Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Dari Ibnu Abbas r.a "Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu: 

1. Hati yang selalu bersyukur (Qalbun syakirun) 

2. Pasangan hidup yang soleh (Al azwaju shalihah) 

3. Anak-anak yang soleh. (Al auladun abrar) 

4. Suasana yang baik untuk iman kita (Albiatu sholihah) 

5. Harta yg halal. (Al malul halal) 

6. Semangat untuk memahami agama. (Tafakur fi dien) 

7. Umur yang barakah (umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.)"

...nota hati...


Ni gambar ayah teh kamu. Nanti bila dah besar jadi macam ayah teh ya. Balik terengganu boleh jenjalan dengan ayah teh. 

Bila si jubah hitam ini mahu cari zaujahnya ya. Bila ditanya, ilmu tak cukup lagi katanya. Ermm, teringat bila berada dikampung ana akan terjaga dari tidur bila enjin motornya kedengaran untuk ke masjid disubuh hari.

.......

Already 38 weeks. Alhamdulillah.
Kami tak sabar menunggu mu.
Balik Terengganu boleh ikut ayah teh ke masjid.






Bimbing anak anjuran Nabi SAW. Kecik-kecik dah diajar bergantung kepada Allah sepenuh hati. Kecik-kecik dah diajar berdoa pada Allah, nak minta apa-apa minta dari Allah. 

Adalah satu kesilapan membiarkan anak hanya dengan games dan games semata-mata sebagai hiburan masa kecilnya. Kecil-kecil dah disogokkan dengan Ipad, Tab, Tablet, PSP, Iphone. Bila besar nanti, entah apa pula yang akan diminta si anak bila sedari kecil sudah dimewahkan sedemikian rupa. Games pun games lah. Agama bukan no.2. Agama tidak boleh digamekan.

rujukan: buku "Suami Mithali Isteri Sejati" 


..nota jari manis..

:) Menunggu.....





Iman persis sebuah bagunan. Sangat susah untuk membina, tapi sangat mudah untuk meruntuhkan. Maksiat itu indah, tetapi meruntuhkan. Amal itu susah, tetapi ianya membina sebuah keimanan.

Makin diletak baja, makin suburlah ia :)


Clik disini : OMBAK RINDU & TIKA ITU





by

Awal pekerjaan (kerja biasa-biasa ja asalkan berkat), Ana mula mengatur strategi. Antara strategi yang utama adalah solat berjemaah.

Alhamdulillah...

Namun sedikit terasa kekesalan dihati....
Semua saf dipenuhi oleh golongan warga emas....
Yang dah bongkok, solat duduk, solat atas kerusi....

Kemana perginya syabab-syabab......!!

Asyik mengejar harta dunia agaknya.....

...nota manis...

"Kalau kau rasa 'gah' sangat dari Allah swt, kau ciptalah lalat ini.."
Ayat Abi ana yang selalu bagi tazkirah masa kecik-kecik dulu :)

*Moga diri ini sentiasa takut dengan-Nya*



by


Perjalanan yang masih jauh..................
Ketikamana diri merasa terluka dengan sifat beberapa manusia disekeliling kita, katakanlah pada diri, '' ini tidak sehebat yang dilalui oleh baginda ''. :)


by



Kadangkala kita hairan melihat ada anak gadis melayu, bertudung, berpelukan dengan lelaki di tempat awam, di waktu-waktu tengah malam. Jika kita cuba berkawan dengan mereka, kita pasti akan tahu bahwa mereka ada ibu, tapi ibu sudah tidur kerana seharian penat bekerja. Mereka ada ayah, tapi ayah kerja shift malam. Mereka ada abang, tapi abang mereka pun jenis keluar malam. Mereka ada adik, tapi adik terperap dalam bilik sahaja, studi untuk peperiksaan.

Nah. Adakah ini keluarga bahagia? Sakinah, mawaddah, wa rahmah?

Yang di universiti pula, ibu ayah di kampung saban hari mendoakan kejayaan. Bila sahabat bertanya,

"Man, anak kau macam mana? Dia belajar kat mana sekarang?"

Dengan bangga, si bapa menjawab, "Anak aku di universiti. Sambung ijazah. Dulu peperiksaan dapat gred baik. Aku bangga sekali dengan anak aku"

Tapi yang berlaku sebenarnya, anak yang dibanggakan itu sedang bergelak ketawa dengan lelaki asing. Sedang berpapasan. Sedang bersekedudukan.

Ibu dan ayah tak tahu, anak yang disangkanya soleh dan solehah itu, rupanya memakain kosmetik di hadapan mereka.

Bila ibu call, "Along tengah buat apa tu sayang?"
'Anak solehah' itu menjawab, "Tengah studi ni mak. Penatlah mak. Nantilah along call mak semula ya. Sayang mak. Bye".
Ibu mengeluh kecewa kerana tak dapat bercakap walau seketika dengan kita,

Sedang kita, mengeluh kelegaan kerana ibu tak tahu yang kita sedang berjalan mendekati zina.

Ibu dan bapa berharap anaknya graduate dengan senggenggam ijazah kepujian, tapi yang belaku, anaknya benar berjaya menamatkan pelajaran tapi dengan bonus iaitu bersama 'cucu', hadiah istimewa buat si tua yang menangis duka.

Wahai ibu-ibu,
Tidakkah kau boleh lihat kesilapan-kesilapanmu?

Wahai bapa-bapa,
Tidakkah kau boleh menyedari dosa-dosamu?

Sungguh saya pelik,
Bila ditangisi anak yang gagal,
Tapi tidak ditangisi,
Anak yang bermaksiat.

Anak-anak ibarat kain putih.
...nota hias...

Awal pagi besok akan bertolak ke Ipoh & Taiping untuk menziarahi akak angkat yang baru melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu. Dan terus ke Penang menghadiri kenduri akak angkat yang sorang lagi kat sana.

Ramai betoi dapat akak angkat. Baru-baru ni dapat adik angkat pula. Moga Allah redha.

by


L-ive is go on,

E-verything reborn again,
B-ut
A-ll of d sin &
R-egret still inside in me,
A-nd I wanna say
N-othing but taqobbalallahu minna waminkum..


------------------------------------


Raya sebulan kan? So, tak terlambat lagi rasanya ana nak ucapkan salam lebaran.. :)

Gambar diambil di Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai Terengganu.
Bersama Asma' Suardi. (Tekan nama beliau utk ke blognya ^_^

...nota cinta...

Walaupun kesihatan tak berapa nak mengizinkan, ana gagahkan diri untuk berjumpa beliau. Sungguh teruja rasa dihati tatkala mendapat tahu sahabat ana ini akan ke Terengganu. Maka dalam kepala pelbagai cadangan dibuat :). Ya, Allah Maha Merancang, kami berjumpa tidak la lama, hanya beberapa minit. Namun hati sungguh gembira, badan yang tak sihat alhamdulillah jadi lebih kuat dan semangat. Begitu indah ukhwah yang dijalinkan kerana Allah.

Ukhti Asma' yang disayangi, moga enti sentiasa bersemangat menyebarkan agama Allah dimuka bumi ini. 

Di mana ada benci, biarlah kita membalasnya dengan sayang...

Di mana ada hati yang terluka,biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...

 Di mana ada duka, biarlah kita yang menjadi penghiburnya...

 Di mana ada perselisihan, biarlah kita yang merapatkannya...

 Di mana ada keraguan, biarlah kita yang meyakinkan...

 Di mana ada putus asa, biarlah kita menebarkan harapan...

 Di mana ada kesedihan, biarlah kita yang berkongsi bahagia...

 Di mana ada kegelapan, biarlah kita yang membawa cahaya…

 Moga Allah sentiasa melindungi & merahmati mu..


by


Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi. Seindah manapun gubahan puisi bersulamkan cinta, selagi tidak mendapat keredhaan-Nya, tetap tiada gunanya.........




by

Gaji besar, kereta besar, rumah selesa, pangkat besar, hidup senang lenang. Daripada siapakah semua ini? Kurniaan siapakah? Kalau jawapannya dari Allah swt, rasanya Allah swt redha atau tidak? Suangguh..! Ia hanya sekadar diuji oleh Allah swt.

Apa yang dipinta Allah swt pasti akan tunaikan kehendak hamba-hamba-Nya.

TETAPI..

Adakah kalian ikut apa yang Allah pinta dari kalian? Atau hanya melepaskan batuk ditangga?


Selama ini pernah atau tidak tanya pada hati, "Sepanjang aku hidup, adakah Allah meredhai diriku..?"

Kerengga pandai bersyukur. Sekecil-kecil makan dikongsi.


..nota jari manis..

Menunggu kekuatan dari Allah? Itu salah. Seharusnya membina kekuatan agar Allah sentiasa dekat dengan kita. Kan?

by

Kredit gambar : Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.

----------------------------------

Adik tu pandai 'cover' auratnya dengan pakai tudung. Malulah kita yang dah 'baligh' ni bukak sana sini. kan?

Jom berhijrah pada bulan yang Mulia ni. InsyaAllah, Allah dekat dengan kita tau. :)

ALLAH MAHA SAYANG.


by


Tidak pernah ku menduga.
Disebalik duka yang Engkau campakkan.
Rupanya Engkau wujudkan PERTEMUAN.
Sungguh indah takdir-MU.
Tiada perancangan sebaik Engkau.
Sungguh.
Hanya Engkau penentu segalanya...


klik sini juga : 008 BAB CINTA

by

Saat terdetik di hati ini,
Seumur hidupku apakah ada redha-Mu?
Atau aku hamba yang durhaka.
Ya Allah, Terimalah HIJRAH ini.
Selamatkanlah diriku.
Moga ku bukan hamba yang rugi.

-------------------------------

Alhamdulillah.. Mungkin ini rezeki bulan Ramadhan. Ana 'dinobatkan' sebagai pemenang utama dalam pertandingan Konspirasi Blogger Kreatif 2012. Niat hanya ingin sebarkan sedikit kemanisan dakwah yang dirasai dalam diri untuk para sahabat dan sahabiah. Sememangnya tak tau pun hadiahnya sebegitu besar jumlahnya. Masa sertai satu bulan yang lepas ana hanya copy & paste sahaja dari entri ana yang lama.
Syukran kepada pemilik blog yang sudi memilih cerpen nukilan hati ana itu sebagai pemenang (Senyum meleret ja ni).

Boleh review cerpen DISINI.

"Kawan i cakap, kalau nak jadi penulis yang berwibawa, mestilah banyak baca buku karangan orang-orang yang sangat berwibawa tau, sampai sendiri pon duduk sekali dalam rak buku ni.."

...nota singgah sahur...

Duhai hati, siapalah yang akan mengerti.
Sejak perginya dia, kekosongan menyelubungi diri.
Sejak perginya dia, hatiku rebah tersungkur.
Namun aku lupa DIA sentiasa ada.
Bila ku rebah, bila ku jatuh, bila ku tersungkur, DIA bangkitkan aku bangun dengan megah.

by

Alhamdulillah...
In the name of Allah, the Benificant, the Merciful.
Ya Rahman, Ya Rahim.

Selama 4 tahun belajar, alhamdulillah dah tamat pada 19 Julai lepas. Rasa bersyukur kepada Allah tak terhingga rasanya. Gembira dah tamat belajar dalam masa yang sama sedih tinggalkan tempat praktikal.

Rasa perit kali pertama tinggal  di rumah sewa sungguh Allah berikan kemanisan itu dikemudian hari.
Rasa bengkak dihati beransur hilang namun tatkala ana tatap balik mesej pada handphone bengkak itu kembali membengkak dan tunggu masa nak pecah. Sedang memandu kereta pun ana boleh 'berzikir' perkara yang sama tentang isi mesej.
 "Astagfirullah....! Jangan biarkan hati mu terseksa, syaitan gembira ukhti..!" ujar sahabat jauh.


Bila ummi terpandang peralatan yang dibeli untuk tinggal dirumah sewa, ummi termenung dan seraya berkata "Awat dia buat anak ummi camtu?". Ana lihat ada air jernih dikolapak matanya. Sungguh ummi, semua ini ada ibrahnya. Allah swt bukan nak uji anak ummi ni saja-saja. Kita lihat apa kesudahannya nanti.

Ya, apa yang ana perhatikan ujian yang sama Allah berikan untuknya. Teringat kata-kata Ustazah Farhana, sungguh Allah itu Maha Mengetahui. Allah akan uji hamba-hambaNya dengan ujian yang sama. Jika ujian yang dulu tidak lepas, kemudian hari Allah akan berikan kembali ujian itu.

"Dia tu duk sibuk pasal orang je.."

Jenuh juga ana membelek Kalam Allah setelah ana dapat tahu 'dia & dia' berkata sedemikian.
Perasaan ingin menangis.
Di tahan perasaan itu.
Tangan ini kusyuk membelek KalamuAllah.
Dari hujung ke hujung..
Dari halaman ke halaman..
Dari sehelai ke sehelai..
Akhirnya tewas..
Air mata turun mencurah-curah. Kerana Apa?
Kerana dalam kitab suci al-Quran tiada satu pun ayat yang diturunkan untuk kambing, lembu bahkan bukan untuk khinzir.
Ayat al-Quran diturunkan untuk MANUSIA. Maksudnya bukan untuk BINATANG..

Sebab itu ana sibuk tentang manusia. Manusia yang sedang leka dan alpa. 
Tidak terfikirkah kalian jika tengah hangat bergayut handphone tetiba Allah tarik nyawa kalian? 
Tidak tersentapkah kalian sedang kalian berdua-duaan dalam kereta tiba-tiba kereta yang kalian naiki terlibat kemalangan?
Tidak insafkah kalian kenangan yang berlaku pada diri kalian sebelum kalian berjumpa si buayafriend sekarang ni?

Sungguh Allah itu tidak bodoh. CCTV Allah sentiasa merekodnya.

Dapat berita tentang perkataan 'gatal' dari pihak yang tertentu. Nah, Allah dah tunjuk dan harga yang harus dibayar..!

Terdetik juga kesian dihati..

Namun dapat pula berita lain. Sungguh tersentap hati ini (ana pula yang tersentap) pabila ana dapat tahu yang 'dia' tidak ada perasaan malu tinggal dirumah yang ada lelaki. Sedangkan ana dan ummi pernah mengajaknya tinggal dirumah ana. Namun berasalan malu kerana ada dua orang kekanda ana dirumah. Tak mengapa, 'dia' hanya malu pada manusia bukan malu kepada Sang Pencipta Manusia.

6 bulan berlalu dengan sangat pantas. Sedikit pun masa tidak menunggu kita. Makin hari makin jauh meninggalkan kita. Mana mungkin 11 April 2012 akan ada kembali dalam kalender.

Apa yang diperolehi dalam masa 6 bulan itu? Musuh? Sahabat? Buah hati? atau ILMU yang bermanfaat? Ana tau 'dia' semestinya ziarah teratak ini dan membaca cebisan ini. Ana pun tahu yang 'dia' turut menjadi stalker kat muka buku. Terima kasih atas kunjungan dari 'dia' itu. Dan 'dia' akan tahu jawapan dari soalan-soalan diatas.

Pelik sungguh perkongsian kali ini? Tak pelik pun, sekadar perkongsian. Dosa dengan Allah setel la dengan Allah. Dosa dengan manusia setel la dengan manusia. Kepada 'dia', ummi sangat terasa hati atas perbuatan anda. Haruskah 'dia' mohon maaf dari ummi? Tepuk dada tanya iman.

Hanya satu nasihat dari ana.. Berubahlah selagi nyawa masih melekat pada jasad. Allah dah banyak kali bagi peluang kepada kita, namun kita tak gunakan peluang yang diberikan tu sebaik-baiknya malah mensia-siakannya sahaja. Dibawa angin terus hilang. Namun jika datang ujianNya yang lain, kita merintih pula kepadaNya. Tak malukah kita? Merintih padaNya? Sedangkan kita sentiasa bermaksiat tanpa malu dihadapanNya. Maksiat & masalah hati tidak habis-habis. Namun Allah itu Maha Pengampun. Allah sikit pun tidak loket keampunanNya.

Mungkin... Diibaratkan Allah sampaikan pesanan dan teguran melalui seorang hambaNya merangkap sebagai sahabat untuk memberi teguran dan nasihat kepada anda. "Eleh..ingat kau baik sangat nak tegur aku, nak nasihatkan aku. Cermin diri dulu la..."

Namun sahabatku.. Jangan sampai ALLAH SWT YANG TEGUR.. Teguran dari Allah swt amatlah berbeza. Sama ada teguran dari segi kemalangan maut, kematian, sakit kronik, kehilangan harta yang banyak dan sebagainya.

Letaklah Allah dihadapan mu. Jika itu yang anda praktikkan, ana yakin, anda akan merasa gerun jika nak bermaksiat kepadaNya.

Masa tengah buat kerja kat tempat LI
..nota Ramadhan Kareem..

Allah masih beri peluang kepada kita untuk temui Ramadhan kali ini. Jadi gunalah masa yang ada ini untuk berubah. Allah tidak akan merubah nasib kita melainkan kita yang berusaha merubahnya.. InsyaAllah. Bergantunglah hanya pada Allah.

by




Orang celaka selepas Ramadhan
Rasulullah saw bersabda "Celaka sungguh orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidaj berselawat ke atasku. Celaka sungguh orang yang sempat bersama Ramadhan dan berlalunya bulan itu tetapi dia tidak mendapat keampunan. Celaka sungguh orang yang berkesempatan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya, tetapi tidak dimasukkan ke syurga."
~Riwayat Ahmad~

clik here : ISTERI PERTAMA
by


Say yes to your smile that sends a message of warmth and friendliness to others. Smile is one of the easiest sunnah. Smile is one of da'wah.

Duhai anak ku, dakilah hingga ke puncak.. Moga dikau turut jejaki langkah ummi & abi mu nanti..
(ewaaah)



..nota jari si baby..

'Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang akan berjalan dimuka bumi ini'. [ImamSyafie]

Tekan sini juga : SESI DAKWAH NARUTO

by













Have you ever asked yourself, where is Allah in your heart..?

..Love for you..

'I can't brag about my love for ALLAH because I fail Him daily but I can brag about His love for me because it never fails'.

clik this : KEMBALI BERCINTA

by

"Hari ini mungkin Allah beri peuang untuk aku betul-betul memaknai 'ijlis bina nu'min sa'ah. Duduk sebentar, beriman sejenak."


Monolog sendirian dengan renungan tajam di skrin laptop tanpa mata berkedip. Lamunan itu di 'gangu' oleh ummi tercinta dengan berkata "Ai, tengok benda alah tu cam nak telan je.."


Ya ummi ku sayang. Sungguh hidup ini amat singkat. Pelbagai dugaan yang 'terpaksa' ditempuhi dengan redha walaupun perit sekali.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami lakukan. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."


~al-Baqarah: 286~


Alhamdulillah ya Allah. Hampir seminggu juga ruangan bisu ini terbiar tanpa suara, Digagahi jua jari jemari ini untuk menekan papan kekunci walaupun pergelangan tangan dan lengan masih lagi terasa 'ngilu' dan diselang seli dengan denyutan yang teramat sangat. Kesakitan yang mencucuk sehinggakan tidak sedar akan pipi yang telah dihujani air mata tanpa dipinta. Namun, ianya hanya bertahan beberapa minit dan bergantung pada sebelah tangan yang masih gagah. Pergerakkan agak terbatas pada mulanya, namun diri ini berjanji akan berusaha untuk berdikari agar dapat membiasakan diri.. InsyaAllah..


Terasa seperti berhari-hari sepasang mata ini dihujani air mata tanpa disuruh apa lagi untuk dirayu. Kesakitan yang ditanggung hanya Allah yang tahu. "Sakit apa? Kenapa? Bagaimana?" Biarlah soalan itu terkubur, bukan tidak ingin menjawab tetapi hati dan jiwa masih ber'baki' duka lara. Hal yang ingin dikongsian amatlah berkait rapat dengan tajuk entri kali ini KEMBALI BERCINTA...


Sihat sebelum sakit termasuk dalam senarai pendek ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Manusia adalah hamba Allah yang sering leka dan alpa. Semakin jauh perjalanan sepatutnya semakin banyak ilmu yang dikutip bukan semakin banyak keluhan yang keluar dari bibir & lidah yang tidak berzikir. Semasa sihatlah kita disarankan untuk 'memungut' pelbagai ilmu didunia untuk bekalan akhirat. Bukan hanya bercita-cita ke menara gading dunia, namun menara syurga akhirat turut kita sama menetap kekal disana.


Mengadu ana kepada inspirasi diri akan masalah yang dihadapi untuk berkongsi.


"Kak, kenapa ana jadi lemah, tidak bersemangat, asyik hilang tumpuan." tanya ana.


"Adikku mawar berduri, semua itu datang dari Allah. Bacalah kalam-Nya insyaAllah tenang." ujarnya


"Ana dah baca kak," bagitahu ana lagi.


"Adik akak yang disayangi.. Bacalah dari hati, bukan baca kerana paksaan mahupun bacaan itu hanya sekadar memenuhi mutabaah kita seharian. Bacalah dari hati mu yang bersih nan suci. Bacalah kerana kita diperintahkan untuk mengabdikan diri kepada Maha Pencipta seisi bumi dan langit. Menangislah sayangku semasa membacanya." ujarnya lagi..


Sungguh mutabaah ana kian jatuh malah merudum. Rasa bagaikan hati ini keras. Hati bagaikan 'berzikir' menyalahi takdir Allah. Berulang-ulang 'zikir' itu hingga terperasan oleh ummi. Ana cepat meradang apabila ummi bertanya sedangkan ummi bertanya soalan yang menimbulkan gelak ketawa bukannya soalan yang akan 'stress' kan minda. Ana mengambil pendekatan untuk 'diam' apabila ummi bertanya kerana itu adalah cara terbaik bagi ana. Seakan-akan ummi memahami jika ana 'diam' apabila ditanya, dan ianya hanya sekejap sahaja berlaku terus ana bertanyakan balik soalan yang ummi ajukan "ummi tanya apa tadi?" dan sememangnya ummi sangat memahami.


Ana terus mengadu pada inspirasi ana setelah aduan itu ana dahulukan kepada yang Maha Mendengar.


"Kak.. Kenapa semua terjadi pada ana? Kenapa tidak pada orang lain? Kenapa Allah tak ambil nyawa ana terus.. Akak, ana bla bla bla... ana bla bla bla...?" dalam esak tangis.


"Dik.. Allah masih memberi nyawa kerana Dia masih memberi kita peluang 'mengenali Allah' sebelum kita pulang berjumpa Allah.  Sudah cukupkah amalan kita untuk dibawa ke alam akhirat? Sudah bersediakah kita untuk berada di alam barzakh? Sudah maksimumkan bekalan kita untuk dihisab? bagaimana pula titian siratulmustaqim?" nasihatnya lagi


'Ya Allah. Mampukah aku?' hati ana bermonolog.


Sama juga ditempat kerja, ana turut mengadu pada orang yang terdekat dan memahami. Sehari selepas kejadian 'maut', memang hati dan jiwa tidak tahan. Telefon 'merengek' minta di angkat. Tangan ana sudah menggeletar apatah lagi dada ini berombak bagaikan nak pecah. Dua pasang mata ini memang dah merah menahan air mata yang hanya menunggu untuk turun mencurah-curah. Ana ambil telefon dan terus keluar dari office. 


Walaupun dalam keadaan yang tidak mengizinkan, ana tetap menunaikan amanah yang bertimbun-timbun diatas meja. Cuti sakit selama satu bulan tidak dimanfaatkan bimbang akan diganti balik tugasan dari pihak universiti dan risau juga tarikh konvokesyen akan ditangguhkan. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, masalah yang sebelum ini masih tergantung terjadi pula kejadian yang melibatkan nyawa manusia.


Sehari selepas kejadian dan sehari sebelum reaudit SIRIM membuatkan ana sedikit stress. Namun dimaniskan jua muka ini apabila staff menegur. "Ok ke Nur?" "Macam mana? cuba cerita pada kami." Masing-masing mendengar dengan penuh 'kusyuk'. Yang membuatkan ana tergelak apabila ana membaca semula mesej kat handphone yang dihantar oleh bos ana. "Saya tak tau awak ni orangnya macam mana. Keadaan yang mencemaskan dan sakit-sakit ni pun awak boleh fikir pasal kerja lagi." 


Bos ana pandai buat orang gelak tak kira tempat. Selepas ana terima panggilan telefon, dengan mata yang masih lagi bersisa air, lengan baju dah basah habis dek rembesan air mata, tiba-tiba ana tersenyum mendengar lawaknya. Bukan lawak 'sia-sia' dan ana pun bukan senyuman yang di buat-buat. Sememangnya hati terusik dengan jenakanya. Dia memesan pada ana "Kerja tak perlu stress, kena happy. Baru seronok kerja. Nur, sabarlah ya. Nur kena kuat, kami yang mendengarnya sudah susah hati apatah lagi Nur yang alami." Air mata mencurah-curah lagi tanpa dipinta. Bos ana menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Nur, saya pergi solat isyak dulu ya, saya doakan Allah permudahkan urusan Nur." Bos ana ini seorang abi yang kuat semangat, anak dia mengalami brain cancer. Dugaannya lagi hebat. Namun ana lihat dia bagai tiada apa-apa yang berlaku, 24 jam dia gembira dan tidak loket dari senyuman malah membuatkan orang gembira. Ana bertanya dari mana kekuatan itu dia perolehi. Bos atau namanya En. Mizi memberi satu jawapan pendek "Dari Allah."


Hari tu ana terpaksa pulang lewat. lebih kurang jam 10.30 malam ana beredar dari perkarangan pejabat dengan hati ntah ke mana dan jasad pula entah melayag ke mana. 


Betapa besarnya harga yang harus dibayar untuk mendapatkan Hidayah-Nya yang sejati. Jika hukum alam dilawan memang lainlah jadinya. Masakan kek yang sedap boleh dilihat bentuk dan rupanya kenapa pula angin yang sepoi-sepoi bahasa yang 'sedap' dinikmati tidak boleh dilihat apatah lagi bentuknya. Pelik? Tidak pelik kerana itulah hukum alam yang Allah ciptakan sebaik-baiknya. Jika dinampakkan angin yang penuh nikmat itu, dimanakah kalian hendak meletakkannya pula apabila angin ribut taufan yang melanda?


Sama juga dengan pahala dan dosa. Allah swt tidak menampakkan kepada kita. Pernah juga ter'pikiaq' kalaulah pahala itu nampak, mungkin ramai manusia akan berebut-rebut untuk membuat kebaikan. Bukan 'mungkin' ramai manusia tetapi 'mesti' ramai manusia berlumba-lumba dalam meraih syurga Ilahi. Begitu jua dengan dosa.


Inspirasi ana menasihati lagi setelah ana memberitahunya yang ana sangat-sangat lemah.


"Itu fitrah, jika kita bergantung kepada manusia 'lebih' daripada kebergantungan kepada Allah, kita akan sentiasa sedih" nasihatinya lagi tanpa jemu.


Tiba-tiba Si Dia menyapa ana dan bertanya.


"Nur. Sebelum ini enti macam mana? Mutabaah sempurna?" tanya si dia.


"Biasa-biasa sahaja, ada lubang sana sini juga" ujar ana.


"Sekarang?" si dia bertanya pendek.


"Alhamdulillah, lubang-lubang yang ada ana penuhi dengan izin-Nya." bicara ana dengan muka di 'benamkan' ke sejadah.


"Nah, sekarang sudah nampak ibrahnya. Jika terjadi sebarang perkara kepada kita yang kadang-kadang itu tidak terjangkau dek pemikiran kita itu bermakna Allah sedang memerhati kita. Allah sedang menilai kita. Allah sedang memberi tumpuan kepada kita. Jadi jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan itu ya ukhti NurHidayah. Rasalah beruntung kerana Allah memilih ukhti untuk hadapinya. Jelas terbukti, mutabaah ukhti hampir sempurna. Kekosongan yang ada terus dipenuhi. Keliatan bangun malam tiada dek kerana ingin memunajat kepada-Nya. Cinta yang ukhti perlukan adalah cinta dari -Nya. Kembalilah Bercinta kepada cinta yang sejati." si dia terus berbicara.


Ya, itulah buktinya yang jelas lagi nyata. Terima kasih kepada si dia yang dihantar oleh Allah untuk menyedarkan ana. Si dia yang dimaksudkan adalah sekeping daging yang berada dalam jasad ana sekaranag yakni HATI. 


..nota cinta dari hati..


Tangan sebelah kiri yang beransur pulih.. InsyaAllah. Syukran to anak manakan (saudara) yang teman p makan kat RFC.. ^_^


Dua minggu dah berlalu. Teringat pula kepada inspirasi ana dan terus menghantar email kepadanya.


"Kak.. ana nak jumpa akak.. Boleh ke?" tanya ana.


"Boleh :).. InsyaAllah mawar ku. Adik di mana sekarang?" ujarnya.


"Ana di Terengganu, akak pula dimana?" tanya ana lagi.


"Akak di Gombak :) " jawabnya.


p/s~ tak sabar nak jumpa inspirasi ana itu.


clik juga disini: MENGAPA AKU BERNIQAB MENGAPA AKU BERNIQAB II


by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...