~Menangis kerana rahmat
~Menangis kerana takutkan Allah SWT
~Menangis kerana cinta dan rindu
~Menangis kerana gembira
~Menangis kerana putus asa, gelisah
~Menangis kerana sedih
~Menangis munafik [menangis tetapi hatinya keras, menzahirkan khusyuk, tapi sebenarnya seorang yang keras hatinya.]
~Menangis upah [diupah untuk menangis]
~Menangis Muafiqah [nampak orang lain menangis, dia turut menangis.]

Apa beza menangis kerana takut dan menangis kerana sedih..??
Menangis kerana sedih ialah air mata yang mengalir kerana perkara yang lepas..
Ada pun menangis kerana takut, air mata yang mengalir atas sebab yang belum berlaku..

contohnya....
dia masuk neraka @ syurga..??

Apa beza menangis sedih dan gembira..??
Menangis sedih adalah air mata panas, hati sedih..
Menangis gembira adalah air mata sejuk, hati gembira..

Ada dua jenis tangisan...
Iaitu tangisan yang dipuji dan tangisan yang dicela...

Tangisan yang dipuji ialah air mata yang mengalir kerana takutkan Allah swt...bukan kerana riak dan untuk menjaga nama baik..
Tangisan jenis ini dapat menyebabkan hati menjadi lembut...

Tangisan yang dicela ialah orang yang menangis untuk menjaga kepentingan kebendaan, riak dan untuk menjaga reputasi dan nama baik...

Kata ulama'..
Menangislah...Jika tak boleh menangis paksalah untuk menangis..

Pemuda dan pemudi yang menangis di sepertiga malam kerana takutkan Allah adalah antara golongan yang akan mendapat lindungan Allah di waktu tidak ada lindungan selain lindungan Allah...

Duduk sorang-sorang...
jauh dari orang ramai...
kemudian mengalir lah air matanya kerana takutkan Allah swt...
mengenangkan akan dosa-dosanya..

::...nota cinta buat pemilik cintaku after Allah & Rasul...::

kelmarin jatuh tangga coz kasut yang dipakai kurang OK..
KESAN: bengkak kat lutut...
abi ckp "tu laaaa..tak hati2.."
ana jwb "yelaaaa...mata tgk henset ja..."

semalam terhantuk dinding time nak tutup langsir..
KESAN: benjol kat dahi sebelah kanan....
abi ckp "tu laaaa...tak hati2.."
ana jwb "yelaaa..mata tengok henset ja.."

hari ni plak jatuh bak "NANGKA BUSUK" kat lab COB....ala tempat korang add & drop subjek setiap sem tu la...
dah pakai kasut baru kepunyaan ning ...
LICIN....terpijak sisa makanan yg dibuang tengah jalan...T__T
nasib ada meja kat sebelah..leh pegang....kalo tak leh masuk wad..

KESAN : lebam hijau + kuning + biru + ungu kat kaki..
tak leh pakai kasut tu dah..T_T
tapi still leh gelak2 lagi..cover malu la tuuuuuu...
oopsss..lupa..tak dak orang time tu...^^ just ngan maria ja....

abi ckp "tu laaaa..tak hati2.."
ana jwb "yelaaaa....mata asyik tgk henset jaaa.."

p/s: mata tgk henset duk balas msg dr ABI la...adeeehh...^^
sekian...

by~shha aina~

Rintik hujan bagai membasah jiwa...
menenangkan satu rasa yang sekian lama mencengkam dada...
di mana harus aku hamburkan sebuah perasaan ini...
kalau bukan pada si pemilik cinta...

Lelaki pertamaku...
ku temuimu dalam sebuah cinta...
yang akhirnya merona di balik takdir yang Maha Esa...

Engkau ku kenal sebagai yang pertama...
tiada pernah menjadi dua...kerana Dia mengikat kita...
biarpun hanya di pelabuhan sana menjadi tempat pertemuan buat sekian kalinya...
namun, akan ku sabar...
pertaruhkan usia...

Ku ukir rasa cinta seindah kanvas termahal...
ku layangkan dalam doa, kukirimkan pada Dia...
si Pemilik Cinta...
ku hadiahkan padamu sebagai penganti rindu...
tiada lain ku impikan...
cuma segugus kebahagian mendampingimu...
setiap saat..agar kau mampu tersenyum pada dunia...
setelah kau tinggalkan aku demi takdir-Nya...

Lelaki pertamaku...
Tiada cinta lain setelahmu, yang berjaya masuk ke dasar hatiku...
melainkan hanya namamu ku bisikkan setiap kali sujudku...
harapanku...bila ku sebut namamu, kau juga menyebut namaku...
bila aku rindukanmu..kau juga rindukanku...
lantas kau juga mengirimkan doa seindah kasihmu buatku...

Lelaki pertamaku..
Andai diizinkan Allah...
ingin ku bertemumu lagi...
akan ku kisahkan segala yang ku lalui di dunia ini...
aku ingin menjadi penglipur lara...dan kau pasti setia mendengarnya...
bagai waktu dahulu...
saat sabarmu mendengar kisah-kisah nakal dariku...

Ingin ku kucup tanganmu lagi...
tanda terima kasihku...
kerana telah meninggalkan dengan satu kekuatan...

Kekuatan menetang arus perasaan...
sehingga kini, aku menjadi tegar...
pada dunia yang semakin menduga rasa...

Ingin juga ku rasa hangatnya ubun-ubunku disentuhmu...
sebagai penenang jiwa dikala gusar datang menganggu rasa...
biar tanpa suara, tapi cukuplah sentuhanmu memujuk ku...
yang kadangkala seakan kalah dengan kemahuan menguji deria...

Lelaki pertamaku...
takkan pernah kau ku hilangkan dari nafasku...
biarpun datang yang ke dua, tapi kau tetap yang pertama...
kejauhanmu, membuatku semakin mengerti...
bahawa pergimu tanda cinta-Nya pada ku...
sebagai tarbiyah terindah...
bahawa tiada pergantungan lain sekukuh pergantungan pada-Nya...
biarpun kadangkala ingatanku padamu bak badai menghempas rasa...

Lelaki pertamaku...
hampir separuh suku abad aku ketiadaanmu...
dan selama itulah aku mengikat janji...
bahawa akan ku tulis kisah terhebat dalam episod hidup ini...
biarku menang sebagai pengarang...
dan pulangan kejayaanku, akan ku hadiahkan untukmu...
sebagai lelaki dalam hidupku..
yang pertama membisikkan kalimah azan di telinga kananku...
sejak kelopak mataku masih bertatih melihat dunia...
yang pertama tersenyum...
ketikaku mula-mula menjengah ke alam dunia...

Aku rindu untuk melihatmu...
aku rindu untuk mendengar bebelanmu...
aku rindu akan nasihatmu...
aku rindu segalanya darimu...
dan saat ini..aku terlalu rindu untuk memanggilmu...
dengan panggilan yang telah lama aku tidak melafazkannya...

Ayah...

akan terus ku lakar ukiran ketaatan...yang hasilnya pasti buatmu di sana...
kerana utusan Allah telah terpahat diingatanku...
bahawa tiada yang ditinggalkan anak Adam kecuali tiga perkara...
dan antaranya adalah anak yang soleh...
moga anak yang soleh itu adalah aku...

Jarak dan masa telah memisahkan kita...
namun aku tidak gentar akan itu...
kerana sejauh manapun kau pergi...
selama manapun kau tiada...
kau tetap yang pertama..
pasti segar dalam ingatan...
sesegar darahmu mengalir halus dalam jasadku...

hati ini bersinar keranamu...

...nota tangan...

pemilik cintaku
after Allah & Rasul
rindu pada lelaki yang kedua...
^__^

cinta padanya....

from~shha aina..


Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri kesempatan hidup dan dengan rahmatNya diri ini masih lagi boleh ber'blogging'.
Moga segala apa yang di postingkan menjadi salah satu amal jariah, begitu juga dengan bloger2 yg lain..entri kali ini hanya di copy paste dari blog sahabat ana..minta izin share darinya..^_^

Isi entri kali ini amat manarik..Mungkin lebih dekat dengan muslimah..tapi uslub dakwah yang digunakan amat kreatif dan terkesan dihati..Moga para pembaca beroleh manfaat dan para Dai'e mendapat idea baru dalam lapangan dakwah masing-masing..
Credit kepada penulis..

Selamat membaca...^__^

Allah swt berfirman yg bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu.
Wahai 'AhlulBait' dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). 
~al-Ahzab:3)


Pada suatu petang berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM. Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan disebelah saya menegur.

"Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" dia bertanya.
Saya diam. Tak menyangka itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" dia menjawab.

Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum..Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai..Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea..

"Hmm..sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu, boleh?"
Dia mengangguk.

"Kenapa ya kalau kita naik kerata digalakkan pakai 'seat-belt' ya?"
Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalanya.

"Ermm.." Dia berfikir sambil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

"Sebab nak selamat la..kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt?"
Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa...kan? Satu lagi, kadang-kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan seat-belt pulak?" saya terus bertanya..
"Yelah, nak menunjukkan bahawa seat-belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar."
"Tak rimas ke? Kadang-kadang orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas."
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan.. Soal keselamatan, kena jaga."


Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.


"Hmmm, itulah jawapan saya dengan persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung labuh".


Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.


"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. Iaitu keselamatan saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.


"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik, tapi yakin ke kita bila memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"


Dia menggeleng kepala tanpa suara..


"Hmmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tau apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakkan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat. 


"Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mempu menajga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaannya. Kadangkala hanya kita yang berhemah dijalan, tetiba kita sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...heheheheee". Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.


"Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diingini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syarat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup?" Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.


"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."


"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi...kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.


"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?..Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang-kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikit la, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab tu pemandu berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya...betul tak?"


Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.


"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya...


Dia mengangguk...


"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri..


"Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seoleh-olah memikirkan sesuatu..


Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambik bermonolog sendirian.
'Hmmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir'


Tersenyum saya..moga hari ni sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikkan dan membuka jalan buat mereka yang mencari jalan..ameeen...
Dan saya...terus berjalan, sambil membetulkan "SEAT-BELT" saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...heheehe...




...nota-nota cinta...


yg tertutup itu indah
aina nk ucapkan hepi birthday utk abi...
~11 April~
ummi awal2 kasi hadiah kat abi tau..
ummi bg...mmmm...ada laaaa..ummi xkasi bg tau..^__^..
ari tu abi janji nk bg tudung kat ummi..
warna pink katanya..jeleeesssnya aina..T_T..
tadi aina ada dengaq pbualan telefon ummi ngan abi


"kanda...nanti ada cuti dinda nak sambut ulang tahun kelahiran kanda..."(baca dalam longhat kedah)


"Ya dinda....terharunya....kanda xsabaq nk tunggu hari tu nnt..."


ummi tersenyum lebaq bila abi habaq nk bawak kak bai kalo ada peluang...aina pon rindu kat kak bai...^__^....


"Dinda rindu sangat2 kat kak bai...rinduuuu sangat nk peluk cium dia..."sambil sapu ayaq kat pp..

sayang ummi & abi serta kak bai...


from~shha aina

Memulakan post pada hari yang penuh indah ini, penghulu segala hari iaitu JUMAAT dengan ucapan Assalamualaikum wbt..

Saya & anda : Khaifahaluk??

Moga-moga sihat sentiasa hendak Nya...
Semoga kita sentiasa berada dibawah lindungan yang Maha Esa..
InsyaAllah...
^_^

Informasi minda kita pada hari ini adalah seperti dibawah...

Mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki dan hadapinya boleh mengingatkan seseorang insan itu akan kekerdilan dirinya disisi Allah swt.

Sesungguhnya manusia itu hanyalah hamba kepada tuhannya tetapi sangat sedikit yang benar-benar menjalankan tugas sebagai hamba kerana terlalu ramai yang bongkak dan sombong ketika berjalan di atas muka bumi yang dipinjamkan-Nya..

Oleh itu, berusahalah kamu mencari keredhaan-Nya sebelum terlambat kerana apa jua kemahsyuran dunia yang dimiliki tidak kekal selamanya..



~Dr Haim Hilman Abdulullah UUM~

..::nota jari::..

"Pikiaq dengan menggunakan akai @ dengan bhs kasaqnya kepala otak...bukan suh pikiaq dengan kepala lutut..."
Fuuuuhhh..bahasa yg sungguh kureng enak telinga ceq dengaq...
Seingat2 ana ayat ni KETUA psukan bola jaring time skolah dulu yg hamburkan kepada anak2 buah coz masa pertandingan main xsungguh2..padahal dah nk tercabut kaki anak2 buah blari sana sini..huhuh..

ok2...
ana tukaq bahasa tu jd bahasa yg senang telinga dengar...

tp...cmana ya...cm tak jadi ja nk tukaq..kena tukaq ayat la...

sapa2 leh tolong ana tukaq ayat tu spy sedap sikit dengaq...??
nnt dapat hadiah...hehehe..

KETUA pasukan tu xsilap ana nama Nurhidayah Ali...nngeeeeee...ahaaks...

by-shha Aina..

BUKA Mata dan  BUKA HATI...!!



Semua ini ada pada diri kita semua..
Kita merasa malu dengan ISLAM..benarkah..??
sekarang mari kita BUKTI kan..!!

> > malu memakai pakaian yang tidak ketat (wanita), malu memakai jubah, malu keluar rumah kalau tidak bersolek dan tidak memakai wangi-wangian.

>> malu memakai jilbab @ tudung yang seperti diaturkan dalam alQur'an...(hingga paras dada)

>> malu kalau tidak couple..malu kalau tidak ada pasangan dan bangga jika ada pasangan (sebelum bernikah)..

>> malu membaca alQur'an selalu..lebih suka membaca majalah-majalah gosip dan sebagainya..

>> lebih suka untuk bangun malam untuk call @ sms pasangan berbanding solat malam..

>> malu untuk mengucapkan "assalamualaikim" saat berjumpa @ call sahabat dan orang lain..

Apa yang terjadi jika seorang muslim dan muslimah merasa malu menjadi seorang yang ISLAMI..??

Apa yang akan diperolehi diakhirat kelak dengan semua yang kita lakukan saat ini..??

Hanya anda sendiri yang mampu merubah diri sendiri..
jika anda betul-betul meyakini Islam dan alQur'an, apa lagi yang anda tunggu...??

::..nota si jari merah jambu..::

Berusahalah untuk hidup mengikuti ajaran Islam...

Pasti akan lebih baik..
Terbaik..
&
Cemerlang...



by~shha aina~

Assalamualaikum sahabat sahabiah...


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Sujud syukur kepada pemilik hati & jasad, Allah swt kerana memberi peluang kepada diri ini untuk terus menghirup udara yg nyaman di bumi Sintok...


 Suka ana akan kata2 dari blog sahabat "BRO HAMZAH" 


Cuba kita bayangkan, sekiranya nikmat oksigen yang Allah swt berikan ini, perlu kita bayar seperti kemudahan elektrik, telefon dan air yang kita gunakan setiap bulan. Setipa bulan, pasti bil2 penyata kemudahan ini kita dapat dan disertakan dengan jumlah bayaran yang harus dibayar.


Dan bayangkan, jika setiap bulan kita dapat bil "kegunaan" oksigen yang kita gunakan. Bayangkan, jumlahnya..


Bayangkan berapa banyak oksigen yang kita hirup dan gunakan dalam kehidupan seharian kita..


oksigen ini kita guna setiap saat, tanpanya kita tidak dapat hidup di muka bumi Allah swt ini. Dan, bayangkan jumlah bil oksigen yang perlu kita lunaskan sekiranya ia perlu dibayar seperti bil-bil bulanan kita yang lain.


Alhamdulillah..dengan izin dari Nya, ana terus dapat betinta lagi kali ini...

Syukran ya Robb...

Pada 31 Mac & 1 April baru-baru ni ana dan sahabat2 Kelab Operation Management telah pergi melawat beberapa kilang anjuran Persatuan Pengurusan Operasi (UUM)...

Sangat seronok bersama sahabat2 tak kira sama ada senior @ junior..smua nya best...
Walopon kena "buli" dek cik akak dayana + cik akak bie & ramai lagi...hehehee....

to cik kak dayana + cik kak bie + cik kak eton + cik kak wani + ida + mahdina....
"ceerr cite ceerr citeee"
korang ni ada2 ja ek...sakat kite ya...
hihihi..

sayang korang sgt2....
^__^


Sebenarnya banyak sgt ilmu yg dapat dikutip dari lawatan industri kali ini terutama seperti tajuk entri ni

"LAWATAN ILMU SAMBIL MENGUKUHKAN UKHWAH"

Ni ha gambar2 yg telah diambil + edit....

kilang pertama: kami di kilang kicap Tamin (Perak)
clik pada gambar utk nampak lebih jelas ur face...^_^

kilang kedua : syarikat UNISEM (PERAK)
clik pada gambar utk lebih besar

kilang ketiga : kilang tea Boh Cameron Highland
clik pada gambar utk lebih nampak
1st time sampai Cameron Highland ni ana terus tergamam...


"SUBHANALLAH" YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH....
SUNGGUH INDAH...CANTIK...
YA ALLAH..
ENGKAU MAHA KAYA..
ENGKAU MAHA AGUNG..
ENGKAU MAHA BIJAKSANA..


SUNGGUH INDAH YA ALLAH...


Rasa basah pipi ini bila memandang keindahan ciptaan Ilahi..
Terus muhasabahkan diri ini...
Tiada upaya "aku" hamba yang lemah lagi kerdil ini melawan kudrat Mu Yang Agung...


Kepada sahabat2 yang bersama2 dalam lawatan industri kali ini semoga sahabat2 smua dapat memegang amanah seperti nasihat pengiring kita 'kak Ayu'..


Amanahlah yang amat berat sekali utk manusia pikul...sedangkan bukit bukau gunung ganang tidak sanggup memikul beban amanah..


Sahabat2..
Study itu adalah amanah..


Kepada adik2...kalo jumpe @ terserempak saya ^_^ di kuliah ka, di cafe ka, di library ka, dlm bas ka @ mana2 ja la..tegur la saya ya...
^__^ boleh kita bertaaruf lagi panjang..


Ukhwah kita bukan setakat ini sahaja....tapi sampai bila2..
InsyaAllah...
Semoga Allah swt meredhai ukhwah kita ni...


Ukwah fillah Abadan Abada..


..::nota jari si manis::..


syukran kpd org sebelah sit dalam bas ct noriani @ ning....
maceh coz borak itu ini ngan sy sepanjang perjalanan...
syukran jugak pd sahabat2 yang terlibat dlm menjalankan program ini..
Alhamdulillah..program yg sangat bagus dan berjaya...


oopps..lupa..aina habaq, ummi & sahabat2 dah selamat p n balik SINTOK...Alhamdulillah...


by


Nabi saw bersabda ,"Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran".
~HR Ahmad & At-Thabrani~

1 April adalah hari April Fool.
Pada hari ini, ramai diantara kita menyambut untuk bersuka ria. Sengaja mengenakan kawan-kawan untuk membuatkan mereka marah dalam nada bergurau. 

Namun..
Sedarkah kita sebenarnya April Fool adalah hari umat Islam diperbodohkan oleh tentera Kristian agar keluar dari bumi Andalusia (Sepayol)

Dalam kejadian itu, ribuan umat Islam mati bergelimpangan bermandi darah selepas tentera Kristian membunuh mereka..

Sebelum itu, ketika mereka bersembunyi didalam rumah, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar sari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepayol dengan membawa barang keperluan masing-masing..

Tentera Kristian turut memaklumkan keselamatan orang Islam yang ingin meninggalkan Sepayol terjamin..

Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu..

Keesokkan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperkuan mereka  pergi ke pelabuhan itu..

Bagaimanapun, ada umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu terus bertahan dan bersembunyi dirumah masing-masing..

Selepas ribuan umat Islam berkumpul dipelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang ditinggalkan mereka sebelum membakarnya..

Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol..

Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata. Kebanyakkan mereka adalah wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian mengepung mereka dengan pedang terhunus..

Selepas menerima arahan pemimpin, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya..

Seluruh Muslim dipelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang dimana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman...

Itu lah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan..

Banyak cerita yang menyayat hati seperti ini dibukukan seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (berita menyeluruh mengenai Granada) dan al-Muqtabas min akhbar al-Andalus (Sekelumit sejarah andalus), malah seornag ulama' terkenal seperti Ibn Hazam menceritakannya dalam kitab mashurnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal..

Selepas kejadian itu dan memerintah Sepanyol selama 3o0 tahun, tidak ada tanda atau simbol Islam yang kekal di negara itu..
Umat Islam juga diugut dan di seksa oleh tentera Kristian Sepanyol denga pelbagai ugutan dan seksaan yang amat kejam, mengerikan dan menakutkan serta tiada belas kasihan..

Orang Kristian di Sepanyol tidak mahu Islam wujud lagi. Oleh itu kita dapati umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang mengaku Kristian padahal mereka Muslim kerana terlalu perit dugaan yang di alami mereka..

...::nota tangan::...

Nabi bersabda,"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia."
~HR Abu Daud~

by-shha aina~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...