Kelas al-Quran malam tadi..


Seorang kakak menangis teresak-esak apabila dia membaca surah

al-Baqarah ayat terakhir. Ayat yang selalu kita baca dalam 

al-matsurat.


Satu kelas terdiam. 


"Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang

 tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah

 kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka

tolonglah kami menhadapi orang-orang kafir." 2:286



Matanya melihat kalam Allah.

Mulutnya menyebut kalam Allah.

Telinganya mendengar kalam Allah.

Hatinya mentafsir serta merasai kata-kata dari Allah.



Suasana kelas menjadi hiba...............



Turn ana pula surah Ali Imran ayat 8.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada 

kesesatan setelah Engkau berikan petunjukan petunjuk kepada 

kami, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu........." 3:8



Ana turut sama menangis. Menangis kerana apa? Kerana terikut-

ikut kakak tadi menangis. Bukan kerana ayat itu terkesan dihati. 


Makin ana menangis.



Ustazah : Kenapa Hidayah?


Ana hanya diam...



Habis kelas ustazah tanya lagi. Ana jawab "Ana menangis sebab 

ana tak dapat merasai dihati ini kalam Allah yang ana baca tadi,

 bukan sebab tersentuh membacanya.." Menangis lagiiiiiiii..




*Banyak dosa, hati jadi keras.

Baca Quran sekadar membaca, tapi tak hanyati maksudnya. T_T



Minggu depan presentation. >,<  Kena tulis jawi pulOp, tulisan 

cOmel ngat. hu~








0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...