by
Follow @Setanggi_Syurga
Showing posts with label ummi. Show all posts

Posted by
~Setanggi Syurga~
Monday, November 19, 2012
Labels: keluarga, ummi 5 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan
Insan yang paling baik dalam hidup ku selama ini...
Insan yang telah membawa ku dalam kandungan dengan begitu susah payah...
Insan yang membawa ku ke dunia yang berseri ini dengan selamat...
Insan yang selalu membangunkan aku setiap kali aku jatuh terduduk...
Insan yang menjadi tempat aku berpaling setiap kali aku hilang arah..
Insan yang sering makan hati berulam jantung kerana tingkah laku ku...
Insan yang tak pernah kenal putus asa dalam mendidik anak-anak...
Insan yang sanggup menolak kepentingan sendiri demi anak-anak...
Insan yang tak pernah membebankan ku...
Insan yang tak pernah meminta apa-apa...
Hanya Dia yang tau betapa sayang, kasih & cintanya insan yang bergelar ummi ini....
Betapa tingginya jasa dan pengorbanan yang dah ummi lakukan untuk kami adik beradik yang tak mungkin dapat dibalas...
Hanya pada Allah, semoga ummi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan Ilahi...
Sungguh...anak ummi ini berbangga mempunyai ummi yang tabah & tak pernah menitis air mata sekali pun walau pelbagai dugaan yang melanda...
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 62 tahun..

| With ummiku sayang..kalau p jenjalan ngan ummi org tanya ni 'mak' ke 'kakak'.. adeii.. Ummi sentiasa nampak muda.. Petuanya senyum sokmo, jangan marah-marah..^__^ *gambar 2 jam yang lepas* |
..nota untuk mu..
Sayangi mak kita..
by
Posted by
~Setanggi Syurga~
Tuesday, July 3, 2012
Labels: ummi 7 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan
"Aku terima nikah Maryam Sofea binti Marwan Solihin dengan mas kahwinnya RM250 tunai." kata keramat yang lahir dari bibir Izzul Harith bin Ibrahim.
Tersenyum sendiri Maryam menatap gambar di hari bahagianya dua tahun yang lalu. Hatinya sudah dimiliki oleh seorang mujahid pilihan Allah untuknya. 'Dialah jawapan istikharah ku.. Sah menjadi imam ku..'
Jarum jam sudah bergerak ke angka 11. Maryam Sofea setia menunggu kepulangan suami tercinta sambil membaca novel Sebarkan Cintamu karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

'Lewat juga abang balik malam ni' hati Maryam berbisik sendirian.
Izzul Harith bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebagai doktor farmasi. Tugas yang dipertanggungjawabkan olehnya tidaklah sesibuk doktor-doktor yang berada di wad. Namun, tanggungjawabnya sangat berat. Beliau harus berhati-hati dan teliti dalam menjalankan tugas terutama semasa memberi pelbagai jenis ubat kepada pesakit agar tidak berlaku kesilapan.
Kedengaran enjin kereta di perkarangan rumah. Bergegas Maryam meluru ke muka pintu untuk menyambut kepulangan suami tercinta. Senyuman manis terukir dibibir Maryam tatkala menyambut tangan suaminya.
"Sayang tak tidur lagi ke?" tanya Harith.
"Sayang tunggu abang dulu.. Ermm, abang mesti penatkan? Sayang buatkan air ye." Maryam melepaskan tangan Harith untuk ke dapur.
Belum sempat Maryam melangkah, Harith dengan pantas menarik lengan Maryam. Satu ciuman singgah didahi Maryam.
"I Love You sayang..!" ucap Harith begitu romantik.
Maryam tersimpul-simpul malu. 'I Love You Too Abang', Maryam membalas ungkapan keramat di dalam hati sambil berlalu ke dapur.
Malam makin larut. Maryam merebahkan badan disisi suaminya setelah selesai baca surah al-mulk. Harith yang sedang membelek majalah SOLUSI perasan yang isterinya ingin bertanyakan sesuatu. Namun tiada kata yang keluar dari bibirnya.
"Sayang ok ke?" Tanya Harith
"Ermm, ok je abang. Kenapa?" Jawab Maryam sambil memandang suami yang disayanginya.
Direnung mata isteri yang dicintainya. Cinta yang berputik selepas akad nikah, mata itulah yang direnungnya pada saat lafaz sakinah sehingga jatuh ke lubuk hati yang paling dalam dan terus terpahat di situ.
"Sayang, Abang minta maaf ye. Dah tiga hari berturut-turut abang balik lambat. Pergi kerja Dania tak bangun lagi. Balik kerja pula Dania dah diam beradu. Maafkan abi ya Dania. Maafkan abi juga ya ummi Dania." luah Harith.
"Abang. Sayang faham kerja abang. Abangkan keluar cari rezeki untuk keluarga. Dania ok je abang, tak banyak kerenah. Cuma seperti dia rindukan abinya." luah Maryam pula.
Mata mereka beralih pada ruang sudut bilik. Terlihat katil Maisarah Dania yang dihiasai reben pink putih. Bayi baru berusia 8 bulan leka dibuai mimpi nan indah.
"Dania je yang rindu abi? Ummi Dania tak rindu abi?" Seloroh Harith.
Maryam mencubit lengan suaminya. Malu dirinya dikenakan begitu.
"Abang, jom tidur. Nanti terlepas tahajjud." Maryam bersuara menutup rasa malu.
"Jom sayang. Baca tiga Qul dulu ya sebelum tidur." Harith mengingati isterinya sambil menghadiahkan senyuman.
4.30 a.m...
Maryam terjaga dari lenanya. Meraba-raba suami disebelah. Tiada..!
Kedengaran suara rintihan dalam sedu sedan di bilik sebelah. Lama Maryam hayati, makin kuat rintihan itu. Dia tahu..! Apa yang dilakukan oleh suaminya. Dan dia akur, itulah cinta suaminya yang sejati dan yang pertama dihati. Dia tidak perlu cemburu akan cinta itu. Maryam berfikir, walaupun segunung cintanya terhadap Harith, namun tidak pernah sesekali sama akan cinta suaminya ditikar sejadah itu. Esak tangis. Suara Harith hiba, mengadu pada Yang Maha Pencipta.
Wajah Harith yang begitu suci baginya bagaikan tiada masalah tiap kali mereka bersama. Manusia mana yang tiada masalah, sama ada sebesar-besar gajah mahupun sekecil-kecil zarah. Namun Harith tidak sedikit pun menunjukkan masalah kepadanya. Hanya kepada Yang Agung tempatnya mengadu saban malam.
Maryam bergegas ke bilik air, tidak mahu melengahkan masa. Maryam mahu mengikuti serta berjumpa Allah bersama suaminya.
Selesai solat sunat tahajjud, Maryam dan Harith sama-sama menghabiskan satu juzuk yang masih berbaki. 15 belas minit kemudian, sayup-sayup kedengaran suara bilal menandakan telah masuk waktu subuh.
Harith mengimamkan solat subuh dengan penuh khusyuk. Alunan surah al-Fatihah sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka, Harith menagulunkan pula surah al-Waqiah pada subuh itu. Menitis air mata membasahi pipi Maryam. Sangat meruntum jiwanya.
Setelah mengaminkan doa, tiba pula untuk bersalaman. Harith perasan mata dan hidung Maryam kemerah-merahan.
"Sayang, kenapa menangis?" Tanya Harith.
Maryam diam seribu bahasa.
"Sayang. Sayang abang yang comel lagi solehah ni sakit ke?" Seloroh Harith.
Maryam hanya tersenyum kelat. Namun esak tangisnya terus kedengaran.
"Sayang.. Kenapa? Abang ada buat sayang kecil hati ke?" tanya Harith lagi memujuk isterinya.
"Abang. Sayang Cemburu." Terungkap tiga kata dari bibir Maryam.
Harith hanya tersenyum apabila terdengar ungkapan jujur dari isterinya.
"Sayang cemburu abang akan ada bidadari lain di syurga nanti." luah Maryam.
"Bila abang cakap macam tu sayang.?" tanya harith sambil menyeka air mata di pipi isterinya yang mulus.
"Tadikan abang cakap masa solat subuh." Maryam bangun mengambil surat cinta dari Allah dan dibeleknya helaian keramat itu.
"Surah Waqiah ayat 22 dan 23 'Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik' dan ayat ke 35-38 'Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung*, lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh penuh cinta dan sebaya umurnya untuk golongan kanan." luah Maryam lagi dalam tangisan.
Harith hanya tersenyum. Itu saja yang dia mampu ukirkan dibibir tatkala isterinya yang dicintai dunia akhirat mengadu hiba di depannya. Harapan Harith dengan senyumnya memberikan semangat dan meredakan perasaan isterinya yang gusar.
Harith duduk bertentangan dengan Maryam. Diambil tangan Maryam dan menggenggamnya erat. Direnungnya anak mata Maryam yang bersinar cahaya. Dicium tangan Maryam dengan penuh kasih sayang yang sarat dengan cinta.
Berdebar-debar Maryam menanti suami yang dicintainya bersuara.
"Sayang. Abang sayangkan sayang. Sayang tahu kan?" bisik Harith.
Maryam mengangguk lemah.
"Abang cintakan sayang. Itu pun sayang tahukan?." bisik Harith lagi.
Maryam terus mengangguk.
"Semua ni kerana siapa sayang?." tanya Harith.
"Kerana Allah dan Rasul." jawab Maryam dengan yakin.
Harith terus memeluk bahu isterinya sambil mengusap kepala Maryam yang masih berlitup rapi dek telekung solat.
"Sayang, jika itu jawapan sayang atas pertayaan abang tadi, mana mungkin cinta, rindu, kasih dan sayang abang terhadap isteri tercinta abang ni beralih arah tatkala di akhirat kelak? Sayang, wanita solehah adalah bidadari didunia. Dan sayang adalah bidadari dunia buat abang. Dan sayang jugalah ketua bidadari di syurga kelak." luah Harith.
"Sayang. Abang nak sayang tahu satu perkara. Abang sebenarnya lagi cemburu pada sayang." Harith sambung luahannya.
Maryam terus mendongak, memandang mata Harith.
"Maksud abang.?" Maryam bertanya kehairanan.
"Ya.. Abang lagi cemburu.. Sangat-sangat cemburu pada sayang." Harith menunjukkan air muka yang hiba.
"Apa yang sayang dah buat sampai abang cemburu pada sayang.?" tanya Maryam lagi.
"Pada hari kita dipertemukan oleh ustaz Ehsan serta keluarga kita, abang malu sangat bila tengok sayang. Sayang muslimah yang sangat solehah. Pada masa tu abang terfikir layakkah sayang untuk abang?. Abang lagi cemburu bila ustaz Ehsan maklumkan pada abang ramai mujahid yang sudi jadikan sayang sayap kiri mereka. Namun, alhamdulillah Allah telah menganugerahkan mujahidah solehah Maryam Sofea pada abang." Harith terangkan dengan suara agak perlahan sambil menggenggam erat tangan isterinya.
Maryam terseyum mendengarnya...
"Lepas nikah lagi abang cemburukan sayang. Sayang pandai jaga abang, sayang pandai memasak. Tengok badan abang ni dah makin 'tegap'." seloroh Harith sambil memicit hidung isterinya.
Maryam menjerit kecil bila dilakukan begitu.
"Cemburu abang makin bertambah-tambah tatkala sayang disahkan hamil. Masakan abang mana boleh mengandung. Sabda Rasulullah saw perempuan yang mengandung akan diampunkan 1000 dosa dan diberikan pula 1000 pahala. Banyak tu. Sebab tu abang cemburu. Saat Dania dilahirkan, sayang bertarung nyawa. Kesakitan tak terkata. Abang bukan tak berpeluang nak merasai itu semua tapi memang peluang itu tak akan muncul sampai bila-bila bahkan sampai kiamat berlaku. Jika ditakdirkan, Allah ambil sayang masa lahirkan Dania, cemburu abang berada tahap tinggi. Sayang akan syahid dijalan Allah. Tapi abang? Tak mampu berada ditempat sayang. Jika Allah izinkan, abang nak rasa kesakitan sayang saat lahirkan anak-anak kita." Harith meneruskan luahannya yang berakhir dengan dihujani air mata yang membasahi pipi.
"Abang ku sayang. I Love You Too." ucap maryam setelah mendengar luahan hati suaminya.
"Ha...?" Harith hairan tiba-tiba isterinya melafazkan cintanya.
"Jawapan malam tadi, sayang jawab dalam hati. Allah je yang dengar. Sekarang sayang ucap depan abang, biar abang pon turut dengar." Maryam menjawab.
"Sayang, abang berjanji bahawa di akhirat kelak sayanglah ketua bidadari abang di syurga. Kita bercinta hingga ke syurga ya sayang." Harith berkata dengan rasa cinta terhadap isterinya yang solehah.
Perbualan mereka terhenti akibat terdengar Maisarah Dania bercakap seorang diri di katilnya. Dengan pelbagai bahasa bayi digunakan sambil tangan bermain kain yang menyelimuti badannya. Izzul Harith dan Maryam Sofea tersenyum melihat gelagat bayinya yang sangat comel.
"Mata bulat, bulu mata lentik, kulit putih merah, lesung pipit di pipi. Semua ikut Ummi ya.. Abi cemburu." Harith berkata.
"Abang ni. Tu ha hidung Dania yang mancung tu ikut siapa kalau tak ikut abinya" Maryam terus menarik hidung suaminya yang sedang mendukung Maisarah Dania.
"Sayang, sama-sama kita doakan Dania menjadi anak yang solehah ya. Dialah saham kita di akhirat kelak." kata Harith kepada Maryam.
"InsyaAllah abang." jawab Maryam pendek sambil mencium pipi Dania yang merengek minta disusukan.

..nota jari manis..
Rumah tangga bahagia didunia dan diakhirat..
Cinta Allah dan Rasul yang pertama dan utama..
Indahnya bercinta berlandaskan syariat..
Nan berseri dengan cahaya mata..
p/s: nama-nama diatas hanyalah rekaan ana semata-mata.
by
Posted by
~Setanggi Syurga~
Thursday, June 7, 2012
Labels: Alam Rumah Tangga., muslimah, tarbiyah, ummi 13 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan PesanSejak dari semalam teringin nak bela ikan kecik.. Ramai yang panggil ikan 'gappi', ada pula yang panggil ikan 'guppi'.. Petang tadi ditemani ummi. Kami p serang kedai ikan..
| Banyak tak? Tak berapa Clear gambar ni.. |
| Ha..gambar ni jelas sikit kan? banyakkan? warna-warni... Seekor RM1.. So, kiralah berapa ekor kat dalam tu.. |
| Banyak ni je yang ana beli sebenarnya.. 6 ekor harga RM5..Gambar kat atas tadi akuarium kat kedai ikan, sebab tu banyak tak terkira hehe.. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx |
SubhannaAllah, saya sangat terpesona dengan keajaiban ciptaan Allah. Sangat cantik.
Sempat saya perhatian mulut seekor ikan yang comel, terkumat kamit. Dalam hati, saya malu sendiri. Mesti ikan comel tu sentiasa berzikir mengingat penciptaNya. Sedangkan saya, makhluk istimewa yang berakal pun kadang-kadang timbul perasaan malas nak berzikir. Itula yang hati kadang-kadang tak tenteram. Mudah terjatuh dengan nikmat dunia yang sedikit.
Sememanganya, hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan, resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.
Dikala itulah, kita perlukan Allah. Di saat resah mengharungi dugaan, disaat bahagia meniti kehidupan. Hakikatnya, kita perlukan Allah hari-hari.. setiap masa, setiap saat, setiap hembusan nafas kita perlukan Allah. Bila satu saat kita lupakan Dia, ketika itulah hidup kita dirundung gelisah, berkeluh kesah. Fitrah manusia, begitulah. Dan kita manusia istimewa yang dikurniakan akal oleh Allah masih mencari jalan keluar yang lain selain mencari DIa. Pergila kita ke pantai-pantai, pusat rekreasi, meredah hutan belantara.. semuanya untuk melepaskan ‘tension’ kononnya. Kita rasa tenang melihat awan, lautan, hidupan laut, gunung ganang dll. Kita tenang hasil menumpang zikir ‘mereka’. Sedangkan kita lupa nak berzikir. Bukan lupa kot.. tapi malas nak berzikir.
Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.
KAULAH SAYANGKU..
p/s~tak letak ikan tu dalam belanga pon, letak dalam balang gula-gula je..hehe..
by
Follow @Setanggi_Syurga
Posted by
~Setanggi Syurga~
Wednesday, May 30, 2012
Labels: hobi, ikan, ummi 2 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan
Subscribe to:
Posts (Atom)