastikan hubungan akan kembali seperti biasa.. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut..

11) Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri.. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk.. Itu lebih baik daripada membuat komen.. Ia boleh memburukkan keadaan..

12) Jangan memburukkan sahabat dihadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikan dan sebagainya.. Bangga diri tidak membawa kita kemana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah swt..

Rasulullah saaw bersabda. "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila mereka bertanya," Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali? Rasulullah saw bersabda,"Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."

::...nota tangan...::

sahabat bergembira ramai ja yg peduli...
sahabat bersedih ramai ja yg tak ambik peduli..
beruntung mendapat sahabat yg sekepala & faham sahabat yg lain..
luv u sahabat2 ku...



from~shha aina~

Assalamualaikum sahabat sahabiah....smg sahabat2 berada dibawah lindungan Allah swt...insyaAllah...

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi ucapan syukur kepada pemilik hati dan jasad kerana memberi peluang untuk menghirup udara yang segar lagi bersih di bumi Sintok ini..^_^

Sungguh nikmat berada dibumi Sintok ni apetah lagi bila turunnya nikmat HUJAN yang sungguh mengasyikkan lenaku...(^__^)
Alhamdulillah...

Tadi ziarah kat blog seorang sahabat...

Baca punya baca dapat lah idea tentang Rasulullah saw...

Ana nak kongsi sedikit mengenai tajuk besaq di atas sana iaitu nama isteri-isteri & anak-anak Rasulullah...

Isteri-isteri Rasulullah saw:

Khadijah binti Khuwailid r.a

Saudah binti Zum'ah r.a

Aisyah binti abu Bakar r.a

Hafsah binti Umar Al-Khattab r.a

Zainab binti Jahsyin r.a

Zainab binti Khuzaimah r.a

Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a

Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a

Juwairiyah binti Al-Harith r.a

Maimunah binti Al-Harith

Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a

Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah saw yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq...

Manakala yang lainnya adalah janda dan balu kematian suami..

Anak-anak Rasulullah saw dengan Khadijah:

Al-Qasim

Abdullah

Ibrahim

Zainab

Ruqaiyah

Ummu Kalthum

Fatimah

Anak Rasulullah denga  Mariyah Al-Qibtiyah:

Ibrahim

~Dipetik dari buku jawab berkaitan Rasulullah saw oleh Hj Ahmad bin Hj Awang~

...::nota cinta aina:...

Pemilik Cintaku selepas Allah & Rasul
^_^
kekanda Fatimah Syarha

dah baca habis buku tu...mmg xjemu2 kalo baca bkali2...
pemberian dari seorg guru kat UUM ni...
sebenaq nya ana yg nak buku tu time majlis makan2 kat umah lec..so lec ana pon kasi la..

syukran lecturer...

from~shha aina~


Perkara yang menjadikan isteri penderhaka kepada suami...:

1) Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya..

2) Keluar rumah tanpa izin suami sama ada suami ada di rumah atau pun tidak..



3) Keluar rumah untuk belajar ilmu yang bukan fardu ain..

4) Enggan mengikut suami berpindah..



5) Mengunci pintu atau tidak membenarkan suami masuk ke rumah..

6) Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami..



7) Minta diceraikan suami..

8) Bercakap kasar atau lambat menyahut (menjawab) pertanyaan suami..



9) Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap..

10) Menyakaiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan..



11) Meninggalkan tempat tidur..

12) Membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai suami..

..::nota si kecil::..

~Ya Allah~

Sesungguhnya..

Aku lemah tanpa patunjukk MU

Aku buta tanpa bimbingan Mu

Aku cacat tanpa Hidayah Mu

Aku hina tanpa rahmat Mu

by~shha aina...

Masya Allah adalah frasa yang diungkapkan oleh seorang Muslim untuk menunjukkan kekaguman terhadap seorang atau kejadian...

dalam hal ini, digunakan sebagai ekspresi penghargaan, sementara dalam waktu yang sama juga sebagai pengingat bahawa semua pencapaian boleh terjadi kerana kehendakNya..

Terjemahannya kurang lebih adalah " Allah telah berkehendakkan akan hal itu".

Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah..

Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat..

Tidak sesuai menyebut Masya Allah tatkala melihat sesuatu yang tidak elok atau dilarang...

contohnya ketika terlihat wanita yang berpakaian seksi sebab kalimah itu bermakna " Apa-apa yang Allah kehendaki", sedangkan Allah Ta'ala tidak pernah sama sekali menyuruh wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya....

Waallahualam...

ummi abi aina & kak bai

::..nota cinta..::
tutup aurat itukan wajib...kata abi...seperti mana solat jugak...
solat wajib didirikan...menutup aurat itu juga adalah wajib...
jom sama-sama tutup aurat...
^__^

from~shha aina & bai~

Rasulullah bersabda,"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik 

perhiasan adalah wanita solehah".

(HR Muslim)

Dari Aisyah ra yang menceritakan: Aku bertanya 

Rasulullah,"Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang 

perempuan?". Jawab Nabi,"Suaminya". Aku bertanya lagi,"Siapakah 

yang paling beasr haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab 

Nabi,"Ibunya".

(HR al-Hakim)


Rasulullah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima 

waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan 

dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan 

kepadanya "Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja 

yang kamu suka."

(HR Ahmad)


:...nota tangan c comel..:
jangan lupa pesanan ummi ya...
jadilah anak yg solehah..
syg aina & bai..

Assalamualaikum sahabat sahabiah sekalian...
Semoga sahabat2 sentiasa berada dalam lindunganNya...
InsyaAllah...=>

Sudah agak lama ana mendiamkan diri...
lebih kurang seminggu ana xupdate blog ana ni...
agaknya dah bersarang sana sini...


Alhamdulillah..malam ni ana berkesempatan untuk bertinta lagi...


Ana baru ja habis MID TERM EXAM semalam...
Paper last...INVENTORY...


Agak penat sebenarnya otak ini...nak pikir sal exam...sal assggment..tambah2 lagi diri ini kurang sihat...
Tapi bila fikir kembali..mengapa ana berada dalam situasi sebegini....muhasabah diri sekejap..=>


Segala apa yg berlaku ada hikmahnya....^__^
Seperti tajuk entri ana yg lepas...
UJIAN ITU ADALAH EXAM...





time ni ngah rehat2..penat tekan calculator, tulis menda ni..
sebagai peringat kpd sahabat2 & diri ini jua..



time ni ade lak book store kat library..
3 set kertas kajang RM5 & free gift buku note merah tu...
murah kan??



UJIAN TU DATANG DARI ALLAH "kata ummi ana"
TIDAK DIKATAKAN BERIMAN SESEORANG ITU JIKA TIDAK DIUJI..
MAKA BERUNTUNGLAH HAMBA2 NYA YANG DIPILIH UNTUK DIUJI...


:...nota kaki aina syg...:
Semalam call ummi...dengaq ja suara ummi rasa hilang masalah...^_^
syukran ummi...


by~mshss il aina~


Dalam hidup ini ada benda yang penting dan ada juga benda yang amat penting.. Apabila bertembungnya dua kepentingan, yang mana satukah pilihan kita??


1. Antara harta dan cinta
2. Antara dakwah dan belajar
3. Antara keluarga dan sahabat


Kedua2nya sama penting...sama mustahak dan tidak boleh diabaikan...
macam mana hendak membuat pilihan??


fikir-fikirkanlah sambil berzikir....^__^




BILA TANYA C PEROMPAK...


sebilah pisau yg tajam berkilat diacukan ke leher kita..dan perompak yang durjana itu mula mengugut...


"wang atau nyawa?"


kita menggeletar ketakutan.


"tolong..jgn bunuh aku. ambillah semua duit ini."


Pasti itulah jawapan spontan yg akan keluar dari mulut kita. Kita sanggup menyerahkan semua wang yg kita ada, asalkan nyawa tidak diambil. Wang boleh dicari lagi, tetapi hidup hanyalah sekali..


Terpaksa memilih antara wang dan nyawa... Itulah pilihan kita sebagai orang yg lemah apabila berlaku rompakan..


tetapi, kalau kita pandai bersilat @ tekwando (maaf kalo silap 'eja') @ karate, lain pula jawapannya...


"Cis...! langkah mayat aku dulu..!"


Kata-kata dihamburkan dengan penuh berani, serentak pula dengan jurus pukulan maut. Penumbuk padu dihayun laju, sepakan keras dilayang mantap, dan si perompak berlari laju meninggalkan diri..


Wang dan Nyawa, kedua-dua terselamat...


Apabila diri begitu lemah, pilihan yg dibuat akan menyebabkan kerugian. Orang yang lemah, terpaksa kehilangan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu..


Namun.. Jika diri ada ilmu dan kuasa, benda yg ada akan bertambah-tambah dan benda yg tiada akan pasti dimiliki..


Rugilah org yg lemah, beruntunglah orang yg kuat..


Kata Nabi:
"Mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah, berbanding mukmin yg lemah dalam setiap amal kebaikan."~HR Muslim~


Antara Harta Dan Cinta
"Harta tidak boleh membeli cinta..tetapi cinta memerlukan harta.."


Kerana harta jangan pula kasih sayang yang diabaikan...
Walaupon sibuk bekerja utk menambahkan harta, kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak jangan dilupakan.. Sedikit gurauan mesra dan kata-kata nasihat lebih mengembirakan hati anak-anak berbanding duit poket yg banyak..


Anak-anak mahu dipeluk dan diusap kepalanya oleh ibu dn ayah lebih daripada kemewahan yg ditabur.. Alangkah sedihnya anak-anak jika yg membesarkan mereka adalah bibik dan pembantu rumah bukannya ibu bapa mereka...


Seterusnya.. kerana cinta jangan pula harta yg digadaikan...


Kekasih hati merengek manja (geli nya ceq huhuhu) minta dibelikan itu ini.. Tangan meraba punggung, jari menyeluk poket, dompet dibuka dan wang dikeluarkan tanpa berkira.. Kad kredit pula digunakan sesuka hati.. Mula2 hatinya puas apabila dapat mengembirakan orang yang tersayang... Namun apabila bil dan hutang mula betimbun mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur...


Antara Dakwah Dan Belajar...
"Kita adalah pendakwah yang sedang belajar."


Ingat dan hayatilah kata2 ini wahai diri...
Biarpon sibuk dengan peperiksaan, walaupon tertekan dengan bebebanan pelajaran, tanggungjawab utk berdakwah tidak pernah sesekali hilang ataupon gugur.. Jika diri ini sedar akan hakikat bahawa dakwah adalah keutamaannya, maka ia akan lebih bersungguh-sungguh utk belajar dan seterusnya aktif dalam gelanggang dakwah..


Tetapi.. Jika kita menganggap diri ini sebagai pelajar yang sedang berdakwah, maka tunggulah saatnya dimana beban pelajaran akan digalas dan tanggungjawab dakwah akan dicampak ke tepi...


Ijazah...Master...PhD jadi sasaran..


Jawatan besar dan gaji lumayan jadi impian.. Sesiapa sahaja mampu mencapainya jika cemerlang dalam pelajaran..


Tetapi.. Ahmad tidak pernah sembahyang pon, mampu mencapainya... Muthu dan Ah Chong yang tidak pernah percaya kepada Allah juga dapat mencapainya...


Jadi..apa bezanya dengan kita yg sama-sama ada PhD dan sama-sama bergaji lumayan?


Jika dakwah menjadi keutamaan, maka jawatan dan pengaruh yg ada dapat digunakan untuk membawa orang-orang bawahan kita bersama-sama ke arah jalan Islam.. Jika dakwah jadi sandaran, gaji yg dikumpul akan dilebur untuk membangunkan ummah dan menguatkan ekonomi Islam... 
TAKBIR!!! ALLAHU AKHBAR!!


Jangan pening...Jangan gelabah..


"Pentingkan perkara yang terpenting daripada perkara yg penting, kerana perkara yg terpenting itu lebih penting daripada perkara yg penting,"
Bahasa yg mudahnya adalah PRIORITI..


Jika diberi dua pilihan yg sama-sama elok, buat lah kedua-duanya..
dan jangan di abaikan walaupon salah satu daripadanya.. Selesaikan dahulu perkara yg amat penting dan kemudian selesaikan perkara yg penting..


Jika ditawarkan dua pilihan...antara yg elok dan yg buruk, maka pilihlah yg elok...


Jika diugut dengan pilihan yg merugikan, maka dengan sedaya upaya berusahalah utk mengelakkannya..


insyaAllah...




:nota penting:
Mana mungkin utk kita memilih antara memotong tangan ataupun kaki sendiri...
^__^


by~ilham aina







Membuka pintu rezeki..


"Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita tidak kira la sama ada masih hidup atau pon yang telah dijemput Ilahi....necaya pintu rezeki akan terbuka buat kita...
insyaAllah.."



Berdasarkan hadith Nabi...
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari.."

Huraian hadith..
1. Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang telah tiada..

2. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)..

3. Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah..

4. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua ibu bapa kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlulah bersungguh2..)

5. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua akan disempitkan rezeki oleh Allah..


:nota tangan c comel:
Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah..
contohnya...makan..kesihatan..kasih sayang..ilmu..
InsyaAllah...berusaha & tawakkal...
jangan lengah-lengahkan utk buat kebaikan...
ayuh sahabat-sahabat!!!


from~ss~


Assalamualaikum...syukur Alhamdulillah kepada pemilik hati dan jasad,Allah swt.... Selawat dan salam kpd kekasih Allah, Rasulullah Saw...
smg sahabat2 berada dibawah lindunganNya..insya Allah....

tadi jln2 kat dewan kuliah selepas dpt tau kelas batal (hati bbunga2 coz teringat kt bantal & tilam kt bilik time ni..hehe) dan ditakdirkan ana terserempak ngan sekumpulan pelajar UUM mjual buku agama dgn harga yg telah di discountkan....so tgk punye tgk ana jatuh cinta la ngan buku di bawah ni....



ana harap dpt mbaca buku ni nnti walo sesibuk mana pon..insyaAllah...

kepada sahabat 2 yg pernah mbaca buku ni, sila la kgsi isi kandungannya ya...

:nota-nota cinta aina:
wlopun besok nk exam, sempat lg ana update blog ari ni....
dengan mdapat izin dari Nya, smg semangat ana utk terus bertinta tidak terhenti disini saja...
insyaAllah...
oppsss...tajuk diatas pasal exam..tp ana cerita sal buku lak...
xpe..nnt ana continue ya....

by~baby ilham aina~










Assalamualikum ya akhi ya ukhi....(4x)

Salam-salam hai saudaraku...
Semoga Allah merahmatimu...
Salam-salam wahai semua...
semoga hidup jadi bahagia...

Bila hati terasa sedih...
Bila jiwa terasa hampa...
mungkin kita sudahlah lupa...
Berzikir tenangkan jiwa...

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...(2x)

Bila langkah sempit dunia...
Rezeki dicari alangkah susah...
Mungkin kita sudahlah lupa...
Sedekah lapangkan harta...

Dalam hidup semua bekerja...
Kadang salah bahkan berdosa...
Jangan-janganlah putus asa...
Ampunan Allah selalu terbuka...

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...(2x)

Semoga Allah merahmatimu...
Salam-salam wahai semua...
semoga hidup jadi bahagia...

dalam hidup tiada sempurna...
Kadang khilaf kadang terlupa...
Jangan-janganlah putus asa...
Ampunan Allah selalu terbuka...

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti...(4x)

:nota jari ku:
tadi terdengar msg dari hp roomate guna lagu ni...
sedap je tau..so terus search cr kat 4shared....dapat la liriknya...
try la dengarnya...
lirik yg penuh dengan makna...
cinta kpd Allah...

asli lg ori~setanggi syurga~ ^_^



Semakin lama pakaian yang dituntun oleh al-Quran ini semakin jauh dari tujuan asalnya.. Ramai dari kalangan yang memakainya ini sudah tidak lagi menjaga kesuciannya.. Sehingga orang-orang akan menghina semua orang yang berpakaian seperti itu disebabkan beberapa orang yang tidak menjaga kesucian dalam berpakaian...


"Bukan sekadar kata-kata"


Dulu... Ramai yang beranggapan jika seorang wanita itu memakai tudung/hijab sebagai seorang yang solehah, seorang yang bijak, seorang yang taat pada Allah.. TAPI TIDAK PADA HARI INI....


MENGAPA???


Pada hari ini... Di negara kita sendiri... Tudung atau jilbab sudah hampir "hanya sebagai" fesyen sahaja atau lebih jelasnya hanya sebahagian daripada adat dan kebiasaan dalam suatu daerah... Tanpa segan silu.. Mereka-mereka yang "terikut-ikut" ini melakukan maksiat dihadapan orang ramai...


Bahkan yang bertudung labuh/jilbab panjang pun sudah ada yang berani "terikut-ikut" ingin merasakan kebebesan hidup dalam pergaulan..


DIMANA SILAPNYA??


Ketika sesuatu itu hanya diperintahkan tanpa diajarkan agar mereka memahami, mengapa & bagaimana?? inilah yang terjadi...


Ketika suasana yang Islam itu hanya dibuat-buat bukan menjadi satu suasana..ini lah yang terjadi..


Kembalikan semuanya kepada al-Quran & as-sunnah.. Mari kembalikan bersama-sama.


..::nota tangan hubby::..
pakailah tudung mu itu sayang utk metutup aurat & aib mu...bukan utk menunjuk2.....kanda sayangkan dinda bukan hanya di dunia..bahkan di akhirat sana.....
"petikan dari sebuah novel islamic"
so sweet.....^__^

by~ummi nur aka setanggi syurga~

Syukur alhamdulillah kepada Allah Azza wa Jalla, pemilik hati dan jasad. Selawat dan salam ke atas junjungan agung Muhammad bin Abdullah. Selawat dan salam diperpanjangkan pada ahlul bait, sahabat sahabiah, para tabi'in, para salafussoleh dan segala mukmin dan mukminat yang masih teguh memperjuangkan kalimat agung La ila ha ilallah..
Semoga Allah sentisa merahmati kita...insyaAllah...


Lumrah hidup tidak pernah lari dari masalah..
Persoalannya..bagaimana kita menangani segala masalah itu semasa kita hendak berjumpa dengan Allah swt semasa solat??


Mungkin kadang2 terasa ekspress...tapi itukah hadiah yang wajar diberikan pada Nya??


Persoalan untk khusyuk dalam solat begitu kompleks untuk di aplikasi pada hari ini. Sirah mengajarkan bahawa para pendahulu begitu mudah merehatkan diri dengan solat dan membaca kalam Allah..


Teringatkan kisah Rasulullah saw bersama abdullah ibnu Mas'ud..Pada waktu itu, Rasulullah saw meminta Abdullah membaca al-Quran untuknya...
Sidang dialog pun bermula....


"Layakkah aku untuk membacakan ayat-ayat Allah untuk mu..sedangkan engkau seorang yang mulia dan Allah mewahyukan ayat-ayat tersebut kepadamu ya Rasulullah.."


"Disebabkan engkau adalah seorang pembaca al-Quran yang terbaik ya ibnu Mas'ud menyebabkan aku suka jika engkau yang membacakan kalam-kalam Allah itu untuk ku dengari.."


Abdullah ibnu Mas'ud merupakan sahabat yang elok bacaannya sehinggakan malaikat juga suka berjemaah dengannya ketika solat...
Subhanallah...


Realitinya, mari kita renungi bagaimanakah caranya untuk khusyuk??


Sebelum itu, suka ana mengajak sahabat sahabiah untuk kita sama-sama berfikir..


"Apa pandangan anda jika ada seorang kanak-kanak yang berumur 1 tahun dibiarkan berada dihujung bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?? Agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ?? Apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya??


"Sudah tentulah dia tidak berapa takut, kita pula yang takut biasanya..kan..??


Tindakkan kita adalah refleks daripada ILMU dan KEYAKINAN... Sudah tentulah kanak-kanak berusia setahun tidak akan takut bila berada dicerun bangunan setinggi 20 tingkat kerana ilmu yang ada pada mereka tidak sampai ke tahap untuk mereka menjauhi bahaya..


Berbeza pula dengan kita, dimana apabila berhadapan dengan harimau...mesej yang ingin disampaikan pada otak mengisyaratkan BAHAYA dan perlu kita hindari. Hormon Adrenalin pula menghatar impuls ke otak untuk menjauhi keadaan bahaya tersebut..


*adrenalin hanya akan dirembeskan bila kita berada dalam keadaan bahaya atau takut...


Itulah jawapannya... Bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita..





 إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً




Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku dihadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci.."


Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah swt yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya....??


Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah swt kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut??


Tetapi... Mengapa masih lagii kita tidak khusyuk dan hormat serta gerun berada di hadapan yang Maha Berkuasa seperti ini??


Masalah yang dihadapi oleh kita kerana tidak khusyuk ini melambangkan ilmu dan keyakinan kita masih tidak kukuh tentang kebesaran dan kekuasaan Allah swt..


Natijahnya sukar untuk kita faham dan aplikasi dalam kehidupan. Oleh itu, dekatilah Allah dan KENALI lah dengan pembacaan dan doa agar mudah untuk kita rasakan kebesaran Allah di hati... Dan hayatilah ibadah solat yang kita lakukan seharian.. Allah maha Penyayang dan Pengasih.. Jangan jemu untuk meminta padaNya..!!






:nota tangan aina:
solatlah tepat pada waktunya..janganlah melengah2 kan waktu solat..
sesungguhnya solat itu tiang agama...


by~setanggi syurga~



Assalamualaikum sahabat sahabiah...
Semoga sentiasa berada dalam lindungan Nya..insyaAllah...

Setelah penat membuat "kerja sekolah" yg diberikan puan/tuan lec, suka ana nak bkongsi ngan sahabat2 sekalian tentang tajuk yang besaq di atas iaitu...AL-MA'THURAT....

Abdullah bin Busr berkata, seorang bertanya,"Ya Rasulullah, syariat Islam banyak kebaikannya. Maka ajarkanlah kepada saya sesuatu yang akan saya pegang untuk menjaga diri dengan baik." Jawab Nabi."Hendaklah lidahmu sentiasa basah berzikir kepada Allah."
~Riwayat al-Tirmizi~

Al-Ma'thurat bermaksud amalam wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh. Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah SWT jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib:

"Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."

JOM SAMA-SAMA BACA DOA....

Ya Allah 
kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mangingati dan menyebut nama Mu,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat Mu
dan 
tubuh badan yang ringan (rajin) menyempurnakan ketaatan kepada perintah Mu.

Ya Allah
kurniakanlah kami iman yang sempurna
hati yang khusyuk
ilmu yang berguna
keyakinan yang benar-benar mantap

Ya Allah
kurniakanlah kami cara hidup (DIN) yang mantap
selamat daripada segala bahaya
kami memohon ya Allah
kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain.

berikanlah kami ya Allah
iman yang sebenar-benarnya
sehingga kami tidak lagi merasa takut, mengharap dan menyembah selain daripada Mu

kurniakanlah naungan rahmat Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami
serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami

janganlah ya Allah
Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri
walaupun pada kadar sekelip mata 
atau
kadar masa yang lebih singkat daripada itu

ya Allah ya Tuhan kami
Engkau Tuhan Yang Maha Memperkenankan segala permintaan
Ya Allah
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
berkumpul kerana mengasihi Mu
bertemu untuk mematuhi perintah Mu
bersatu memikul beban dakwah Mu
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu
maka eratkanlah ikatanya
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar
penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung padam
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
dan 
keyakinan serta keindahan tawakkal kepada Mu
suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan Mu yang hakiki
jika Engkau takdirkan kami mati
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

Restuilah Nabi kami Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah
restuilah junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya
dan 
para sahabat Baginda semuanya.
Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.

Amiiinnn...

Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin menyusun al-Ma'thurat. Beliau merupakan seorang pendakwah yang mengorbankan harta dan nyawanya untuk menegakkan kedaulatan Islam. Menyedari pentingnya memelihara dan mengukuhkan jiwa para pejuang serta dirinya sendiri, beliau menyeru agar mendekatkan diri kepada Allah SWT. Matlamat ini boleh dicapai melalui makanisme ibadah seperti solat wajib, solat sunat, beristigfar, berdoa dan berzikir.






:nota tangan c comel:
jom sama-sama tingkatkan iman kita...
jom sama-sama merebut SYURGA ALLAH...

from SHANUR AINA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...