Dari Ibnu Abbas r.a "Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu: 

1. Hati yang selalu bersyukur (Qalbun syakirun) 

2. Pasangan hidup yang soleh (Al azwaju shalihah) 

3. Anak-anak yang soleh. (Al auladun abrar) 

4. Suasana yang baik untuk iman kita (Albiatu sholihah) 

5. Harta yg halal. (Al malul halal) 

6. Semangat untuk memahami agama. (Tafakur fi dien) 

7. Umur yang barakah (umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.)"

...nota hati...


Ni gambar ayah teh kamu. Nanti bila dah besar jadi macam ayah teh ya. Balik terengganu boleh jenjalan dengan ayah teh. 

Bila si jubah hitam ini mahu cari zaujahnya ya. Bila ditanya, ilmu tak cukup lagi katanya. Ermm, teringat bila berada dikampung ana akan terjaga dari tidur bila enjin motornya kedengaran untuk ke masjid disubuh hari.

.......

Already 38 weeks. Alhamdulillah.
Kami tak sabar menunggu mu.
Balik Terengganu boleh ikut ayah teh ke masjid.





Persediaan menjadi isteri dan ibu bukan selepas kawin. Akan  tetapi sebelum ke alam perkahwinan lagi. Begitu juga persediaan menjadi suami dan ayah.

Seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Bukan ilmu dunia dikejar, ilmu akhirat diabaikan dan ilmu akhirat dikejar, ilmu dunia diabaikan.

Jika kita nak pasangan jadi setia seperti Rasulullah saw, kita terlebih dahulu menjadi mulia seperti saidatina Khadijah.

Dan begitulah sebaliknya.


...nota hati...



Rindu didikan umi wa abi.
Rindu nak peluk umi wa abi.
Rindu nak tatap wajah umi wa abi.
Hanya suara kalian dapat mengurangkan kerinduan itu walaupun sedikit cuma. :(

Entri ni makin rindu ummi clik SINI


Already 37 weeks.

Hujung minggu baru ni zauji ajak jenjalan KL. Ni lah antara aktiviti kami sementara masih ada waktu sebelum bersalin. Memang ana banyak berjalan, katanya senang bersalin nanti.

Moga sunnah Rasul ini dapat diterap kepada ulama' kecil kami nanti. In Syaa Allah.




Sebenarnya tak de lah suka berjalan sangat, tapi bila dah zauji yang ajak memang ana beria benar. :)
Sarung je jubah & tudung selalu tanya zauj "nampak tak perut?" Agak tak suka & memang tak suka bila nampak perut seakan-akan seperti menampakkan aurat walaupun perut ibu mengandung dimaafkan atau diringinkan tidak seperti bahagian aurat-aurat yang lain.

Tutup tebal-tebal & longgar. Nant baby sejuk! :)

...nota jari...

Semoga dipermudahkan. Hampir setiap malam mimpi dukung baby. :)
Mohon doa juga dari sahabat maya ana di blog agar ana & baby selamat nanti. Kemungkinan ini post terakhir sebelum bersalin. Tunggu entri selepas bersalin pulak ya.

Laa Ilahailla Anta Subhanakainni Kuntuminzholimin



Hampir sebulan di rumah mentua, semalam dah kembali ke rumah sendiri. Tetiba terasa rindu berjemaah & bertilawah bersama mama (mentua) dan adik-adik. Opss! lupa. Ulama' kecil turut berjemaah & bertilawah sekali :).

Teluk Batik, Lumut, Teluk Intan.... Sungguh gigih berjalan dengan family, ibu ayah saudara serta sepupu sebelah zauji namun tanpa zauji disisi. Zauji kerja. Tak mengapa biar ana & baby je yang berjalan ya. he~ Banyak berjalan nanti senang bersalin.

Sedang berjalan berhampiran Menara Condong tetiba ana & ibu saudara ternampak tapak jualan tudung labuh. Apa lagi, sempat jugak ana rembat sehelai tudung & dua pasang sarung lengan. Harga sangat ohsem! ha, tudungnya macam gambar kat bawah ni

Klik sini untuk cuci mata alianacollections
Ana tak beli kat page ni sebab dah jumpa yang depan mata kan. Harga pun lebih kurang je.

2 in 1 sebab boleh di jadikan tudung & telekung solat. Nak tutup perot yang memboyot pon boleh. Kata baby 'ummi tutup perot tu tebal-tebal, baby malu tayang aurat' peh peh peh :)

..nota hati..


35 minggu sudah.
Masih amalkan pemakanan sunnah.
Madu, Jus Delima, Minyak Habbatussauda (Minsyam), Minyak Zaitun (Minsyam), Susu Kambing. After bersalin nanti insyaAllah nak sambung makan pemakanan sunnah ni jugak.

Minggu depan dah masuk 9 bulan. Jadi menunggu  hari je lah..

Doakan ya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...