Salam hari ketiga Syawal..
Bagaimana 'iman' sahabat-sahabat setelah 3 hari Ramadhan meninggalkan kita? Masih istiqomah? MasyaAllah...Alhamdulillah..

Seperti tajuk diatas.. Mendapat ilham dari sebuah blog kat SINI & then ana komen entrinya. Sebahagian dari tinta ana pada entri kali ni adalah antara ayat yang ana bagi komen pada blognya..

31 Ogos sering kali kita melaungkan MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA...!!
Ana nak tanya sahabat-sahabat.. Apa pengertian merdeka tu?
Ana tak mau habaq. Antum boleh tanya encik google or p bukak kamus dewan bahasa noh...!

Ya..! Ana akui memang kurang meminati subjek sejarah masa sekolah dulu.. Subjek sejarahkan kena membaca..ana lebih kepada subjek mengira.. bukan nak aibkan diri sendiri oke! tapi nak habaq sikit pasai sejarah ni penting.. terutama tentang Agama yang dibawa oleh kekasih Allah, Rasulullah saw..

Kepada daie, ikhwah dan akhwat mesti sentiasa didedahkan pasal dokumentasi 'Mustafa Kamal Altatuk' yang menjadi dalang segalanya. Kalian mesti didedahkan jua tentang lagu ni

ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERJAYA..
ADAKAH KAU LUPA KITA PERNAH BERKUASA...
MEMAYUNGI 2/3 DUNIA..
MERENTAS BENUA MELAYARI SAMUDERA..
KEIMANAN JUGA KETAQWAAN..
RAHSIA MEREKA CAPAI KEJAYAAN..

SEJARAH TELAH MENGAJAR KITA..
BUDAYA ISLAM DI SERATA DUNIA..
MEMBINA TAMADUN BERJAYA..
MERUBAH MENGANGKAT MARUAH..

Pengaruh Islam 2/3 dunia..! MasyaAllah..!




Clik DISINI untuk sejarah pejuang yang selanjutnya..

Dan inilah yang dibawa oleh Tok Janggut..

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [Surah Al-Baqarah, 2:30]

Ana memang selalu terfikir siapa pejuang siapa pengkhianat?
Hangat isu Mohd Sabu yang memperkatakan hal ini kan?
Ana terfikir pasal ini masa ana dalam tingkatan 6 tahun 2006. Ambik mata pelajaran pengajian am.. kena banyak membaca. so p library ana dapat satu buku yang sangat menarik.. Tajuk buku ana kurang ingat tapi berunsur islamik mengenai Rasulullah.. Sikit sebanyak faham mengenai itu..

Permulaan masuk IPT, wajib ambik subjek kenegaraan..oke! masuk kelas seperti biasa pasang telinga dengaq pasai pejuang and pemberontak...lagi lah dapat memahami apa maksud pejuang dan pengkhianat.. Banyak kali p tanya lec pasai ni..itu tak faham..ini tak faham.. Tanya pasai Bukit kepong.. Tanya pasai filem Leftenan Adnan.. Filem ini ditayangkan utk apa? Yelah, mana tau masuk exam kan..so kena tanyalah yang mana tak berapa faham.. Lec tunjukkan ana fakta-fakta yang diperolehi..siapa yang disimbulkan sebagai pejuang dan siapa pula pengkhianat.. Lec tak habaq habis pun..katanya kalo nak tau lagi jauh p library & cari bahan.. Lec Tak dapat bantu ana time tu takot dibuang dari mejadi tenaga pengajaq katanya.. Allah... Rezeki tu dari Allah..Bukan dari tangan manasia..!

Oke! TNC universiti kami yang dulu berkerja di BTN..BIRO TATA NEGARA..tak tau lg tanya en.google lagi ya...BTN memperjuangkan bangsa dan negara.. bukan memperjuangkan AGAMA..! 

selalu ckp pasai melayu.. MELAYU tak masuk syurga lah...!

ya..! bagaimana ana tau sedangkan ana langsung tak pernah sertai BTN? Akak ana baru cerita tentang itu sebentar tadi..akak ana ke BTN tahun 2009..katanya after solat subuh berjemaah disurau, para jemaah dijemput ke satu dewan untuk menonton tayangan HATI MALAYA bagi menggantikan kuliah subuh.. ha? Astagfirullah...! sungguh jelek melihat cerita itu tadi di astro..Tak tau lah ana perasaan hadirin yang menghadiri majlis itu ketika badan masih lagi dibaluti telekung solat & berkupiah serta berkain pelekat..kata akak ana lagi ramai yang menangis.. Apa yang kamu..kamu dan kamu sekalian tangiskan?

Ok sahabat-sahabat.. ana nak tanya..antum perasan tak sejak bangku sekolah sampailah ambil SPM, dalam mata pelajaran sejarah sentiasa ada nama UMNO.. mengapa nama UMNO di tingkatkan? sebab UMNO ka kita merdeka? mengapa sering kali presiden Malaysia yang selalu disebut-sebut? mengapa tentera yang berkerjasama dengan British di angkat? 

Mana perginya cerita Tok janggut? Dato' Bahaman? Hj Abd Rahman Limbong? dan seangkatan dengannya?
Ya..cerita tentang mereka turut ada dalam buku teks kajian tempatan darjah empat tahun 1998..(ana masih ingt)

Mengapa tiada dilakonkan kembali kisah mereka?

Ya..dalam buku2 teks yang kita baca diorang adalah pengkianat negara..huh! betapa hebat serangan pemikiran zionis ketika itu.. masa tu dah beberapa tahun yang lepas.. sekarang lagi hebat serangan pemikiran zionis yang sedang menyerang pemikiran kita..



Cerita Bukit Kepong agaknya dah boleh hafal dialognya..bukan?

Bukan nak menjatuhkan cerita ini, namun ana nak suh sahabat2 fikir kenapa?

"Alah...ni bukan sal dakwah Islam pon..."

Siapa ckp tak kena mengena dengan Islam?

Negara barat, British telah menjajah dunia Islam sejak kurun ke 19 lagi..sistem pendidikan ditukar ganti..tulisan arab dimansuhkan..tulisan latin diperkenalkan..

Lupakah kepada Mustafa Kamal altatuk yang menjadi punca Islam jatuh merudum hingga sekarang? Gara-gara bisikan british.. Dan British menjajah Malaysia & kita pula mendapat kemerdekaan melalui British..bukan?
Jadi apa maknanya?



Mengapa orang melayu menentang Jepun? Apakah Jepun memusuhi melayu atau memusuhi British dan cina? Apakah itu adalah agenda perjuangan melayu itu sendiri atau itu adalah perjuangan British? Kita singkap kembali slogan Jepun.. "Asia untuk Asia"... Jepun tidak memusihi melayu tetapi Jepun memusuhi British juga memusuhi cina akibat daripada persengketaan mereka.. Jika Jepun berkuasa di Singapore dan Tanah Melayu, pastinya British dan cina akan terusir.. Tapi orang melayu mempertahankan kubu British kerana orang melayu menjadi tentera British.

Before kemerdekaan lagi, polis dan tentera menjadi benteng British..Itulah hakikatnya..maka persoalannya sekarang ialah apakah orang melayu yang berada dalam tentera British itu boleh juga dianggap pejuang tanah air kita atau pejuang bangsa melayu atau pun hanya seorang anggota tentera British?

Inilah persoalan yang kita patut nilaikan dan fikirkan untuk melihat isu sebegini.. Jika mereka boleh diiktiraf atas alasan tertentu, maka mereka patut disanjung..Jika tidak, maka sebalikya...

..nota jari manis..

Teringat pula ana tentang kisah MEMALI.. Mungkin sapa2 yang berasal dari kedah tau pasai ni.. Sungguh sedih..! Terjumpa keratan akhbar yang bungkuih nasi lemak..sambil makan sambil baca..sambil2 tu menangis teresak-esak sampai dah tak lalu nk makan. Kebetulan belajaq di daerah sana & berpeluang mencari makam pejuang Islam yang gugur syahid MEMALI..malangnya tak jumpa..ana singgah disebuah rumah Allah yang dijaga oleh seorang pak cik tua.. Kami disambut dengan bau yang sungguh wangi. ana bertanyakan pd pakcik. Pak cik tu habaq wangi-wangian tu datang dari kubur pejuang Islam yang gugur syahid MEMALI...Allah..ana menangis di situ..akhirnya Allah bg peluang pd ana utk berjumpa dengan makam pejuang Islam disertai bau yang wangi..sungguh wangi..!

Pak cik tu habaq lagi "kalo hangpa orang UMNO jangan duk jejak kat sini, para pejuang agama Allah ni tak redha kat hangpa..!" tegas bunyinya.. Ya pakcik, kami tak ikut depa yang mengkhianat Islam..

antum bayangkan.. mereka hanya bersenjatakan parang namun askar2 bersenjatakan senapang & pistol..! Rumah Allah di robohkan.. marahnya Islam disebar2kan...antum pikiq lah sendiri..betapa kesan jajahan British..masa tu sapa yg memerintah Malaysia ya..?

al-Fatihah kpd para syahid MEMALI ustaz Ibrahim Libya dan sahabat seperjuangannya.. AL-FATIHAH..

p/s : Agak kontroversi ka?berunsur politik ka? Mohon maaf jika terasa begitu akan entri ini namun hakikatnya Islam tak boleh dipisahkan dengan politik. InsyaAllah..kita hidup kerana Allah..kita mati pun kerana Allah..takot dan tunduklah kepada Allah bukan
takot dan tunduk kepada manusia.. Hormatilah pemimpin yang taat kepada Agama Allah..

MY ROLE MODEL IS MUHAMMAD SAW..OUR PROPHET..

waallhualam..

by

Salam aidilfitri sahabat sahabiah... Semoga diberi kesihatan yang sempurna dalam menyambut kemeriahan lebaran..
Semoga redha Allah bersama-sama kita..InsyaAllah..

Somalia...

Sungguh..! Menitis air mata tiap kali menatap gambar-gambar seperti ini.. Rasa tak sanggup melihat keadaan mereka apabila di khabarkan di dada-dada akhbar mahu pun di kaca tv..

Saudara kita disana memerlukan bantuan kita...
Kepada yang sudi menghulurkan bantuan sila klik DISINI untuk maklumat lanjut.. Hulurkan tangan, ringankan beban..

Doakan untuk mereka.. 

..::nota tangan merah pink::..

time makan jangan membazir...time melaram jangan berlebih-lebih..time gelak ketawa jangan melaupaui batas...kerana ada insan yang tidak dapat berbuat sebegitu seperti kita...


by

Salam akhir Ramdhan...

Sebenaqnya nak habaq mai satu benda...

Sapa yang menjadi follower ceq yang ka 400 dan 450 akan dapat duit raya.. 


Dan..


Antara follower dari 395 hingga 450 ana akan pilih satu blog yang akan menerima duit raya juga.. Ana akan umum kan siapa yang akan menerima duit raya dan mengapa 'dia' yang ana pilih dalam satu entri nanti..^^


Maknanya ada tiga orang yang akan dapat duit raya.

Sudah follow tinggalkan link anda di ruangan komen supaya mudah untuk ana follow kembali & senang untuk ana terjah blog anda utk menerima duit raya..!

Serius.. tak tipu..!

tak baik kan tipu bulan puasa..

^__^

Yang pasti bukan nilai duit di atas ya..^^ akan diberitahu kemudian nanti..

..nota akhir Ramadhan..

selamat menyambut hari lebaran utk semua..
mohon maaf jika selama ini ada tersilap kata, terkasar bicara..
terguris hati, sakit hati, termakan hati, tersentuh hati dan apa-apa ja yang berkaitan dengan hati..

dari ana & family


p/s: ana akan letakkan link blog terpilih tu pada ruang blog ana ni..

by

SubhanaAllah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar....!!

InsyaAllah.. Menekan papan kekunci dengan sungguh laju dek kerana banyak lagi 'assignment' sedang menunggu di ruang tamu dan dapur...

Seperti yang di beritahu pada entri yang sebelum ini Penghabisan Stok Akan Tamat T_T, ana ada menyatakan nak berkongsi bersama sahabat-sahabat tentang kuih yang telah siap ana buatkan.

POPIA GUNTING

Bahan-bahan

Kulit popia
Nestum + gula (dikisar halus)
Air
Minyak

Peralatan

Gunting
Kuali
Sarung tangan Plastik (kebersihan)

Dah nama POPIA GUNTING, mestilah gunting antara peralatan yang paling penting..Kalau tak, tak de nye nama seperti tu..he~.. Kalau guna pisau jadi POPIA PISAU la...~hi!

Cara-cara

1. Gulungkan kulit popia dan gam pada hujungnya dengan air agar tidak terbuka.



2. Gunting serong kulit popia yang telah digulung tadi seperti gambar di bawah.



3. Gorengkan



4. Setelah masak, taburkan nestum & gula yang telah dikisar halus.



SIAP...!


Ni la hasil ayaq tangan ceq..hi~

 Kredit gambar utk en. Google..

..::nota ketuk-ketuk Ramadhan::..

Senang ja kan? Kalau beli mahal tau. Tak silap ana 1kg hampir RM30..

~SELAMAT MENCUBA~

by

Salam Islam untuk semua sahabat sahabiah yang sudi menjengah sebentar ke teratak maya ana ini.. Mudah-mudahan redha Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah.

27 Ogos bersamaan 27 Ramadhan

Bagaimana perasaan sahabat sekalian hari ni? Sihat kah? Bagaimana dengan iman sahabat-sahabat? Makin teguh dan utuh kah? Makin meningkat dan konsisten kah? Makin kebal dan tebal kah? Sudah berapa juzuk al-Quran yang telah dibaca oleh sahabat sekalian? 10 juzuk? 15 juzuk? 26 juzuk? Dah khatam? Alhamdulillah ya Allah.. Sungguh bersemangat sahabat-sahabat sekalian.. Mudah-mudahan Allah menerima amal kita ini. Istiqomah ya sahabat-sahabat. Ana mendoakannya dari jauh.. insyaAllah..

Tinggal beberapa hari saja lagi. Ramadhan al-Karem akan pergi meninggalkan kita. Sungguh..! baru saja merasai detik-detik permulaan Ramadhan, tapi hari ni dah melangkah 27 hari. Cepat betul masa meninggalkan kita. Apa perasaan sekalian? Gembira nak sambut lebaran? Tak sabar nak menyarungkan baju-baju baru?

"Wah...dah nak habis pose, tak yah nak berlapar lagi..."

Atau inikah reaksi sahabat-sahabat?

Berkemungkinan... Adakah sahabat-sahabat merasakan kesedihan yang teramat sangat akan perpisahan yang akan berlangsung untuk sekian lama?

Ya sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Allahmdulillah.. Sujud syukur kepadaNya, kita berjaya melumpuhkan nafsu 'serakah' kita pada bulan ini.. Bulan yang penuh barakah yang sangat berkah malah dilambangkan bulan segala gedung pahala yang cukup-cukup istimewa lagi lumayan, yang mempunyai berlipat kali ganda pahala, yang mempunyai 'infiniti' keberkatan yang berjaya mendidik diri kita sebagai manusia yang mana nafsu nya tidak pernah tua.. MasyaAllah... Allahu Akhbar..! 

Seringkali timbul pertanyaan dalam benak fikiran. Apakah transfomasi yang mahu aku lakukan untuk Ramadhan kali ini?

"Ramadhan kali ini aku berjaya tak menjejakkan kali ke bazar ramadhan..!"

Alhamdulillah... Transformasi yang sangat bagus. Bila dikatakan bazar, sudah tentu tempatnya ramai manusia. Bermacam ragam manusia. Sampaikan hanya tinggal seposen saja pahala puasa kita. Allahu Rabbi.

Sahabat-sahabat sekalian pula bagaimana? Teruskan menjalani ibadat puasa sunat? Terus menerus qiam di malam hari? Konsisten atau tingkatkan bacaan kalamullah? Teringat ana pada Saiyidah Nafisah, dapat khatam al-Quran sebanyak 2 kali sehari (betulkan kenyataan ini jika salah)....
MasyaAllah.. Sungguh hebat..!

Mudah-mudahan sahabat-sahabat dapat istiqomah agar jiwa kita sentiasa bersih putih.


Pencarian 10 Malam Terakhir..


Semangat berkobar-kobar? Sederhana? Lena sampai terlepas sahur?
Golongan manakah sahabat-sahabat sekalian?
Alhamdulillah, rumah ana berhampiran dengan masjid dan juga surau. Bila tiba waktu pagi, masjid dan surau akan bergema dengan alunan kalamullah. Apabila sayup kedengaran kalamullah di baca, masyarakat setempat akan terjaga dan insyaAllah akan bangun untuk qiam..


"fabiaiyiala irabbikuma tukazziban"
~maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?~


Ar-Rahman: bermula ayat 13 berakhir ayat 77 (sebanyak 31 ayat dalam surah ini yang mengulang ayat yang sama.)


Begitulah tiap kali bacaan surah Ar-Rahman dibaca. Alhamdulillah boleh mengulang sekali. Kadang-kadang sangat liat untuk bangun awal pagi..bukan? Tapi bila lagi untuk kita melatihkan diri kita bangun awal pagi untuk betemu Nya? Sungguh kagum ana pada sahabat-sahabat yang tidak tidur malam semata-mata takut terlepas untuk qiam. MasyaAllah.. Ana sendiri tidak mampu.. Sekurang-kurangnya tidur dalam 3 atau 4 jam. InsyaAllah, mata yang layu dan kuyu akan menjadi segar bugar.. Tenaga pun bertambah.. Jasad kita pun perlu kan rehat.


Ramadhan al-Mubarak masih lagi bersisa. Jangan mensia-siakannya. Jangan menjangkakan pada malam-malam tertentu sahaja datangnya Lailatur Qadar. Bolot semua kesepuluh malam terakhir ini. Tamakkan diri untuk bertemu malam yang sungguh di nanti-nantikan sekian lama umat Muhammad saw. Jangan lupa kejutkan ummi & abi serta adik beradik yang lain juga. Tak semestinya iktikaf di masjid, namun di teratak bonda berjemaah bersama keluarga tercinta lebih baik. 


Banyakkan berdoa. Beribadahlah semaksima mungkin.


Penantian Lebaran


Sebenarnya, ana sendiri tak terasa dua hari lagi kita bakal menyambut hari kemenangan. Selalunya tiga hari lagi nak sambut 1 Syawal ana baru pulang ke kampung halaman. Kemeriahan nak sambut lebaran sangat terasa. Tapi sekarang 3 bulan di rumah, nikmat dapat berbuka puasa bersama keluarga, apatah lagi dapat tolong ummi di dapur memberi seribu erti bagi ana. Sepanjang Ramadhan kali ini, ana mengambil alih tugas ummi di dapur. Alhamdulillah. Dapat ummi rehatkan diri. Disebabkan itulah ana tak percaya yang kita sudah berada di penghujung bulan yang barakah ini.


Lebaran kali ini lain dari lebaran yang lepas. InsyaAllah, mudah-mudahan hari kemenangan yang bakal kita sambut nanti dapat kita hayati dan dapat kita kekalkan istiqomah kita seperti mana pada bulan yang mulia ini. Jagalah hati kalian kerana hati akan memberi kesan kepada anggota tubuh kita. Jangan biarkan hati kita diselimuti oleh debu-debu dosa seperti mana sebelum datangnya Ramadhan. Jadilah mukmin yang cemerlang..!


Terawih yang Di Rindui


Ana berterawih dirumah memandangkan kesihatan ana & ummi tidak menentu. Ana berterawih bersama ummi. Kenapa tak cakap puasa dan sahur yang dirindui?  Terawih hanya berlangsung pada bulan Ramadhan, mana ada pada bulan-bulan yang lain. Puasa dan sahur kita boleh laksanakan sebelas bulan yang akan datang..bukan? 


Persiapan Lebaran


Berpada-padalah kalian dalam persiapan lebaran. Jangan membazir. Berjimat cermat lah. Hari ni ana baru siap buat kuih. Satu jenis saja.. Nanti ana kongsikan resepinya.


Persiapan ana biasa-biasa sahaja. Ana lebihkan kepada tahap kesihatan diri. Besok kali keempat 'dating' dengan doktor. InsyaAllah, temujanji yang terakhir. Harapan agar tiada temujanji yang disambungkan di pusat rawatan universiti nanti.


UUM menanti


Ya..! Hati terasa merindui Sintok. Merindui sahabat seperjuangan. merindui para pendidik. Merindu assignment? yaka? Pejam celik pejam celik dah semester akhir ana di UUM. Empat tahun..! Permulaannya rasa teramat lama di tempat orang, namun sekarang dah nak habis. Bakal-bakal student UUM, inilah 'senior' mu. Mohon teguran juga dari adik-adik kerana tak semestinya 'orang lama' tahu akan ke semua selok belok UUM. Seminggu dua ni duk sibuk dengan tempat praktikal. Dah dapat tempat, namun hati masih lagi gentar. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan ana dan sahabat-sahabat lain juga. InsyaAllah.




::..nota akhir Ramadhan..::


Semoga redha Allah sentiasa bersama kita.. InsyaAllah..
Sama-samalah merebut pahala berlipat kali ganda kerana Penghabisan Stok Akan Tamat 2 hari saja lagi..



p/s: Tiket bas ke Changlon dah lama beli ^^.

by

Ramai orang tahu apa itu niqab. Bahasa popularnya dahulu adalah purdah. Antara bahasa yang kurang popular adalah cadar. Tapi saya memang tak pakai la perkataan cadar ni. Sebab cadar saya guna untuk kain yang menyelimuti katil. Tapi itu saya la ya. Saya selalu sebut niqab atau purdah sahaja.


Niqab ni, selepas saya baca dan kaji sikit, pengakhiran terhadap hukumnya ada dua. Yakni harus pakai, dan wajib pakai. Namun majoriti ulama’ berada di pihak harus pakai. Hanya kebanyakan ulama’ Arab Saudi sahaja yang mewajibkan, itu pun ada antara ulama’ saudi seperti Sheikh Nasiruddin Al-Bani menyatakan tidak wajib.


Saya bukan nak bahas fasal hukum. Saya cuma nak menyampaikan sesuatu berkenaan hal niqab.


Ini cetusan daripada sahabat saya di Jordan ini. Bermula dengan pertanyaan:


“Hilal, orang pakai niqab ni sebab tak mahu jadi fitnah. Jadi apa pandangan enta terhadap orang yang pakai niqab, tapi pergi tangkap gambar sendiri lepas tu letak kat facebook, friendster untuk tayangan ramai?”


Rasa aneh


Bicara sahabat saya tadi mengetuk minda saya. Benar, saya perasan akan situasi yang dia ceritakan itu. Ramai aje kalau saya melompat-lompat facebook atau friendster, hatta blog dan website pun, kelihatan gambar orang berniqab tapi kemudian tangkap gambar sendiri(gaya macam-macam la kan).


Kenapa buat begitu?


Saya rasa aneh.Tujuan pemakaian niqab, sama ada wajib atau harus, adalah untuk mengelakkan fitnah. Kalau dalam hukum wajib, niqab dipakai kerana perempuan itu menjadi sumber ujian kepada lelaki dan untuk memuliakan serta menjaga perempuan itu sendiri. Kalau hukum harus pula, niqab dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling. Contohnya kalau dia terlalu cantik, maka dia perlu memakai purdah agar kurang sedikit perhatian orang kepadanya. Ditakuti, perhatian orang itu akan menimbulkan fitnah.


Tapi, kenapa tangan gambar dengan pelbagai aksi dan angle kalau tujuan memakai niqabnya adalah seperti tadi? Kemudian letak pula di tempat yang menjadi tontotan ramai?


Saya rasa aneh.


Kenapa pakai niqab?


Saya tidak mahu bergerak jauh dalam perbahasan yang orang putih kata complicated. Saya tak suka macam itu. Maka saya senang mengajak wanita-wanita yang memakai niqab, yang berhajat memakai niqab untuk muhasabah kembali niat mereka memakai niqab itu sendiri.


Kenapa pakai niqab?


Jika nak dapat redha Ilahi, jika hendak menjaga diri dari fitnah, apakah pantas kita menangkap gambar dan meletakkanya di web sosial untuk tontonan umum?


Melainkan, kalau kita pakai niqab ini, tujuannya agar nak orang puji kita ini beriman tinggi sebab mampu pakai niqab, tujuannya nak orang beri perhatian pada kita sebab kita ni pakai niqab, tujuannya agar ada orang tertarik dengan kita sebab orang pakai niqab ni selalunya orang claim sebagai solehah.


Kenapa pakai niqab?


Ini titik permulaan sebenarnya, yang kita kena lihat semula.


Atas dasar apa kita memakai niqab?

 

Ikut-ikut? Tuntutan? Kepopularan? Hendakkan perhatian? Kewajipan?

 

Imej


Kenapa saya tergerak memanjangkan hal ini di dalam website?Kerana imej Islam sedang terlekat pada orang yang memakai niqab, lebih berat dari orang lain. Ya lah, apabila memakai niqab, orang akan kata kita ni beriman kuat, thiqah, sungguh-sungguh amal Islam. Itu pandangan kebiasaan orang.


Justeru, apabila kita dipandang sedemikian rupa, kemudian kita pula melakukan sesuatu yang diluar pandangan orang itu, maka pastinya akan menimbulkan fitnah kepada Islam.

“Ish, ada patut dia buat camtu? Dia dah la pakai niqab”

 “Pakai niqab, tapi sembang dengan lelaki macam biasa aje”

“Pakai niqab pun nak tangkap gambar lebih-lebih ke?”

 Orang akan perhatikan dari segenap penjuru. Kita boleh kata dengan mudah: “Saya pun manusia” Tapi pada saya, bukan semua akan mendengar alasan itu. Mereka yang tidak faham Islam, akan memandang buruk Islam hanya kerana sikap pemakai niqab.


Tujuan niqab adalah untuk menutup fitnah, tapi kita dengan niqab, membuka fitnah baru yang lebih buruk.


Sebab itu, balik semula kepada niat tadi.


Kenapa pakai niqab? Dari niat inilah kita berusaha menetapkan diri kita sebenarnya. Barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya.


Pakai, pakai dengan serius

Artikel ni, bukan suruh tanggal niqab ya. Cuma saya mengajak mereka yang memakai niqab, mereka yang berhajat memakai niqab, agar memakainya dengan kefahaman, dengan penuh keseriusan.


Jangan jadikan Niqab ini fesyen.

“Orang solehah dia pakai niqab”

 “Orang dakwah-dakwah ni, kena pakai niqab”


Tidak. Jangan begitu. Kalau kamu pakai niqab kerana itu, maka niqab kamu sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqab kamu nanti hanya sekadar menjadi – trend orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak berdakwah, kena pakai niqab baru nampak macam pendakwah.


Jangan.!!


Tak pakai niqab bukannya tak solehah. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqab, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqab. Tak pakai niqab juga, bukanlah tidak boleh berdakwah dan berada atas jalan tarbiyah. Sejak bila, niqab menjadi lesen untuk semua itu?


Bagi yang memakai niqab, teruskan dan perbaiki peribadi kamu. Kamu menjadi pandangan dan perhatian manusia lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.


Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.


Maka, pakailah dengan serius.


Saya ulang, dengan serius. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikut, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.


Penutup: Sama-sama islah diri sebenarnya


Artikel ini, bukanlah nak kata perempuan yang tak pakai niqab tu tak payah jaga diri, boleh siar gambar macam-macam angle dan melakukan apa yang saya kata pada pemakai niqab tadi tak patut buat.


Sama sahaja tuntutan yang tak pakai niqab dengan yang pakai niqab. Cuma kenapa saya tekankan hal ini kepada yang berniqab? Adalah kerana orang yang pakai niqab ni, orang pandang lebih, orang ingat iman mereka tinggi, orang rasa mereka faham agama banyak. Jadi bila mereka buat something yang tak kena dengan Islam, orang akan salahkan Islam.


Bagi yang tak pakai niqab, saya tak suruh anda pakai niqab kalau tak perlu.Tapi kalau anda nak pakai, itu terpulang kepada anda. Cuma kalau nak pakai, perhatikan niat, pakai dengan serius. Dan bukanlah kalau anda tidak memakai niqab, bermakna anda boleh buat sesuka hati sahaja.


Semua perempuan kena jaga diri, kena pelihara diri, kena sayang dengan kebersihan diri sendiri.


Saya, sebagai lelaki, memandang perempuan dengan pandangan yang tinggi, anda isteri saya, anda ibu saya, anda kakak saya, anda adik perempuan saya, anda anak perempuan saya, anda sepupu perempuan saya, anda nenek saya, anda makcik saya.


Siapa yang tidak suka akan keluarga yang bersih, terpelihara, serta mendapat redha Allah SWT?


Sama-samalah kita menjaga diri kita.


Anda dan saya. Perempuan dan lelaki.


Sama-sama kita perbaiki diri kita.


sumber:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...