Assalamualaikum anak ummi wa abi.

Buat apa kat dalam tu? Moga kamu sihat sentiasa diatas penjagaan Allah swt.

Terasa siku sana sini, tedang sana sini. Itulah rencah 'khalifah' kecil yang masih dalam kandungan. Interaksi sihat antara si anak yang masih dalam rahim dengan Umminya.

Alhamdulillah dah masuk 24 minggu lebih. Kata doctor kandungan agak kecil. Namun sihat. Pernah bertanya pada doctor insyaAllah muslimah orangnya, berapa berat 'khalifah' kecil ni. Jawapan doctor membuatkan kami tergelak besar. Kata doctor kamu hanya ada kulit dan tulang sahaja. Anggaran doctor hanya 500g lebih termasuk air mentuban. Kecilnya anak ummi. Namun aktif bukan main. :)

Teringat hari selasa minggu lepas 22 Oct. Gelisah tidak dapat duduk diam. Bagaikan contraction yang datang berkali-kali. Risau bukan kepalang. Abi kamu lagi cemas tengok keadaan ummi. Takkan dah tiba waktunya. Alhamdulillah setelah abi kamu kejarkan ummi ke hospital dengan segala lubang dan bonggol dilanggarnya, kamu didapati sihat. Siap tendang tangan doctor semasa doctor scan perut ummi.

Ummi bersyukur dianugerahkan teman  hidup seperti abi kamu.  Tiap kali ummi jatuh sakit, abi akan masak dan suapkan makanan untuk ummi. Abi tak bagi ummi sentuh dan buat sebarang kerja. Ummi menangis kerana kebaikkan abi kamu. Ketika kamu tersangat aktif di dalam membuat ummi tidak boleh bergerak, abi kamu mengalunkan zikir munajat, selawat dan bacaan al-Quran sambil mengusap kamu disebalik perut ummi sehinggalah ummi tertidur. Ya Allah, aku akui. Suamiku telah berbuat baik terhadap ku. Kekadang, diri ini menangis dihadapan kekasih hati ku. Apabila ditanya kenapa, aku tiada jawapan. Kerana kebaikan yang telah engkau berikan tiada dalam perkataan untuk ku berikan sebagai jawapan. Sungguh besar pengorbanan abi mu duhai anak ku :)

Sungguh, kami tidak sabar melihat 'khalifah' kecil soleh wa musleh ini melihat dunia. Namun, terselit kerisauan untuk si kecil menghadapi dunia yang sememangnya mempunyai banyak cabaran untuk menghidupkan iman. Untuk itu, ana dan zauji wajib menjadikan diri kami ummi abi yang soleh dan rabbani untuk dijadikan ikutan dan zuriat kami diberkatiNya. Mengenai keperluan menjadi insan rabbani karangan Dr Majdi Hilaly, ada tujuh semuanya mengapa perlunya menjadi insan Rabbani.

1. Untuk mewujudkan kebahagiaan
2. Untuk mendapatkan perlindungan
3. Menjamin masa depan anak
4. Keselarasan dengan fitrah
5. Mengembalikan ilmu yang hilang
6. Mendapat pertolongan Allah
7. Dekat di sisi Allah di akhirat

Ana tersenyum kerana sememangnya kita tidak pernah sedikit pun rugi apabila kita mendekati Allah. Aura kebaikan akan terpancar pada orang sekeliling kita. Itulah hikmah menjadi orang Rabbani. Menjadi insan soleh setidaknya memberi tempias pada zuriat dan keluarga kita. Sama-sama kita berharap dan berdoa agar Allah tidak pernah terlepas mendidik kita sekeluarga untuk terus berada dalam jagaan, rahmat dan pengampunanNya.

Minggu berganti minggu. Akan hadir satu detik yang akan mengubah status kami berdua menjadi ummi abi. Alhamdulillah, Dia berikan kesabaran untuk menantimu. Moga bertambah juga keberkatan, kesejahteraan, kecintaan dan kesabaran dalam rumahtangga yang kami bina.




...nota kasih...

Sungguh tidak sabar menanti check up yang seterusnya. Turun jam 6.30am awalnya dan selesai jam 9.00am. Setiap detik merasakan ianya satu nikmat yang Allah berikan. Bosan, mengeluh bahkan marah-marah semasa menunggu giliran sesekali tidak wujud kerana ianya adalah satu ujian yang bernilai kemanisan yang begitu indah. 

Kalau anak ummi tak percaya nanti tanya abi, selesai check up kesihatan kamu terus ummi masuk ke dalam perut kereta dan ummi tidak berhenti-henti mencerita keadaan kesihatan kamu kepada abi. :) Dan rekod kesihatan klinik ummi sentiasa tatap hampir setiap malam. Wooha! 

Alhamdulillah.



Allahu Rabbi Yassir Wala Tu'assir. InsyaAllah.

Kat wad bersalin Hospital Sungai Buluh malam tadi, zauji request doctor perempuan. Nurse cakap insyaAllah boleh, tapi pakar doctor lelaki. Masuk wad tunggu kejap & tanya akak-akak yang tunggu nak bersalin depa cakap :

"Redha je lah dapat doc lelaki dik. Tengah sakit."
"Tak bolehnya nak minta macam-macam."

Hati ni teringat cerita mengenai Zainab Al-Ghazali (Jamaat As-Sayyidaat Al-Muslimaat yang berkait rapat dengan Ikhwan Muslim), doanya "Ya Allah, Jagailah auratku, lindungilah auratku ya Allah". Doanya dimakbulkan Allah tatkala berhadapan dengan berpuluh-puluh ekor anjing liar yang bersedia menggigit serta mengoyakkan seluruh isi daging badannya ketika di penjara. Allahu Allah.

Ana hanya berhadapan dengan manusia yakni hamba-Nya. Bukan berhadapan dengan binatang garang sepertimana Zainab Al-Ghazali. Apa salahnya jika terus berdoa, berdoa dan terus berdoa. Pinta apa saja yang dihajati hati. Bukan terus berserah tanpa berusaha.

Rintih terus merintih dalam hati agar dipermudahkan dan kandungan selamat. Alhamdulillah, Allah izinkan semuanya dengan mudah. Layanan doctor perempuan sangat baik. Siap boleh sembang dan cerita itu ini walaupun raut wajahnya nampak seribu keletihan. Katanya ramai pesakit sejak pagi.

'Khalifah kecil' selamat dalam kandungan, alhamdulilah. Allah swt jadikan dia, maka Allah swt jugalah yang berhak menjagainya.

Nasihat ana kepada kalian:

--->fikir perkara yang positif.

--->cuba bersembang dengan pegawai perubatan sebaik mungkin, hadiahkan senyuman walaupun sedang sakit.

--->jangan berhenti daripada menyebut perkataan yang memuji kebesaran Allah.

--->yang paling penting sentiasa ingat pada Allah kerana sakit itu adalah kifarah dari kita.



....nota cinta....


Yang sangat SWEEEEETTTT…….!!! Keluar dari wad dapat lihat zauji dari jauh sedang membaca kalam Allah. Dapat kesan matanya merah-merah berair.. :’) Resahnya bukan kepalang namun dorongan dan doanya adalah kunci semangatku.  zauji. 




Lelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya.

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.

Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung.

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

:) itulah abi mu duhai anakanda ku..




..nota cinta..

Besok check up, malam ni buat persiapan minum susu coklat supaya HB ok. Abi? Asyik  makan keropok lekor sejak balik Terengganu. hu~





Pada zaman pemerintahan Walid bin Abdul Malik, beliau banyak menumpukan perhatian kepada pembangunan dari segi fizikal. Beliau telah mendirikan masjid Damaskus dan membaik pulih masjid Rasulullah SAW (masjid Nabawi), perlombongan cari gali dan melancarkan sistem pengairan sungai. Masyarakat di zamannya sering berkata di kalangan mereka, “Apalagi yang masih tinggal untuk kamu bangunkan? Apakah sudah selesai segala pembangunan tamanmu?”

Ketika Sulaiman bin Abdul Malik pula berkuasa, beliau sangat gemar dengan suasana yang meriah, hiburan dan pesta kerana kemakmuran negara yang telah wujud. Pada masa pemerintahannya ini, rakyat jelata pun saling berbicara di antara mereka dengan perbualan –perbualan seperti, “Bagaimana keadaan orang gaji perempuan kamu? Bila nak berkahwin?”, serta pertanyaan-pertanyaan kepada perkara-perkara yang menghiburkan.

Namun begitu, pada masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz memegang tampuk sebagai Amirul Mukminin, keadaan negara berada dalam keadaan aman dan damai sehinggakan rakyat berbicara sesama mereka seperti,“Berapa baki lagi muka surat al-Quran yang belum kamu khatam? Berapa banyak bacaan wirid yang kamu amalkan? Bila kamu melakukan solat malam? Berapa kali kamu berpuasa dalam sebulan?” seterusnya, pelbagai lagi pertanyaan-pertanyaan yang berhubung kait dengan aspek kezuhudan dan ketaqwaan.


....nota cinta....

Honeymoon yang tak pernah habis :) Menuju ke Terengganu besok pagi. Dulu berdua sekarang dah bertiga walaupun masih kecik. Jika anak ummi ni mujahid, jadilah seperti Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz ya.

Doakan kami..!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...