Showing posts with label Alam Rumah Tangga...^_^. Show all posts
Showing posts with label Alam Rumah Tangga...^_^. Show all posts

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.


Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.

Kisah di copy dari FB.


Hai anak ummi wa abi. Nanti rerajin baca Quran tau..! :)


Click banner untuk sertai.

"Aku terima nikah Maryam Sofea binti Marwan Solihin dengan mas kahwinnya RM250 tunai." kata keramat yang lahir dari bibir Izzul Harith bin Ibrahim.

Tersenyum sendiri Maryam menatap gambar di hari bahagianya dua tahun yang lalu. Hatinya sudah dimiliki oleh seorang mujahid pilihan Allah untuknya. 'Dialah jawapan istikharah ku.. Sah menjadi imam ku..'

Jarum jam sudah bergerak ke angka 11. Maryam Sofea setia menunggu kepulangan suami tercinta sambil membaca novel Sebarkan Cintamu karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

'Lewat juga abang balik malam ni' hati Maryam berbisik sendirian.

Izzul Harith bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebagai doktor farmasi. Tugas yang dipertanggungjawabkan olehnya tidaklah sesibuk doktor-doktor yang berada di wad. Namun, tanggungjawabnya sangat berat. Beliau harus berhati-hati dan teliti dalam menjalankan tugas terutama semasa memberi pelbagai jenis ubat kepada pesakit agar tidak berlaku kesilapan.

Kedengaran enjin kereta di perkarangan rumah. Bergegas Maryam meluru ke muka pintu untuk menyambut kepulangan suami tercinta. Senyuman manis terukir dibibir Maryam tatkala menyambut tangan suaminya.

"Sayang tak tidur lagi ke?" tanya Harith.

"Sayang tunggu abang dulu.. Ermm, abang mesti penatkan? Sayang buatkan air ye." Maryam melepaskan tangan Harith untuk ke dapur. 

Belum sempat Maryam melangkah, Harith dengan pantas menarik lengan Maryam. Satu ciuman singgah didahi Maryam.

"I Love You sayang..!" ucap Harith begitu romantik.

Maryam tersimpul-simpul malu. 'I Love You Too Abang', Maryam membalas ungkapan keramat di dalam hati sambil berlalu ke dapur.

Malam makin larut. Maryam merebahkan badan disisi suaminya setelah selesai baca surah al-mulk. Harith yang sedang membelek majalah SOLUSI perasan yang isterinya ingin bertanyakan sesuatu. Namun tiada kata yang keluar dari bibirnya.

"Sayang ok ke?" Tanya Harith

"Ermm, ok je abang. Kenapa?" Jawab Maryam sambil memandang suami yang disayanginya.

Direnung mata isteri yang dicintainya. Cinta yang berputik selepas akad nikah, mata itulah yang direnungnya pada saat lafaz sakinah sehingga jatuh ke lubuk hati yang paling dalam dan terus terpahat di situ.

"Sayang, Abang minta maaf ye. Dah tiga hari berturut-turut abang balik lambat. Pergi kerja Dania tak bangun lagi. Balik kerja pula Dania dah diam beradu. Maafkan abi ya Dania. Maafkan abi juga ya ummi Dania." luah Harith.

"Abang. Sayang faham kerja abang. Abangkan keluar cari rezeki untuk keluarga. Dania ok je abang, tak banyak kerenah. Cuma seperti dia rindukan abinya." luah Maryam pula.

Mata mereka beralih pada ruang sudut bilik. Terlihat katil Maisarah Dania yang dihiasai reben pink putih. Bayi baru berusia 8 bulan leka dibuai mimpi nan indah. 

"Dania je yang rindu abi? Ummi Dania tak rindu abi?" Seloroh Harith.

Maryam mencubit lengan suaminya. Malu dirinya dikenakan begitu.

"Abang, jom tidur. Nanti terlepas tahajjud." Maryam bersuara menutup rasa malu.

"Jom sayang. Baca tiga Qul dulu ya sebelum tidur." Harith mengingati isterinya sambil menghadiahkan senyuman.

4.30 a.m...

Maryam terjaga dari lenanya. Meraba-raba suami disebelah. Tiada..!
Kedengaran suara rintihan dalam sedu sedan di bilik sebelah. Lama Maryam hayati, makin kuat rintihan itu. Dia tahu..! Apa yang dilakukan oleh suaminya. Dan dia akur, itulah cinta suaminya yang sejati dan yang pertama dihati. Dia tidak perlu cemburu akan cinta itu. Maryam berfikir, walaupun segunung cintanya terhadap Harith, namun tidak pernah sesekali sama akan cinta suaminya ditikar sejadah itu. Esak tangis. Suara Harith hiba, mengadu pada Yang Maha Pencipta. 

Wajah Harith yang begitu suci baginya bagaikan tiada masalah tiap kali mereka bersama. Manusia mana yang tiada masalah, sama ada sebesar-besar gajah mahupun sekecil-kecil zarah. Namun Harith tidak sedikit pun menunjukkan masalah kepadanya. Hanya kepada Yang Agung tempatnya mengadu saban malam. 

Maryam bergegas ke bilik air, tidak mahu melengahkan masa. Maryam mahu mengikuti serta berjumpa Allah bersama suaminya.

Selesai solat sunat tahajjud, Maryam dan Harith sama-sama menghabiskan satu juzuk yang masih berbaki. 15 belas minit kemudian, sayup-sayup kedengaran suara bilal menandakan telah masuk waktu subuh.

Harith mengimamkan solat subuh dengan penuh khusyuk. Alunan surah al-Fatihah sungguh menyentuh hati. Tak disangka-sangka, Harith menagulunkan pula surah al-Waqiah pada subuh itu. Menitis air mata membasahi pipi Maryam. Sangat meruntum jiwanya.

Setelah mengaminkan doa, tiba pula untuk bersalaman. Harith perasan mata dan hidung Maryam kemerah-merahan.

"Sayang, kenapa menangis?" Tanya Harith.

Maryam diam seribu bahasa.

"Sayang. Sayang abang yang comel lagi solehah ni sakit ke?" Seloroh Harith.

Maryam hanya tersenyum kelat. Namun esak tangisnya terus kedengaran.

"Sayang.. Kenapa? Abang ada buat sayang kecil hati ke?" tanya Harith lagi memujuk isterinya.

"Abang. Sayang Cemburu." Terungkap tiga kata dari bibir Maryam.

Harith hanya tersenyum apabila terdengar ungkapan jujur dari isterinya.

"Sayang cemburu abang akan ada bidadari lain di syurga nanti." luah Maryam.

"Bila abang cakap macam tu sayang.?" tanya harith sambil menyeka air mata di pipi isterinya yang mulus.

"Tadikan abang cakap masa solat subuh." Maryam bangun mengambil surat cinta dari Allah dan dibeleknya helaian keramat itu.

"Surah Waqiah ayat 22 dan 23 'Dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik' dan ayat ke 35-38 'Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung*, lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh penuh cinta dan sebaya umurnya untuk golongan kanan." luah Maryam lagi dalam tangisan.

Harith hanya tersenyum. Itu saja yang dia mampu ukirkan dibibir tatkala isterinya yang dicintai dunia akhirat mengadu hiba di depannya. Harapan Harith dengan senyumnya memberikan semangat dan meredakan perasaan isterinya yang gusar.

Harith duduk bertentangan dengan Maryam. Diambil tangan Maryam dan menggenggamnya erat. Direnungnya anak mata Maryam yang bersinar cahaya. Dicium tangan Maryam dengan penuh kasih sayang yang sarat dengan cinta. 

Berdebar-debar Maryam menanti suami yang dicintainya bersuara.

"Sayang. Abang sayangkan sayang. Sayang tahu kan?" bisik Harith.

Maryam mengangguk lemah.

"Abang cintakan sayang. Itu pun sayang tahukan?." bisik Harith lagi.

Maryam terus mengangguk.

"Semua ni kerana siapa sayang?." tanya Harith.

"Kerana Allah dan Rasul." jawab Maryam dengan yakin.

Harith terus memeluk bahu isterinya sambil mengusap kepala Maryam yang masih berlitup rapi dek telekung solat.

"Sayang, jika itu jawapan sayang atas pertayaan abang tadi, mana mungkin cinta, rindu, kasih dan sayang abang terhadap isteri tercinta abang ni beralih arah tatkala di akhirat kelak? Sayang, wanita solehah adalah bidadari didunia. Dan sayang adalah bidadari dunia buat abang. Dan sayang jugalah ketua bidadari di syurga kelak." luah Harith.

"Sayang. Abang nak sayang tahu satu perkara. Abang sebenarnya lagi cemburu pada sayang." Harith sambung luahannya.

Maryam terus mendongak, memandang mata Harith.

"Maksud abang.?" Maryam bertanya kehairanan.

"Ya.. Abang lagi cemburu.. Sangat-sangat cemburu pada sayang." Harith menunjukkan air muka yang hiba.

"Apa yang sayang dah buat sampai abang cemburu pada sayang.?" tanya Maryam lagi.

"Pada hari kita dipertemukan oleh ustaz Ehsan serta keluarga kita, abang malu sangat bila tengok sayang. Sayang muslimah yang sangat solehah. Pada masa tu abang terfikir layakkah sayang untuk abang?. Abang lagi cemburu bila ustaz Ehsan maklumkan pada abang ramai mujahid yang sudi jadikan sayang sayap kiri mereka. Namun, alhamdulillah Allah telah menganugerahkan mujahidah solehah Maryam Sofea pada abang." Harith terangkan dengan suara agak perlahan sambil menggenggam erat tangan isterinya.

Maryam terseyum mendengarnya...

"Lepas nikah lagi abang cemburukan sayang. Sayang pandai jaga abang, sayang pandai memasak. Tengok badan abang ni dah makin 'tegap'." seloroh Harith sambil memicit hidung isterinya.

Maryam menjerit kecil bila dilakukan begitu.

"Cemburu abang makin bertambah-tambah tatkala sayang disahkan hamil. Masakan abang mana boleh mengandung. Sabda Rasulullah saw perempuan yang mengandung akan diampunkan 1000 dosa dan diberikan pula 1000 pahala. Banyak tu. Sebab tu abang cemburu. Saat Dania dilahirkan, sayang bertarung nyawa. Kesakitan tak terkata. Abang bukan tak berpeluang nak merasai itu semua tapi memang peluang itu tak akan muncul sampai bila-bila bahkan sampai kiamat berlaku. Jika ditakdirkan, Allah ambil sayang masa lahirkan Dania, cemburu abang berada tahap tinggi. Sayang akan syahid dijalan Allah. Tapi abang? Tak mampu berada ditempat sayang. Jika Allah izinkan, abang nak rasa kesakitan sayang saat lahirkan anak-anak kita." Harith meneruskan luahannya yang berakhir dengan dihujani air mata yang membasahi pipi.

"Abang ku sayang. I Love You Too." ucap maryam setelah mendengar luahan hati suaminya.

"Ha...?" Harith hairan tiba-tiba isterinya melafazkan cintanya.

"Jawapan malam tadi, sayang jawab dalam hati. Allah je yang dengar. Sekarang sayang ucap depan abang, biar abang  pon turut dengar." Maryam menjawab.

"Sayang, abang berjanji bahawa di akhirat kelak sayanglah ketua bidadari abang di syurga. Kita bercinta hingga ke syurga ya sayang." Harith berkata dengan rasa cinta terhadap isterinya yang solehah.

Perbualan mereka terhenti akibat terdengar Maisarah Dania bercakap seorang diri di katilnya. Dengan pelbagai bahasa bayi digunakan sambil tangan bermain kain yang menyelimuti badannya. Izzul Harith dan Maryam Sofea tersenyum melihat gelagat bayinya yang sangat comel.

"Mata bulat, bulu mata lentik, kulit putih merah, lesung pipit di pipi. Semua ikut Ummi ya.. Abi cemburu." Harith berkata.

"Abang ni. Tu ha hidung Dania yang mancung tu ikut siapa kalau tak ikut abinya" Maryam terus menarik hidung suaminya yang sedang mendukung Maisarah Dania.

"Sayang, sama-sama kita doakan Dania menjadi anak yang solehah ya. Dialah saham kita di akhirat kelak." kata Harith kepada Maryam.

"InsyaAllah abang." jawab Maryam pendek sambil mencium pipi Dania yang merengek minta disusukan.


..nota jari manis..

Rumah tangga bahagia didunia dan diakhirat..
Cinta Allah dan Rasul yang pertama dan utama..
Indahnya bercinta berlandaskan syariat..
Nan berseri dengan cahaya mata..

tag : Wardah addin & Farhana



Rasulullah saw berpesan "Tidak ada jalan lain pada dua orang yang saling mencintai selain berkahwin".(Ibnu Majah)

Setiap manusia pasti merasai kenikmatan apabila hubungan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang halal. Hikmah di sebalik perkahwinan itu adalah dapat menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan maksiat.

Perkahwinan juga menyempurnakan iman seseorang sebagaimana Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud "Siapa yang dikurniakan isteri yang solehah, bermakna beliau sudah membantu menyempurnakan iman orang itu. Oleh itu beliau pernah bertaqwa kepada Allah bagi mencukupkan imannya." (At-Tabrani, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Allah menciptakan manusia dengan berpasang-pasangan supaya kedua-dua mereka dapat melahirkan zuriat dan keturunan. Manusia secara fitrahnya juga ingin dicintai, disayangi supaya mereka sentiasa berasa tenteram dan bahagia.

Kini terdapat juga kalangan yang tidak mahu berkahwinan tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan syariat. Namun perkahwinan sebenarnya menyempurnakan iman seseorang.

Mereka yang faham mengenai hakikat perkahwinan pasti akan mencintai perkahwinan. Ia bukan hanya kerana dorongan hawa nafsu tetapi kerana niat bagi menyempurnakan setengah daripada iman menuju reda Allah dan dengan mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw.

Selepas berlakunya ijab dan kabul maka akan berlaku perubahan besar kepada hubungan antara lelaki dan perempuan perhubungan yang haram menjadi halal, maksiat menjadi ibadah, perkara keji menjadi suci dan beban menjadi tanggungjawab.

Melalui perkahwinan kita dapat melihat fitrah seolah-olah berkata "Ya Rasulullah sambut kehadiran aku kerana aku adalah umatmu yang mengikut sunnahmu menikah."

Umar Al-Khattab pernah berkata "Sesungguhnya aku menikah walaupun aku tidak perlu menikah dan aku ingin bersetubuh walaupun aku tidak memiliki hawa nafsu."

Lantas ada orang bertanya kepadanya "Oleh itu apa yang membuatkan kamu ingin bernikah?" Umar menjawab "Aku mahu menjadi orang yang dibanggakan oleh Nabi Muhammad pada hari kiamat nanti."

Justeru, pernikahan adalah ibadah dalam Islam yang mana setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami dan isteri diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.

Rasulullah saw bersabda "Sekiranya seseorang menyalurkan syahwatnya iaitu bersetubuh pada tempat yang dihalalkan, orang itu mendapat pahala." (Muslim dan An-Nasai)

Kepada pasangan yang saling mencintai jalan yang terbaik buat mereka untuk menghindari diri daripada melakukan perkara yang dilarang agama dan menghilangkan kegelisahan adalah dengan menikah.

Walaupun pemuda-pemudi yang masih bujang itu bersikap baik dengan melaksanakan solat, berpuasa tetapi mereka tetap dengan fitrahnya sebagai makhluk yang merindukan pasangan hidupnya dengan godaan syaitan yang mengotori kesucian hatinya serta mengganggu rasa khusyuk beribadat.

Oleh itu sahabat sahabiah.. Tunggu apa lagi.. Jom Menikah...!!
\(^____^)/


..::nota cinta::..

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang dah nak bertunang dan yang dah nak bernikah... Sungguh rasa seronok ana mendengar khabar baik ini.. Kepada 'dia', ana doakan semoga Allah memberikan yang solehah buat mu.. InsyaAllah..^__^

Apabila Hati Rindu Menikah..^__^

from: Mas Udik Abdullah

by

Assalamualaikum sahabat-sahabiah.. salam sebelas Syawal... Alhamdulillah... Jumaat penghulu segala hari bersua lagi.. dan hari ni jua hari terakhir ana bersama si dia yang ku cintai...


Tiada apa untuk di coretkan.. cuma hati ini sudah terasa kerinduan yang teramat sangat.. Oh si dia ku cintai Ummi wa Abi... ^__^

Doakan anakanda mu ini..

..::nota hias::..

Detik-detik terakhir berada di kampung halaman.. Masak nasi ayam untuk jamuan selepas solat Jumaat sebentar saja lagi..

Mohon doa dari sahabat  sekalian supaya perjalanan kami sebuah bas selamat sampai ke destinasi pada malam ini..

p/s : beg teramat berat.. ummi paksa bawak itu ini utk jamu kawan2 kat sana.. ^^ jom terjah ke bilik ana.. *muslimin NO ENTRY..! oke!

by

Assalamualaikum sahabat sahabiah... Salam Ramadhan hari ke 20... Apa khabar sahabat sekalian? Apa khabar iman sahabat2? Semoga pada hari ke 20 Ramadhan ini iman kita semakin KEBAL dan TEBAL untuk menempuhi segala cabaran sebelas bulan yang akan datang.. insyaAllah.. 


Alhamdulillah Ya Rahman kerana pada hari ini jua kita masih lagi menikmati oksigen yang Allah kurnia & masih lagi diberikan secara percuma.. Yela sahabat2, sering kali ana tulis kan di sini bahawa betapa  beruntungnya kita sebagai hamba2Nya diberikan segalaNya dengan percuma tanpa diminta sedikit bayaran pun.. Cuba bayangkan tiba2 BIL OKSIGEN yg kita gunakan sepanjang kita hidup dimuka bumi Allah ini sampai di rumah? 

Renung-renungkanlah....

Tapi manusia tidak pernah cukup apa yang diberikan...
Semoga kita tidak tergolong dengan golongan-golongan yang tidak bersyukur...insyaAllah..

AWAK JATUH CINTA??

Apabila soalan ini diajukan, mesti ramai yang tersenyum..bukan?

Pernah sahabat-sabahat ana bertanyakan soalan sebegini ini, seperti biasa senyum lebar tak lekang dibibir.. Tapi bukan itu yang ana ingin bicarakan di sini.

"bagaimana kita perlu bersikap, sekiranya kita telah jatuh hati kepada seseorang lelaki yang soleh, tetapi keadaan sekarang tidak memungkinkan kita untuk menikah'"

Jika soalan sebegini ditanya, apakah jawapannya? Ni sebenarnya antara soalan yang ditanya oleh beberapa sahabat ana. Mereka adalah pendakwah di kampusnya. Ketika ditanya mungkin jawapan yang ana berikan hanya sekadar & spontan sahaja. Kiranya jawapan itu tidak mencukupi bagi membantu masalah yang mereka hadapi, namun ana mengambil peluang di alam maya ini menjawab masalah itu.


Bicara Jodoh...


Semestinya akan menjadi banyak kemungkinan & sebab yang melambatkan sampainya jodoh seseorang. Kemungkinan jua kita telah meyakini bahawa kita telah bertemu dengan jodoh kita, tetapi jalan yang menuju pembinaan masjid itu kelihatan agak pudar.


Boleh jadi juga kita sendiri tidak mendapat kebenaran daripada pihak keluarga. Atau berkemungkinan jua di pihak kita sudah menyetujui, namun di pihak yang satu lagi masih belum mempunyai kata putus.


Atau pun juga keluarga kita memang tidak memahami dan tidak mengizinkan kita untuk meneruskan niat murni tersebut ke arah pernikahan. Kemungkinan besar kita sebagai student masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu, after study baru boleh memikirkan tentang hal yang berkaitan alam pernikahan. Kebanyakkan ibu bapa berfikiran sebegitu, namun kata-kata ibu bapa kita itu ada betulnya. 


"REDHA ALLAH BERGANTUNG KEPADA REDHA IBU BAPA"


Ingat ayat di atas ni..


Kita sebagai hambaNya perlu yakin dan percaya bahawa jodoh seseorang itu telah sekian lama termaktub di lauh mahfuz lagi. Jadi jangan susah hati. Simpan lah perasaan cinta itu kepada Ilahi serta Rasul dan kepada bakal zauj/zaujah anda..


Menyikap..


Dalam menghadapi kondisi yang agak sukar sebegini, kita perlu sentiasa kembali kepada Allah. Allah pasti mempunyai perancangannya. Kita merancang, Allah pun merancang namun perancangan Allah lagi hebat dari segala-galanya. Jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaikki diri, melobi keluarga dan menggunakan saluran yag benar untuk sampai kepada pernikahan, namun saatnya masih tidak kunjung tiba, maka apa yang perlu dilakukan.?


Kebanyakkan individu akan menyalahkan persekitaran. Menyalahkan ibu bapa yang tidak memahami keadaan masyarakat. Kita sering mengatakan "nak menjaga kesucian diri bukannya mudah." Dan seribu alasan lagi.


Seharusnya kita perlu berbalik kepada perkara yang asas. Yang perlu kita lihat adalah diri kita sendiri. Menyalahkan keadaan adalah sesuatu kesilapan. Hal ini kita seakan-akan menyalahkan takdir Allah atas lambat datangnya jodoh.


Mempertingkatkan..


Pertama sekali yang perlu dilakukan adalah berterusan memperbaiki diri kita. Jangan pernah merasakan bahwa kita telah cukup bersedia untuk menikah selagi belum ada kata putus daripada orang tua. Jangan sesekali menyalahkan keadaan apabila tiada jodoh yang sesuai untuk kita. Jangan pentingkan dengan pencarian jodoh kita siapa, namun pentingkan dengan akhlak & taqwa dalam diri kita. Sama ada semua itu sudah memenuhi kehendak pasangan yang soleh/solehah. Tetapi janganlah sesekali mencari yang soleh/solehah jika diri kita tidak pernah berusaha untuk berubah menjadi soleh/solehah.


Kita sentiasa perlu ingat bahawa jodoh itu perlu dicari bukan dengan cara mendekati sang jodoh tersebut, tetapi dengan mendekati Sang Pemilik Jodoh.


Jika pernah ketika dahulu kita sering kali terbabas dengan kelalaian diri kita sendiri, segeralah bertaubat atas segala debu-debu dosa yang sentiasa menjalar ke segenap penjuru hati kita.


Kesimpulan: Mendekati Allah swt..


Kerana Dia lah yang menentukan segala-galanya. Dialah yang mempermudahkan segala urusan, Dialah jua yang merumitkannya. Setiap yang ditakdirkan Nya pasti tiada yang sia-sia. Maka pastikan setiap yang berlaku kepada diri kita dikembalikan kepada diri Nya. Barulah permasalahan akan selesai. Jodoh itu ada, namun kita bukan pemilikNya. Serahkan segalanya kepada Nya. Kerana Dialah Pemilik Jodoh.
::..nota hujung jari..::


Kepada sahabat-sahabat yang ada pasang niat nak menikah muda, kenalah pandai mencuri hati mak ayah terutamanya sahabat-sahabat perempuan. Maksud ana banyakkan bantu emak kita dirumah terutama bahagian dapur ^^.. ringankan tulang membantu mak, jangan tunggu disuruh baru nak buat. Itu tauladan yang tidak baik. Tunjukkan komitmen kita agar niat yang kita pasang itu dapat membina sebuah masjid yang terang benderang lagi bercahaya. 


Teruslah berdoa kepada Nya agar segala-galanya dipermudahkan.


JANGAN MENCARI YANG SOLEH/SOLEHAH
NAMUN,
JADILAH YANG SOLEH/SOLEHAH


p/s : ada kena mengena ngan tajuk kat atas tak entry ni??
\(^___^)/ 


by~setanggi syurga~

Dimalam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini.. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi..

Alam bagaikan mengerti, hujan rintik2 dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini...

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka..

Sebelum ini mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu dihadapan keluarga masing2..Jika adapun bertemu bersama kawan2..tidak pernah mereka berjalan beriringan..tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin...Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka...

Malam semakin larut...Si suami membasahkan tubuhnya..menyucikan diri..aneh?..bisik isterinya...di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh??.. Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong....agak lama....sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu itu...Alangkah terkejutnya...suaminya seakan mati...kaku dengan gerakkan sujud..dan terdengar esakan kecil...umpama merintih...

Dia tahu!...apa yang dilakukan oleh suaminya...dan dia akur..itulah Cinta suaminya yang sejati...dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu..ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya....tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu...

Dia menunggu...berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu...Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya...isterinya menunduk malu...

isteri: Mengapa awak memilih saya?

suami: Kerana awak berniqab (memakai purdah)..

isteri: Ramaikan yang berniqab..

suami: Kerana awak ada agama..

isteri: Ramaikan yang ada agama..

suami: Kerana awak adalah jodoh kententuan dari Allah swt..

Isteri kehabisan soalan...dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi..

suami: Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata..saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah...tetapi saya melihat dirumah awak..dihadapan ibu bapa awak...ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak...dan ketika awak membuka niqab...saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak...

isteri: Saya tidak cantik...

suami: Baiklah beristerikan perempuan berkulit hitam, berbibir tebal...tetapi mempunyai agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik...daripada memiliki isteri yang berkulit mulus tetapi tiada agama dalam dirinya...tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya..tetapi adakah perempuan sedar...mereka menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya adalah bahan bakar di neraka kelak... Wana'uzubillah...

isteri: Saya juga ingin cantik..

suami: Sayang..kecantikkan awak takkan kekal..awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

isteri: Itulah yang saya mahukan...

suami: Mahukah awak menjadi secantik bidadari..malah labih dari itu?

isteri: Perempuan didunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

suami: Ada caranya...malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit..!

isteri: Yakah? tunjukkan caranya...!

suami: Rasulullah pernah berkata "Wanita didunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."

isteri: Saya kurang faham...dimana alat2 mekapnya?

suami: Rasulullah pernah berkata "Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda: 'Jika perempuan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga." (HR Al-Bazaar)

isteri: Bagaimana cantiknya saya didalam syurga nanti?

suami: Tolong ambilkan al-Quran atas meja tu dan tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu...awak ada wudhukkah??

isteri: Ada..nanti sekejap...

suami: Lihat surah al-Waqiah, "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung" (ayat 35)..Ibnu Kathir dalam menafsirkan  ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan denagn ciptaan yang baru..Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan..Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikut "dan kami dijadikan mereka itu gadis perawan" (ayat 36)

isteri: Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti..

suami: Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi "(tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur " (ayat 37)..Dalam ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka..cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja...(Tafsiran Ibnu Abbas)

isteri: Sohih tu..tapi saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti...

suami: Baiklah...tunggu sekejap saya ambil kitab hadis...lihat, ini ada riwayat dari hadis Tabrani...sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin...yang saya ceritakan tadi...ingatkah?

isteri: Oh...ada2 ingat..

suami: maka bertanya lagi Ummu Salamah "dengan apa? yang menyebabkan mereka lebih baik.." baginda pun bersabda "Dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah..malah Allah memakaikan mereka pada muka mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning yakni emas, rantai mereka daridapa permata, sikat mereka daripada emas..lalu mereka berkata "kami kekal didalam syurga dan kami tidak akan mati lagi..kami memperoleh nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal didalam syurga dan kami tiak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami... Lalu Ummu Salamah bertanya lagi "wahai Rasulullah, ada dikalangan kami ada yang berkahwin dengan dua orang lelaki ((bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam syurga), Baginda menjawab "dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak.. Nah..! hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari...

isteri: Alhamdulillah...baru saya faham..maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari firman Allah dan hadis...maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari...

suami: Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapt nikmat yang tak ternilai banyaknya.. dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian mereka..Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya..? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala pula disamping berhajat kepada suaminya..akan tetapi kecantikkan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka..Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?

isteri: Saya tahu sedikit daru ilmu yang saya kutip...tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya..

suami" Ya..saya juga muzakarah dengan awak...lagi satu...bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga...

isteri: Hah..! bidadari marah saya? kenapa? macamana awak tahu?

suami: Buka kitab hadis tadi...baca "Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya didunia, jika tidak, maka bidadari2 isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk bersama kami." (HR. Ahmad dan Tirmizi dari Mu'adz bin Jabal  ra)

isteri: Wah..saya amat takut jika awak meninggalkan saya didunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak disyurga..!

suami: "Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir...hati yang senantiasa bersyukur san isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya." (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

isteri: Alhamdulillah...baru saya faham sejelasnya...terima kasih abang..tetapi itukan banyak persoalan tentang saya...bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah...yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga...bagaimana dengan diri abang?

suami: Oh itu masa tidak mengizinkan...biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti...insyaAllah esok malam kesua kita bicarakan soal itu ya...nanti kita minta ahli2 u-jam tolong buatkan artikel..!

isteri: Asyik2 u-jam..baiklah..jadi sekarang saya tuntut tanggungjawab abang..!

suami: hehehe..jom sayang..!


..::nota rindu::..

Nak jadi "ketua bidadari jugak"...^^
Ana masih ingat lagi kata2 ustazah suja..mas kahwin untuk bidadari syurga adalah membersihkan rumah Allah...
So, para muslimin sekalian..berebut la anda...! jangan tunggu esok..!

by~shha aina~

from blog nokhtah cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...