Kekadang senang saja nak amalkan sistem 3S ni. Kalau ada sahabat yang berpakaian macam ana mungkin ada yang tak perasan kita sedang amalkan sistem 3S tu.

Jika ana terjumpa kanak-kanak, ana akan lambaikan tangan kat depa.
Jika terjumpa kakak-kakak atau makcik-makcik ana akan senyum sambil menganggukkan kepala.
Cara itu menunjukkan ana sedang melaksanakan sistem 3S

Jika terjumpa 'kumbang'? Jika diberi salam,dijawab dalam hati apatah lagi yang lain kan?
Tepuk dada tanya Iman. 

Hangpa nak tau apa itu 3S?
Silalah menontonnya.

...nota jari...

Hari tu ada seorang budak ni tengok ana. Dia cakap kat ayahnya "Ayah, momok...!"
Ana mendekatinya sambil meraba-raba poket jubah dan mengeluarkan gula-gula. Terus diberikan kepadanya.

"Ayah, kakak tu bagi." Sambil tunjuk gula-gula kat tangannya. "Dia bukan momokkan ayah? Ayah kawen dengan kakak tu lah."

Tergelak besar ayahnya. 

Ana cium pipi gebu si comel dan berlalu pergi. "Semoga menjadi anak yang solehah ya dik." :)

*cakap momok, tapi tak takut pula bila ana menghampirinya ^_^



by

Ana memang pantang tengok.
Pasti geram.
Bila terjumpa ana akan berhenti dari berjalan.
Agar boleh melepaskan geram..!

Alololoo..comel bangat sih..

Anda bagaimana? ^_^

 Klik disini juga : MOGA ALLAH IZIN.



by



Hadiah dari sahabati. Walaupun dah seminggu konvo, tetap dapat hadiah :) syukran ukhti.


Antara hadiah-hadiah yang dapat ana kumpul.
Yang tak dak dalam gambaq tu maaf la ya. Ana tak sempat nak selamatkan. :)

Semerbak bau bilik dengan wangian bunga ros. Sedang berusaha untuk menyegarkan kembali bunga-bunga 'cinta' yang dihadiahkan 
Walaupun dah nak mula layu, namun wangiannya makin 'menyerlah'. Begitulah jua ukhwah kita. Makin lama makin MANTOOOPPP..! :). Syukran adik-adik & pensyarah. 

Sayang hangpa sangat-sangat. :)

..nota kasih..

Gambaq makan besaq dengan family pensyarah @ ustaz Khadafi tak dak. Lupa nak 'snap'. Khusyuk sangat makan. Jadi tak dapat la nak upload.





by

Bismillah.
Sudah seminggu berlalu. Tapi tetap terpahat dihati.

----------------------------


Alhamdulillah, tiba UUM awal subuh 5 Oct 2012. Sampai bilik rehat sekejap dengan dua orang kakak. Dalam jam 11 pagi kami bergerak (jalan kaki) ke Dewan Tan Sri Othman UUM untuk ambil jubah konvo. Dapat nombor yang ke 500++. Memang memenatkan tunggu giliran. Namun, tatkala terjumpa rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memerah keringat di medan peperiksaan membuatkan ana tersenyum sampai ke telinga walaupun sekadar nampak dimata :). Yela dah lama tak bersua muka.

Tibalah giliran ana untuk mengambil jubah. Tengah mencuba jubah konvo, mata ana terlihat pegawai yang bertugas berbisik-bisik sesama mereka. Sedang ana khusyuk mengenakan jubah dibadan, tetiba dipanggil.

"Dik, besok masa konvo adik pakai macam ni ke?"

"Tak, saya pakai yang half." Kebetulan pada masa tu ana mengenakan niqab penuh yang menutup dahi.


"Ha? Macam mana tu dik?" tanya pegawai bertugas seakan tidak mengerti.


"Yang nampak dahi, hanya separuh." terang ana pada mereka


"Dik, tak dibenarkan pakai masa konvo dik. Kena bukak nanti."


"Ha? Kenapa?" ana tanya kembali minta penjelasan.


"Masa exam dulu-dulu macam mana?"


Ya. Soalan dijawab dengan soalan.


"Tak pernah kena tahan pun." jawab ana sambil terus mencuba jubah konvo.


Bila itu jawapan ana, pegawai bertugas hanya diam dan terus bercakap sesama mereka.


Sedikit gusar rasa dihati. Ana terus jadi pendiam. Sahabat tanya sepuluh patah ana hanya menjawab sepatah. Sahabat sibuk bergambar dengan jubah, ana hanya jadi pemerhati. Mood tak enak mengundang dijiwa.


Dalam perjalanan balik dari ambil jubah, ana mencari nombor telefon pensyarah TAPI (Teori Asas Perniagaan Islam) sis Hajar Salwa namun nombornya tiada dalam simpanan ana. Rasa kecewa.  Ana menelefon pula ustazah ana di kampung. Panggilan tak dijawab. Cuba pula telefon pensyarah lain dan jawapannya; 


"Tak pa Hidayah, kalau depa halau kamu nanti saya pula yang halau depa. Kamu student saya. Saya lebih tau student saya daripada depa.! Nokhtah! Apa-apa hal contact saya. Ok?" 


Agak tegas bunyinya. Walaupun pensyarah ana ni bukan pensyarah yang mengajar subjek Islam tapi dalam jiwanya ada ISLAM itu.


 Teringat ana kepada seorang sahabat, juga pelajar UUM yang akan konvo sehari sebelum tarikh konvo ana iaitu
 Asma Suardi. Ana menceritakan apa yang berlaku di dewan semasa mengambil jubah. Namun, tidak berlaku padanya. Risau, takut dan sedih datang bersilih ganti. Terus menelefon pakcik (ustaz) menceritakan keadaan itu. Nasihatnya menyuruh ana membuka sebentar niqab. Ana tegaskan pendirian ana, jika ana tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan dengan memakai niqab, ana rela tidak berkonvo. Ana tanam tekad dalam hati. Jika itu berlaku pada keesokan hari, ana rela tidak masuk dewan dari mengadaikan 'kain kecil' dimuka ini.

Mungkin ada yang cakap.


"Ala, konvo sekali seumur hidup"

"Pakai niqabkan tidak wajib, masa konvo nanti bukak ja la."

Ya. Disebabkan sekali sahaja itulah ana lebih mementingkannya. Ana bukan menolak hukum yang diberikan, bagi ana ISTIQOMAH itu sangat perlu.! Kualiti pendirian dalam diri juga harus.!


Mengapa tidak mengambil tindakan kepada pelajar yang tidak cukup 'kain' membaluti badan mereka? Kenapa hanya sekadar menitik beratkan kekemasan? Perkara itu lebih WAJIB kerana menutup aurat itu hukumnya WAJIB di sisi ISLAM.


"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah agama Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu yang nyata." al-Baqarah ayat 208. 

Sebenarnya sebelum pergi UUM lagi sahabat dikampung mahupun majikan ana bertanya.


"Nanti konvo Nur pakai niqab tak?"

"Boleh ke pakai niqab masa konvo?"

Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang ditanya. Sebaik mungkin ana menjawab "InsyaAllah, selagi ianya tidak melanggar syariat Islam ana akan teruskan." 


Ya, dengan iringan doa jua ana selitkan agar Allah sentiasa izinkan. Mohon dan tersangat mohon pada-Nya mengizinkan ana berniqab pada hari bersejarah buat diri ana. Biar mana pun orang lihat ana pelik, namun ana mohon kepelikan itu Allah nampak dengan lebih jelas bahawa
Islam sebenarnya datang datang dalam keadaan pelik (asing), dan akan kembali dalam keadaan pelik (asing), maka beruntunglah orang-orang yang berkenaan pelik (asing) itu.

Sehari sebelum konvo ana telefon Asma Suardi, tanya itu ini kerana beliau telah melepasi dengan jayanya konvo beliau tanpa niqab dibuka. Alhamdullillah.
Pagi sebelum konvo (ana konvo sesi petang), mesej beliau lagi. Mohon berikan kata-kata semangat (masa tu dah nangis).

Ana turut mesej pak cik (ustaz) dan beliau turut memberikan nasihat yang tidak putus-putus sampai batri handphone habis.


"Hidayah, Ustaz tinggalkan Hidayah dengan Allah. Usah risau."

Masuk saja ke dalam perut kereta mulut ana terus membaca "Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir" sambil hati turut mengikuti gerak geri mulut. Sampai saja kat DTSO rasa tenang. Cari sahabati yang satu course. Ana elakkan diri dari menatap wajah pegawai yang bertugas.


Melangkah masuk ke dewan untuk memeriksa pakaian dengan wajah tertunduk seakan-akan menyuruh pegawai yang bertugas memeriksa kasut yang ana pakai. Alhamdulillah lepas. Tiada teguran dari mereka-mereka yang bertugas. Terus mengatur langkah ke tempat duduk sambil mata bergenang air jernih. Peringkat pertama Allah dah izinkan. 


Tidak terhenti lagi membaca "Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir". Ana mengecilkan diri agar tidak menyerlah diantara para siswazah. Walaupun sebenarnya memang menjadi perhatian.


Masuk ke dewan MAS ana masih fokus pada bacaan yang sama. "Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir" moga Allah permudahkan. Hati ana sentiasa berhusnudzon (bersangka baik) kepada pegawai yang bertugas. Semanis mungkin wajah ini ana tampilkan walaupun hanya diwakili oleh dua biji mata.


Melangkah masuk ke dewan yang berhawa dingin, diri ini terkejut tatkala 'camera man' menghalakan kamera ke arah muka ana. Terpampanglah wajah berniqab ke skrin utama dan skrin luar dewan. Allahu Akhbar! Moga tiada apa-apa yang berlaku.


'Kain kecil' di wajah ini basah lagi ketika terpandang ahli dewan yang sebahagian besarnya adalah dari golongan ibu ayah. Tercari-cari juga ummi ana didalam kelompok besar itu. Terus tangan ini melambai. Entah kepada siapa tangan ini melambai.


Ana terus duduk terpaku. Diam seribu bahasa. Tangan membelek lembaran buku yang diberi, namun hati dan jasad berada ditempat yang berbeda. Dalam diam, pipi ini basah lagi entah kali yang ke berapa. Allah ya Allah, peringkat kedua sudah lepas. Syukran ya Allah mengizinkan ana hingga ke tahap ini.


Seorang demi seorang nama dipanggil untuk menerima segulung ijazah. Tibalah giliran ana untuk bangun, berdiri dan beratur untuk ke pentas. Cuba untuk tenangkan diri. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah ya Allah. Hanya pada-Mu aku meminta pertolongan. 


Langkah demi langkah, ku atur dengan penuh berhemah, cuba menyebut nama-Nya disetiap gerakkan kaki walaupun bergetar dihati. Bisikan orang sekeliling ana biarkan. Renungan orang yang memandang ana balas dengan senyuman dan anggukan.


Tiada sesiapa yang memberi teguran. Sehinggalah kaki ini melangkah tangga pentas. Namun, tiba di tangga pentas, salah seorang pegawai yang bertugas (lelaki) bertanya,

"Dik, tak boleh buka ke?". Jawapan ana senang ja "Ketat, dah pin, nanti kalu nak pakai balik dah tak lawa". Sambil menghadiahkan senyuman yang lahir dari mata kepada pegawai yang bertanya. "Ooh..! Ingat ke senang nak buka dan senang nak tutup." Sambil beliau membalas balik senyuman ana.

Mana mungkin ana akan membuka 'kain kecil' di muka ini sedangkan juru kamera sedang mengambil gambar dan tayangan siaran langsung disiarkan. Seluruh dewan mahupun di luar dewan dapat menontonnya. Lawa atau pun tidak itu hanyalah helah ana sahaja. Kerana, istiqomah itu perlu..!

Akan tetapi, memang betul niqab ana telah di pin dan diikat dengan ketat agar nampak lebih kemas semasa mengenakan topi konvo. Tambahan pula jubah konvo yang ana pakai tersangat besar seakan boleh memuatkan 3 orang sekaligus. :)

Sebaik sahaja nama dipanggil, kaki melangkah dengan penuh cermat. Ucapan TAHNIAH dilontar kepada ana. Allahu ya Allah. Seakan ucapan itu diberikan atas asbab berjaya istiqomah mengekalkan niqab dalam majlis yang berprestij di UUM.

Melangkah meninggalkan pentas. Di tangan kini sekeping ijazah telah ana genggam. Laju air mata mengalir. Sedaya upaya mengumpul kekuatan untuk meneruskan langkah, sempat mata melilau mencari Dr "Inventory" di barisan staf akademik. Kami saling membalas lambaian tangan. Hati ana berbait bahasa "Syukran Dr, moga Allah merahmatimu". Makin laju manik jernih ini menitis. Sengaja sembunyikan dari sahabati agar dia tidak perasan diri ini sedang di landa satu perasaan yang sungguh hebat. Allah sahaja yang mengetahuinya. Terus menerus Allah mengizinkan ana untuk istiqomah. Dari awal majlis hingga berakhirnya majlis. Semuanya dengan keizinan dari yang Maha Berkuasa. Terus mengajak sabahat keluar dari dewan sebaik sahaja ana meninggalkan pentas walaupun majlis masih berbaki.

 Sujud syukur pada Mu ya Rabb.

Bila terkenangkan kembali perasaan kali pertama memakai niqab, hati ini rasa hiba, sebak, hairan, mengapa & kenapa? Dalam senario masyarakat yang majoritinya tidak menyukai niqab bahkan ramai pula yang prejudis, Allah telah campakkan ke dalam hati kita yang semestinya kita tidak mampu membelinya dengan harta yang berjuta-juta dolar sekali pun. 

Cukuplah Allah bagi ana. Baiknya Ana kerana menumpang rahmat Allah swt. Buruknya ana kerana telah lalai dari mengingatinya. Juga kerana fitrah ana sebagai manusia yang kerdil yang sentiasa dikelilingi segala kelemahan. Biarlah manusia mahu mencerca & menilik keaiban & kesalahan kita. Namun hakikatnya yang Maha Pengampun adalah Allah jua.

"Ala, cerita pasai niqab tutup muka ja pon. Yang hang dok pi cerita macam movie anaconda vs cicakman ni pasai apa?"

Itulah mengertian ISTIQOMAH buat ana yang jahil ini. Istiqomah memerlukan perngorbanan, kecekalan, kekuatan dan ketabahan. Binalah ia dengan penuh kasih sayang yang selari dengan perintah Allah. Jangan jadikan Istiqomah itu satu halangan buat kita yang ingin berubah ke arah jalan yang lebih baik.

Sesungguhnya Allah suka kepada hamba-hamba Nya terus konsisten dalam melakukan kebaikan. Sedikit sekali pun diambil kira, kerana syurga Allah itu adalah untuk sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Ingat itu.






...nota mujahidah...

Walaupun keluarga tidak dapat hadir, seperti doa mereka dari jauh telah Allah makbulkan. Semasa majlis konvokesyen ana sebenarnya ramai yag menunggu diluar dewan, apa boleh buat. Handphone merajuk awal. Asif jiddan dan syukran jazilan kepada "Dr. Inventory" & " Dr Ustaz Hubungan Entik".

Tapi kami sempat ber'dating' jugak walaupon sejenak.





Ni Dr 'Inventory' kami. Saya gelarkan 'Inventory' sebab beliau mengajar  subjek inventory.
Nama sebenarnya Dr Halim Mad Lazim.
Dari kiri Dr Halim, ana, Rosmaria, Kak Dayana & Kak Rabihah.
Ni 'Dr Ustaz Hubungan Entnik" atau Dr Ustaz Khadafi.
Ana bersama zaujah serta dua anak beliau Aufa & Shahira.



Waallhualam.

Tekan sini juga : MOGA ALLAH IZIN...


by


8 oct 2012 : Alhamdulillah.


"Purdah atau niqab mungkin sehelai kain yang nampak biasa dan 

murah harganya dari pandangan mata insan lain.

Tetapi apabila ianya dipakai menutupi wajah seorang muslimat,

terpikul satu amanah besar dalam dirinya untuk tetap pertahankan 

agar hatinya istiqomah." Asma Suardi



InsyaAllah, besok Hari gembira buat ana & sahabat sahabiah
setelah 4 tahun berpenat lelah.

Moga tidak ditahan seperti mana semasa ambil jubah dua hari yang 
lepas.


Mengharapkan keizinan dari-Nya untuk tetap pakai semasa dalam
Majlis Konvokesyen nanti. Allahuma ameen.. 





by



Walaupun jalan itu seakan masih jauh dan panjang, akan dirintisnya perlahan-lahan kerana di sepanjang laluan itu, dapat belajar erti sebuah kehidupan.. >,<


...nota jari berinai...

Kesihatan sedikit terganggu. Rasa cam nak p berehat kat kodiang ja. :)

*hepi konvokesyen*




by


Ketaatan manusia kepada kita ,bermula dengan ketaatan kita kepada Allah. Jangan harap manusia untuk taat dan hormati kita, andai kita sendiri tidak taat dan hormati Allah. Mudahkan sifirnya? :)

Taatnya si kerengga kepada Maha Pencipta, mencari rezeki untuk seisi warga.. kita?
Ah..malunya manusia...

...nota jari...

Semoga diri kita menjadi hamba yang taat kepada-Nya.

---------------------

InsyaAllah, Khamis ni akan fly ke Utagha lagi... Seminggu berkampung disana.. Pelbagai program disusun.. Moga Allah redha akan pertemuan dengan akhwati yang dirindui..
Next entry ana akan update tentang ini nanti...

*keropok & serunding semua dah siap packing..sapa mau order sila email.. :)
by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...