Jadilah kamu seorang Muslim yang taat yang mengamalkan segala ajaran Islam dengan sebenar-benarnya walau ke mana pun kamu pergi, walau bagaimana besarnya perbezaan antara mereka dengan kamu dan biar pun mereka menganggap kamu pelik dan asing semata-mata kerana kamu mengamalkan ajaran agama kamu. Dan inginlah ayah berpesan kepada kamu sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya yang diceritakan dalam kitab suci kita al-Quran, janganlah anakku sekali-kali kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah sangat zalim, serta berbuat baiklah kamu anakku kepada kedua-dua ibu bapa kamu.
Marwa adalah nama kamu dan Kekwa adalah nama melayu kamu yang akan ayah gunakan untuk merujuk kepada kamu di blog ini. Kamu harus baik-baik sama kakakmu Embun. Selamat datang ke dunia, Kekwa.
Ayahandamu yang sangat berbangga.
..........................
Alhamdulillah wa syukurillah.
Sebenarnya ana sedang membelek dari helaian ke helaian buku yang bertajuk Diari Seorang Diplomat Hikmah Yang Tersirat by Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd yakni isteri kepada kak Aini Nurbaya blogger mawarnafastari. Petikan diatas adalah antara petikan yang tertulis dalam buku yang dikarangi penulis. Dan ianya juga adalah antara petikan yang memberi sumbangan air mata diri ini terus mengalir.
Tatkala jari ini laju menari-nari di papan kekunci, lantas tetikus dihalakan ke link blog beliau tanpa berlengah. Hati ini seringkali teringin melihat anak-anak beliau embun & kekwa di depan mata. Seakan-akan mahu memeluk mereka berdua semahu-mahunya. Kadang-kadang ana menjadi tidak sabar untuk mengetahui perkembangan tentang anak-anak mereka.
Buku tarbiah rohani ini sangat terkesan dihati. Untuk pengetahuan kalian, penulis buku ini telah kembali ke rahmatullah sebelum buku ini diterbitkan kerana mereka satu keluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di daerah Terengganu pada 1 Mac 2011.
Blog arwah penulis nafastari
Kepada kak Aini Nurbaya, moga sentiasa tabah menghadapi dugaan dunia. Dengan terhasilnya buku yang dikarangi arwah sedikit sebanyak memberi saham kepada arwah di alam sana. In Syaa Allah. Embun & Kekwa, semoga menjadi anak-anak yang solehah buat umi dan ayah tau.
Kalaulah berkesempatan berjumpa dengan mereka ini, sungguh teruja & terharu hati ini. Moga Allah pertemukan kami suatu hari nanti.
Dan kami di Pesta buku antarabangsa PWTC pada 27 Mei.
Bulan bertemu dengan ilmuan hebat Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri |
Pengunjung yang tersangat ramai. Memang penat berasak-asak. |
Guna baucer buku en.bulan untuk shopping segala buku.
Ya. En bulan seorang pelajar & seorang tenaga pengajar. Sebab tu dapat baucer buku.
Sedang ana khusyuk membaca buku, ana akan berhenti seketika untuk menceritakan isi buku kepadanya.
"Enta, nak tau tak?"
"Enta, cerita ni kan.....?"
"Enta bla bla blaaaa n blaaaa...."
Enta itu. Enta ini. Enta tengok ini, itu.!.
Sungguh, bulan pendengar yang baik walaupun agak sibuk menyiapkan tugasan. :)
..nota jari..
Terkilan tak dapat ke booth PTS. Pengunjung yang tersangat ramai. Terubat jua hati bila dapat 'merangkul' sejumlah buku dari Galeri Ilmu. :)
Buku kami? akan di update nanti.
Hari ni genap sebulan kami bercinta di dunia..
Masih agak kekok membahasa diri.
'Enta enti ana' sentiasa ada.
1 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
As salam. Menyentuh hati..
Wassalam.
Post a Comment