Bismillah.
Sudah seminggu berlalu. Tapi tetap terpahat dihati.
----------------------------
Alhamdulillah, tiba UUM awal subuh 5 Oct 2012. Sampai bilik rehat sekejap dengan dua orang kakak. Dalam jam 11 pagi kami bergerak (jalan kaki) ke Dewan Tan Sri Othman UUM untuk ambil jubah konvo. Dapat nombor yang ke 500++. Memang memenatkan tunggu giliran. Namun, tatkala terjumpa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memerah keringat di medan peperiksaan membuatkan ana tersenyum sampai ke telinga walaupun sekadar nampak dimata :). Yela dah lama tak bersua muka.

Tibalah giliran ana untuk mengambil jubah. Tengah mencuba jubah konvo, mata ana terlihat pegawai yang bertugas berbisik-bisik sesama mereka. Sedang ana khusyuk mengenakan jubah dibadan, tetiba dipanggil.
"Dik, besok masa konvo adik pakai macam ni ke?"
"Tak, saya pakai yang half." Kebetulan pada masa tu ana mengenakan niqab penuh yang menutup dahi.
"Ha? Macam mana tu dik?" tanya pegawai bertugas seakan tidak mengerti.
"Yang nampak dahi, hanya separuh." terang ana pada mereka
"Dik, tak dibenarkan pakai masa konvo dik. Kena bukak nanti."
"Ha? Kenapa?" ana tanya kembali minta penjelasan.
"Masa exam dulu-dulu macam mana?"
Ya. Soalan dijawab dengan soalan.
"Tak pernah kena tahan pun." jawab ana sambil terus mencuba jubah konvo.
Bila itu jawapan ana, pegawai bertugas hanya diam dan terus bercakap sesama mereka.
Sedikit gusar rasa dihati. Ana terus jadi pendiam. Sahabat tanya sepuluh patah ana hanya menjawab sepatah. Sahabat sibuk bergambar dengan jubah, ana hanya jadi pemerhati. Mood tak enak mengundang dijiwa.
Dalam perjalanan balik dari ambil jubah, ana mencari nombor telefon pensyarah TAPI (Teori Asas Perniagaan Islam) sis Hajar Salwa namun nombornya tiada dalam simpanan ana. Rasa kecewa. Ana menelefon pula ustazah ana di kampung. Panggilan tak dijawab. Cuba pula telefon pensyarah lain dan jawapannya;
"Tak pa Hidayah, kalau depa halau kamu nanti saya pula yang halau depa. Kamu student saya. Saya lebih tau student saya daripada depa.! Nokhtah! Apa-apa hal contact saya. Ok?"
Agak tegas bunyinya. Walaupun pensyarah ana ni bukan pensyarah yang mengajar subjek Islam tapi dalam jiwanya ada ISLAM itu.
Teringat ana kepada seorang sahabat, juga pelajar UUM yang akan konvo sehari sebelum tarikh konvo ana iaitu Asma Suardi. Ana menceritakan apa yang berlaku di dewan semasa mengambil jubah. Namun, tidak berlaku padanya. Risau, takut dan sedih datang bersilih ganti. Terus menelefon pakcik (ustaz) menceritakan keadaan itu. Nasihatnya menyuruh ana membuka sebentar niqab. Ana tegaskan pendirian ana, jika ana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dengan memakai niqab, ana rela tidak berkonvo. Ana tanam tekad dalam hati. Jika itu berlaku pada keesokan hari, ana rela tidak masuk dewan dari mengadaikan 'kain kecil' dimuka ini.

Mungkin ada yang cakap.
"Ala, konvo sekali seumur hidup"
"Pakai niqabkan tidak wajib, masa konvo nanti bukak ja la."
Ya. Disebabkan sekali sahaja itulah ana lebih mementingkannya. Ana bukan menolak hukum yang diberikan, bagi ana ISTIQOMAH itu sangat perlu.! Kualiti pendirian dalam diri juga harus.!
Mengapa tidak mengambil tindakan kepada pelajar yang tidak cukup 'kain' membaluti badan mereka? Kenapa hanya sekadar menitik beratkan kekemasan? Perkara itu lebih WAJIB kerana menutup aurat itu hukumnya WAJIB di sisi ISLAM.
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah agama Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu yang nyata." al-Baqarah ayat 208.
Sebenarnya sebelum pergi UUM lagi sahabat dikampung mahupun majikan ana bertanya.
"Nanti konvo Nur pakai niqab tak?"
"Boleh ke pakai niqab masa konvo?"
Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang ditanya. Sebaik mungkin ana menjawab "InsyaAllah, selagi ianya tidak melanggar syariat Islam ana akan teruskan."
Ya, dengan iringan doa jua ana selitkan agar Allah sentiasa izinkan. Mohon dan tersangat mohon pada-Nya mengizinkan ana berniqab pada hari bersejarah buat diri ana. Biar mana pun orang lihat ana pelik, namun ana mohon kepelikan itu Allah nampak dengan lebih jelas bahawa Islam sebenarnya datang datang dalam keadaan pelik (asing), dan akan kembali dalam keadaan pelik (asing), maka beruntunglah orang-orang yang berkenaan pelik (asing) itu.
Sehari sebelum konvo ana telefon Asma Suardi, tanya itu ini kerana beliau telah melepasi dengan jayanya konvo beliau tanpa niqab dibuka. Alhamdullillah.
Pagi sebelum konvo (ana konvo sesi petang), mesej beliau lagi. Mohon berikan kata-kata semangat (masa tu dah nangis).
Ana turut mesej pak cik (ustaz) dan beliau turut memberikan nasihat yang tidak putus-putus sampai batri handphone habis.
"Hidayah, Ustaz tinggalkan Hidayah dengan Allah. Usah risau."
Masuk saja ke dalam perut kereta mulut ana terus membaca "Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir" sambil hati turut mengikuti gerak geri mulut. Sampai saja kat DTSO rasa tenang. Cari sahabati yang satu course. Ana elakkan diri dari menatap wajah pegawai yang bertugas.
Melangkah masuk ke dewan untuk memeriksa pakaian dengan wajah tertunduk seakan-akan menyuruh pegawai yang bertugas memeriksa kasut yang ana pakai. Alhamdulillah lepas. Tiada teguran dari mereka-mereka yang bertugas. Terus mengatur langkah ke tempat duduk sambil mata bergenang air jernih. Peringkat pertama Allah dah izinkan.
Tidak terhenti lagi membaca "Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir". Ana mengecilkan diri agar tidak menyerlah diantara para siswazah. Walaupun sebenarnya memang menjadi perhatian.
Masuk ke dewan MAS ana masih fokus pada bacaan yang sama. "Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir" moga Allah permudahkan. Hati ana sentiasa berhusnudzon (bersangka baik) kepada pegawai yang bertugas. Semanis mungkin wajah ini ana tampilkan walaupun hanya diwakili oleh dua biji mata.
Melangkah masuk ke dewan yang berhawa dingin, diri ini terkejut tatkala 'camera man' menghalakan kamera ke arah muka ana. Terpampanglah wajah berniqab ke skrin utama dan skrin luar dewan. Allahu Akhbar! Moga tiada apa-apa yang berlaku.
'Kain kecil' di wajah ini basah lagi ketika terpandang ahli dewan yang sebahagian besarnya adalah dari golongan ibu ayah. Tercari-cari juga ummi ana didalam kelompok besar itu. Terus tangan ini melambai. Entah kepada siapa tangan ini melambai.
Ana terus duduk terpaku. Diam seribu bahasa. Tangan membelek lembaran buku yang diberi, namun hati dan jasad berada ditempat yang berbeda. Dalam diam, pipi ini basah lagi entah kali yang ke berapa. Allah ya Allah, peringkat kedua sudah lepas. Syukran ya Allah mengizinkan ana hingga ke tahap ini.
Seorang demi seorang nama dipanggil untuk menerima segulung ijazah. Tibalah giliran ana untuk bangun, berdiri dan beratur untuk ke pentas. Cuba untuk tenangkan diri. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah ya Allah. Hanya pada-Mu aku meminta pertolongan.
Langkah demi langkah, ku atur dengan penuh berhemah, cuba menyebut nama-Nya disetiap gerakkan kaki walaupun bergetar dihati. Bisikan orang sekeliling ana biarkan. Renungan orang yang memandang ana balas dengan senyuman dan anggukan.
Tiada sesiapa yang memberi teguran. Sehinggalah kaki ini melangkah tangga pentas. Namun, tiba di tangga pentas, salah seorang pegawai yang bertugas (lelaki) bertanya,
"Dik, tak boleh buka ke?". Jawapan ana senang ja "Ketat, dah pin, nanti kalu nak pakai balik dah tak lawa". Sambil menghadiahkan senyuman yang lahir dari mata kepada pegawai yang bertanya. "Ooh..! Ingat ke senang nak buka dan senang nak tutup." Sambil beliau membalas balik senyuman ana.
Mana mungkin ana akan membuka 'kain kecil' di muka ini sedangkan juru kamera sedang mengambil gambar dan tayangan siaran langsung disiarkan. Seluruh dewan mahupun di luar dewan dapat menontonnya. Lawa atau pun tidak itu hanyalah helah ana sahaja. Kerana, istiqomah itu perlu..!
Akan tetapi, memang betul niqab ana telah di pin dan diikat dengan ketat agar nampak lebih kemas semasa mengenakan topi konvo. Tambahan pula jubah konvo yang ana pakai tersangat besar seakan boleh memuatkan 3 orang sekaligus. :)
Sebaik sahaja nama dipanggil, kaki melangkah dengan penuh cermat. Ucapan TAHNIAH dilontar kepada ana. Allahu ya Allah. Seakan ucapan itu diberikan atas asbab berjaya istiqomah mengekalkan niqab dalam majlis yang berprestij di UUM.
Melangkah meninggalkan pentas. Di tangan kini sekeping ijazah telah ana genggam. Laju air mata mengalir. Sedaya upaya mengumpul kekuatan untuk meneruskan langkah, sempat mata melilau mencari Dr "Inventory" di barisan staf akademik. Kami saling membalas lambaian tangan. Hati ana berbait bahasa "Syukran Dr, moga Allah merahmatimu". Makin laju manik jernih ini menitis. Sengaja sembunyikan dari sahabati agar dia tidak perasan diri ini sedang di landa satu perasaan yang sungguh hebat. Allah sahaja yang mengetahuinya. Terus menerus Allah mengizinkan ana untuk istiqomah. Dari awal majlis hingga berakhirnya majlis. Semuanya dengan keizinan dari yang Maha Berkuasa. Terus mengajak sabahat keluar dari dewan sebaik sahaja ana meninggalkan pentas walaupun majlis masih berbaki.
Sujud syukur pada Mu ya Rabb.
Bila terkenangkan kembali perasaan kali pertama memakai niqab, hati ini rasa hiba, sebak, hairan, mengapa & kenapa? Dalam senario masyarakat yang majoritinya tidak menyukai niqab bahkan ramai pula yang prejudis, Allah telah campakkan ke dalam hati kita yang semestinya kita tidak mampu membelinya dengan harta yang berjuta-juta dolar sekali pun.
Cukuplah Allah bagi ana. Baiknya Ana kerana menumpang rahmat Allah swt. Buruknya ana kerana telah lalai dari mengingatinya. Juga kerana fitrah ana sebagai manusia yang kerdil yang sentiasa dikelilingi segala kelemahan. Biarlah manusia mahu mencerca & menilik keaiban & kesalahan kita. Namun hakikatnya yang Maha Pengampun adalah Allah jua.
"Ala, cerita pasai niqab tutup muka ja pon. Yang hang dok pi cerita macam movie anaconda vs cicakman ni pasai apa?"
Itulah mengertian ISTIQOMAH buat ana yang jahil ini. Istiqomah memerlukan perngorbanan, kecekalan, kekuatan dan ketabahan. Binalah ia dengan penuh kasih sayang yang selari dengan perintah Allah. Jangan jadikan Istiqomah itu satu halangan buat kita yang ingin berubah ke arah jalan yang lebih baik.
Sesungguhnya Allah suka kepada hamba-hamba Nya terus konsisten dalam melakukan kebaikan. Sedikit sekali pun diambil kira, kerana syurga Allah itu adalah untuk sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Ingat itu.
...nota mujahidah...
Walaupun keluarga tidak dapat hadir, seperti doa mereka dari jauh telah Allah makbulkan. Semasa majlis konvokesyen ana sebenarnya ramai yag menunggu diluar dewan, apa boleh buat. Handphone merajuk awal. Asif jiddan dan syukran jazilan kepada "Dr. Inventory" & " Dr Ustaz Hubungan Entik".
Tapi kami sempat ber'dating' jugak walaupon sejenak.
Waallhualam.
Tekan sini juga : MOGA ALLAH IZIN...
by
Follow @Setanggi_Syurga

Ni Dr 'Inventory' kami. Saya gelarkan 'Inventory' sebab beliau mengajar subjek inventory. Nama sebenarnya Dr Halim Mad Lazim. Dari kiri Dr Halim, ana, Rosmaria, Kak Dayana & Kak Rabihah. |
Ni 'Dr Ustaz Hubungan Entnik" atau Dr Ustaz Khadafi. Ana bersama zaujah serta dua anak beliau Aufa & Shahira. |
Waallhualam.
Tekan sini juga : MOGA ALLAH IZIN...
by
12 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:
subahanallah..menitis air mata membacanya..sungguh besar nilai istiqamah sehingga ALLAH membukakan jalan...:)
tahniah untuk ijazah dan istiqamah:)
assalammualaikum akak... tahniah dari zyla sbb dh berjaya konvo.. semoga akak akan terus berjaya dunia dan akhirat. ^_^
akhirnye... :) alhamdulillah walaupun dgn mate kanan ana tertutup ana cube bace satu persatu... ooo kawan yg lepas konvo sehari sebelum tu kwn yg bgambar dgn anti kt masjid tu ye..alhamdulillah.. suke bace yg lepas terima gulungan ijazah tu..mesti seronok tak terkate kan... :) syukran juga Allah hantar Dr tu sbgai asbab membantu...ana langsg x membantu kan.....ape pun tahniah moga Allah terus pelihara...amin ya Allah amin........
Kinara kinatara~syukran ukhti sudi membaca & meninggalkan komentar di teratak maya ana ni..
Moga Allah sentiasa bersama kita.. InsyaAllah..
Zyla~Waalaikumsalam comel. Syukran dik. sentiasa doakan akak tau.. ^_^
BSF~Aah, kawan yang bergambaq kat masjid terapung.
Enta & kalian juga membantu sebenarnya..iaitu doa kalian.
Lecturer ana tu memang duk UUM..sebab tu depa dapat bantu..depa dekat.
Syukran atas doa enta.
Enta pon, semoga cepat sembuh.. Syafakillah.
saya xdpat bce certain2 diaolog 2..:(..ap2 pown..tahniah..doakan saya jugak ye..masih mcri2 kekuatan untuk setia pada kain comey tue..jemput2 la jenguk blog saya jugak ye..
www.cikcahaybulan.blogspot.com
:D
salam alaik :) ana nak tanya kat ukhti ape hukum pakai half niqab??ade ana dgr orng kate tak boleh ..mohon penjelasan :)
Dekat uum blh pkai la maknanya ya utk student?

Kuatnya pegangan saudari. Saya tak mungkin dapat bertahan seperti saudari. Sangat mengharukan baca entri saudari pasal niqab. Saya teringin juga untuk berniqab, tapi bila difikirkan balik, ada lagi perkara2 wajib yg belum saya niqabkan. Ipt tempat saya belajar juga melarang pelajar memakai niqab. Betul, niqab bukan fesyen. Bukan untuk suka2. Tahniah saudari :-)

Post a Comment