Kisah teladan ini ana perolehi dari sebuah vedio yang di sebarkan melalui facebook. Iaitu seorang anak kecil yang umurnya dalam lingkungan 10 tahun yang cacat penglihatannya. Anak ini seorang hafiz Quran. Di tanya oleh seorang syeikh, kenapa kamu menghafal Quran sedangkan kamu tidak nampak.

Anak kecil itu menjawab, "Saya tidak pernah bertanya kepada Allah kenapa saya buta, malah saya amat bersyukur kepada Allah kerana 'kurniakan' saya buta. Jadi saya terlepas dari zina mata dan pandangan. Akan tetapi saya takut nanti jika Allah tanyakan kepada saya kenapa tidak hafal Quran. Yang buta adalah mata bukan hati. Kamu ada hati, kenapa tidak hafal Quran dengan hati kamu.

Allahu Allah......

Banyak kali tengok vedio itu dan banyak kali jugalah mata ini dituruni 'hujan'.

Jom sama-sama didik diri mencintai surat cinta Allah swt itu.


1 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Kak iman said...

kak iman selalu pesan " lebih baik buta, dri boleh melihat, lbh baik, bisu dri boleh bercakap, lebih baik pekak dri boleh mendgr "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...