Hampir sebulan di rumah mentua, semalam dah kembali ke rumah sendiri. Tetiba terasa rindu berjemaah & bertilawah bersama mama (mentua) dan adik-adik. Opss! lupa. Ulama' kecil turut berjemaah & bertilawah sekali :).

Teluk Batik, Lumut, Teluk Intan.... Sungguh gigih berjalan dengan family, ibu ayah saudara serta sepupu sebelah zauji namun tanpa zauji disisi. Zauji kerja. Tak mengapa biar ana & baby je yang berjalan ya. he~ Banyak berjalan nanti senang bersalin.

Sedang berjalan berhampiran Menara Condong tetiba ana & ibu saudara ternampak tapak jualan tudung labuh. Apa lagi, sempat jugak ana rembat sehelai tudung & dua pasang sarung lengan. Harga sangat ohsem! ha, tudungnya macam gambar kat bawah ni

Klik sini untuk cuci mata alianacollections
Ana tak beli kat page ni sebab dah jumpa yang depan mata kan. Harga pun lebih kurang je.

2 in 1 sebab boleh di jadikan tudung & telekung solat. Nak tutup perot yang memboyot pon boleh. Kata baby 'ummi tutup perot tu tebal-tebal, baby malu tayang aurat' peh peh peh :)

..nota hati..


35 minggu sudah.
Masih amalkan pemakanan sunnah.
Madu, Jus Delima, Minyak Habbatussauda (Minsyam), Minyak Zaitun (Minsyam), Susu Kambing. After bersalin nanti insyaAllah nak sambung makan pemakanan sunnah ni jugak.

Minggu depan dah masuk 9 bulan. Jadi menunggu  hari je lah..

Doakan ya!




2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Abil Fikri Ahmad said...

Assalammualaikum..Tumpang lalu di sini..

Knor said...

Alhamdulillah
knor sampai skrg mkn makanan sunah tu..termasuk anak2..dr dlm perut lgi..rugiii tk mkn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...