Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Review blogger minggu ini.
Dah terjah, tapi keluar profile je.Tak keluar link empunya blog.
But, syukran Nurul Izzah sudi jadi follower yang ke 1000. :)

..nota jari..

Manfaat tak ilmu-ilmu kat BTS ni.?
Moga kalian tidak tuntut di akhirat ya.





Mengisahkan seorang pemuda beragama Islam yang leka dan lalai dalam pancaroba dunia.Hanyut dalam dunianya sendiri dia ditakdirkan untuk berubah setelah satu peristiwa hitam berlaku dalam hidupnya.Semoga mesej yang cuba disampaikan memberi kesan kepada penonton.

..nota tangan..

Kita sukar untuk memahami hati & perasaan seorang guru.
Tapi, saat bergelar guru. Baru kita merasainya.
Kita sukar untuk memahami hati seorang ibu atau bapa.
Tapi, saat bergelar ibu atau bapa. Baru kita merasainya.
Kita sukar untuk memahami hati & perasaan pesakit.
Tapi, saat diuji dengan penyakit. Baru kita merasainya.

Kerna itu sering ku katakan. Hati yang merasai, pasti lebih memahami...♥ 

by

Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati 

sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.


..nota rindu..

Sahabat, masih ada waktu untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu.. Lantas membasuhnya kembali bersinar menghiasi taman-taman suci..

Masih ada waktu bagi kita meniti corong-corong mazmumah dan mengutip kuntuman mahmudah menghiasi taman hidup ini..

by

Salah satu tips untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah memilik
 teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada agama..

Sahabat...! Gapailah tanganku agar terus bersama mu dijalan Nya..!

..nota tangan..

'Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race, but it's how you end it' [ImamSirajWahaj].

by

Alkisah..
Tiga orang sahabat sedang beriadah di sebuah tasik. Setelah peluh membasahi dahi, mentari mencengkam kulit, angin lembut menyapa telinga, mereka bertiga melepaskan penat sambil menikmati alam ciptaan Allah. Terpandang sekumpulan akhwat yang beriadah sambil mentadabbur kalam Allah..


"Cantik sungguh muslimat tu kan?." Alif


"Ya..cantik.." Bohari


"Kenapa?" Cicoo


"Aku nak cuba dapatkan muslimat yang solehah." Alif


"Ha..? Kau biar betol.. Kan couple tak baik.." Cicoo


"Ada aku cakap aku nak couple? Aku cakap aku nak dapat kan muslimat solehah.. Muslimat yang solehah dari segi agamanya dan akhlaknya sebagai peneman hidup aku hingga ke syurga..insyaAllah.." kata Alif sambil memandang jauh ke tasik yang tenang itu setenang jiwa dan hatinya.


"Baguslah jika itu hajat kau Alif." Bohari


"Apalah korang ni..kan Allah dah cakap yang jodoh kita telah ditentukan Nya sejak di lauh mahfuz lagi. Tak usahlah duk mencari.. Membazir masa je.." Cicoo


"Betul tu.. Namun Allah swt menyuruh kita berusaha bukan hanya menunggu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.." Bohari


"Berusaha dengan cara apa? Mengorat and then bercinta..? Bukankah itu jalan yang menghampiri zina ya sahabat? Walatakrobuzzina.......!" Cicoo


"Waahh..! Pandai kau berhujah..Tak sangka aku" sampuk Bohari tanpa menunggu Cicoo menghabiskan ayatnya.


"Ya akhi Cheku Khairul @ Cicco.. Lapangkan dada & bukakkan fikiran.. Maksud berusaha tadi adalah bila mana kita impikan yang solehah itu menjadi ketua bidadari kita di syurga kelak, kita seharusnya men'soleh'kan diri kita terlebih dahulu. Berusaha dengan men'soleh'kan diri dengan cara tingkatkan ibadat, tingkatkan iman yang masih diparas kenipisan kulit bawang, perbetulkan diri untuk menjadi muslim yang berguna kepada agama. InsyaAllah, barulah Allah menganugerahkan seorang bidadari dunia yang sempurna akhlaknya."Alif


Alif terus menyambung keterangannya...


"Bila kita dah berusaha untuk persiapkan diri, hati tak perlu gusar lagi untuk memilih pasangan hidup kerana yang menjadi ketua bidadari syurga nanti adalah golongan yang dipilih Allah swt untuk kita.." Alif


"Ya.. betol tu Alif.. itu lah maksud USAHA tadi ya akhi Cicoo.." Bohari


"Ermm.. T_T " Cicoo


...Nota hias...



Kalian faham maksud terpilih, memilih atau dipilh? Ana bagi cara mudah untuk kalian fahami..

TERPILIH
Dalam satu balang terdapat 20 biji bola pingpong.. kalian memerlukan 5 biji bola pingpong sahaja dan ambilnya dengan mata yang dipejam. 5 biji bola pingpong itu adalah bola yang terpilih..


Bermaksud.
Antara 20 wanita muslimah yang diberi perhatian oleh Allah swt hanya 5 orang sahaja wanita muslimah telah terpilih..


MEMILIH
Kalian dikehendaki memilih 3 biji bola pingpong yang elok & tidak kemek daripada 5 biji yang terpilih tadi..


Bermaksud.
Allah swt telah memilih 3 orang wanita muslimah yang telah ditapis daripada 5 orang wanita muslimah tadi.


DIPILIH
Daripada 3 biji bola pingpong tadi kalian dikehendaki pilih 1 biji yang tiada cacat cela sama ada kesan calar atau kotoran.


Bermaksud.
Seorang wanita muslimah yang solehah telah dipilih Allah swt daripada 3 orang wanita muslimah dengan lulus temuduga yakni seorang wanita muslimah yang solehah yang patuh perintah Allah, berjuang dijalan dakwah kerana Allah & Rasul.


Dan wanita muslimah itulah ketua bidadari syurga kelak yang menjadi idaman para mujahid seperti kalian dambakan..


Wallahualam


by

Bismillah..Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw serta para sahabat dan juga ahli keluarga baginda..

Alhamdulillah..masih di beri peluang dan ruang untuk bermadah diteratak maya ini walaupun sangat sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab yang di amanahkan.. Seperti biasa, 5 minit bersama blog untuk infomasi semua..Syukuran ya Rabb..

InsyaAllah..sambungan mengenai sahabat istimewa ana yang diberi nama Islamnya "SUMAYYAH".. Ya Allah.. Rasa nak peluk ja bila jumpa Sumayyah.. Sungguh..! Air muka yang sangat tenang, akhlak yang sangat baik, membuatkan ana rasa sangat gembira dan ternyata seronok apabila berdamping dengannya..Lagipun nama Islamnya sangat memberi kesan kepada hati ana sendiri.. tiap kali jumpa ana terus pegang tangannya..rasanya seperti adik sendiri.. Ya..! memang ana memperkenalkan Sumayyah adalah adik ana kepada sahabat-sahabat..

Tidak dapat tipu diri sendiri apabila bersama Sumayyah terselit rasa malu.. Manakan tidak, Sumayyah baru 2 tahun memeluk Islam..Sumayyah yang masih merangkak dalam mengenal Islam, lebih nampak kesempurnaannya berbanding dengan sahabat-sahabat yang telah kenal Islam sejak kecil lagi..

Hanya 1 jam 30 minit bersama-samanya dikelas, insyaAllah akan dipenuhi waktu itu dengan sempurna.. walaupon kadang-kadang ana 'ghaib' dalam kelas tu..^__^

InsyaAllah..besok akan bersama-sama Sumayyah lagi selama 1 jam 30 minit.. Harap pensyarah kami tidak batalkan kelas besok hari.. InsyaAllah, selasa 18 oct ada midterm paper ni.. doakan kami ya..^__^

ok..5 minit dah habis...


..::nota-nota cinta::..

Nak study pun semangat bila bersama Sumayyah...
Sahabat-sahabat, ada cadangan apa2 nak bagi hadiah kat sahabat Islam kita ni??

by

Don't TELL people you are MUSLIM..  But SHOW them you are MUSLIM...

RIBA' is ILLEGAL in ISLAM... Don't Involve in that..!!

Tak kira hangpa abang long, Pemimpin Negara ka, Ketua keluarg ka, ketua kelas ka, pengarah projek ka, pengetua sekolah ka, naib cancelor ka, presiden apa-apa ka, jika hangpa melakukan RIBA' hangpa akan tanggung semua dosa-dosa orang bawahan..

 KENAPA??

Kerana... Hangpa adalah ketua... orang bawahan ikut arahan ketua.. melainkan ada orang bahawahan yang tegur kesalahan ketuanya, namun ketuanya masih berdiam diri maka terlepaslah dosa orang bawahan yang menegurnya tadi..

"hangpa pinjam 5 kupang..dah lewat 2 hari kena bayaq 7 kupang.."

2 kupang still RIBA' walopun angkanya 2..

REMEMBER THAT...!!


Tak berkat hangpa belajaq tau jika hangpa seorang student..

..nota cinta buat mu..

Jadilah muslimah yang berakhlak mulia, yang diredhai dan dirahmati Allah..

BUKAN

berakhlak mulia hanya pada manusia, hipokrit namanya..

Jadilah muslimat yang dikasihi dan disayangi Allah dengan penuh rasa cinta yang hakiki dan abadi..

BUKAN

dikasihi dan disayangi manusia dengan penuh rasa cinta yang entah kemana malah penuh dengan debu2 dosa..

Jadilah muslimah yang anggun dengan solekan akhlak dikaca mata Allah..

BUKAN

anggun dengan solekan bedak dikaca mata manusia..

p/s : teguran kepada diri sendiri dan juga sahabat sekalian.. kerana rasa kasih dan sayang kepada sekalian, ana postkan entry ini.. jangan lihat siapa yang memberi nasihat, namun lihatlah isi kandungan nasihat yang diberikan itu..

.......Masih bertatih longhat KEDAH.......

by

Salam Islam untuk semua..
Semoga bulan Syawal ini yag mulia ini Iman sahabat sekalian makin terus kukuh, kuat dan kebal..insyaAllah..


SubhanaAllah... Alhamdulillah.. Allahu Akhbar...


Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah. Hukumnnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannya untuk tontonan oleh para jemputan, sekali pun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat. Hal ini adalah kerana, melalui raut wajah wanita itu, sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya. Maka untuk menutup jalan-jalan yang membolehkan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran yang lagi besar, jadi adalah lebih baik tidak meletakkan gambar tersebut... Wallahu A'alam

Kadang-kadang apabila ana melayari sesetengah laman sesawang sama ada dunia blog 
mahu pun muka buku, menjelajah lagi alam dunia yang serba serbi maya bagi manusia yang memayakan diri mereka itu, ana merasa hairan + sedih + kesian.. Muslimah yang bertudung, yang menutup aurat mahupun yang berniqab tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing..

Ya.. Ana pernah rasa teruja akan dunia maya sebegini.. Boleh menulis pelbagai perkara, pelbagai cerita, pelbagai perkongsian malah pernah meletakkan gambar sendiri.. Ana juga insan biasa.. Yang mempunyai pelbagai kelemahan dan kekurangan.. Insan yang sentiasa belajar dan terus belajar untuk memperbaiki sedikit demi sedikit untuk menjadi 'muslimah'.. Jadi antum semua semestinya kena  tahu bahawa teguran 'membina' daripada antum sekalian amatlah di alu-alukan..

Tidak salah untuk memaparkan gambar kalian tapi perlulah bertepatan dengan hukum syara'.. Jadikan gambar itu satu penanda bahawa anda adalah seorang muslimah atau perempuan dengan meletakkan gambar karton seperti ana muslim atau gambar kanak-kanak yang belum baligh. Jika ingin meletakkan gambar kalian juga, letaklah gambar yang kecil dan privatekan supaya tidak di 'copy' dengan sesuka hati oleh 'manusia' lain..

Kecuali....
Untuk tatapan kaum hawa sahaja dengan mem'private'kan dan tidak dibenarkan rijal2 melihatnya.. Jika kalian mahu rakan lama mengenali kalian, kalian hanya perlu meletakkan nama bukan meletakkan gambar kalian sebesar-besarnya dan jelas sehingga setiap butir jerawat dan parut kalian terpampang di pipi..!

ADA APA DENGANNYA?
..MUSLIMAH & GAMBAR..

Bukan tujuan ana untuk mengaibkan kalian semua. Namun kalian semua mesti faham & sangat memahami tanggungjawab sebagai seorang rakan..  Ana adalah sahabat kalian, rakan kalian, kawan kalian...! Sungguh....! Ana sayang pada kalian semua walaupun kita tidak pernah bersua muka.. 

Patutkah ana membiarkan kalian semua menerima dosa-dosa yang kalian lakukan tanpa kalian sedari? 
Patutkah ana membiarkan kalian memaparkan wajah-wajah kalian kepada orang lain?
Tak kesiankah kalian kepada bakal zauj (suami) kalian nanti?

Biar pun wajah kita bukan aurat mengikut sesetengah mazhab dan pendapat ulama', namun tatkala fitnah datang mengudang di samping itu jua terselit zina kecil (tersembunyi) berlaku, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup daripada ditatap oleh pandangan umum?

Sahabat-sahabat muslimah ku...
DUNIA TANPA SEMPADAN...tahukah kalian akan gerangan maksudnya? Ya.. Dunia tanpa had, Dunia tanpa batasan, Dunia tanpa halangan... Itu lah maksudnya.. Semakin hari semakin berkambang maju.. Saban hari mungkin berjuta-juta manusia yang menjejakkan kaki di laman sesawang kalian.. Di kalangan kalian ada yang bagus.. yang menundukkan pandangan selaras dengan firman Allah swt:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci daripada mereka. Sungguh, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.." ~An-Nur~



Namun demikian, kita harus akui bahawa dikalangan berjuta-juta manusia yang berteduh diteratak maya kalian terdapat mereka yang hatinya yang sakit serta jiwanya yang perit jerih menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kalian walaupun kalian bertudung litup.. Kita takut dan risau ada yang sakit hati atau ada yang suka, itu akan membuatkan mereka rasa tidak bersalah malah gemar membuat bermacam-macam dengan gambar kalian..

 Seperti contoh yang ana boleh nyatakan disini.. Sahabat ana mengadu pada ana bahawa ada seorang muslimah (J) menuduh dirinya 'copy' gambar. Memang sahabat ana akui bahawa dia 'copy' gambar muslimah berniqab itu namun telah mendapt keizinan daripada pemilik gambar itu. Tapi, tiba-tiba sahabat ana ini diserang dalam inbox muka bukunya menyuruh 'delete' gambar tersebut. Padahal gambar tersebut tersangatlah ramai yang menggunakannya, bukan sahabat ana seorang sahaja.. Nasihat ana pada sahabat, gunalah gambar baby, kucing, 'love Allah' dan yang tiada kaitan dengan orang lain.. Oke..! ini adalah perkara biasa.. Bila ana melihat profil muslimah (J) di laman muka bukunya, memang beliau publishkan gambar pertunangan dan gambar perkahwinannya.. Jadi siapa-siapa saja boleh 'copy' gambar itu. Jika kalian seorang muslimah yang cemerlang dan berfikiran panjang, janganlah 'publish'kan mana-mana gambar yang sepatutnya di'privacy'kan oleh mata-mata kasar..

Maaf sekali lagi jika ada di antara kalian terasa akan kata-kata ana di atas.. Ingat sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah, seorang  rakan yang tidak menegur akan kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya sama ada kemungkaran yang dilakukan secara sedar mahupun tidak, maka rakan yang tidak menegur perbuatan rakanya tadi akan turut serta dihumban ke dalam 'NAR' (api neraka)..

Terkini..
Berita yang ana perolehi ketika beratur untuk membayar makanan di 'cafe', ana terpandang satu tajuk besar..

DI SIHIR GUNA GAMBAR DI FACEBOOK..

Terpampang di dada akhbar semalam.. Jadi, apa kesimpulan yang kalian patut fikirkan?

Jika kita kaji tentang dunia fotography atau gambar, begitu canggih sekarang.. Bukan main maju lagi.. bukan?  Jika dahulunya hanya kamera yang perlu dicuci untuk mendapatkan gambar, kini telefon juga telah menjadi kamera. Kamera pula sangat dahsyat.. Boleh zoom sana sini.. Lebih 'instant' sesegera makanan segara yang sama kerosakan yang dibawa yakni penyakit hati..


Sungguh malangnya jika wajah kalian dipamerkan itu mengundang gejolak rasa di jiwa kepada insan bernama lelaki yang beriman akan beristighfar dan memujuk hatinya. Manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu kalian.. Mereka yang bermasalah tentang hati mula memburu kalian dengan chating, SMS, telefon, surat dan sebagainya atau yang paling bahaya menggunakan guna-guna ke atas kalian hatta mungkin mendekati kalian dengan tujuan memiliki kalian..


Dengan hanya satu kesilapan yang berkemungkinan kalian tidak terniat sedikit pun, wajah kalian terpampang besar di Internet..! Ya..! Gambar adalah bayangan realiti semata-mata. Namun mungkin jua satu fantasi.. Kadangkala lelaki tertipu juga dengan fantasi hebat Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi.. Jika itu tujuan kalian, kalian tanggung sendirilah.. Tapi jika niat kalian ingin berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, jadi nasihat ana berhati-hatilah..!


JALAN PENYELESAIAN..


Kalian sahaja yang mampu menyelesaikannya.. Bukan orang lain.. Diri kalian, kalianlah yang harus menjaganya.. Sebenarnya, apakah tujuan sebenarnya kalian bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepada kalian? Jadi, soalan ana kepada kalian, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah kalian sebesar-besar yang mungkin menutup pandangan orang terhadap kaliankah? Kerana laman sesawang muka buku, blog dan sebagainya itu adalah milik kalian.. Seharusnyalah kalian membuang gambar itu dan tidak akan meletakkanya lagi.. Atau jika kalian nak sangat letak gambar kalian maka hendaklah kalian meng'private'kan blog, muka buku atau sewaktu dengannya tapi dengan syarat haya KAUM HAWA sahaja yang boleh melihat gambar kalian..


Banyak cara yang boleh dilakukan dengan menggunakan perisian pengedit gambar.. Belajarlah daripada yang tahu.. Hindarkanlah daripada aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat.. Sekiranya niat kalian hanya berkongsi dengan rakan muslimah kalian, lakukanlah dengan cara tertutup.. Elakkanlah posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang.. Nak lebih mudah, kalian boleh kirimkan email bergambar pada rakan muslimah kalian itu..


Ya.. Isu sebegini sangatlah popular.. Ramai muslimah sekarang menyalahgunakan kemudahan ini..


Mesti ada di antara kalian yang membaca entri terdetik "Ahh..dah lapuk isu ni.. Dah selalu baca.."


Ya..memang dah lapuk.. memang dah selalu baca.. memang dah selalu dengar.. Namun, manusia kan selalu lupa..mudah lupa dan sangat pelupa.. Jika tidak, kenapa begitu ramai sekali muslimah di antara kalian leka dan alpa..? Atau hanya menganggap isu sebegini hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja..? Oleh itu, ana sebagai sahabat kalian ingin menegur kalian dan menegur diri ana sendiri juga.. Kerana kasih dan sayang ana kepada kalian wahai muslimah, terdetik di hati ingin menegur.. Sanggupkah kalian melihat rakan muslimah kita menjadi penghuni neraka? Tak sanggup kan? Begitulah jua ana..


::..nota inai dijari..::


INGAT.. wajah kalian adalah anugerah daripada Allah swt.. Anugerah Allah swt itu hanyalah layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja..


Wallahu A'alam..


by

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Syukur pada Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada kita untuk menghirup oksigen tanpa meminta 1 sen bayaran sekalipun..
Syukran ya Rabb..

Assalamualaikum sahabat sahabiah....
Bagaimana sahabat sekalian hari ini? Iman sshabat-sahabat pula bagaimana? Alhamdulillah.. Moga-moga semuanya terus berada dalam istiqomah hendaknya.. InsyaAllah..

Alhamdulillah sahabat-sahabat ana selamat sampai ke destinasi yang ditujui pada jam 6 pagi tadi.. Walaupun bas mengalami sedikit kerosakan akibat kemalangan jalan raya.. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan ana dan sahabat ana yang lain..

Dapat berjumpa sahabat-sahabat yang rasanya kian lama tidak bersua muka.. Bertanya khabar, bersalam-salaman, bermaaf-maafan, mengucap ucapan raya walaupun raya dah hampir mencecah 2 minggu.. Raya sebulan..kan? ^^

Moga ukhwah kita sampai ke akhirat kelak.. InsyaAllah.. Tegurlah ana jika ana silap.. Sesungguhnya ana hanya manusia biasa seperti orang lain juga.. Ana sangat memerlukan teguran dari sahabat sekalian..

"UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA"
"SAYANG UKHTI KERANA ALLAH SWT"


::..nota jari berinai..::

Hari ni dah 3 kali call ummi... Bila call tak tau nak cakap apa.. "rindu ummi ka?"
"hmmmm..." itu saja yang mampu ana ucapkan sambil mencurah-curah air mata tumpah membasahi pipi..

Bila call ummi akan terubat hati ini.. ^__^
Doakan anakmu ini ya ummi..

p/s : abi aina?

by

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Semoga "IMAN" sahabat-sahabat masih teguh malah terus teguh & manto0o0o0ppp..! insyaAllah...Amin Ya Rabb..

Besok insyaAllah p shopping barang keperluan sikit untuk persiapan ke Utara tanah air... Cam student baru nak daftar ja.. Bukan apa rasa cam tak sabaq-sabaq nak p sana...Rindu pada kawan2 seperjuangan NINGASMA'SI CANTIK MANIS dan kawan2 yang lain jugak..! Masuk semester ni adalah semester terakhir bagi kami..insyaAllah.. Doakan segalanya dipermudahkan..

semestinya sidia menanti kepulangan semua..~he
si dia ni pula memang semua sanggup menunggu kan? he~

InsyaAllah...Jumaat ni jam 9 malam bas akan berangkat ke utara...


..::nota-nota-nota-nota::..

ummi & abi serta abi aina, miss u nanti Y_Y..


by

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Sujud syukur kepada Mu ya Rabb... Diri ini masih lagi dapat menikmati segala2 yang ada di muka bumi Mu... 18 Ramadhan bertandang dan akan mula pergi.. Namun menjengah pula 19 Ramadhan pada ke esokkan hari.. 

Ya Rahman..sungguh cepat masa berlalu..


Sahabat2 sihat? camna dengan iman hari ni?ok kah? Semoga iman kita sentiasa kental nan kebal hari ke hari..insyaAllah..

Seperti sahabat sahabiah baca tajuk entri ana kat atas singgah sana tu adalah bertujuan untuk menambahkan follower kat blog..... 
dapat tau segmen ni bila ana ke blog sahabat and then terjumpa blog ni.. (sila clik tau ^^)

Ni lah 1st time ana try masuk segmen sebegini... Sebelum2 ni pon dah banyak kali jumpa.. Tapi hati ni payah untuk bergerak mencuba segmen sebegini.. Apabila tanya kekanda ana, dia bagi cadangan agar mencuba dahulu.. Hasilnya kita tengok kemudian nanti.. 


InsyaAllah...
Nama di beri oleh ayahanda & bonda tercinta ialah NurHidayah Bt Ali yang bermaksud Cahaya Petunjuk atau lebih dikenali sebagai Setanggi Syurga kat blog ni.. Sahabat2 sekalian tau kan, nama seseorang tu amat penting sekali terutama maksud namanya. Nama kita lah yang akan dipanggil apabila berhadapan dengan Allah di padang mahsyar kelak..

Alhamdulillah... Allah memberi diri ini menyukai sesuatu yang agak unik sebagai hobi namun ramai juga yg mempunyai hobi sama dengan ana ni iaitu photographer. Sangat banyak koleksi gambar yang di snapkan. Kamera sentiasa ada bersama tak kira hendak kemana sekali pon terutamanya pabila ke tempat2 yang memberikan diri ini tenang menikmati keindahan ciptaan yang Maha Agung..

Sahabat-sahabiah sekalian boleh ke blog yang ana gemar kunjungi terataknya & memberi motivasi kepada diri kita...DISINIDISINIDISINI dan juga SINI... oops.. lupa pula kat adik comel DISINI..


Jangan lupa tinggalkan link anda diruangan komen ya..senang ana nak follow balik..syukran..!

...nota jari manis...

Semoga segmen yang ana sertai ini sedikit sebanyak memberi kesan yang positif dalam medan dakwah di alam maya. InsyaAllah, itu lah juga tujuan nya.. Sesungguhnya gunalah kemudahan yang Allah berikan ilham kepada hamba2 Nya ini ke arah yang diredhai.. InsyaAllah sahabat2.. Semoga REDHA Allah sentiasa bersama2 kita..

JOM HABISKAN JUZUK KE 18 MALAM NI..!

by~setanggi syurga~

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah..
Sujud syukur kerna rahmat Mu ya Robb...
Selawat dan salam kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad Saw serta keluarga dan para sahabat baginda....

InsyaAllah....
Alhamdulillah...
Ana dapat bertinta lagi...
Syukran ya Allah coz memberikan ana idea yang mencurah2...
^_^

Waktu petang yang redup, elok untuk kita beriadah bersama sahabat2 di bumi sintok ini..petang yang damai..
Alhamdulillah..

Tapi petang ini ana hanya beriadah ngan laptop ja...^__^..



Disini ana nak memperkenalkan sahabat2 alam maya ana kepada sahabat2 kat blog...
 Sila lihat dibawah & jangan lupa clik sekali link tu ya..^__^

...ni sahabat ana yg dekat...satu tempat dengan ana...





...Antara  blog yang ana sentiasa ziarah & buat rujukan...
~motivasi~




...ni plak blog yang baru ana ziarah...


..nota jari ku..

jom ziarah blog sahabat2 maya ana diatas...^__^
semoga dapat pungut banyak ilmu...
wassalam...

by~shha aina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...