Perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Itulah hadiah yang Allah berikan untuk meraikan fitrah insani. Siapalah kita untuk menidakkan kehadiran fasa ini. Dengan izin Allah akan hadirlah fasa ini. Di dalamnya ada tanggungjawab bukan sekadar suka suka. Suka duka kehidupan pasti silih berganti namun di dalam perkahwinanlah wujud medan praktikal melebihi medan teori. Maka tidaklah asing jika hadith mengatakan sempurnalah setengah agama jika seorang hamba itu menikah ( Hadith hasan riwayat Al-Hakim dan Ath-Thabrani dari Anas Bin Malik)
Persoalan bersedia atau tidak, tanyalah iman di hati. Bila redha ibu bapa dan jalannya Allah permudahkan, siapalah kita sebagai hamba untuk menidakkan. Walaupun manusia berkata itu dan ini, keputusan itu di tangan kita bahkan perancangan Allah itu mengatasi segalanya.
Alhamdulillah dengan izin Allah. Berubah ke fasa baru. Merasa manisnya pernikahan yang Allah berikan. Kerana apa ana berkata fasa ini manis, kerana iman ana bakal diuji dan kemanisan iman itu hanya dirasai selepas diuji, diuji dan diuji hingga dijemput pergi. Perkahwinan juga merupakan ujian bila mana Allah rasa kita layak menempuhinya.. Allah!
Wajib ditanya di jalan apa kita menikah? Sangat menenangkan kalau di jalan dakwah kita menikah dan mesti diperingatkan bahawa di jalan nikah juga aku berdakwah. Keduanya perlu perlaksanaan. Doakan ana ya. Ini tanggungjawab yang bakal disoal Allah kelak. Harus mencari bekal untuk sebuah Baitul Muslim yang diredhai Allah.
Ber'honeymoon' diusia kandungan 7 bulan. :) |
Kegemaran & kegilaan sejak awal preggy..hu~ |
Alhamdulillah. Hari ni check up untuk 28 minggu lebih.
HB pun dah naik walaupun sikit. :)