Hening pagi kampung. Damai dan segar. Terasa sejuk hingga ke tulang. Apatah lagi waktu fajar menyingsing, air telaga bagaikan ais yang membeku.

Aku rindu sosok tubuh itu. Sangat merindui. Hinggakan kekadang manik jernih mengalir tanpa ku sedari. Sekarang ku merasai apa yang dia rasa. Merasai kesejukan kampung waktu subuh hari hinggakan timbul biji-biji halus di lengan. 

Ku tatap wajah orang tua ku. Keringat mereka yang membesarkan kami sembilan beradik yang  kini semua sudah dewasa. Abi, kurus sungguh badannya. Merengek bagaikan anak kecil tatkala sakit menjengah seketika. Ummilah yang menjadi teman setia. Suka aku melihat abi bermain dengan cucu-cucunya. Minta di usap, di cium dan di agah. Ummi, memang tak jauh dari Miftah kerana dialah cucu yang paling kecil di kampung.

Subuh mula menyapa, ku dengari suara abi. Di mintanya aku megurut belakangnya. Sakit menjengah lagi. Nampak air mata mengalir. Sayu sungguh. Emosi aku terusik.

Besok aku akan kembali mengikut zauj ku dan menjalan tugas seperti hari-hari yang lalu. Bila lagi aku akan berjumpa dengan sosok tubuh mereka. Rindu. Sungguh rindu.



Ya Allah, jauhilah aku serta keluarga ku daripada api neraka.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Azuni Ali.

1 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Kayu Manis said...

masih beruntung ada ibubapa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...