SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar....!!

Takbir...!! Allahu Akhbar..!!

Assalamualaikum sahabat sahabiah.... Senyum Sokmo deh.. ^__^ jom hayati kata-kata di bawah ini...

"Andai ditakdirkan kecemerlangan itu dari Allah,
Andai ditakdirkan kegagalan itu juga dari Allah, 
tapi ingatlah walau kita cemerlang atau pun tidak, hakikatnya kedua-dua itu adalah hikmahnya.. Moga kita tidak kecundang dengan ujian yang diberikan Allah.. Yang penting kita sudah berusaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang dikurniakan Ilahi... InsyaAllah..."


Tibalah jua detik-detik kerisauan dihati... Detik exam yang bakal ana lalui pada setiap hujung semester... Namun kali ini berlainan dengan semester yang lepas... Ni exam ana yang terakhir di Universiti Utara Malaysia.. insyaAllah... Exam dunia hanya di atas kertas, namun mengharapkan redha dari Ilahi agar exam didunia ini diambil kira untuk menuju ke alam yang kekal abadi..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakan. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah:286)

Tak tau awat slip exam ana jd warna ni after scan...*Semesrter Akhir* ditambah dalam slip tu..^_^

Alhamdulillah.. Hanya lima mata pelajaran sahaja diuji untuk peperiksaan semester akhir ini seperti tertera dlm slip exam di atas sana..

Salam Imtihan untuk sahabat sahabiah yang akan menghadapi imtihan..

Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

"DAN ORANG-ORANG YANG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa cemerlang di dalam ibadat dan imtihan di dunia dan akhirat....Aminn..

Mudah-mudahan dengan segala ilmu yang dikurniakan oleh Nya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya demi Islam tercinta..

Mana mungkin manusia mencapai kejayaan tanpa pengorbanan...

Kiranya exam ini adalah medan perjuangan kita, maka bertarunglah sedaya upaya kerana Allah..

..Nota jari manis...

Berjuanglah wahai sahabat dengan kalimah LA ILAHAILLALLAH dengan segala ilmu yang dipinjamkan sementara kepada kita... Selebihnya, sandarkan pada ketentuanNya...


YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH MENGHARAP TERKABULNYA SEGALA HARAPAN..

YAKIN PADA ALLAH BUKANLAH KEINDAHAN NIKMAT...

YAKIN PADA ALLAH ADALAH MELETAKKAN KEREDHAAN PADA KETENTUANNYA..

Ya Allah...
Cabutkanlah ketakutan dari hatinya...
Gantikanlah ia dengan ketenangan..
Bukakanlah pintu taubatMu untuk sahabat-sahabatku agar NUR menembusi sanubarinya..
Bukakanlah pintu rezekiMu agar rezekinya melimpah ruah..
Bukakanlah pintu langitMu agar para malaikat mendoakan kejayaannya..
Bukakanlah pintu rahmatMu agar usahanya selama ini diberkatiMu..
KAU sendiri menyaksikan usahanya maka permudahkanlah perjuangan ini...

Bittaufiq Wannajah fil imtihan kepada semua sahabat sahabiah....

Wallahualam...

by

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful...

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Allah Muhammad saw, kaum kerabat baginda, tabi' tabi'in, para salafussoleh serta semua yang berota-ota menyambung perjuangan Rasulullah saw..

Dah lebih 2 minggu ana biarkan teratak maya ana ini kosong tanpa sebarang khabar berita... Kesibukkan sebagai seorang mahasiswa tahun akhir (insyaAllah) tidak dapat memanjakan diri untuk ana bertinta di ruangan ini... InsyaAllah, pagi yang sungguh hening ini ana sediakan sedikit juadah yang boleh memberikan suntikan jiwa kepada sahabat sahabiah..terutama kepada akhwat.. ^_^

Salam perjuangan  buat semua akhwatufillah.. Semoga ukhwafillah yang terjalin sentiasa di redhai Allah swt.. Marilah sama-sama terokai niat kita semula dan tujuan kita berada di dunia yang sementara ini.. Sama-samalah kita memurnikan niat kita dalam apa jua pun amalan yang kita lakukan dan kita niatkan semata-mata kerana Allah swt.. Moga Allah swt melihat keikhlasan kita... InsyaAllah...

Akhwatufillah...

Rasulullah saw bersabda "Ada dua nikmat yang banyak orang tertipu dengan keduanya, nikmat sihat dan nikmat waktu luang" ~HR Bukhari & Abu Abbas~

Menurut Nabi, rata-rata umur umatnya sekitar 60 tahun.. Waktu kita sama dalam sehari 24 jam.. Cara kita menggunakan waktu, kitalah yang membuatkan kita berbeza antara satu sama lain.. Kalau dihitung, masing-masing waktu kita sama.. 60 saat dalam 1 minit.. 60 minit dalam 1 jam dan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan seterusnya.. Namun kata Imam Al Ghazali, kalau orang umurnya 60 tahun dan menjadikan 8 jam sehari untuk tidur, maka dalam 60 tahun ia tidur selama 20 tahun.. Innalillahi wa innaa ilahi rooji'uun.. Dan itulah yang terjadi pada kebanykkan manusia sekarang.. Adakah kita termasuk seperti itu?

Waktu adalah momentum untuk berprestasi.. Sebagaimana Umar bin Abdul Aziz menyingkap, saat beliau di angkat menjadi khalifah menggantikan Sulaiman bin Abdul Malik.. Dengan niat tulus suci, jiwa yang bersih dan dengan tekad yang membara ia pikul kekhalifahan yang ia rindukan dengan mengatakan 'Aku akan duduk disebuah tempat tidak ku berikan sedikit pon tempat kepada syaitan..'

Akhwatufillah...

Memang kita hanya orang biasa.. Tentu banyak keterbiasaan, kekurangan, kelemahan, kegagalan, kemalasan dan sebagainya.. Ukhti, ubah paradigma dan cara pandangan kita.. Jangan menyalahkan keadaan tapi buatlah keadaan jangan mempersoalkan kelemahan tapi ubahlah keterbatasan..


..Nota Cinta..

Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam...

by




Cerita animasi Naruto boleh dijadikan strategi di medan dakwah?
betulkah?

Oke..! jom kita risik dengar perbualan dua orang sahabat di bawah ni....
Take note pada tulisan yang bergaris.. ^_^

A : Enti selalu adakan usrah menggunakan cara yang bagaimana?

B : Biasanya ana tanyangkan vedio seperti vedio Rasulullah saw.
Tak mau bagi diorang boring..

A : Ana biasa tayangkan cerita.. Seperti contoh cerita Naruto.
Begini..Enti tengok ukhwah antara naruto dengan Sasuke..

B : Ermmmm...

A : Ok..pastu enti tengok satu team akan ada tiga orang ninja.. dan ada seorang naqib..
Iaitu guru diorang..

B : Alahai..Camna ana nak terangkan pada mad'u ana nanti..

A : Ok..camni.. contohnya Rodri.. Even dia tahu yang dia tak de bakat dalam dunia ninja,
tapi dia hebat.. Sebab dia usaha..Dia tak de kuasa macam Naruto.. 
Dia tak de mata sharingan macam Sasuke..
Dia tak kuat macam Gara..
Tapi dia ada fizikal.. Dengan badan tu lah dia berlatih..
Dan menjadi antara ninja terhebat..


B : Wahhhhh...satu idea yang baru untuk ana perjelaskan dan kongsikan pada sahabat-sahabat nanti...
Gud2..!

A : That's why kita kena tengok dengan mata hati..
Not mata biasa...!!


B : Glluuupppp..!!


Ha..tu dia..dah risik dengar kan?
Pada mulanya si B ni macam pelik je lepas diberitahu si A ni tengah download cerita animasi Naruto.. Sedangkan si B ni tak suka sangat tengok cerita animasi kerana baginya cerita sebegitu akan membazirkan masa..
Si B pernah berkata kebanyakan cerita animasi or lebih dikenali cerita cartoon ni ingin menjatuhkan Islam.. Seperti contoh cerita cartun CAT & DOQ..
Kalau sahabat-sahabat perhatikan jalan cerita tu.. Alahai, betapa lemah lembutnya si anjing.. Akan tetapi betapa jahatnya si kucing..


So..why anjing tu baik sangat? why kucing tu terlalu jahat?
Dari segi pemikiran yang 'tak matang', jawapannya.............


"Ala....dah pengarahnya suh buat camtu..."

"Ishhh..kalo tak buat camtu tak jadi lah cerita..."


"Asyik kucing je yang baik..sekali sekala biarlah anjing pulak..."


"Ala...cartoon je pon...Nak bising-bising kenapa.."

Betapa hebatnya serangan pemikiran ZIONIS kepada umat ISLAM akhir zaman.. Sahabat sahabiah sedar tak sebenarnya? Cerita CAT & DOG adalah satu cara untuk menjatuhkan Islam..

Kenapa? Dimanakah salahnya??


Oke.. Sila baca yang selanjutnya..

Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah saw..
Memeliharanya adalah sunnah.. Besar pahala manusia yang mengamalkan sunnah nabi ini..


Diriwayatkan dari DAwud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yag menerangkan bahawa seorang budak memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika dia sampai di rumah Aisyah ternyata Aisyah sedang solat.. Lalu dia memberikan isyarat untuk menaruhnya..


Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, dia lupa ada bubur.. Datanglah seekor kucing memakan sedikit bubur tersebut. Ketika dia melilhat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah membersihkan sebahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya..


Rasulullah saw bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah saw berwudhu dari sisa jilatan kucing ~HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruquthni.

Sahabat sahabiah selalu duk share vedio kat Facebook mengenai kucing kan? kucing kena penyek..kucing kena pijak..kucing kena humban dalam air..anak kucing kena sembur angin pam tayar ..kucing kena bakar dan macam-macam lagi.. Tak kesian kah?


"Ada aku kesah...?"


Atau itukah jawapannya? 

Banyak lagi sebenarnya kartun yang berkaitan dengan kucing yang wataknya jahat..Boleh sahabat-sahabat bagi contoh lain lagi??


Animasi TWEETY? 
*anak ayam warna kuning dengan kucing..


Animasi TOM & JERRY? 
*tikus dengan kucing..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Oke.. Berbalik kepada anime Naruto diatas...
Kesimpulan yang boleh kita buat adalah UKHWAH antara Naruto dengan Sesuke sangat-sangat rapat.. ke'Ukhwah'an antara mereka sangat penting dalam memenangi misi perlawanan.. Jika mereka tidak rapat, tidak bersatu, tiada rasa ukhwah dalam hati mereka maka mereka akan sengsara dengan kekalahan..

Begitulah jua dalam dakwah..kita apply cara Naruto & Sesuke ber'ukhwah' dalam medan dakwah kita..
Ukhwah sesama akhwat & ukhwah sesama ikhwan bagaimana? Rapat dan saling teguh bukan?
Saling rindu merindui antara satu sama lain bukan?(sesama muslimat & sesama muslimin).. Ya..tanpa ukhwah sahabat-sahabat siapalah kita.. Terjalinnya ikatan ukhwah maka eratkanlah akan ikatan-ikatannya..Ukhwah fillah abadan abada..

Dalam animasi Naruto ada gurunya.. Sama juga dalam dakwah ada gurunya juga kan? Kita lebih kenali dengan panggilan Murabbi dan Murabbiah.. Merekalah yang saling tunjuk ajar kepada kita.. Yang sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk kita terus hebat dijalan dakwah.. Jika kita rasa berputus asa, rasa jatuh terduduk malah dihimpap tangga, Murabbi lah tempat kita buat rujukan..

Dalam dakwah bakat itu tidak berapa penting namun yang paling penting adalah usaha.. Jika ada bakat tapi kurang usaha, berjalankah dakwah itu?lama kelamaan bakat pun berkurang dan hilang jika tak diasah..Akan tetapi, jika ada usaha tp kurang berbakat hasilnya amat effective sekali.. Dakwah akan berjalan dan bakat akan terus bertambah serta berkembang disebabkan usaha yang tidak kenal penat lelah..

Dakwah pon MANTOOPP..!!


That's right?


Teringat ana tentang cikgu add math time sekolah dulu..cikgu ana ni selalu bagi nasihat dan tarbiyah yg berguna kepada kami..
Antara kata-kata perangsang yang ingin ana kongsikan adalah mengenai bola sepak..cikgu ana cakap, pemain bola sepak akan menendang bola ke gawang gol dengan mencari sudut atau penjuru gol..tapi bukan di tengah-tengah pintu gol..


Oke..Bagaimana pemain-pemain bola sepak tu boleh jaringkan gol dengan menendang bola ke penjuru gol dan GOOOLLL!!?


Ya..Dengan melakukan latihan setiap hari..
Berpenat lelah.. Tak kira siang malam.. Hujan panas..
Namun hasilnya adalah kemenangan..


Sama jugak kalau kita sentiasa melakukan latihan setiap hari dalam ADD MATH..(sbb time tu kami semua lemah add math).
InsyaAllah..dengan berpenat lelah melakukan latihan namun hasilnya adalah A+..kan?


Ok..dalam dakwah pula..the same thing..
hangpa leh pikiaq bagaimana kan?


..::nota tangan::..




Sepetang bersama sahabat-sahabat..
Hujan rintik-rintik..
lepas tu Allah hadiahkan kami pelangi yang sangat cantik...


Ayuh syabab...!! Gemparkan dakwah di tempat anda..!!


by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...