Nukilan cerpen ini telah ana karangi 2 tahun yang lepas di blog ini. Ini hanya imbas kembali nukilan-nukilan yang pernah mendapat perhatian ramai dan sedikit sebanyak dilalui oleh diri sendiri.

Selamat menghayati.

--------------------------------------

Jam 3 petang. 
Kedengaran pengunguman dari ceropon pembesar suara. Amat membingitkan telinga. Endah tak endah ida apabila mendengar seruan itu. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Geram..! Aktiviti riadah bagi ida yang langsung tiada manfaat. Kedengaran dari luar bilik asrama bunyi hentakan kasut. Masing-masing bergegas ke dataran. Pelajar semester satu, memang patuh pada arahan. Jika tidak, tindakan akan diambil. Tiada seorang pun yang berani membantah.

Pelajar 'U' mesti disimbolkan cerdik pandai. Ya, golongan cerdik pandai. Tak perlu kena marah. Fikiran pun sudah matang..! Ceramah dari presiden kolej malam tadi.

Seperti biasa. Ida mengenakan baju muslimah, seluar trek, tudung labuh yang di pin rapi serta berkasut. Aisya, roomate ida menegurnya cara berpakaian. "Kenapa enti tak pakai baju kolej? Nanti senior marah tak dengar arahan dia." Ida senyum dan menjawab pendek "Allah lagi marah tak dengar arahan Dia." Aisya terus menukar pakaian dan mencapai baju muslimah dalam almarinya. Ida menunggu walaupun dah 10 minit lewat. Sampai di dataran ramai yang pandang ke arah mereka berdua. Kepelikkan ida dibuatnya. Yela arahan yang diberikan lain, tapi mereka berdua berbuat lain.

Aisya ketakutan. Takut dimarahi oleh senior. 
Baju kolej yang diberi tidak menutup aurat. 
Lengan pendek. 
Tak labuh.
Jarang. 
Kata seorang senior boleh pakai handshock atau iner. 

Ida hanya mengelengkan kepala. Mana perginya kata-kata malam tadi? Golongan cerdik pandai seharusnya berfikiran matang. Ini yang dikatakan fikiran matang? Sebaiknya aktiviti riadah ini digantikan dengan aktiviti cara berpakaian menutup aurat..

Alhamdulillah. Senior-senior hanya memandang kami tanpa memberi sebarang teguran. Jika dimarah sekali pun, tidak mungkin disuruhnya kami menanggalkan pakaian ini di khalayak ramai, bukan? Marah manusia apa lah sangat jika dibandingkan kemurkaan Allah. 

Pakaian kami tidak selari dengan kehendak para senior namun sangat-sangat selari dan sepadan dengan temanya...

Ukhwah Fillah Senior dan Junior.

Belon...Getah...Baldi...Air...Tepung dan segala peralatan untuk aktiviti sukaneka yang akan berlangsung sebentar saja lagi..Bila dilihat dengan mata kasar mesti seronok..bukan? Nostalgia zaman kanak-kanak..

Entah apa-apa.. Macam budak tadika.. Rungut hati ida.. Aisya entah ke mana perginya. Katanya tadi mahu bersama-sama.

Satu kumpulan dengan lelaki.
Disuruh beratur panjang.. Paling depan lelaki manakala paling belakang perempuan. Ida lah orangnya. Arahan menyuruh membuat satu bulatan. Jadi semestinya lah ida akan bersebelahan dengan lelaki.

Sebelum sesi taaruf bermula, bulatan kumpulan ida ditegur oleh seorang senior perempuan.

"Bulatan tak sempurna..kenapa tak pegang tangan? Kat luar bukan main lagi. Kat sini buat-buat alim pula.." 

Sinis sungguh..! Tak padan dengan tema..!Sabar..Sabar..Sabar. Ida memujuk hatinya.

Ida mengambil ranting kayu. Menyuruh lelaki cina disebelahnya memegang di hujung ranting manakala ida memegang dipangkal ranting. Bulatan dah sempurna.. Apa susah. Tak payah nak kena sentuh tangan pon.! Kalau tak, tak pasal-pasal dah bank in kan dosa..

Ida dikecualikan daripada permainan yang kebudak-budakkan itu dengan alasan puasa. Waste time.! Waste energy.! And Waste IMAN.! 

"Puasa apa hari jumaat?"ejek senior sambil ketawa bersama rakannya. 

Ida tak ingin menjawab. Dia memang betul-betul puasa. Puasa sunat hari khamis semalam dilanjutkan sampai tiga hari sampai ke hari seterusnya memandangkan bulan rejab dah menjelma. Sekurang-kurangnya ida tidak terjebak dengan aktiviti itu, hanya menjadi pemerhati sambil mengulang beberapa surah kegemarannya. Telinganya disumbat dengan earphone. Mendengar bait-bait kalam Allah lagi bagus dari mendengar jeritan si dara dan si teruna gelak ketawa di padang. Dari celahan ramai, ida ternampak roomatenya Aisya turut sama-sama menjayakan aktiviti itu. Mungkin Aisya tidak berpeluang sebelum ini agaknya. Dan inilah masanya. Allah.... Allah...Allah... Berhusnudzon lah wahai hati..! Marah ida kepada diri sendiri.

Mata sepetnya melirik ke tangan kiri.
Allah. Dah 4.30 petang. Dah satu jam lebih dirinya berada disitu. Jasadnya dilindungi pohon merimbun membuatkan dirinya leka mendengar Syeikh Al-Ghamidi mengiramakan ayat-ayat cinta dari Allah seakan-akan rohnya berada di dunia lain. Earphone yang disumbat dalam ke telinga dicabutnya. 

Haiyya a'lassolah......

Sayup kedengaran azan dari masjid. Sudah masuk waktu asar rupanya. Ida memandang ke arah padang. Masih rancak dengan upacara tiub belon sambil didendangkan dengan lagu-lagu barat. Sungguh bingit! Petang Jumaat yang indah. Penghulu segala hari. Malah hari jumaat jugalah akan berlakunya hari kiamat. Tiada sekelumit perasaankah mereka-mereka ini. Sekurang-kurangnya hormatilah azan yang kedengaran.

Bilakah hendak berhenti dari permainan yang melengah-lengahkan waktu solat ini. Monolog ida lagi.

Ramai yang lalai..leka..

Memandangkan SOLAT WAKTU, mestilah cepat-cepat menunaikannya. Sangat menguntungkan merebut pahala di awal waktu solat.

Ida bangun memberanikan diri bersua muka dengan senior meminta izin untuk solat asar. Katanya sebentar nanti akan bersurai. Ida hanya membalas dengan senyuman dan berlalu. Kembali duduk di bangku lusuh sambil membaca Al-matsurat.

Mata beralih lagi pada jam.
Pukul 5.15 petang. Kelalaian terus rancak...! Tepung bersepah...! Dilontarnya ke sana ke mari. Terus terpias ke tudung ida. 
Di sapunya. Wajah masam mencuka menandakan tidak suka. Apa motifnya..!

Sekali lagi ida bangun. Kali kedua bersua muka dengan senior yang sama. Ida bersuara namun tidak bertentangan mata. Meminta izin lagi untuk menunaikan solat asar. 

Senyaaaappp........

Tiada jawapan dari senior.
Ida mengandaikan senior tidak mendengar oleh kerana suasana bingit dengan muzik. Ida mendekati seniornya kali ketiga. 

"Kak.. Jom sama-sama kita pergi solat dulu.. Dah lewat ni kak." 

Seakan-akan memujuk. Dengan ukiran senyuman yang terukir di bibir. Senyuman yang penuh bermakna nan indah tatkala berbicara dengan seniornya. 

"Nanti senior-senior lain marah dik kita tinggalkan majlis ni." jawab seniornya.
"Tak pa kak.. Marah diorang tak kemana..Tapi kalau Allah marah, tak terkata kita nanti kak." balas ida.

"mmmmmm..." tiada jawapan dari senior
"jom kak.. Kita ajak kawan-kawan akak sekali tu.. Boleh berjemaah bersama-sama." pujuk ida lagi.

"Nanti kalau diorang tanya?." tanya seniornya.
"Kita cakap pergi jumpa Allah." dengan penuh yakin ida memberi jawapan.

Perlahan-lahan akak senior dan dua orang rakannya mengikuti jejak langkah ida balik ke bilik.
Bahu ida ditepuk.

"Dik, nak solat berjemaah ke? Bilik kan sempit"

"Kita ke surau la.. Sebelah bilik aku je kan." jawab sahabatnya sendiri tanpa perlu ida membuka mulutnya..

Ida tersenyum meleret panjang...

Selesai solat, ida dan tiga seniornya bertaaruf.
kak sofiea, kak nita dan kak mas. Lama bertaaruf...

Asal mana?
Anak ke berapa?
Ambil course apa?

Tiada sebarang pun persoalan mengenai aktiviti sukan yang berlansung tadi.
Ida menyampaikan risalah tentang akhlak seorang muslimah. Dalam risalah tersebut mengandungi watak-watak kartun yang memberi keseronokkan kepada si pembaca. Namun begitu, ia mengandugi mesej yang cukup indah sekali.

Selesai bertaaruf, mereka bersurai.. Tak lupa ida memberikan buah tangan kepada akak bertiga.

Alhamdulillah...

"Allah swt selamatkan kami berempat dari perkara yang lalai.. Terima kasih ya Allah." ida melafazkan kesyukurannya sebaik sahaja akak-akak seniornya beredar.

Jam menunjukkan 6.30 petang...
Kedengaran bunyi riuh diluar kamar. Roomate ida, aisya baru pulang dari sukan kolej. 

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

"Eh..cepatnya enti sampai bilik.. Kenapa?." tanya aisya.

"Oh... Tadi nak jumpa Some One.. So kena cepat-cepat sebelum terlewat.." jawab ida. "Oh ya... Tadi ana nak ajak enti jumpa sekali, tapi nampak kusyuk sangat bila.............." belum sempat ida menghabiskan kata-katanya, aisya terus mencelah.

"Mestilah seronok sukan tadi. Dapat keluarkan peluh dan dapat eratkan ukhwah. Sebab tu kusyuk ja...hehehe." jawab aisya sambil ketawa.

5 minit berlalu............

"Mmmm.. Enti dengar apa tu?" Tanya aisya apabila ternampak ida memakai headphone sambil terbaring kepenatan di katil.

"Ni? Mmmm.. ni santapan rohani. Roh kita juga perlukan makanan. Tajuknya Dosa Melewatkan Solat Waktu." jawab ida.

Aisya terkedu. Baru teringat dia belum solat asar lagi.
Bergegas aisya ke tandas.

Jam dah mencecah angka tujuh. Ida hanya mampu menggelengkan kepala.

Mengabaikan waktu solat disebabkan menghadiri aktiviti yang sia-sia. Bukankah solat kita turut menjadi solat yang sia-sia? Terimakah Allah akan solat kita itu?

Pada keesokkan harinya tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak kolej. Ini bermakna, ketiadaan ida dan akak-akak senior memang tidak memberi sebarang kesan kepada perlaksanaan aktiviti sukan.

Adanya diorang sukan tersebut tetap berjalan. Tiadanya diorang sukan tersebut tetap akan berjalan. Jadi, tiada apa-apa, makna bagi mereka.

Sesungguhnya, Allah akan menjaga kita jika kita menjaga Allah. Allah akan membantu kita jika kita membantu agama Allah.. InsyaAllah.

Bukan senang nak melembutkan hati yang sekeras batu. Namun dengan kelunakkan bicara, kelembutan suara dan kebijaksanaan tutur kata, hati yang keras dari batu insyaAllah akan menjadi lebih lembut dari sutera.

Tak semestinya dengan hujjah yang berapi-api, kita bisa memenangi hati-hati manusia yang susah dilentur. Kadangkala, hanya berbekalkan hati yang sarat dengan CINTA, ditambah pula dengan sedikit ILMU dan KEPERIBADIAN ISLAM yang SYUMUL, kita mampu menghidupkan suasana dakwah ditempat kita.. InsyaAllah.

Sahabat-sahabat disekeliling kita ini adalah antara ujian bagi kita. Gunalah pendekatan yang boleh melembutkan sekeping daging yang terdapat dalam diri manusia yang memberi kesan kepada seluruh anggota tubuh. Buruk 'daging' itu maka buruklah anggota tubuh. Baiknya 'daging' itu maka baiklah anggota tubuh.

Wahai adik-adik... Apabila menjejakkan kaki ke alam kampus, kita akan terjumpa pelbagai kerenah yang baru. 

Dahulunya tidak sanggup ditatap oleh dua biji mata, kena mencari baru dapat memperolehnya, tapi kini sudah terhidang di depan mata, tak perlu penat untuk mencari.

Jika dahulunya tidak pernah bercakap dengan lelaki dengan sesuka hati, tapi nanti akan menjadi perkara biasa.

Jika dahulunya malu berseluar tapi nanti tidak segan ber'jeans'.

Jika dahulunya malu ada buah hati tapi nanti malu tidak mempunyai buah hati.

Jika dahulunya marah pada rakan-rakan yang tidak menutup aurat dengan sempurna, tapi nanti akan terjadi pada diri sendiri.

Jika dahulu tutur kata dijaga, tapi nanti benda haram sudah menjadi perkara biasa di mulut kita.

Suka ana untuk berkongsi kisah sahabat yang bertajuk TERTUTUP ITU INDAH (clik SINI untuk kisahnya) yang mengisahkan tentang dirinya serta sahabat-sahabat disekelilingnya yang berlaku dalam sebuah kampus. Semoga mendapat manfaat.





Bismillah..
Sungguh hari yang berlalu tanpa bicara dengan kalam Allah jiwanya akan merasa kosong.

Baca Quran 5 minit dan tadabbur.
Dah istiqomah 5 minit boleh tambah lagi.



Alhamdulillah wa syukurillah.

Khaifahaluki/ka ya sahabati?
Naam, ana bilkhoir.

Lama tak mencoret disini. Tapi rindu nak berblog usah dikata. Sementara anak tidur ambil kesempatan untuk update. 

Miftahuddin dah masuk 3 bulan. Sekejap je masa berlalu. Rasa seperti sakit bersalin tak hilang lagi. Rindu bukan kepalang masa baby dalam perut duk tendang sana sini. Rindu nak jumpa doc yang rawat ana tiap-tiap bulan. Rindu zauji belikan aiskrem tiap-tiap hari. Rindu pada saat kelahiran yang sentiasa buat ana terfikir beginikah ummi merasakan kesakitannya semasa melahirkan ana. Allahu ya Allah sungguh sakit. Akan tetapi Allah hanya mengizinkan ana merasinya tidak lama. Bertolak dari sekinchan jam 1:30am dan sampai di Klinik Bersalin Annur Shah Alam  jam 3:15am. Jam 3:50am Miftahuddin dah selamat melihat dunia. Sampai mak mentua cakap kat zauji "Mudahnya Nur bersalin". Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Maka sejak dari itu bermulalah tanggungjawab kami sebagai ummi wa abi. Pada saat Miftahuddin nak melihat dunia zauji mengalunkan beberapa surah, dan juga surah as-Sajadah antara surah yang ana ingat zauji baca di telinga ana sampai habis. Pada saat ana merintih kesakitan juga zauji ada cakap "Cinta tahan ya, orang kat Palestin lagi hebat menanggung kesakitan". Allah, benar kata-kata itu. Kesakitan ana dah hilang tapi mereka di sana masih lagi merasainya. 

Perkembangan Miftahuddin sekarang alhamdulillah. Mulut dah pandai 'membebel'. Macam-macam ajak orang bersembang. Dah pandai senyum meleret. Umur 3 bulan dah pandai meniarap walaupun badan agak 'sasa'. Miftahuddin lahir 3.1kg dan sekarang beratnya mencecah 7.7kg. Hobi terbaru miftah suka hisap jari, kadang-kadang sampai lena. Menjadi kesanyangan mak mentua almaklumlah cucu sulung. Balik kampung memang tidur dengan nenek. Nenek balik sekolah pun duduk dengan nenek. Semuanya dengan neneklah. he~ Miftahuddin, nenek Terengganu dah tanya bila nak balik lagi.

Oh ya. Jika ana memakai niqab bila nak keluar jenjalan, Miftahuddin akan tenung mata ana lama-lama. Seakan-akan ana ni bukan umminya. Jadi dalam kereta kena buka niqab sambil cakap padanya "Ni ummi lah, ni ummi Miftah." Pastu baru Miftahudin senyuuummm :). Kelakar pun ada.

Zauji selalu sembang dengan Miftahuddin dalam bahasa arab. Ana pula campur-campur english dan melayu. Kekadang bahasa Terengganu. he~

Miftahuddin sangat baik jika dibawa jenjalan. Baru-baru ni zauji bertugas di Pesta Buku PWTC. Jadi ana dan baby ikutlah. Tapi buku satu pun tak beli. Tengok-tengok je. Buku kat rumah pun dah tak muat almari. Miftahuddin macam biasa, dia diam n mata tengok sana sini tak pun lena dalam dakapan abinya.

Moga keluarga kecil kami ini sentiasa berada dalam rahmat Ilahi.

Kami di PWTC pesta buku. Tahun lepas hanya berdua, tahun ni bertiga pula.
Ayah Teh Miftah ada sekali (berbaju kurta putih)

Ana dengan keluarga zauj dihari kecemerlangan paklang Naim.
Moga berjaya dibumi para mujahiddin ya akhi. 

Ok. Sahabat-sahabat ummi, ini lah saya sekarang. Berketul-ketul badan saya kan? Doakan saya! :)


M.I.F.T.A.H.U.D.D.I.N

click DISINI tahun lepas punya cerita.



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Lamanya tak menconteng diteratak bisu ni. Terasa kekok nak menaip.

Alhamdulillah Miftahuddin pun dah masuk 2 bulan dan kami pun dah menyambut ulang tahun perkahwinan. Eh yeke? Macam baru je lagi nikah kan? Tetiba dah ada baby. Allahu ya Allah. Terasa sekejap masa berlalu meninggalkan kita. Nikmat yang Allah beri sungguh tidak ternilai harganya.

Bila dikenangkan kembali bagaimana ana berkenalan dengan abi miftah, bagaimana abi miftah melobi ummi wa abi ana semata-mata nak mengangkat 'tittle' HALAL, bagaimana kehidupan kami selepas nikah dan sebagainya membuatkan mata ini bergenang air jernih kerana nikmat itu tidak dapat dikecapi jika bukan datang dari yang Maha Esa.

Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. :)

Saya dah 2 bulan. Berat dah cecah 6 kg.. Bam bam. :)

Oh.....ni gambar abi miftah @ en bulan masa kecik.
Semua orang cakap miftah muka macam abinya. :)

Moga pernikahan yang dibina ini mendapat redha Allah dan hingga ke syurga. InsyaAllah.

#khamis ni insyaAllah akan fly ke terengganu. Miftah nak jumpa tok, tokki & achik-achik buat pertama kali. 


Assalamualaikum...

Ummi wa abi berikan nama saya MIFTAHUDDIN.

Doakan saya jadi anak yang soleh wa musleh ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...