Alhamdulillah wa syukurillah.
Solluala Nabi.
InsyaAllah, 5 Feb lepas ana dan sahabat baik ponteng cuti dari 'kesibukan dunia'.
Jadi aktiviti kami pada hari tu adalah seperti di bawah ini.
Jom follow me. :)
Pertama : Pejabat Agama
Dalam perjalanan ke pejabat agama ternampak perarakan sambutan Maulidurasul. Semangat depa.
Selawat dengan penuh penghayatan. Jangan lepas ni jemput PSY mai kat sini udah la. Rosak. Disini masih mood "sayang & cintakan Nabi"
Kedua : Dating dengan buku.
Kami ke perpustakaan awam negeri. Intai-intai buku.
Tengah pinjam buku. hu :)
Baju muslimah PRAY FOR GAZA. Semua orang tanya beli kat mana.
Oke! beli di T-Muslimeen |Official
Ketiga : Pesta buku
Melewar lagi ke pesta buku di kampung padang nenas. Jauh juga dari bandar KT.
Tak beli apa-apa pun. Buku yang ana cari tak ada. :(
Selongkar lagi kat pesta buku tu ana ternampak buku ni. Wah. teruja.
Dah ambil, pastu letak balik. Duit tak cukup. hu~ Tak bercadang pun nak ke sini sebenaqnya.
Keempat : Pantai Air Tawar, Besut.
Sahabat ana tanya nak ke mana lagi Hidayah? Hari ni saya bawa ke mana saja awak nak pergi katanya.
Yeeaay..! Kami decided ke pantai.
Gambaq kat atas adalah di pantai ayaq tawar Besut Terengganu.
Sangat jauh dari bandar KT. Dua marhalah lebih. Tak dapat main ayaq pantai. Cuaca yang teramat panas.
Kami solat berjemaah di masjid ni. Tak tau nama apa masjid ni. Masjid baru siap. Orang pun tak dak. Jadi kami berdua sahaja. Turn ana jadi imam. :) Baca doa pendek ja coz takot lewat sampai kat KT nanti.
Hati terdetik, doa kena panjang sikit. Doa untuk zauj, anak-anak & mentua. :)
Bertolak balik jam 2.30p.m
Kelima : RFC
Sampai kat KT dah jam 4.15 petang. Perut pon dah mula menyanyi. Kami ke RFC pula.
Ana order nasi Briani. Dah seminggu tak sentuh nasi akibat demam minggu lepas. Selera makan kurang menjadi sikit. Hari tu alhamdulillah, licin pinggan tu. hi~
Lepas tu kami ke masjid Ladang KT untuk solat asar. Turn ukhti Farhana pula jadi imam. Senyum ja dia menerima arahan. he~
Keenam : Pantai Chendering
And then kami ke pantai lagi. wi~ Nak ke pantai batu buruk, tapi nampak ramai sangat manusia.
Jadi Farhana cadangkan ke pantai Chendering. Lupa nama pantai ni apa. Walhal dah area kampung sendiri.
S.T.O.P snap my picture~
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara~
Tungggguuu.~
Ayat mana yang sesuai dengan situasi di atas?
Kami...!
NurHidayah & Nurul Farhana.
Kami kawan sekolah menengah.
Masa sekolah dulu kami tak pernah bertegur sapa.
Semasa di alam universiti sama-sama dah ada FB baru kami bertaaruf. :)
Sampai la ni, kami kerja ditempat yang sama.
Sama-sama sambung belajar di Institut Al-Quran (IQ).
Ke majlis ceramah agama pun sama-sama.
Nanti saya akan rindu awak tau ukhti Farhana. :)
Klik DISINI untuk ziarah blog beliau.
Dalam perjalanan pergi dan balik banyak perkara yang kami bincangkan. Dari kisah para sahabat sehingga kisah Rasulullah saw.
Kisah cicak, merpati, labah-labah, burung ababil.
Kisah Baitul Muslim pun ada kami bincangkan. Kebanyakkan pendapat kami adalah sama. Sangat sama.
Katanya 'Sapa-sapa yang nak bagi satu set tafsir alQuran Ibn Kathir sebagai mas kahwin memang saya terima.'
Aiwaaah. Ana pun nak. he~
Ke majlis ceramah agama pun sama-sama.
Nanti saya akan rindu awak tau ukhti Farhana. :)
Klik DISINI untuk ziarah blog beliau.
Dalam perjalanan pergi dan balik banyak perkara yang kami bincangkan. Dari kisah para sahabat sehingga kisah Rasulullah saw.
Kisah cicak, merpati, labah-labah, burung ababil.
Kisah Baitul Muslim pun ada kami bincangkan. Kebanyakkan pendapat kami adalah sama. Sangat sama.
Katanya 'Sapa-sapa yang nak bagi satu set tafsir alQuran Ibn Kathir sebagai mas kahwin memang saya terima.'
Aiwaaah. Ana pun nak. he~
3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
seronokk kan dapat bljar satu tmpat dengan sahbat sndrii ! :)
amin amin amin.. noted :)
Ain Riz~ Seronok sangat..! Masing-masing dapat menegur jika antara kami buat silap & selalu memberi nasihat.. :)
Post a Comment