Assalamualaikum wbt. Salam Mahabbah & Salam Tautan Hati.
Entri ini telah lama tertunggak. Hampir 2 minggu entri ni terbiar disebabkan menerima sedikit ujian dari Yang Maha Penyayang. :)

*Kalau ada ayat tentang duka lara tu bukan pasai entri MUSIBAH tapi hal sebelum berlakunya MUSIBAH.. :) *

Alhamdulillah. Pada 7 September 2012 lengkap sudah cinta dua hati berwalikan si ayah yang mendidik si dara dengan penuh kasih sayang agama. Tahniah kak Anis Ilyana & abg Safwan. Moga kalian sentiasa bercinta berlandaskan syariat Islam hingga ke syurga.


---------------------------------------------------------


Sedikit perkongsian mengenai majlis walimah.

Puji-pujian

Malam sebelum hari walimah, pihak perempuan meraikan tetamu dengan berzanji/marhaban. Oh, lupa nak bagitau. Ana p kenduri kakak angkat ana ni kat Taman Juru, Penang. Marhaban yang di alunkan oleh adik-adik tahfiz sungguh sedap telinga ni duk dengaq. Memang seronok apabila majlis sebegini di selitkan dengan memuji Allah & Rasul.


SubhanaAllah, sejuk mata ana melihat wajah adik-adik tahfiz ini.


Adik-adik tahfiz.

Berbeza dengan negeri pantai timur yakni negeri ana, Terengganu. Kebiasaannya, kenduri yang pernah ana hadiri turut diperdengarkan berzanji/marhaban, namun kelainannya adalah ahli marhaban terdiri daripada perempuan yang tergolong dari kalangan makcik-makcik.


Hidangan

Bab hidangan sungguh unik. Bagi ana memang banyak kelainan. Antara hidangan yang disediakan adalah masak udang petai, ayam goreng dan kerabu. Ada pula hidangan sampingan seperti bihun sup & teh tarik.

Ala-ala masakan kampung.


Masa ni ana tengah makan. Sebab tu nampak macam dah digaul.. :)


Jika kat Terengganu pula, biasa ana lihat gulai daging lembu/kerbau, ayam masak merah, bubur kacang. Mana-mana kenduri yang ana p pon sama.

Sungguh teruja ana berada disana selama tiga hari.


Ukhwah

Ana bertolak dari Tapah bersama dengan kakak angkat yakni kak Nofa & suami. Lebih kurang 3 jam baru sampai ke Juru Penang. Sebelum ke Penang ana singgah satu malam kat umah kak Nofa. Ya Allah, mama kak Nofa sungguh peramah orangnya. Sambut ana macam sambut anaknya yang dah lama tak pulang. :)

Sungguh seronok hati ni tak tau macam mana nak gambarkan. Hilang segala duka lara dalam hati tatkala mendengar celoteh mama. Dengan tak malunya ana sendiri panggil 'mama' :), sebab keramahan mama, ana pon macam dah hilang rasa malu nak bercerita & mendengar cerita. Macam-macam makanan yang ana ngap. Yang sebelum ni seperti 'mati' terus selera makan, namun tinggal ja kat umah mama rasa lapar semacam. Tu baru sehari, kalo seminggu tak tau la. ^_^ Terima kasih hadiah yang mama berikan tu. Hadiah paling besar tak terhingga adalah Ukhawah Fillah antara kami. Allah pisahkan seorang dalam hidup, namun Allah gantikan pula dengan insan yang sangat kagum di hati ana  yakni mama & keluarga.

"Hidayah, nanti singgahlah rumah mama lagi tau. Nanti ambil no hp mama kat kakak ya," Sangat peramah mama kakak angkat ana ni.

Sempat pula ziarah keluarga mentua kak Nofa di Tapah Road (mula-mula ana ingat tabarruj, tergelak besar suami akak ^_^ ). Lama taaruf dengan mak mentua akak. Pelbagai perkara yang dikongsikan. Sungguh seronok. Memang hilang semua rasa duka tatkala menatap wajah-wajah yang bahagia. Pabila terjumpa ayah mentua akak ana, apa lagi longhat utagha (utara) la ana. Ayah mentua akak asal orang Penang. Lidah ana pula tak kekoh nak berlonghat utagha. Tak macam orang pantai timur dah :).

Dalam perjalanan pergi dan balik dari Tapah ke Penang pelbagai pengisian yang diberikan oleh suami akak kepada kami. Pelbagai ilmu yang diberi. Di alunkan pula bait-bait lagu arab yang mempersonakan telinga. Ana pula jenis malu-malu pada awalnya menjadi tidak kekok untuk bertanyakan soalan-soalan yang menjadi keraguan. Suami akak ana ni seorang ustaz di Yemen. Seorang pelajar & tenaga pengajar disana. InsyaAllah. Akak ana pula akan ikut suaminya ke Yemen pada 23 september ni.

Tibalah masa dah nak balik terengganu, ermm stesyen bas Ipoh. Banyak nasihat yang akak berikan.

"Dik, jaga diri. Jaga kesihatan. Jangan lupa makan. Jangan sedih-sedih. Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita."

Ana ni murah dengan ayaq mata. Apa lagi. Berjuraianlah permata jernih membasahi niqab. Nasib pakai niqab hitam yang tutup dahi, kalo tak semua orang duk tengok. :)

"Kak, doakan Hidayah tau.........."

"Akak akan sentiasa doakan, nanti ada apa-apa hal bagitau la akak. Jangan simpan sensorang ya. Nanti bila akak dah nak bertolak ke sana, akak call. Kalo akak terlupa, tolong ingatkan akak ya."

Ni la ana, suka buat drama ayaq mata. Kalah cerita KCB :)

Ok. Tu bab cerita dengan family kak Nofa. La ni pula cerita family akak sorang lagi ni. Kak Anis Ilyana. Pengantin baru ni. :)

Di Penang, ana dilayan bak puteri raja. *cewaah*
Betoi..

"Hidayah, meh makan mee goreng ni."
"Minum ayaq ni Hidayah."
"Bagi kuih ni kat Hidayah, orang jauh kena rasa. Nanti kempunan."
"Hidayah, ni...."
"Hidayah, tu..."
"Hidayah jom makan...."
"Hidayah dah makan...?"
"Hidayah, jom makan lagi..."
"Hidayah jom makan dengan baby.."

Macam-macam lagi la..kalo cerita semua memang tak kan habis.. :)
Pergi sana rasa macam sekeping, balik ja rasa macam tempayan.. ^_^

Syukran kepada mak ayah kak Anis atau Ashue, kak Nina & Suami serta Amar Muiz kerana bagi tumpang bilik yang selesa untuk ana sampai tidur pon dah tak sedar diri :).. Kepada kak Niza & her babies yang banyak celoteh duk layan ana ni. Muntah ja kerja ana.. :) tu la, makan dah tak ingat dunia.


Sedikit gambar-gambar yang sempat di'snap'..


Ya Ilahalkau Iyaaa Sanadi
Antaya Maula Yamuk Tamadi
Fabidunya ya  Wa Akhirati
Ya Ilahal a'arsyimur Biyadi.

Aku Terima Nikah Nya...



Baby Ariana.. comel bangat..!
Ni namanya tak dak qheja.. :)


Bersama dengan pengantin baru & pengantin lama :)
Zauj Kak Nofa, Pengantin & Kak Nofa.

..nota cinta..


Semoga bercinta hingga ke syurga...



by

2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Bulan Syurga Firdausi said...

tu la mase sebelum musibah tu ade terbace anti akan ke belah2 utara..ooo p kenduri ni la..cemburu tgk budak2 tu..smua dlm peliharaan Allah kan...teringat arwah ayah ana dulu pernah ckp, nanti besar jadi imam mekah ye..termenung ana, imam mekah...Allah....

mmm cemburu jgk dgn zauj sahabat anti tu, pandai mengajar, alunkan nasyid zikrullah...kat yemen lagi..beruntung zaujah die kan..alhamdulillah anti pun dapat jugak sikit2 ilmu dgn die mase dlm kete tu ye..

layan tamu macam permaisuri :) anti datang rumah depe semua, anti bawak seribu rahmat kan, gembira depe melayan anti...

gambar tu x cukup sorang lg kot, kan..?tulang rusuk siape la anti ni ye..Allah...

tahniah atas pengalaman yg Allah beri tu :)

~Setanggi Syurga~ said...

BSF~ Tersenyum ja baca komentar enta... ^____^

InsyaAllah..kalo tak dapat jd imam Mekah,nnt boleh jadi iman kepada zaujah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...