Para pekerja yg sibuk mbrsihkan kawasan rekreasi gempar!!
Raungan bunyi ambulans begitu mengejutkan ketika pagi yg masih tlalu awal ini kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kpd sepasang muda mudi yg terperangkap didalam sebuah kereta ditaman tersebut. Nahas bagi pasangan dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yg sungguh tragik.
Apa yg terjadi sebenarnya??
Ternyata sepasang muda mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan sehinggga begitu sukar pihak yg bertanggungjawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu "MENGHARUKAN!!!" Di dalam kereta tersebut ditemuui selembar kertas yg telah mereka tandatangani. Antara kandungannya..
TOLONG JANGAN PISAHKAN MAYAT KAMI DAN TERUS DIKEBUMIKAN BAGI MEMBUKTIKAN CINTA ABADI KAMI SEHIDUP SEMATI.
Dan dibahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta "SEJATI" yg "SUCI ini kerana org tua tidak merestui hubungan cinta mereka...ASTAGHFIRULLAH...!!
Di sebuah rumah di Jaziah Arab 1400 tahun yg lampau..
Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dgn Atikah bt Zaid, seorg wanita cantik rupawan & berbudi luhur. Dia seorg wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang & bkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mcintai isteri yg sebegitu smpurna menurut pandangan manusia..
Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niat dan meneruskan perjalanan ke masjid.
Setelah selesai menunaikan solat Abu BAkar RA sekali lagi melalui jalan dirumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu BAkar RA apabila beliau dapati anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat dimasjid. Lantas Abu Bakar RA memanggil Abdullah, seteruanya bertanya: "Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah?"
Tanpa berhujah pjg Abu Bakar berkata :"Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikan dia!!
Demikianlah perintag Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perinta ketika Abu Bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah swt. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yg cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.
Lalu bagaimana tanggapan Abdullah?? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yg cantik dan amat dicintainya...SUBHANALLAH!!
Dari dua petikan kisah diatas, marilah kita sama2 renungkan tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati, tulus dan suci itu sebenarmya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah swt mencampakkan suatu perasaan didalam jiwa manusia, iaitu CINTA..
Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yg kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan sehingga ikan paus yg besar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah swt kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!
Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu semdiri. Jika disuatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan digelar.
Walau berapa banyak pun nuansa cinta yg menjelma mjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan pelbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja. Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani.
Yang menjadi persoalan skrg adalah mampukah kita membezakan yg mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani??
JOM IKUTI SAMBUNGANNYA NANTI YA....^_^
by
Follow @Setanggi_Syurga
0 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
Post a Comment