Assalamualaikum wbt..

Moga sahabat sahabiah sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya. InsyaAllah.

Ana ada sedikit perkongsian. Tengah hari tadi sambil-sambil tolong ummi masak, sempat ana 'curi tulang' (sementara tunggu daging ayam empuk) buat bunga dari tisu. 

Cara-caranya seperti dibawah.



Hasilnya jadi macam kat bawah.

Tadaaa..

Sangat senang untuk buat bunga tisu ni. Tengok, sambil tunggu daging ayam empuk ana boleh buat. 2 in 1.

Ni separa siap



Ni pula yang dah siap.


Kredit gambar : DISINI

Ni bukan yang ana buat tau, nanti ada masa ana postkan bunga tisu hasil jari & tangan ana.
 InsyaAllah warna pink + putih atau putih + voilet.

Sapa yang nak tempah boleh la. :)

..nota hati..

Monolog hati "Ada bakat rupanya awak ni Nur"
Aah, kena tambah sedikit kerajinan & bila tak menjadi jangan cepat putus asa. :)





by

Anak UAI : Kredit gambar DISINI



Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan

 hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. 


Jika engkau berlazat & berseronok berbuat dosa, seronok & lazat

 itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal.








by


L-ive is go on,

E-verything reborn again,
B-ut
A-ll of d sin &
R-egret still inside in me,
A-nd I wanna say
N-othing but taqobbalallahu minna waminkum..


------------------------------------


Raya sebulan kan? So, tak terlambat lagi rasanya ana nak ucapkan salam lebaran.. :)

Gambar diambil di Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Ibai Terengganu.
Bersama Asma' Suardi. (Tekan nama beliau utk ke blognya ^_^

...nota cinta...

Walaupun kesihatan tak berapa nak mengizinkan, ana gagahkan diri untuk berjumpa beliau. Sungguh teruja rasa dihati tatkala mendapat tahu sahabat ana ini akan ke Terengganu. Maka dalam kepala pelbagai cadangan dibuat :). Ya, Allah Maha Merancang, kami berjumpa tidak la lama, hanya beberapa minit. Namun hati sungguh gembira, badan yang tak sihat alhamdulillah jadi lebih kuat dan semangat. Begitu indah ukhwah yang dijalinkan kerana Allah.

Ukhti Asma' yang disayangi, moga enti sentiasa bersemangat menyebarkan agama Allah dimuka bumi ini. 

Di mana ada benci, biarlah kita membalasnya dengan sayang...

Di mana ada hati yang terluka,biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...

 Di mana ada duka, biarlah kita yang menjadi penghiburnya...

 Di mana ada perselisihan, biarlah kita yang merapatkannya...

 Di mana ada keraguan, biarlah kita yang meyakinkan...

 Di mana ada putus asa, biarlah kita menebarkan harapan...

 Di mana ada kesedihan, biarlah kita yang berkongsi bahagia...

 Di mana ada kegelapan, biarlah kita yang membawa cahaya…

 Moga Allah sentiasa melindungi & merahmati mu..


by


Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi. Seindah manapun gubahan puisi bersulamkan cinta, selagi tidak mendapat keredhaan-Nya, tetap tiada gunanya.........




by

Gaji besar, kereta besar, rumah selesa, pangkat besar, hidup senang lenang. Daripada siapakah semua ini? Kurniaan siapakah? Kalau jawapannya dari Allah swt, rasanya Allah swt redha atau tidak? Suangguh..! Ia hanya sekadar diuji oleh Allah swt.

Apa yang dipinta Allah swt pasti akan tunaikan kehendak hamba-hamba-Nya.

TETAPI..

Adakah kalian ikut apa yang Allah pinta dari kalian? Atau hanya melepaskan batuk ditangga?


Selama ini pernah atau tidak tanya pada hati, "Sepanjang aku hidup, adakah Allah meredhai diriku..?"

Kerengga pandai bersyukur. Sekecil-kecil makan dikongsi.


..nota jari manis..

Menunggu kekuatan dari Allah? Itu salah. Seharusnya membina kekuatan agar Allah sentiasa dekat dengan kita. Kan?

by

Assalamualaikum wbt.

Salam Mahabbah semua. Agak lama ana tinggalkan teratak maya ini. Diuji dengan kesihatan yang sedikit terganggu. Alhamdulillah, makin pulih. Mohon doa dari sahabat sahabiah. 
Hari raya keempat, berlangsung walimah kak Nofa yang jelita. Rancang punya rancang, tapi rancangan Allah Maha Hebat. Ana tak dapat menghadiri hari gembira beliau. Mohon maaf ya kak, diri ini sangat-sangat tidak mengizinkan. :'(

  
Selamat Pengantin baru buat kak Nofariza dan suami. Moga jodoh akak berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah. Kak Nofa, nangis Hidayah tengok gambaq akak kawen. Sob sob sob...

Selamat Pengantin Baru juga buat Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal yang baru sahaja melafazkan akad nikah semalam. Tiada siaran langsung, tiada acara liputan besar²an. Alhamdulillah. Al-Fadhil Ustaz Don kata, "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin". Jom doakan kebahagiaan Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Biyajid dan Puan Husna Zahry Rafie.



"Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair". Maksudnya, "Semoga Allah s.w.t memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."

..nota hias..

Moga berbahagian hingga ke syurga..
Tunggu pula hari gembira tuan punya BTS.. :)

p/s~entah kenapa macam fobia ja dengaq nama negeri Kedah & Johor Bahru. Moga Kekuatan ini terus mengalir dalam diriku. Allah Maha Sayang..!

by



















Kalian ingat pada mereka berdua ni?
Merakalah pelakon iklan raya  BERNAS yang membuatkan hati kalian tersentuh termasuk hati ana juga.
Apa yang ana tau seorang buta dan seorang lagi pekak & bisu (jika salah tolong betulkan).

Nak upload video full tapi tak dapat. Kalian cari kat youtube pon ada. Tekan DISINI pun boleh..

..Nota tangan..

Ramadhan dah nak meninggalkan kita.. Jom pulun habis-habisan sementara masih ada waktu yang bersisa...
mood sedihhhhh...!!



by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...