Rasulullah saw berpesan "Tidak ada jalan lain pada dua orang yang saling mencintai selain berkahwin".(Ibnu Majah)

Setiap manusia pasti merasai kenikmatan apabila hubungan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang halal. Hikmah di sebalik perkahwinan itu adalah dapat menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan maksiat.

Perkahwinan juga menyempurnakan iman seseorang sebagaimana Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud "Siapa yang dikurniakan isteri yang solehah, bermakna beliau sudah membantu menyempurnakan iman orang itu. Oleh itu beliau pernah bertaqwa kepada Allah bagi mencukupkan imannya." (At-Tabrani, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Allah menciptakan manusia dengan berpasang-pasangan supaya kedua-dua mereka dapat melahirkan zuriat dan keturunan. Manusia secara fitrahnya juga ingin dicintai, disayangi supaya mereka sentiasa berasa tenteram dan bahagia.

Kini terdapat juga kalangan yang tidak mahu berkahwinan tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan syariat. Namun perkahwinan sebenarnya menyempurnakan iman seseorang.

Mereka yang faham mengenai hakikat perkahwinan pasti akan mencintai perkahwinan. Ia bukan hanya kerana dorongan hawa nafsu tetapi kerana niat bagi menyempurnakan setengah daripada iman menuju reda Allah dan dengan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.

Selepas berlakunya ijab dan kabul maka akan berlaku perubahan besar kepada hubungan antara lelaki dan perempuan perhubungan yang haram menjadi halal, maksiat menjadi ibadah, perkara keji menjadi suci dan beban menjadi tanggungjawab.

Melalui perkahwinan kita dapat melihat fitrah seolah-olah berkata "Ya Rasulullah sambut kehadiran aku kerana aku adalah umatmu yang mengikut sunnahmu menikah."

Umar Al-Khattab pernah berkata "Sesungguhnya aku menikah walaupun aku tidak perlu menikah dan aku ingin bersetubuh walaupun aku tidak memiliki hawa nafsu."

Lantas ada orang bertanya kepadanya "Oleh itu apa yang membuatkan kamu ingin bernikah?" Umar menjawab "Aku mahu menjadi orang yang dibanggakan oleh Nabi Muhammad pada hari kiamat nanti."

Justeru, pernikahan adalah ibadah dalam Islam yang mana setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami dan isteri diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.

Rasulullah saw bersabda "Sekiranya seseorang menyalurkan syahwatnya iaitu bersetubuh pada tempat yang dihalalkan, orang itu mendapat pahala." (Muslim dan An-Nasai)

Kepada pasangan yang saling mencintai jalan yang terbaik buat mereka untuk menghindari diri daripada melakukan perkara yang dilarang agama dan menghilangkan kegelisahan adalah dengan menikah.

Walaupun pemuda-pemudi yang masih bujang itu bersikap baik dengan melaksanakan solat, berpuasa tetapi mereka tetap dengan fitrahnya sebagai makhluk yang merindukan pasangan hidupnya dengan godaan syaitan yang mengotori kesucian hatinya serta mengganggu rasa khusyuk beribadat.

Oleh itu sahabat sahabiah.. Tunggu apa lagi.. Jom Menikah...!!
\(^____^)/


..::nota cinta::..

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang dah nak bertunang dan yang dah nak bernikah... Sungguh rasa seronok ana mendengar khabar baik ini.. Kepada 'dia', ana doakan semoga Allah memberikan yang solehah buat mu.. InsyaAllah..^__^

Apabila Hati Rindu Menikah..^__^

from: Mas Udik Abdullah

by

3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Muhammad Syafik bin Ab Rahman said...

semoga dirahmati Allah swt..

Faaein Talip Roy said...

Perkongsian menarik.. Suka baca.. ^^,

tapi tak de calon pulak untuk menikah.. huhuhu..

~Setanggi Syurga~ said...

~Mujahid Syahid

insyaAllah..mudah-mudahan..

~Faaein

^^..insyaAllah..dah termaktub di lauh mahfuz...berdoalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...