Assalamualaikum wbt.


Salam Mahabbah.

Salam tautan hati.
Salam Islam untuk semua.


Salam 1 Malaysia? heh?

Dush. Dush. Dush. (Bunyi bunga api yang kena ayaq hujan)


Stop..!



Sejak kebelakangan ini, penuh inbox muka buku dan email bertanyakan perihal niqab selepas ana publish gambar konvo dengan memakai niqab. Boleh rujuk DISINI.




Kiranya, entri ini akan menjawab semua persoalan yang diajukan oleh kalian yang bertanya. Ana nak reply satu persatu amat memakan masa. Tambahan pula, sekarang ni sedang membina empayar selepas tamat pengajian di US (Utan Sintok ^_^). Dan alasan yang paling kukuh 'keyboard' laptop tercabut. Jadi susah nak menaip dengan cepat.


Bukti...he~


Ana mengkaji beberapa artikel, antaranya artikel diblog sahabat ana yang satu pengajian di UUM dengan entri beliau DISINIJuga beberapa artikel yang dinukilkan sahabat maya ana DISINI dan DISINI. (Mohon klik link yang ana berikan. Sangat bermanfaat.)



Masing-masing mempunyai pendapat dan pengalaman yang tersendiri. Dan Pengalaman ana pula boleh rujuk di MENGAPA AKU BERNIQAB & MENGAPA AKU BERNIQAB II.



Oke.!



Pertayaan mengenai mengapa, sebab apa dan bagaimana rasanya telah terjawab dalam link entri yang ana berikan.



Pertanyaan paling 'fomous' "Macam mana dapat berniqab masa konvo? Tak kena ambil tindakan?"



Ceritanya. Pada hari ana dan sahabat-sahabat yang lain ingin mengambil jubah konvo, ana kena tahan dan ditanya dengan pelbagai soalan seakan-akan disoal siasat. Risau melanda jiwa, gundah gulana, keluh kesah dan seribu perasaan yang menerjah hati. Iman pun seakan memberontak.



Alhamdulillah, akhirnya lepas. Nak tahu dengan terperinci boleh ke #002 KONVOKESYEN : TERTUTUP ITU INDAH.



Sebenarnya sampai sekarang pun ana sendiri masih tidak percaya yang diri ini boleh berdiri atas pentas dengan segulung ijazah tanpa membuka niqab. Sebelum majlis konvo telah terbayang-bayang gambar konvo pasti ada cacat celanya.



Ahhh. Mengapa harus mengalah. Sedangkan yang Maha Berkuasa bukan diorang. Allah ada. Minta pada-Nya. Sedangkan syaitan yang derhaka itu bila dipinta agar melanjutkan usia mereka Allah perkenankan, inikan pula kita. Manusia yang istimewa Allah ciptakan. Allahu Akhbar.!



Persoalan mengenai niqab sama ada boleh dipakai atau tidak di IPT. Jika memakai niqab, pihak atasan akan bertindak dengan membuang dari universiti atau sekurang-kurangnya akan diberi amaran.



Oke.!

Ini pendapat ana sahaja. Bilamana dikatakan pendapat, sama ada kalian boleh terima atau tidak. Itu terpulang.


Jika ada sahabat-sahabat memakai niqab hanya diluar kampus kerana terdapat beberapa halangan, ana pula boleh dikatakan sedikit beruntung. Ana tidak mendapat halangan dari sesiapa pun. Hanya ummi ana sekadar memberi nasihat agar istiqomah. "Jangan buka pula bila dah tertutup rapi." Kata ummi.



Pernah berlaku pada diri ana ketika ingin mengambil peperikasaan semasa di universiti. Ana ditahan oleh seorang pengawal yang bertugas. Katanya ana dikehendaki membuka niqab untuk memastikan sama ada orang yang mengambil exam adalah betul-betul ana atau bukan. Heh? Nak lebih mudah faham depa ni ingat ana ni menyamar. Faham? :)



Kalaulah pengawal bertugas tu perempuan, ana dengan rela hati. Ini pula lelaki.



Ooh. Dengan rela ana mengundurkan diri tanpa mengambil exam jika kain kecil ini digadaikan.



Ya. Ana percaya. Jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusan kita. 



Bantuan Allah datang tanpa diduga. Entah bagaimana pensyarah ana datang. Setahu ana dia ditugaskan ke dewan peperiksaan lain.



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan menenguhkan kedudukanmu." ~Muhammad :7~



"Hidayah, awat tak masuk lagi?"



"Kena bukak ni." Jawab ana ringkas sambil jari tunjuk ke arah niqab.



Terus pensyarah ana membenarkan ana masuk dan kami menghampiri pengawal tadi, pensyarah ana seraya berkata, "Saya lebih kenal siapa pelajar saya." Tegas



Terkulat-kulat si pengawal.



Di universiti ana pada masa tu tiada lagi larangan untuk berniqab secara bertulis. Pada masa sekarang ana kurang pasti. Info-info dari junior ana masih lagi mengatakan tiada akta yang bertulis lagi sehingga hari ini. Setahu ana, hanya larangan berkupiah/ketayap sudah di aktakan.



Jika kalian berada di universiti dimana larangan berniqab telah dikuatkuasakan, ana nasihatkan berlapang dada. 



"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu......" ~Al-Ahzab:59~



Ayat cinta dari Allah ini adalah salah satu ayat untuk mengembirakan hati kalian kerana kalian telah pun mengikuti suruhan Allah. Cuma kalian perlu banyakkan bersabar. 



Bagi ana pakai niqab tak wajib. Yang wajibnya menutup aurat. Nak tutup aurat tak semestinya pakai tudung atau pun niqab. Teringat kata-kata dari UAI, hanya sebaris ayat namun besar maksudnya. "Pakai tudung & sarung kaki tak wajib. Yang wajib tutup aurat. Tutup dengan kotak pun boleh. Pakai kasut boot paras lutut pon boleh."



"Nak pakai niqab juga. Tak kira.! Nak juga. Sanggup hadapi sebarang rintangan mahupun halangaaaaaan.!"



Semangat kalian itu bagus. Namun kalian harus memikirkan kesan disebaliknya. Fikirkan yang lebih aula. Jika kalian dibuang universiti kalian sanggup?



Bagi ana sendiri, kenapa ana berani melakukan sedemikian? Sebabnya ana tidak pernah mendapat sebarang surat larangan yang bertulis atau pun dipanggil oleh pihak universiti. Hanya disoal seperti orang yang bersalah seakan-akan mengundang satu gejala yang memberikan impak besar kepada universiti. Budaya Gangnam Style ok pula. Heboh.! Aduhai universiti ku.



Pengalaman ana sendiri, pernah berada ditenpat awam tanpa niqab selama 6 bulan.



Ya. 6 bulan. Ketika ana menjalani latihan industri disebuah kilang. Disitu ana kena berlapang dada. Oleh kerana faktor keselamatan ana perlu membukanya. Maksud ana atas faktor keselamatan yakni ketika ana ditugaskan untuk memeriksa mesin, kebarangkalian risiko yang mendatangkan bahaya 90%. Berhadapan pula dengan haba yang tinggi. Mesin yang bergerak agak laju membuatkan ana berhusnuzon.



Yala, jika niqab bergerak-gerak ditiup dek kipas angin dan terus melekat pada mesin atau terkena haba panas, tak ke membawa maut? Khilaf itu juga perlu dalam sesuatu perkara.!



Disitu ana bukan sengaja memakai niqab seperti pakai lampin bayi tau. :)



Namun begitu, ana masih memakai niqab ketika datang & pulang kerja. Hanya berada di tempat kerja sahaja ana membukanya.



Tak susahkan?

Walaupun pada permulaan berpraktikal rasa seperti tidak ada seurat benang dibadan. =_=


Sekuat mana kita hadapi ujian, kadang-kadang kita tewas. Diuji lagi dan lagi dan lagi. Di mana sahabat sendiri sanggup memakan daging suadara seagamanya sendiri. Nauzubillah..!



"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita" ~At-Taubah:40~



Keinginan



"Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah lah yang menipu mereka. Apabila mereka  mendirikan solat mereka melakukan dengan malas. Mereka bermaksud riya' (ingin dipuji) dihadapan manusia. Dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali" ~An-Nisa:142~



Itu perihal solat. Jangan riya', jangan menunjuk, jangan mendabik dada "Akulah solat yang penuh toma'ninah, kusyuk, sujud lama bla bla, bla dan blaaaa blaaaa."



Jika perihal niqab?

Jangan kerana nampak cantik apabila memakainya.
"Mesti nampak cantik kalau pakai niqab ni."


Bukankah kerana cantiknya wajah si jelita perlu memakainya agar wajahnya terpelihara dan akan menyebabkan lelaki terpesona dengannya.



Ramai yang merasakan dirinya cantik apabila berniqab. Bergambar siap bergaya sakan. heh?



Ana sependapat dengan empunya blog DISINI. Ya, ana memang pernah meletakkan gambar ana sendiri sama ada di blog atau pun di facebook. Tapi ada tujuan. Kekadang apabila kita publishkan gambar kita yang menutup aurat, barangkali si pembaca yang sering mengunjungi teratak maya kita rasa ingin berpakaian yang disyariatkan. Bukan mahu menunjuk-nunjuk, bahkan berbangga dengan apa yang ada. Sama-sama kembali setting niat agar tidak terpesong.



Keinginan naluri kita kekadang tak mampu nak elak, akan tetapi boleh ditepis jika bertanya pada iman. Jika tidak, ianya atas dasar nafsu semata-mata.



"Nak beli cincin lah......."

Padahal di jari dah ada 3 bentuk. >,<
Keperluan atau keinginan?


"Nak kawen dua lah......."

Seorang yang dah ada pun susah nak uruskan. =_=
Keperluan atau keinginan?


"Nak pakai niqablah. Kalau pakai nampak cantik......" 

Ermmmm. Tepuk dada tanya iman. Kenapa berniqab?

....nota jari manis....




Catat sejarah.

Sebab?

Dah hampir 4 tahun tidak memakai baju kurung.
Tetiba keinginan nak berbaju kurung masa konvo berbuak-buak.

Huh.! Asyik duk tanya orang sebelah "Kain senteng dak? Labuh dak? Nampak kaki dak? Rasa macam terangkat ja kan?
Sungguh rimas. 

Cintaku pada jubah sungguh padu. :)


Klik sini juga : KUNJUNGAN PIHAK LELAKI.








3 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Anonymous said...

Salam..

Saya nak tanya, kenapa mesti anda menggunakan kata diri 'ana' sedangkan anda menulis berbahasa melayu?

Wardatul Jannah said...

Assalamualaykum
:)
syukran jiddan ya ukhti.

elyna mirsada said...

bugus la perubahan yg baik ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...