Institut Al-Quran Terengganu.

Ya. Teramata rindu tempat itu.

. Teramat rindu akan kelas al-Furqan.

Rindu akan sahabat-sahabat dalam kelas.

Rindu sahabat sebelah.

Rindu kat Pensyarah ustazah Nurul Hidayah.

Rindu pada sahabat yang lancar bertaranum.

Rindu pada sahabat yang fasih tajwid.

Rindu pada sahabat yang sentiasa menangis tatkala membaza kalamuAllah.

Menangis pada Hari terakhir di kelas al-Quran. Terimbau kembali kata-kata yang keluar dari mulut ana sendiri.

"Saya menangis bukan sebab tak dapat teruskan pelajaran di Terengganu tapi saya menangis kerana susah nak jumpa sahabat-sahabat yang sehati sejiwa mahupun 'sekepala' dengan saya."

Kata ana lagi.

"Bukan senang nak jumpa sahabat-sahabat yang sering mengingatkan kita perihal kebaikan. Teramat susah nak jumpa. Bahkan yang ada hanyalah mereka-mereka yang terkinja-kinja akan hiburan akhir zaman ini."

Sambung ana lagi.

"Tengok dalam kelas kita sekarang. Berapa ramai remaja-remaja yang sudi datang temuduga. Tak ada kan? yang paling bongsu adalah saya dengan Farhana berumur 24 tahun."


Selesai perbentangan


Semasa perbentangan

Tulisan jawi yang 'ok' la.. hu~ :)

Moga diri ini sentiasa dapat berdamping dengan kitab suci al-Quran & in Syaa Allah akan mendidik generasi-generasi al-Quran kelak. :)

...nota manis...

Teramat penat.. 5 hari yang sangat menguji HATI.
Moga Allah sentiasa Redha.






0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...