Assalamualaikum sahabat sahabiah..
Alhamdulillah..syukur kepada Ilahi kerna masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus bertinta di ruangan maya ini.. walaupun cuti selama 2 minggu, namun sentiasa sibuk dengan tugasan tertentu.. Seperti biasa, 5 minit bersama teretak kesayangan ini..^__^

Ana didapur tengah siapkan makanan sambil ber"gayut" dengan kekanda tercinta di handphone mendengar riuh rendah di ruangan tamu... Rupa-rupanya perlawanan bola sepak Terengganu vs Negeri 9..

Tak ramai pemain bola sepak yang menutup aurat..yang membaca doa before perlawanan & menadah tangan tanda syukur dapat menjaringkan gol..Seperti yang anda semua lihat dikaca TV malam ni lah...!

Namun berbeza dengan gambar di bawah ini..

Pemain bola sepak perempuan (Iran)..
Jika perempuan boleh menutup aurat kenapa lelaki tidak?


Ya..mmg ana peminat sukan..tapi tengok lah sukan apa yang dipertandingkan...

Ana ingin bertanya kepada sahabat-sahabat.. If kita tengok aurat orang lain, dapat dosakan? kalau dah tgk bola sepak yang pemainnya tak menutup aurat camna pula ya?hukumnya?
mmm... Apatah lagi jika pemainnya perempuan...mesti ramai pula penonton lelaki yang menonton...
Anda fikir-fikirkanlah...

Biasalah bila duit dah berjuta-juta di habiskan untuk rakyat demi hiburan & sukan...bukan untuk rakyat demi agama Islam itu sendiri.. Jadi..siapa lagi kalau bukan kita untuk ubah perkara ni?? 

..::nota jari manis::..

Jika agama Islam diletakkan diatas, maka ramailah yang akan cerah hati & mengikutnya... namun jika DUIT diletakkan diatas, maka ramailah yang akan jadi buta hati serta pengikutnya..

Jika hilang HARTA kita boleh cari...
Runtuhnya RUMAH boleh dirikan yang lain..
TAPI
Jika HILANGNYA IMAN, dimanakah akan dapat cari ganti yang serupa??

xxxxxxxx...5 minit tamat...xxxxxxx

wassalam..

by



Rasulullah saw berpesan "Tidak ada jalan lain pada dua orang yang saling mencintai selain berkahwin".(Ibnu Majah)

Setiap manusia pasti merasai kenikmatan apabila hubungan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang halal. Hikmah di sebalik perkahwinan itu adalah dapat menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan maksiat.

Perkahwinan juga menyempurnakan iman seseorang sebagaimana Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud "Siapa yang dikurniakan isteri yang solehah, bermakna beliau sudah membantu menyempurnakan iman orang itu. Oleh itu beliau pernah bertaqwa kepada Allah bagi mencukupkan imannya." (At-Tabrani, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Allah menciptakan manusia dengan berpasang-pasangan supaya kedua-dua mereka dapat melahirkan zuriat dan keturunan. Manusia secara fitrahnya juga ingin dicintai, disayangi supaya mereka sentiasa berasa tenteram dan bahagia.

Kini terdapat juga kalangan yang tidak mahu berkahwinan tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan syariat. Namun perkahwinan sebenarnya menyempurnakan iman seseorang.

Mereka yang faham mengenai hakikat perkahwinan pasti akan mencintai perkahwinan. Ia bukan hanya kerana dorongan hawa nafsu tetapi kerana niat bagi menyempurnakan setengah daripada iman menuju reda Allah dan dengan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.

Selepas berlakunya ijab dan kabul maka akan berlaku perubahan besar kepada hubungan antara lelaki dan perempuan perhubungan yang haram menjadi halal, maksiat menjadi ibadah, perkara keji menjadi suci dan beban menjadi tanggungjawab.

Melalui perkahwinan kita dapat melihat fitrah seolah-olah berkata "Ya Rasulullah sambut kehadiran aku kerana aku adalah umatmu yang mengikut sunnahmu menikah."

Umar Al-Khattab pernah berkata "Sesungguhnya aku menikah walaupun aku tidak perlu menikah dan aku ingin bersetubuh walaupun aku tidak memiliki hawa nafsu."

Lantas ada orang bertanya kepadanya "Oleh itu apa yang membuatkan kamu ingin bernikah?" Umar menjawab "Aku mahu menjadi orang yang dibanggakan oleh Nabi Muhammad pada hari kiamat nanti."

Justeru, pernikahan adalah ibadah dalam Islam yang mana setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami dan isteri diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.

Rasulullah saw bersabda "Sekiranya seseorang menyalurkan syahwatnya iaitu bersetubuh pada tempat yang dihalalkan, orang itu mendapat pahala." (Muslim dan An-Nasai)

Kepada pasangan yang saling mencintai jalan yang terbaik buat mereka untuk menghindari diri daripada melakukan perkara yang dilarang agama dan menghilangkan kegelisahan adalah dengan menikah.

Walaupun pemuda-pemudi yang masih bujang itu bersikap baik dengan melaksanakan solat, berpuasa tetapi mereka tetap dengan fitrahnya sebagai makhluk yang merindukan pasangan hidupnya dengan godaan syaitan yang mengotori kesucian hatinya serta mengganggu rasa khusyuk beribadat.

Oleh itu sahabat sahabiah.. Tunggu apa lagi.. Jom Menikah...!!
\(^____^)/


..::nota cinta::..

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang dah nak bertunang dan yang dah nak bernikah... Sungguh rasa seronok ana mendengar khabar baik ini.. Kepada 'dia', ana doakan semoga Allah memberikan yang solehah buat mu.. InsyaAllah..^__^

Apabila Hati Rindu Menikah..^__^

from: Mas Udik Abdullah

by

Bismillah..Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw serta para sahabat dan juga ahli keluarga baginda..

Alhamdulillah..masih di beri peluang dan ruang untuk bermadah diteratak maya ini walaupun sangat sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab yang di amanahkan.. Seperti biasa, 5 minit bersama blog untuk infomasi semua..Syukuran ya Rabb..

InsyaAllah..sambungan mengenai sahabat istimewa ana yang diberi nama Islamnya "SUMAYYAH".. Ya Allah.. Rasa nak peluk ja bila jumpa Sumayyah.. Sungguh..! Air muka yang sangat tenang, akhlak yang sangat baik, membuatkan ana rasa sangat gembira dan ternyata seronok apabila berdamping dengannya..Lagipun nama Islamnya sangat memberi kesan kepada hati ana sendiri.. tiap kali jumpa ana terus pegang tangannya..rasanya seperti adik sendiri.. Ya..! memang ana memperkenalkan Sumayyah adalah adik ana kepada sahabat-sahabat..

Tidak dapat tipu diri sendiri apabila bersama Sumayyah terselit rasa malu.. Manakan tidak, Sumayyah baru 2 tahun memeluk Islam..Sumayyah yang masih merangkak dalam mengenal Islam, lebih nampak kesempurnaannya berbanding dengan sahabat-sahabat yang telah kenal Islam sejak kecil lagi..

Hanya 1 jam 30 minit bersama-samanya dikelas, insyaAllah akan dipenuhi waktu itu dengan sempurna.. walaupon kadang-kadang ana 'ghaib' dalam kelas tu..^__^

InsyaAllah..besok akan bersama-sama Sumayyah lagi selama 1 jam 30 minit.. Harap pensyarah kami tidak batalkan kelas besok hari.. InsyaAllah, selasa 18 oct ada midterm paper ni.. doakan kami ya..^__^

ok..5 minit dah habis...


..::nota-nota cinta::..

Nak study pun semangat bila bersama Sumayyah...
Sahabat-sahabat, ada cadangan apa2 nak bagi hadiah kat sahabat Islam kita ni??

by

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bertinta dan mencurahkan idea di sini...
InsyaAllah... Masa sangat padat, namun dikesempatan ini ana ingin berkongsi dengan sahabat sahabiah tentang ini...


Mungkin sahabat sekalian sudah melihat gambar ini dilaman sesawang muka buku...

Jom fikir sejenak... muhasabahkan diri...
Kenapa dan mengapa...
Tepuk dada tanya iman...

Nak maklumat lebih lanjut tekan DISINI

..::nota cinta buat mu::..

Hanya untuk mu yang teristimewa..
Hanya untuk mu yang tercinta..

by~

Don't TELL people you are MUSLIM..  But SHOW them you are MUSLIM...

RIBA' is ILLEGAL in ISLAM... Don't Involve in that..!!

Tak kira hangpa abang long, Pemimpin Negara ka, Ketua keluarg ka, ketua kelas ka, pengarah projek ka, pengetua sekolah ka, naib cancelor ka, presiden apa-apa ka, jika hangpa melakukan RIBA' hangpa akan tanggung semua dosa-dosa orang bawahan..

 KENAPA??

Kerana... Hangpa adalah ketua... orang bawahan ikut arahan ketua.. melainkan ada orang bahawahan yang tegur kesalahan ketuanya, namun ketuanya masih berdiam diri maka terlepaslah dosa orang bawahan yang menegurnya tadi..

"hangpa pinjam 5 kupang..dah lewat 2 hari kena bayaq 7 kupang.."

2 kupang still RIBA' walopun angkanya 2..

REMEMBER THAT...!!


Tak berkat hangpa belajaq tau jika hangpa seorang student..

..nota cinta buat mu..

Jadilah muslimah yang berakhlak mulia, yang diredhai dan dirahmati Allah..

BUKAN

berakhlak mulia hanya pada manusia, hipokrit namanya..

Jadilah muslimat yang dikasihi dan disayangi Allah dengan penuh rasa cinta yang hakiki dan abadi..

BUKAN

dikasihi dan disayangi manusia dengan penuh rasa cinta yang entah kemana malah penuh dengan debu2 dosa..

Jadilah muslimah yang anggun dengan solekan akhlak dikaca mata Allah..

BUKAN

anggun dengan solekan bedak dikaca mata manusia..

p/s : teguran kepada diri sendiri dan juga sahabat sekalian.. kerana rasa kasih dan sayang kepada sekalian, ana postkan entry ini.. jangan lihat siapa yang memberi nasihat, namun lihatlah isi kandungan nasihat yang diberikan itu..

.......Masih bertatih longhat KEDAH.......

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...