Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Bertemu cinta dalam halaqoh,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan hati kerana Allah,
Terpaterilah ikatan akidah.

Banyak-banyak buku kat atas tu, buku Tautan Hati dari kak Ha atau Fatimah Syarha yang sedang ana baca buat kali kedua, dan insyaAllah kali ketiga besok pagi. Satu novel yang sungguh memberi kesan dalam hati ana. Novel ni sungguh bagus untuk adik-adik remaja sekolah dan rakan-rakan universiti. Baitul Muslim yang dibina berlandaskan syariat Allah, bukannya berlandaskan syaitan.

Kadang-kadang cam terkena pada batang hidung sendiri. Asyik beralasan assignment banyak, balik kampung, tak dak masa, exam dah dekat dan pelbagai seribu alasan.

Antara ayat-ayat yang paling ana suka dan membuatkan ana menitiskan air mata.

> Sekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di SYURGA. Sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di NERAKA.

> My dear, to love someone is nothing, to be loved by someone is something, to be loved by someone you love is exiting, but to be loved by Allah is everything. Allah love you.

>Apabila didatangi masalah, kita haruslah menghadapinya dengan tenang dan tabah. Berfikir positiflah terhadap setiap masalah yang menimpa kerana itu bukti cinta Allah pada kita.

>Lazimnya yang susah itu mahal.

>Mungkin aku terlupa nak hidupkan hati mereka agar datang kerana Allah bukan keranaku. Kalau mereka datang sekali pun tapi kerana aku, bukan kerana Allah, tiada maksudnya.

>Jelaskan dulu matlamat study tersebut agar dalaman kita kuat untuk terus study dengan tekun kerana Allah.

>Buat apa berwajah cantik  dan menjadi rebutan kalau menjual pinjaman Allah semurah ini. Ya Allah, insaflah dia..!

> Semakin jauh aku dari Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku.

Ni ayat yang sangat-sangat terkesan kat hati..(nangis tiap kali teringat)

DARI MANA KITA DATANG? UNTUK APA KITA DICIPTAKAN? DAN KEMANA KITA AKAN PERGI?

Banyak lagi ayat-ayat yang memberi impak kepada diri. Kalian adik-adik remaja, rakan-rakan, sahabat-sahabat, samada ada lelaki atau perempuan patut baca buku yang penuh ilmu ini. Bahkan diselit jua hadith Rasulullah & Kalam Allah. Sungguh tak rugi kalian membacanya.


..nota cinta..

Bagaimana kasih sayang semata-mata Allah dan Rasul antara Elya Khadeeja & suaminya Al-Banna bersatu.

Bagaimana pula cinta yang berlandaskan syariat antara Asiah Yusra & zaujnya Umar Mujahid bertemu.

Kalau nak tahu bacalah buku ini. Tak mahal pun berbanding handphone baru yang kalian beli tu, hihi. Beli buku ni, ilmu tak kan habis. Malah, makin hari ilmu makin bertambah..

by

Sejak dari semalam teringin nak bela ikan kecik.. Ramai yang panggil ikan 'gappi', ada pula yang panggil ikan 'guppi'.. Petang tadi ditemani ummi. Kami p serang kedai ikan..

Banyak tak? Tak berapa Clear gambar ni..

Ha..gambar ni jelas sikit kan? banyakkan? warna-warni...
Seekor RM1.. So, kiralah berapa ekor kat dalam tu..

Banyak ni je yang ana beli sebenarnya.. 6 ekor harga RM5..Gambar kat atas tadi akuarium kat kedai ikan, sebab tu banyak tak terkira hehe..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SubhannaAllah, saya sangat terpesona dengan keajaiban ciptaan Allah. Sangat cantik.


Sempat saya perhatian mulut seekor ikan yang comel, terkumat kamit. Dalam hati, saya malu sendiri. Mesti ikan comel tu sentiasa berzikir mengingat penciptaNya. Sedangkan saya, makhluk istimewa yang berakal pun kadang-kadang timbul perasaan malas nak berzikir. Itula yang hati kadang-kadang tak tenteram. Mudah terjatuh dengan nikmat dunia yang sedikit.

Sememanganya, hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan, resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.


Dikala itulah, kita perlukan Allah. Di saat resah mengharungi dugaan, disaat bahagia meniti kehidupan. Hakikatnya, kita perlukan Allah hari-hari.. setiap masa, setiap saat, setiap hembusan nafas kita perlukan Allah. Bila satu saat kita lupakan Dia, ketika itulah hidup kita dirundung gelisah, berkeluh kesah. Fitrah manusia, begitulah. Dan kita manusia istimewa yang dikurniakan akal oleh Allah masih mencari jalan keluar yang lain selain mencari DIa. Pergila kita ke pantai-pantai, pusat rekreasi, meredah hutan belantara.. semuanya untuk melepaskan ‘tension’ kononnya. Kita rasa tenang melihat awan, lautan, hidupan laut, gunung ganang dll. Kita tenang hasil menumpang zikir ‘mereka’. Sedangkan kita lupa nak berzikir. Bukan lupa kot.. tapi malas nak berzikir.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.


wallahualam..

..nota ibu jari..

Syukran ummi ku sayang.. Apa sahaja anakmu ini 'kepingin', mesti ummi tunaikan.. Minggu lepas teringin nak makan bubur kacang, sanggup ummi buat sedangkan anaknya ini ditempat kerja. Balik umah sudah terhidang atas meja.. Minggu ini pula terasa nak bela ikan kecik tu.. 'Tetiba' buang tebiat.. Ummi pula terus ke dapur. Entah apa yang diselongkarnya. Rupa-rupanya nak tunjuk belanga hiasan untuk letakan ikan nanti.. Alahai ummi, pantas ummi bertindak..! Ummi tau anaknya ini tak berapa ceria, sakit sentiasa menyerang sampai menghapus keceriaan dunia.. Syukran ummi kerana sentiasa buat ku tersenyum.. 
KAULAH SAYANGKU..

p/s~tak letak ikan tu dalam belanga pon, letak dalam balang gula-gula je..hehe..

by

Hobi? Ya, hobi lama ana adalah bercakap dengan si comel makhluk Allah swt.. Kadang-kadang tengah basuh pinggan kat dapur si comel selalu teman ana untuk bercakap.. istimewa tempatnya, atas sinki..

Masa diri ini masih di alam persekolahan selalu la jugak duk mengadu kat si comel pasal kerja sekolah banyak, kena denda buat formula addmath, pergi sekolah kena hujan & bla..bla..bla....

Sekarang dah habis belajar kat universiti mengadu pula pasal kerja banyak, kena mengorat, makanan mahal..

Mengadu pada Yang Maha Mendengar? Itu sudah tentu...

That's why tadi cakap HOBI.. Apa salahnya kita berbaik dengan makhluk Allah swt yang comel ni...


Yang biasa temankan ana bercakap warna coklat & kulitnya licin... Ana kena hormatkan kalian yang tak berapa suka si comel dengan mengecilkan gambarnya...Ramai yang geli, namun tidak bagi ana..

...Nota isi hati...

Dah lama tak bercakap dengan si comel ni..
Dah lama jugak tak usap-usap belakang dia yang licin tu dengan jari..^_^

by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...