Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
" Perutusan Majlis Kesyukuran Perkahwinan, Kesatuan Hati, Amal
& Fikrah "
[ NURHIDAYAH BT HJ. ALI & M.SYAHRUL FIRDAUS B. M.FAUZI]
JUMAAT 29 MAC 2013 | 17 JAMADILAWAL 1434H.
TADABBUR FIRMAN ALLAH SWT:
".Dan kahwinkanlah orang-orang bujang(di
antara lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(Rahmat Nya dan limpahan kurniaan Nya) lagi Maha Mengetahui.."
[Surah
An-Nur Ayat ke 32]
Nahmadullah wa nasykurullah hamdan kathiran,
solawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhissalam.
Mengucapkan setinggi kesyukuran di atas kesenangan dalam kemudahan baitul
dakwah yang dijalankan ini atas redhaNya. Insya'allah kami akan melangsungkan
perkahwinan yang telah dirancang dengan izinNYA, semoga doa teman-teman memberi
kesenangan majlis perkahwinan yang akan dijalankan.
...nota jari...
Setelah bincang bincang bincang & bincang alhamdulillah 29 Mac tarikhnya.
Asif jika ada yang tak terjemput di 'FB'. Ana tak pandai nak invite antum sekalian.
Jadi untuk kemudahan yang kedua ana invite kat sini pula. Jika ada yang mahukan kad boleh berikan alamat.
Tema? yup.. Semestinya putih hijau.hu~Tak dak haih.. ikut suka nak pakai warna apa pun. Yang penting tutup aurat, cover setebal selebar sebesar selabuh selonggar mana yang padan. oke? Moga Allah redha.
Doakan kami ya :)
Tarikh : 29 MAC 2013 | 17 Jamadilawal 1434H.
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat : 6948 Kampung Atas tol, 21070 Kuala Terengganu.
"Bercinta selepas nikah itu indah"
Design kad oleh DoodleDakwah