Showing posts with label Alam Rumah Tangga.... Show all posts
Showing posts with label Alam Rumah Tangga.... Show all posts
Assalamualikum wbt..
Salam tautan hati buat sahabat-sahabat alam maya yang dikasihi. Semoga ukhwah di alam maya ini kian teguh semata-mata mencari redha Ilahi. InsyaAllah. Sambungan dari entri yang lepas Indahnya Bertaaruf (I)..

Sambungan Pertengahan.

Seringkali, kita menemukan orang yang begitu mudahnya bertemu dengan pasangan mereka. Mereka melalui sebuah proses perkenalan yang bisa dibilang sangat singkat, tetapi pernikahan mereka penuh cinta, keberkatan, kasih sayang, dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah.

Namun, ada juga yang kita lihat orang yang begitu sulit menemukan pasangannya, kemudian melakukan proses “perkenalan” yang sarat dengan perkara-perkara yang mendekati zina. Setelah menikah pun, ternyata pernikahan mereka tidaklah bertahan lama. Walaupun bertahan, masing-masing anggota keluarganya merasa kering, tidak ada kasih sayang, tidak ada cinta, tidak ada tujuan-tujuan yang besar yang ingin dibangun dari sebuah keluarga muslim. Apa yang menjadi perbezaan situai pertama dan situasi kedua? 

Permasalahan yang dihadapi dalam situasi pertama dan sitausi kedua adalah sama. Akan tetapi, peribadi yang ada dalam situasi pertama dapat menyelesaikan setiap persoalan dengan begitu baik sekali. Malah ia dilandai oleh ketaqwaan ketika memulakan sesi taaruf.

Sedangkan pada situasi kedua, ketika muncul masalah kecenderungan untuk menyalahkan pasangan begitu besar, karana selama ini segala bentuk perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan semasa perkenalan hanyalah sekadar “cintanya” diterima bukan berlandaskan syariat.

Permulaan perkenalan yang pada awalnya bertujuan agar dapat mengenali character sang calon, berubah menjadi “sharing” "loving" romantis. Betapa banyak mereka-mereka yang pada awalnya memiliki niat untuk perkenalan yang baik, tetapi kurang memiliki ilmu akan hal itu akhirnya jatuh kepada perkara yang bertentangan dengan agama. Dan, jadi sang buayafriend serta sang gedikfriend.

Teringat akan kata Murabbiah. "Jika hendak mencari yang soleh, enti kena mensolehahkan diri terlebih dahulu. InsyaAllah, akan akan menemukan kita dengan pasangan yang mungkin tidak disangka-sangka kehebatan dalam agamanya." Ya murabbiah ku, memang ana tidak menafikan itu...! (senyum)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ok..! Di pertengahan menjalankan taaruf. Jika kedua-dua belah pihak sudah bersetuju yakni saling ingin bertaaruf, maka teruskanlah dan jangan lupa pula akan ISTIKHARAH. Minta Allah berikan petunjuk. Sesungguhnya petunjuk yang diberikan Allah tidak akan sesekali timbul perasaan kesal kerana jawapan Allah itu adalah jawapan yang benar. Allah swt lebih mengetahui akan segala hal yang baik mahupun tentang hamba-hambaNya.

Cuma, kalian perlulah berusaha. Ya, berusaha dengan men'kacak' kan dan men'jelita'kan diri dengan segala ilmu agama kerana nanti akan menjadi maharaja dan bidadari mahligai yang bersinar-sinar cahaya.

Persiapkan diri kalian dengan menebalkan ilmu di dada. Baca sebanyak mungkin buku-buku agama. Hadirkan diri dalam ilmu agama. Sentiasalah bersama sahabat-sabahat yang saling ingat mengingati ketika kita tersilap langkah. Sandarkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui.

Jujur ana katakan bahawa apabila berada dalam sesi taaruf, hati terasa sangat tenang, sungguh amat tenang sekali. Kerana apa? Kerana Allah berikan apa yang kita minta setiap kali kita sujud kepada-Nya. Sungguh perasaan yang tenang dalam hati ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semuanya rasa terjaga. Seakan-akan terasa detik amalan kita dicatit. Seolah-olah Allah teramat dekat dengan kita. Setiap malam berlalu dengan ditemani rasa ketenangan yang berpanjangan. Sampaikan ummi ana bertanya akan perubahan diri.

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
dalam Islam ada taaruf dalam tempoh,

Risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itu mendedahkan keserasian,
 Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf memalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

~Tautan Hati: Fatimah Syarha~

Sahabat-sahabat, sandarkanlah kepada Allah semata-mata. InsyaAllah, Allah ada untuk menolong kita membuat pilihan. Jika taaruf kali ini hanya sekadar dipertengahan jalan, la tahzan kerana Allah tahu yang terbaik buat kita. Bersangka baiklah kepada Allah. Mungkin Allah hendak memberikan kita pasangan yang lagi hebat, atau pun Allah memberi peluang kepada kita untuk terus bermunajat dan memperbaiki diri. 


Pengakhiran


InsyaAllah, jalan yang ditempuhi semata-mata mencari redha Ilahi akan dipermudahkan. Jangan lupa khabarkan kepada ibu abah tentang perkara yang baik ini. Sesungguhnya, redha Allah itu terletak pada redha ibu abah. Apa tunggu lagi ya akhwat & ikhwah? Berbincanglah dengan keluarga pula. Yakinkan mereka, tak lupa juga teruskan berdoa, berdoa & berdoa. Kerana Allah sentiasa menunggu hamba-hamba-Nya yang tidak jemu berdoa. Rintihan kalian di tikar sejadah sangat dirindui Allah swt.


Kepada mereka yang lalui salam taaruf ini mesti akan terasa 'kemanisannya'. Sama ada taaruf itu berjaya hingga pernikahan mahu pun hanya sekerat jalan, turut merasainya di hati akan 'manisnya' tadi.. InsyaAllah.. Apa yang penting adalah PERSIAPKAN DIRI DARI SEKARANG..!




..nota-nota kemanisan iman..


 Moga Mujahid/Mujahidah yang kalian dambakan akan muncul dengan lafaz yang suci..


by

Pernahkah kau bermimpi seketika berada ditempat ku membayangkan pahit manis berlaku bersulamkan syahdu....

Assalamualaikum wbt..
Nak menaip entri kali ni rasa kaku pula.. Sebak dijiwa terus melanda bak badai yang menggila.
Ratapan di kertas bisu ini ku titipkan..
Titisan air mata ku sapu bagi melancarkan jari jemari ku yang mulus dan tulus ini terus menari-menari mencari bait-bait huruf yang merungkaikan segala kepayahan melanda jiwa.

10 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami yang tercinta. Namun, ujian Allah swt menimpa. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Semasa membina mahligai bahagia, si isteri  berumur 18 tahun manakala si suami berusia 28 tahun. 10 tahun perbezaan umur mereka..

Isterinya bukan tidak pernah mengandung. Dirinya sihat. Tiada sebarang masalah. Mungkin rahimnya yang tidak begitu kuat. Dah 9 kali mengalami keguguran.. Sungguh hebat dugaan yang mereka hadapi..

Bukan mereka tidak berikhtiar untuk mendapatkan zuriat yang di idami oleh sekalian hambaNya. Dah bermacam cara, pelbagai kaedah telah di cuba baik disebelah mentua mahupun ibu abahnya sendiri..

2 tahun lepas, mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Setelah dibuat pemeriksaan & kajian telah dijalankan, mereka dipanggil oleh beberapa orang doktor pakar..

"PUAN SITI..DAH BERSEDIA UNTUK MATI??"

Beretika sungguh soalan doktor tu..!!!
Mati itu ditangan dia kah agaknya....
si isteri yang tidak mengerti terkejut dengan pertanyaan yang sedemikian rupa..

Doktor pakar lain menghampiri si isteri..

"Puan... ermmm.. Atas pemeriksaan dan analisis yang telah dilakukan ke atas puan...ermmmm... Sabar ya puan.. Anggaplah ini ujian Allah.. Puan menghidapi BARAH RAHIM..."

Puan siti tersenyum.. 

"Alhamdulillah ya Allah.. Engkau telah memilih ku untuk merasai nikmat sakit ini.."

Allah swt telah memilihnya antara salah seorang yang menerima ujian dari yang Maha Esa. Riak wajah yang suram dan suasana yang sedih menyelubungi bilik doktor. Suami puan siti hanya mampu tertunduk menahan sebak di dada.. Si Suami tidak mahu kehilangan isterinya yang dicintai.. 

Siang malam si suami bekerja semata-mata memenuhi kehendak dan permintaan isteri. Segala apa yang diminta, pasti akan ditunaikan..

Sedih melihat si isteri apabila anak-anak saudara datang berkunjung ke rumah.. Memamg suami isteri ini sentiasa melayan segala kerenah anak-anak saudaranya. Pantang ada anak kecil mesti si isteri terus mengambil dari pelukan si ibu.. 

Beberapa bulan yang lepas, si isteri telah mengambil upah menjaga seorang bayi yang sungguh comel..namanya Muhaimin.. sekarang dah masuk 6 bulan.. Sungguh! Dijaganya bagaikan anak sendiri..

Semoga suami isteri ni tabah menghadapi ujian daripada Allah swt..



::..Nota tangan..::

Semoga kak Yan & abg Awie tabah serta cekal dalam mengharungi ujian-ujian dari Nya..
Doa kami sekeluarga ummi & abi serta abah & ma sentiasa mengiringi kalian berdua...

Biarlah Rahsia...

by

Alkisah..
Tiga orang sahabat sedang beriadah di sebuah tasik. Setelah peluh membasahi dahi, mentari mencengkam kulit, angin lembut menyapa telinga, mereka bertiga melepaskan penat sambil menikmati alam ciptaan Allah. Terpandang sekumpulan akhwat yang beriadah sambil mentadabbur kalam Allah..


"Cantik sungguh muslimat tu kan?." Alif


"Ya..cantik.." Bohari


"Kenapa?" Cicoo


"Aku nak cuba dapatkan muslimat yang solehah." Alif


"Ha..? Kau biar betol.. Kan couple tak baik.." Cicoo


"Ada aku cakap aku nak couple? Aku cakap aku nak dapat kan muslimat solehah.. Muslimat yang solehah dari segi agamanya dan akhlaknya sebagai peneman hidup aku hingga ke syurga..insyaAllah.." kata Alif sambil memandang jauh ke tasik yang tenang itu setenang jiwa dan hatinya.


"Baguslah jika itu hajat kau Alif." Bohari


"Apalah korang ni..kan Allah dah cakap yang jodoh kita telah ditentukan Nya sejak di lauh mahfuz lagi. Tak usahlah duk mencari.. Membazir masa je.." Cicoo


"Betul tu.. Namun Allah swt menyuruh kita berusaha bukan hanya menunggu sahaja ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.." Bohari


"Berusaha dengan cara apa? Mengorat and then bercinta..? Bukankah itu jalan yang menghampiri zina ya sahabat? Walatakrobuzzina.......!" Cicoo


"Waahh..! Pandai kau berhujah..Tak sangka aku" sampuk Bohari tanpa menunggu Cicoo menghabiskan ayatnya.


"Ya akhi Cheku Khairul @ Cicco.. Lapangkan dada & bukakkan fikiran.. Maksud berusaha tadi adalah bila mana kita impikan yang solehah itu menjadi ketua bidadari kita di syurga kelak, kita seharusnya men'soleh'kan diri kita terlebih dahulu. Berusaha dengan men'soleh'kan diri dengan cara tingkatkan ibadat, tingkatkan iman yang masih diparas kenipisan kulit bawang, perbetulkan diri untuk menjadi muslim yang berguna kepada agama. InsyaAllah, barulah Allah menganugerahkan seorang bidadari dunia yang sempurna akhlaknya."Alif


Alif terus menyambung keterangannya...


"Bila kita dah berusaha untuk persiapkan diri, hati tak perlu gusar lagi untuk memilih pasangan hidup kerana yang menjadi ketua bidadari syurga nanti adalah golongan yang dipilih Allah swt untuk kita.." Alif


"Ya.. betol tu Alif.. itu lah maksud USAHA tadi ya akhi Cicoo.." Bohari


"Ermm.. T_T " Cicoo


...Nota hias...



Kalian faham maksud terpilih, memilih atau dipilh? Ana bagi cara mudah untuk kalian fahami..

TERPILIH
Dalam satu balang terdapat 20 biji bola pingpong.. kalian memerlukan 5 biji bola pingpong sahaja dan ambilnya dengan mata yang dipejam. 5 biji bola pingpong itu adalah bola yang terpilih..


Bermaksud.
Antara 20 wanita muslimah yang diberi perhatian oleh Allah swt hanya 5 orang sahaja wanita muslimah telah terpilih..


MEMILIH
Kalian dikehendaki memilih 3 biji bola pingpong yang elok & tidak kemek daripada 5 biji yang terpilih tadi..


Bermaksud.
Allah swt telah memilih 3 orang wanita muslimah yang telah ditapis daripada 5 orang wanita muslimah tadi.


DIPILIH
Daripada 3 biji bola pingpong tadi kalian dikehendaki pilih 1 biji yang tiada cacat cela sama ada kesan calar atau kotoran.


Bermaksud.
Seorang wanita muslimah yang solehah telah dipilih Allah swt daripada 3 orang wanita muslimah dengan lulus temuduga yakni seorang wanita muslimah yang solehah yang patuh perintah Allah, berjuang dijalan dakwah kerana Allah & Rasul.


Dan wanita muslimah itulah ketua bidadari syurga kelak yang menjadi idaman para mujahid seperti kalian dambakan..


Wallahualam


by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...