Assalamualaikum anak ummi wa abi.

Buat apa kat dalam tu? Moga kamu sihat sentiasa diatas penjagaan Allah swt.

Terasa siku sana sini, tedang sana sini. Itulah rencah 'khalifah' kecil yang masih dalam kandungan. Interaksi sihat antara si anak yang masih dalam rahim dengan Umminya.

Alhamdulillah dah masuk 24 minggu lebih. Kata doctor kandungan agak kecil. Namun sihat. Pernah bertanya pada doctor insyaAllah muslimah orangnya, berapa berat 'khalifah' kecil ni. Jawapan doctor membuatkan kami tergelak besar. Kata doctor kamu hanya ada kulit dan tulang sahaja. Anggaran doctor hanya 500g lebih termasuk air mentuban. Kecilnya anak ummi. Namun aktif bukan main. :)

Teringat hari selasa minggu lepas 22 Oct. Gelisah tidak dapat duduk diam. Bagaikan contraction yang datang berkali-kali. Risau bukan kepalang. Abi kamu lagi cemas tengok keadaan ummi. Takkan dah tiba waktunya. Alhamdulillah setelah abi kamu kejarkan ummi ke hospital dengan segala lubang dan bonggol dilanggarnya, kamu didapati sihat. Siap tendang tangan doctor semasa doctor scan perut ummi.

Ummi bersyukur dianugerahkan teman  hidup seperti abi kamu.  Tiap kali ummi jatuh sakit, abi akan masak dan suapkan makanan untuk ummi. Abi tak bagi ummi sentuh dan buat sebarang kerja. Ummi menangis kerana kebaikkan abi kamu. Ketika kamu tersangat aktif di dalam membuat ummi tidak boleh bergerak, abi kamu mengalunkan zikir munajat, selawat dan bacaan al-Quran sambil mengusap kamu disebalik perut ummi sehinggalah ummi tertidur. Ya Allah, aku akui. Suamiku telah berbuat baik terhadap ku. Kekadang, diri ini menangis dihadapan kekasih hati ku. Apabila ditanya kenapa, aku tiada jawapan. Kerana kebaikan yang telah engkau berikan tiada dalam perkataan untuk ku berikan sebagai jawapan. Sungguh besar pengorbanan abi mu duhai anak ku :)

Sungguh, kami tidak sabar melihat 'khalifah' kecil soleh wa musleh ini melihat dunia. Namun, terselit kerisauan untuk si kecil menghadapi dunia yang sememangnya mempunyai banyak cabaran untuk menghidupkan iman. Untuk itu, ana dan zauji wajib menjadikan diri kami ummi abi yang soleh dan rabbani untuk dijadikan ikutan dan zuriat kami diberkatiNya. Mengenai keperluan menjadi insan rabbani karangan Dr Majdi Hilaly, ada tujuh semuanya mengapa perlunya menjadi insan Rabbani.

1. Untuk mewujudkan kebahagiaan
2. Untuk mendapatkan perlindungan
3. Menjamin masa depan anak
4. Keselarasan dengan fitrah
5. Mengembalikan ilmu yang hilang
6. Mendapat pertolongan Allah
7. Dekat di sisi Allah di akhirat

Ana tersenyum kerana sememangnya kita tidak pernah sedikit pun rugi apabila kita mendekati Allah. Aura kebaikan akan terpancar pada orang sekeliling kita. Itulah hikmah menjadi orang Rabbani. Menjadi insan soleh setidaknya memberi tempias pada zuriat dan keluarga kita. Sama-sama kita berharap dan berdoa agar Allah tidak pernah terlepas mendidik kita sekeluarga untuk terus berada dalam jagaan, rahmat dan pengampunanNya.

Minggu berganti minggu. Akan hadir satu detik yang akan mengubah status kami berdua menjadi ummi abi. Alhamdulillah, Dia berikan kesabaran untuk menantimu. Moga bertambah juga keberkatan, kesejahteraan, kecintaan dan kesabaran dalam rumahtangga yang kami bina.




...nota kasih...

Sungguh tidak sabar menanti check up yang seterusnya. Turun jam 6.30am awalnya dan selesai jam 9.00am. Setiap detik merasakan ianya satu nikmat yang Allah berikan. Bosan, mengeluh bahkan marah-marah semasa menunggu giliran sesekali tidak wujud kerana ianya adalah satu ujian yang bernilai kemanisan yang begitu indah. 

Kalau anak ummi tak percaya nanti tanya abi, selesai check up kesihatan kamu terus ummi masuk ke dalam perut kereta dan ummi tidak berhenti-henti mencerita keadaan kesihatan kamu kepada abi. :) Dan rekod kesihatan klinik ummi sentiasa tatap hampir setiap malam. Wooha! 

Alhamdulillah.


2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Kayu Manis said...

knor seronok baca luahan seorng bakal ummi..mudah2an Allah permudahkn semuanya.

in sha Allah akan lahir zuriat idaman. semua ibu mahukan anak2 yg soleh dn solehah.contoh terbaik kita pamerkan.hatta ketika baby dlm kandungan lagi..masa knor mngandung kesemua anak, knor suka makn kurma,kismis dan buah delima.usap perut n sentiasa baca surah al-Fatihah.

Bulan Syurga Firdausi said...

em kat rumah nanti la ana komen erk hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...