Jadilah kamu seorang Muslim yang taat yang mengamalkan segala ajaran Islam dengan sebenar-benarnya walau ke mana pun kamu pergi, walau bagaimana besarnya perbezaan antara mereka dengan kamu dan biar pun mereka menganggap kamu pelik dan asing semata-mata kerana kamu mengamalkan ajaran agama kamu. Dan inginlah ayah berpesan kepada kamu sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya yang diceritakan dalam kitab suci kita al-Quran, janganlah anakku sekali-kali kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan syirik itu adalah sangat zalim, serta berbuat baiklah kamu anakku kepada kedua-dua ibu bapa kamu.

Marwa adalah nama kamu dan Kekwa adalah nama melayu kamu yang akan ayah gunakan untuk merujuk kepada kamu di blog ini. Kamu harus baik-baik sama kakakmu Embun. Selamat datang ke dunia, Kekwa.


Ayahandamu yang sangat berbangga.


..........................

Alhamdulillah wa syukurillah.
Sebenarnya ana sedang membelek dari helaian ke helaian buku yang bertajuk Diari Seorang Diplomat Hikmah Yang Tersirat by Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd yakni isteri kepada kak Aini Nurbaya blogger mawarnafastari. Petikan diatas adalah antara petikan yang tertulis dalam buku yang dikarangi penulis. Dan ianya juga adalah antara petikan yang memberi sumbangan air mata diri ini terus mengalir.


Tatkala jari ini laju menari-nari di papan kekunci, lantas tetikus dihalakan ke link blog beliau tanpa berlengahHati ini seringkali teringin melihat anak-anak beliau embun & kekwa di depan mata. Seakan-akan mahu memeluk mereka berdua semahu-mahunya. Kadang-kadang ana menjadi tidak sabar untuk mengetahui perkembangan tentang anak-anak mereka.

Buku tarbiah rohani ini sangat terkesan dihati. Untuk pengetahuan kalian, penulis buku ini telah kembali ke rahmatullah sebelum buku ini diterbitkan kerana mereka satu keluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya di daerah Terengganu pada 1 Mac 2011.

Blog arwah penulis nafastari

Kepada kak Aini Nurbaya, moga sentiasa tabah menghadapi dugaan dunia. Dengan terhasilnya buku yang dikarangi arwah sedikit sebanyak memberi saham kepada arwah di alam sana. In Syaa Allah. Embun & Kekwa, semoga menjadi anak-anak yang solehah buat umi dan ayah tau.

Kalaulah berkesempatan berjumpa dengan mereka ini, sungguh teruja & terharu hati ini. Moga Allah pertemukan kami suatu hari nanti.


Dan kami di Pesta buku antarabangsa PWTC pada 27 Mei. 

Bulan bertemu dengan ilmuan hebat Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri 

Pengunjung yang tersangat ramai. Memang penat berasak-asak.


Guna baucer buku en.bulan untuk shopping segala buku.
Ya. En bulan seorang pelajar & seorang tenaga pengajar. Sebab tu dapat baucer buku. 

Sedang ana khusyuk membaca buku, ana akan berhenti seketika untuk menceritakan isi buku kepadanya.

"Enta, nak tau tak?"
"Enta, cerita ni kan.....?"
"Enta bla bla blaaaa n blaaaa...."
Enta itu. Enta ini. Enta tengok ini, itu.!.

Sungguh, bulan pendengar yang baik walaupun agak sibuk menyiapkan tugasan. :) 

..nota jari..

Terkilan tak dapat ke booth PTS. Pengunjung yang tersangat ramai. Terubat jua hati bila dapat 'merangkul' sejumlah buku dari Galeri Ilmu. :) 

Buku kami? akan di update nanti. 



Hari ni genap sebulan kami bercinta di dunia..
Masih agak kekok membahasa diri.
'Enta enti ana' sentiasa ada. 







A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru

Keep istiqomah.




Review blogger minggu ini.
Dah terjah, tapi keluar profile je.Tak keluar link empunya blog.
But, syukran Nurul Izzah sudi jadi follower yang ke 1000. :)

..nota jari..

Manfaat tak ilmu-ilmu kat BTS ni.?
Moga kalian tidak tuntut di akhirat ya.




Apabila sebut tentang cinta, terbayang kehebatan cinta Romeo & Juliet, Uda & Dara serta kisah Qaisy & Laila. Inilah kisah-kisah cinta khayalan yang sering dibesar-besarkan sehingga menjadi inspirasi buat remaja mencari cinta sebegitu hebat pengorbanannya.
.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba turutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.

Kebaaboooom.
Pantun 4 kerat tapi lebih banyak karat yang makin melarat dan terjerat.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih aku turutkan.
Tanya emak & izin walinya,
Kerana Allah, nikah dijalankan.

Lebih bererti bukan?
he~

Salahkah kami bercinta?

Tidak salah. Sudah tentu kamu boleh bercinta.

TETAPI ada syarat dan peraturannya.


Cinta adalah perasaan semulajadi dan naluri yang ada dalam diri setiap manusia. Sekiranya cinta itu salah, mengapa Tuhan memberi kita naluri cinta?

Tentu sekali BOLEH BERCINTA.

Bukan seperti Romeo & Juliet. Tetapi persis cinta Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusuf dan Zulaikha, Nabi Muhammada dan Aisyah Humaira.

Cinta yang suci, syariat yang membatasi, Allah meredhai.


...nota jari manis...

Malu mu bernilai, Kata mu berhikmah.
Hanya diri yang halal, engkau serahkan segala.
Demi mencari redha Ilahi. ~from zauji habeebi :)






Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

"Pakai tudung macam kain langsir."

Err. Besar sangat sampai nampak buruk ke? Hati bermonolog.

"Hai ustazah, baru balik dari usrah ke?"

Err. 

"Nak join sekali ke? Marilah."

 Membalas dengan nada yang lembut tapi berbaur sarkastik sambil tersenyum tawar.
Padahal baru sampai dari rumah keluarga sana ke rumah keluarga sini sahaja. -.-

Sedih, sebak, berbaur perasaan bila ditegur sebegitu rupa.
Apatah lagi yang menegur dikalangan 'keluarga' sendiri.

Pakai tudung bidang 60 dikatakan kain langsir bergerak.
Pakai jubah, tudung labuh sikit, dikatakan keluar sebab nak pergi usrah.
Pakai pelik(?) sikit dari kebiasaan orang pakai, mula ada yang memandang kehairanan.

Allah. Allah.

Apa yang pelik, kalau yang memakai tudung itu mengikut syariat Allah?
Apa yang pelik, kalau dia cuba untuk mengikuti arahan Allah SWT?
Apa yang pelik, kalau dia memakai baju labuh, longgar, besar dan sewaktu dengannya.
Dia yang pelik atau kamu yang berfikiran pelik sebenarnya? 

=D

Adik dan Kakak.


Situasi 1 : 

"Kakak, kenapa dalam rumah atuk ni kakak pakai tudung? Ada je yang tak pakai tudung?"
Si adik yang innocent mula bertanya.

Err.

Sebab ada lelaki yang bukan mahram kita. Lelaki yang kita boleh nikahi dan wajib ke atas kita untuk menutup aurat.

Tapi kenapa ada yang tak tutup pun?

Dia tak tahu kot. -.-

Situasi 2 :

"Kakak, tak panas ke pakai semua ni?"
Tangan dihalakan kepada tangan yang bersarung tangan dan kaki yang bersarung kaki.

"Mana ada panas, dah biasa."

Tapi ada yang tak pakai sarung kaki pun?
Sebab dia panas eh?

Err. -.-

Bukan mudah untuk menjadikan diri seorang 'role model' dalam kalangan yang bukan sama-sama memahaminya.
Dan bukan mudah untuk melaksanakan amar makruf di saat ada yang mengetahuinya tapi tidak melaksanakannya.
Allah. Allah.

Dalam berbicara, teringat kalam seorang teman yang pernah bercita-cita nak besarkan anak-anak di luar negara seperti Eropah. Katanya, 
"Sekurangnya jika ada anak bertanya tentang aurat seumpamanya, dia mampu nak tunjukkan dengan yang hak dan batil terus."

Tapi, sampai bila harus begitu? Kerna pada akhirnya, kita akan kembali semula ke medan sebenar, negara tercinta sendiri. Kan? (=

Sampai bila nak berada zon selesa. Kalau bukan kita yang merubahnya, siapa lagi yang nak tunjukkan kebenarannya?

Outdoor kami di bumi 'arab' :)


Al-Ghuraba'.


"Islam mula tersebar dalam keadaan asing 
dan ia akan kembali asing. 
Maka beruntunglah orang yang asing." 
(Hadis Riwayat Muslim)


Lihat saja bagaimana pemimpin Islam yang mahu bawa Islam di saat dunia akhir zaman ini, susah. 

Bagai menggengam bara api.
Dihina, dicaci, difitnah. 
Padahal dia cuba membawa ajaran agama yang benar, Islam.

Lihat saja para dai'e yang cuba mengajak manusia kepada Islam,
dia dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. 

Lihat saja pada perempuan muslimah yang menutup aurat dengan sempurna, zzdikatakan dia ketinggalan zaman. Tidak mengikut fesyen zaman sekarang.

Disindir, diperli itu perkara biasa.


Lihat saja penulis-penulis buku keagamaan,
dia menulis dan menulis, cuba menggerakkan jiwa-jiwa yang membaca,
tapi sayangnya buku-buku yang ditulis susah untuk didapati.

Jarang kelihatan di mana-mana kedai buku biasa.

Lihat, bukalah mata.
Celiklah mata hati.
Pandang sekeliling.

Islam mula kembali asing.

Dan adakah kita berada di kalangan orang yang asing yang Nabi ungkapkan betapa beruntungnya menjadi yang terasing?
('=






Bismillahirrahmanirrahim. 



[1] Bila kahwin awal, orang kata dah gatal sangat nak menikah.
"Eh, anak si polan yang nak menikah tu umur berapa?"
"Baru lepas SPM"
"Ish, dah sangat sangat nak menikah agaknya." 


[2] Bila kahwin lewat, orang kata tak laku pula. 
"Anak si polan tu belum menikah lagi?" 
"A'ah, belum lagi. Umur dah bla bla..."
"Itulah, dulu memilih sangat."



[3] Bila mas kahwin rendah, orang kata 'mesti ada apa-apa'.
"Berapa mas kahwin si polan tu?" 
"RM 1000 aje."
"Eh, murahnya. Ni 'mesti ada apa-apa'. 



[4] Bila mas kahwin tinggi, orang kata jual anak.
"Berapa mas kahwin si polan?" 
"RM 20, 000." 
"Mak ai, tingginya. Macam jual anak!" 



[5] Bila kerap hamil.
"Orang rumah (isteri) dah sarat, tengah tunggu hari nak bersalin."
"Eh, bukan ke baru lagi bersalin? Nak bersalin pula?" 



[6] Bila tak hamil-hamil. 
"Eh, belum ada anak lagi ke si polan tu?"
"Belum ada rezeki lagi." 
"Mandul agaknya tu."  



Subhanallah! Itu salah, ini salah. Serba salah orang perempuan ni ye. Sebab tu mana-mana perempuan yang solat 5 waktu (fardhu), berpuasa (Ramadhan), menjaga kemaluan, mentaati suami maka dia mudah masuk Syurga. 



[Ustaz Kazim Elias] 



--- 



Tersenyum. 




Mana-mana yang belum menikah, maka taatilah ibu bapa sebagai ganti "suami" di dalam hadith tersebut. InsyaAllah, mudah-mudahan menjadi ahli Syurga biarpun selalu 'serba tak kena' di mata manusia. 









Nasihat yang baik ni kena nasihat berulang kali. Baru nasihat tu melekat kat otak dan sejurusnya dijadikan amalan.


Memang ada insan yang akan annoying dengan nasihat yang berulang. Suatu hari bila kita stop beri nasihat, orang tu akan rindu nasihat kita.


Agama itu nasihat. Selagi nasihat itu untuk kebaikan bersama,

 teruskanlah memberi nasihat. Menasihati orang lain untuk nasihat

 diri kita jua. InsyaAllah.

..nota hias..


3 orang jurucamera pada hari walimah & outdoor kami.

Depa ni jurucamera tak bertauliah & tak berbayar pun. 

Syukran anak-anak saudara ku yang dirindui & disayangi kerana

 Allah. 

Cik Nur & Ayah nik doakan kalian berjaya exam tahun ni. 

Gambatee..!







Analogi Harimau dan Nyamuk



        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!! Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita. Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.

        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?

Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk? 
    
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58)
 ( رواه مسلم)

“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.

            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.

Apa itu ikhtilat? 
 Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.

Sedangkan dari segi bahasa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif. 

Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat(walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebut muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.

Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.

Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang. Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 

Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  

Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,

عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).

          Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)

“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.

            Sabda Rasulullah SAW,

  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة رواه أحمد
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...