Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Bila tonton rasa nak tonton lagi dan lagi dan lagi. Rasa terkena ja sipi-sipi hidung. Dush dush..!

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara."
Al-Hujurat :10


klik sini juga : SYSTEM 3S BY PELAUT RABBANI




Kekadang senang saja nak amalkan sistem 3S ni. Kalau ada sahabat yang berpakaian macam ana mungkin ada yang tak perasan kita sedang amalkan sistem 3S tu.

Jika ana terjumpa kanak-kanak, ana akan lambaikan tangan kat depa.
Jika terjumpa kakak-kakak atau makcik-makcik ana akan senyum sambil menganggukkan kepala.
Cara itu menunjukkan ana sedang melaksanakan sistem 3S

Jika terjumpa 'kumbang'? Jika diberi salam,dijawab dalam hati apatah lagi yang lain kan?
Tepuk dada tanya Iman. 

Hangpa nak tau apa itu 3S?
Silalah menontonnya.

...nota jari...

Hari tu ada seorang budak ni tengok ana. Dia cakap kat ayahnya "Ayah, momok...!"
Ana mendekatinya sambil meraba-raba poket jubah dan mengeluarkan gula-gula. Terus diberikan kepadanya.

"Ayah, kakak tu bagi." Sambil tunjuk gula-gula kat tangannya. "Dia bukan momokkan ayah? Ayah kawen dengan kakak tu lah."

Tergelak besar ayahnya. 

Ana cium pipi gebu si comel dan berlalu pergi. "Semoga menjadi anak yang solehah ya dik." :)

*cakap momok, tapi tak takut pula bila ana menghampirinya ^_^



by


Mengisahkan seorang pemuda beragama Islam yang leka dan lalai dalam pancaroba dunia.Hanyut dalam dunianya sendiri dia ditakdirkan untuk berubah setelah satu peristiwa hitam berlaku dalam hidupnya.Semoga mesej yang cuba disampaikan memberi kesan kepada penonton.

..nota tangan..

Kita sukar untuk memahami hati & perasaan seorang guru.
Tapi, saat bergelar guru. Baru kita merasainya.
Kita sukar untuk memahami hati seorang ibu atau bapa.
Tapi, saat bergelar ibu atau bapa. Baru kita merasainya.
Kita sukar untuk memahami hati & perasaan pesakit.
Tapi, saat diuji dengan penyakit. Baru kita merasainya.

Kerna itu sering ku katakan. Hati yang merasai, pasti lebih memahami...♥ 

by

Assalamualaikum..
Salam Mahabbah & salam tautan hati..

Masa sangat mencemburui diri ini.
Dari 9 a.m hingga 5 p.m di beri amanah oleh Allah untuk berada di office..

Walau sesibuk mana pon kita seorang manusia, kita memang tak boleh lawan kehebatan Rasulullah saw. Baginda lagi sibuk...!

Seorang ketua negara, ketua keluarga, imam masjid, walid kepada anak-anak, zauj kepada zaujah-zaujah dan banyak lagi...

Namun Rasulullah saw tidak pernah lupa untuk sebarkan dakwahnya kepada manusia. Malahan semasa nyawa baginda berada dihalkum, baginda tetap ingat tentang kita.. Ummati...! Ummati..! Ummati..!

Jadi, macam mana sibuk sekali pon diri ini, insyaAllah akan sedaya upaya menyampaikan pesanan dari Rasulullah walaupun satu ayat. "Ballig hu 'anni walau ayat"

Ana kongsikan vlog ini kepada kalian..
Ambillah manfaat darinya..
Tak rugi kalo tengok, daripada duk tengok video K-PoP..!


Tekan DISINI untuk blog beliau.. ^_^

...nota jari manis...

Jangan lihat siapa yang menyampaikan, namun lihatlah isi kandungan yang disampaikan..oke!

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...