Kadangkala
kita hairan melihat ada anak gadis melayu, bertudung, berpelukan dengan lelaki
di tempat awam, di waktu-waktu tengah malam. Jika kita cuba berkawan dengan
mereka, kita pasti akan tahu bahwa mereka ada ibu, tapi ibu sudah tidur kerana
seharian penat bekerja. Mereka ada ayah, tapi ayah kerja shift malam. Mereka
ada abang, tapi abang mereka pun jenis keluar malam. Mereka ada adik, tapi adik
terperap dalam bilik sahaja, studi untuk peperiksaan.
Nah. Adakah ini keluarga bahagia? Sakinah, mawaddah, wa rahmah?
Yang di universiti pula, ibu ayah di kampung saban hari mendoakan kejayaan. Bila sahabat bertanya,
Nah. Adakah ini keluarga bahagia? Sakinah, mawaddah, wa rahmah?
Yang di universiti pula, ibu ayah di kampung saban hari mendoakan kejayaan. Bila sahabat bertanya,
"Man, anak kau macam mana? Dia belajar kat mana sekarang?"
Dengan bangga, si bapa menjawab, "Anak aku di universiti. Sambung ijazah. Dulu peperiksaan dapat gred baik. Aku bangga sekali dengan anak aku"
Tapi yang berlaku sebenarnya, anak yang dibanggakan itu sedang bergelak ketawa dengan lelaki asing. Sedang berpapasan. Sedang bersekedudukan.
Ibu dan ayah tak tahu, anak yang disangkanya soleh dan solehah itu, rupanya memakain kosmetik di hadapan mereka.
Bila ibu call, "Along tengah buat apa tu sayang?"
'Anak solehah' itu menjawab, "Tengah studi ni mak. Penatlah mak. Nantilah along call mak semula ya. Sayang mak. Bye".
Ibu mengeluh kecewa kerana tak dapat bercakap walau seketika dengan kita,
Sedang kita, mengeluh kelegaan kerana ibu tak tahu yang kita sedang berjalan mendekati zina.
Ibu dan bapa berharap anaknya graduate dengan senggenggam ijazah kepujian, tapi yang belaku, anaknya benar berjaya menamatkan pelajaran tapi dengan bonus iaitu bersama 'cucu', hadiah istimewa buat si tua yang menangis duka.
Wahai ibu-ibu,
Tidakkah kau boleh lihat kesilapan-kesilapanmu?
Wahai bapa-bapa,
Tidakkah kau boleh menyedari dosa-dosamu?
Sungguh saya pelik,
Bila ditangisi anak yang gagal,
Tapi tidak ditangisi,
Anak yang bermaksiat.
Anak-anak ibarat kain putih. |
...nota hias...
Awal pagi besok akan bertolak ke Ipoh & Taiping untuk menziarahi akak angkat yang baru melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu. Dan terus ke Penang menghadiri kenduri akak angkat yang sorang lagi kat sana.
Ramai betoi dapat akak angkat. Baru-baru ni dapat adik angkat pula. Moga Allah redha.
by
8 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
iman setuju la...nsb baek d saudari nh yg luahkan
Assalamualiakum wbt
Sekadar muzakarah saja!
Adakalanya kemungkinan dan ketidakpastian perlu dibincangkan dari sudut yang lebih jauh! Setiap kisah didalam AlkQrah adalah merupakan `ibrah` atau pengajaran utk umat sepanjang zaman. Surah Yusuf:110 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Bukanlah bermakna asalkan anak2 dewasa membuat maksiat turut mengheretkan ibubapa mereka ke neraka. Itu bergantung sejauh manakah ibubapa telah mendidik mereka sejak kecil. Kalau masih tetap meneruskan kejahatan, merekalah yang memikulkan dosa2 mereka sendiri. Sebagaimana pernah berlaku pada Nabi Nuh a.s. dlm Surah Hud:46 قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖAllah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.
Seseorang itu adalah diatas usahanya sendiri dan tertanggung pada bahu masing2. Surah Albaqarah:286 لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ Dan baginya apa juga usaha yang dilakukan maka keatasnya menanggung (baik atau dosa) yang diusahakannya.
Surah Al`Araaf:172-173 ن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ ﴿١٧٢Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِن قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّن بَعْدِهِمْ ۖ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"
Namun ada beberapa perkara ibubapa bertanggung-jawab mengenai masa depan anak perempuan mereka apabila menyentuh urusan penyerahan wali atau walimatulurus. Tetapi perkara ini tidak dapatlah dipanjang-lebarkan disini. Wallahualam
salam ukuwah..banyak info yang diperolehi
sudila kiranya ke blog sitti
apamjsbaker@blogspot.com
2 kakak angkat da walimah, anti? :)
mmm alhamdulillah bersyukur jugak dulu Allah temukan dgn ramai kawan2 perempuan tempat belajar yg baik2 alhamdulillah..depe byk mengingatkan & jage pergaulan..mmm sedih memg sedih bile kenangkan mcm tu, sy pn duduk area s alam, byk jumpe student2 yg kuar sampai lewat malam...asif jiddan syukron dgn entry ni..lebih bagi peringatan..semoga selamat perjalanan..jgn lupa bace doa naik kenderaan!janji Allah barangsiapa doa Allah akan pelihara :) insyaAllah...
iman~syukran jazilan sudi singgah.. ^_^
tajnur~syukran atas perkongsiannya ^_^ moga Allah redha..
Miz Sitti~insyaAllah2..sekarang jugak ana ke blog saudari..^_^
BSF~ana ramai kakak masa belajaq dulu..yang paling rapat dua orang ni la..kalo jumpa ja ber'sayang-sayang' selalu..kalo lama tak jumpa ber'rindu-rinduan' ja..^_^
rapat dengan depa ni semasa ana buat usrah & Qiamulai di surau kolej..so depa ni selalu datang..sebab tu kenai & rapat..
Alhamdulillah..depa dah selamat dinikahkan..ana? tgu putera agama datang melamar..^_^
Post a Comment