Assalamualaikum. Salam Ramadhan al-Mubarak.

Dahsyatnya tajuk. :) Sebenarnya nak cerita pasal si ulama' kecil kami. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 5 bulan umur Miftahuddin bin Muhammad Syahrul Firdaus.

Sekejap je masa berlalu. Miftah sekarang dah pandai meniarap dengan sendirinya tanpa bantuan kami. Kadang-kadang tidur pun nak meniarap. 

Wajah Miftah lebih kepada abinya. Jarang sangat yang cakap muka ummi. Bila tengok gambar zauji masa kecil memang tak dinafikan, sebiji Miftah. Dengan semangatnya, dengan sepetnya mata, dengan mulutnya. Yang ikut ummi tang lesung pipit yang tenggelam tuh & warna kulit. he~

Miftah sangat murah senyumannya. Tapi hanya dengan ummi abi dan dengan orang dia rasa serasi sahaja. Kalo dia rasa tak serasi memang senyuman susah sangat nak muncul. Geletek la macam mana sekali pun.

Bulan lepas check up Miftah, dapat jugak bersembang dengan doctor yang sambut Miftah masa lahir di Klinik Bersalin Annur. Setengah jam lebih kami berborak. Check up bulan ni InsyaAllah besok. Doctor yang sangat "mak-mak" yakni ermmm..entah nak cakap macam mana. Nak cakap baik, lebih dari baik. Nak cakap ramah, lebih dari ramah. Memang ohsem!! :)

Moga jadi anak soleh wa musleh ya sayang. 


Update pasal anak je. Biarlah...! teruja jadi ummi tau.. stalker, doakan kami ya.. :)

Sesungguhnya nyawa bagi setiap ibadat dan amal kebajikan adalah keikhlasan.. jika tanpa keikhlasan kepada Tuhan, tiadalah bernyawa lagi akan amalan, bererti tiadalah lagi ia untuk dinilaikan.. sesungguhnya niat menjadikan sesuatu yang sedikit menjadi banyak, yang banyak menjadi sedikit.. sesuatu yang nilainya kecil menjadi besar dan besar menjadi kecil..~


Kisah teladan ini ana perolehi dari sebuah vedio yang di sebarkan melalui facebook. Iaitu seorang anak kecil yang umurnya dalam lingkungan 10 tahun yang cacat penglihatannya. Anak ini seorang hafiz Quran. Di tanya oleh seorang syeikh, kenapa kamu menghafal Quran sedangkan kamu tidak nampak.

Anak kecil itu menjawab, "Saya tidak pernah bertanya kepada Allah kenapa saya buta, malah saya amat bersyukur kepada Allah kerana 'kurniakan' saya buta. Jadi saya terlepas dari zina mata dan pandangan. Akan tetapi saya takut nanti jika Allah tanyakan kepada saya kenapa tidak hafal Quran. Yang buta adalah mata bukan hati. Kamu ada hati, kenapa tidak hafal Quran dengan hati kamu.

Allahu Allah......

Banyak kali tengok vedio itu dan banyak kali jugalah mata ini dituruni 'hujan'.

Jom sama-sama didik diri mencintai surat cinta Allah swt itu.



Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.


Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.

Kisah di copy dari FB.


Hai anak ummi wa abi. Nanti rerajin baca Quran tau..! :)


Apabila hati menangis, itu maknanya hati kita masih ada sedikit cebisan iman yang Allah kurniakan untuk menilai kelemahan diri. Itulah hakikat hamba. Kalau bukan lemah maknanya bukanlah hamba kpd Yang Khaliq.





Muka ulama' kecil yang redha je bila bergambar. Letih la tu.




Hening pagi kampung. Damai dan segar. Terasa sejuk hingga ke tulang. Apatah lagi waktu fajar menyingsing, air telaga bagaikan ais yang membeku.

Aku rindu sosok tubuh itu. Sangat merindui. Hinggakan kekadang manik jernih mengalir tanpa ku sedari. Sekarang ku merasai apa yang dia rasa. Merasai kesejukan kampung waktu subuh hari hinggakan timbul biji-biji halus di lengan. 

Ku tatap wajah orang tua ku. Keringat mereka yang membesarkan kami sembilan beradik yang  kini semua sudah dewasa. Abi, kurus sungguh badannya. Merengek bagaikan anak kecil tatkala sakit menjengah seketika. Ummilah yang menjadi teman setia. Suka aku melihat abi bermain dengan cucu-cucunya. Minta di usap, di cium dan di agah. Ummi, memang tak jauh dari Miftah kerana dialah cucu yang paling kecil di kampung.

Subuh mula menyapa, ku dengari suara abi. Di mintanya aku megurut belakangnya. Sakit menjengah lagi. Nampak air mata mengalir. Sayu sungguh. Emosi aku terusik.

Besok aku akan kembali mengikut zauj ku dan menjalan tugas seperti hari-hari yang lalu. Bila lagi aku akan berjumpa dengan sosok tubuh mereka. Rindu. Sungguh rindu.



Ya Allah, jauhilah aku serta keluarga ku daripada api neraka.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Azuni Ali.


#Entri di tahun 2011. Zaman ana masih study tahun 3 di UUM. Dah 3 tahun terpelosok jauh dalam entri. Jadi ana throw back..!
Jom sesama imbas kembali.

--------------------------------------

Bismillah.. Allahu Akhbar..!
Perkongsian yang dilakarkan ini khas kepada sahabat pembaca yang tidak gentar bersama-sama meraih cinta Ilahi..InsyaAllah...Mudah-mudahan semuanya dalam payungan rahmat serta kasih sayang-Nya..

Sungguh..! Tiada hari minggu yang 'sifar'.. Hamba ini sentiasa sibuk dengan tugasan seorang insan yang digelar mahasiwa.. Namun sesibuk mana pon, teratak maya kesayangan ini akan dilakarkan dengan contengan (insyaAllah bermanfaat ) sebaik mungkin untuk kalian semua..insyaAllah..

Bak kata kak Fatimah Syarha "Kita perlu menulis demi kebaikan.. Sanggupkah kita membenar dan membiarkan sahabat-sahabat membaca karangan yang tidak diredhai Allah?"

Jadi..ana salah seorang sahabat yang tidak sanggup membiarkannya..!
Jom kebawah..
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
Sahabat sahabiah..
Bila kali terakhir membaca surat cinta Allah yakni al-Quran?
Bila kali terakhir kita tadabbur Kalam Allah?
Bila kali terakhir kita menangis apabila menghayati wahyu Allah?

"Allah..jangan sedih-sedih ye..La tahzan.."

Pujuk 'dia' kepada ana tempoh hari..

Dalam riwayat Ahmad ada satu doa yang berbunyi "Ya Allah..AKu memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki dan Engkau namakan diriMu dengannya..Jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku serta penghilang kesedihan dan kegelisahanku.."

"..Jadi..apabila dirimu bersedih..Bacalah al-Quran..InsyaAllah akan tenang hatimu... :) senyum sokmo deh.."

Sahabat sahabiah..
Kenapa bila masa bersedih je kita mula membaca al-Quran?
Kenapa bila bersusah ja kita mula teringat al-Quran?
Kenapa bila terasa sesak bermasalah kita mula mencari al-Quran?

Sahabat sahabiah..
Kenapa TIDAK waktu SENANG kita sentiasa berdambing dengan al-Quran?
Kenapa TIDAK waktu LAPANG kita selalu berdua-duaan dengan al-Quran?
Kenapa TIDAK waktu BAHAGIA kita bercinta dengan al-Quran?

Allah...susahlah nak bawa al-Quran kemasa kemari..kang nanti nak masuk toilet lagi...camna?

Sekarangkan teknology canggih.. Dalam handphone pon ada al-quran bukan?Tak susah pon.. Bila masuk toilet kita bukan bawa naskah al-Quran tapi kita bawa handphone sebagai alat penganti..tak pon off lah sebentar..

Tak dak masa la nak baca..assignment belambak-lambak..camna?

Apa kata..Selesai buat satu page assignment kita baca satu muka al-Quran..tak pon setengah muka al-Quran..boleh? Tak pon baca satu muka sebelum study..ok?Mana tahukan lepas je baca Quran, Allah anugerahkan idea yang mencurah-curah..Sesungguhnya Allah maha Mengetahui..

Uhhh..penat...kelas jam 8 pagi sampai 5 petang...tidur pon tak cukup...cmna?

Sekurang-kurangnya bacalah tiga kali surah al-Ikhlas sebelum kamu lena...

Rasulullah saw pernah berteka teki kepada ummatnya.. 

"Siapakah diantara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangkamasa dua tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya menjawab..Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil dapat khatam Quran dalam masa yang begitu cepat. 

Kemudian Saiyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidia Umar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (masih keecil ketika itu) tidak tahu apa-apa yang dikatakannya. Lantas Saiyidina Ali membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Rasulullah ssaw menjawab dengan mengatakan Saiyidina Ali betul. Membaca surah al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan 10 juzuk al-Quran Lalu dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali maka khatamlah Quran kerana bersamaan membaca 30 juzuk al-Quran..

Teringat pula kisah yang sangat memberi inspirasi.. Seorang muslimah di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur walaupun dah lebih 2 tahun dia meninggal dunia..Ramai yang pelik kerana gadis itu baru berusia 15 tahun..Jadi ada yang bertanyakan kepada ibu bapanya..Kata ibunya si anak sangat menjaga al-Quran..Tiap kali sebelum belajar dia pasti akan membaca satu muka al-Quran..

Jadi..Gadis kecil ini boleh membaca satu muka al-Quran tiap kali sebelum belajar, kita yang panjang berjela ni takkan tak mampu kan??

Orang Yang Hebat Tidak Akan Memberi Alasan Namun Dia Sentiasa Mencari Jalan..

Oke..Kebawah lagi..
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
Kita Tengok hadith Nabi saw yang menceritakan tentang ganjaran orang yang baca al-Quran.. Sabda Rasulullah saw yg bermaksud..

"Sesiapa yang membaca satu huruf (sahaja) dari al-Quran, maka akan diberikan 1 pahala. Dan 1 pahala tersebut akan digandakan pula kepada 10 pahala. Aku tidak mengatakan Alif, Laam, Miim sebagai satu huruf. Tetapi Alif itu satu huruf, Laam itu satu huruf, Miim itu satu huruf."

Ok..sekarang ambik kalkulator and then kira sambil baca al-Quran.. :).. setiap huruf yang kalian sebut akan dapat 10 pahala..Jika kalian membaca sehelai? satu juzuk? 30 juzuk? berapa dah?
Sungguh...! Islam itu MUDAH ya sahabat... ^__^

Mukmin yang cemerlang adalah mukmin yang sentiasa mencari solusi untuk perbaiki diri..



..::Nota tangan si jelita::..

oke! Cara mudah untuk khatam al-Quran dalam masa satu bulan..

Baca dua helai setiap kali selesai solat..
Satu juzuk bersamaan 10 helai..
Solat waktu ada 5 kali sehari..
jadi 2 x 5 = 10

Mudah ja kan? ^__^
Saranan ana buat sahabat sahabiah serta diri ana sendiri juga..

 Who 'Aku dan Dia!'
Answer is 'Aku dan Al-Quran!'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...