Perjalanan yang masih baru ini haruslah di isi dengan ketabahan dan kesabaran.
Usia yang makin hari makin bertambah haruslah di iringi dengan amalan yang berpanjangan.
Agar usia yang dipinjamkan ini bukan sia-sia malah diperteguhkan dengan ketaqwaan.
Jadikanlah al-Quran pendamping mu agar dapat mendidik jiwa dan hati supaya tenang tatkala mengharungi ujian.

Berdua dengan mu, membina rumahtangga atas tapak iman dan bersyariat, tuluskan niat dan luruskan matlamat.

Ya zauji, kau lah pemimpin menuju Ilahi.
Diri ini hanya Isteri.
Permaisuri Hati.

Atas tapak iman ini juga kita dirikan hukum Tuhan.
Iman itu tujuan.
Syariat itu jalan.
Tempat menuju segala permasalahan.
Tempat mencari segala penyelesaian.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada kita semua “seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka, manakala isteri adalah pemimpin rumah suami dan anak-anaknya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka” (HR Muslim)


Ya zauji Ya habibi, Selangkah kita menghampiri padaNya seribu langkah dia menghampiri kita dengan keampunan, kasih sayang dan perlindungan.

    “Ya Allah, kami tahu dosa telah menyelimuti diri, tapi kami tahu kerahmatanMu, Ampunkanlah segala dosa kami andainya jiwa ini tidak bermaya, yang diharapkan hanyalah petunjukMu, iringilah perjalanan usia ini dengan NurMu dan janganlah kau pesongkan hati ini setelah kau berikan hidayahMu” Amin



Selamat Ulang Tahun Kelahiran ya Zauji.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan al-Mubarak.

Dahsyatnya tajuk. :) Sebenarnya nak cerita pasal si ulama' kecil kami. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 5 bulan umur Miftahuddin bin Muhammad Syahrul Firdaus.

Sekejap je masa berlalu. Miftah sekarang dah pandai meniarap dengan sendirinya tanpa bantuan kami. Kadang-kadang tidur pun nak meniarap. 

Wajah Miftah lebih kepada abinya. Jarang sangat yang cakap muka ummi. Bila tengok gambar zauji masa kecil memang tak dinafikan, sebiji Miftah. Dengan semangatnya, dengan sepetnya mata, dengan mulutnya. Yang ikut ummi tang lesung pipit yang tenggelam tuh & warna kulit. he~

Miftah sangat murah senyumannya. Tapi hanya dengan ummi abi dan dengan orang dia rasa serasi sahaja. Kalo dia rasa tak serasi memang senyuman susah sangat nak muncul. Geletek la macam mana sekali pun.

Bulan lepas check up Miftah, dapat jugak bersembang dengan doctor yang sambut Miftah masa lahir di Klinik Bersalin Annur. Setengah jam lebih kami berborak. Check up bulan ni InsyaAllah besok. Doctor yang sangat "mak-mak" yakni ermmm..entah nak cakap macam mana. Nak cakap baik, lebih dari baik. Nak cakap ramah, lebih dari ramah. Memang ohsem!! :)

Moga jadi anak soleh wa musleh ya sayang. 


Update pasal anak je. Biarlah...! teruja jadi ummi tau.. stalker, doakan kami ya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...