الاسلام يَعلُو ولا يُعْلى عليه -أو كما قال صلى الله عليه وسلم

"Islam itu mengatasi dan tiada yang mengatasinya"

Memandangkan ramai sahabat sahabiah yang akan melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah, ana ingin berkongsi sedikit mengenai busana yang menyelimuti badan pada hari pernikahan, walimah dan majlis bertandang ana & zauj.

Pengantin Perempuan



#Baju ana jenis jubah. Beli yang dah siap kat First Lady's. Harga RM45.90. 

#Tudung dan niqab jenis satin. Beli kat Kamdar. Harga RM24. Jahit sendiri.

#Veil Free (kain net atas tudung). Bukan veil betul pun, bila pakai nampak macam veil. Sebenarnya ana hanya touch up kain lebihan untuk baju saudara. Bila servey veil pengantin yang labuh harga lebih dari RM30. Bila ke butik pengantin tanya harga sewa RM18++ tu pun yang labuh sikit dari bahu.

#Sarung lengan RM4.90 beli kat mydin

#Sarung kaki RM2.90 pun cap mydin.

#Kasut RM18.90 beli kat kedai kasut tepi jalan. (Ikutkan hati nak pakai kasut getah je yang harganya RM9.90 he~)

#Jumlah keseluruhan satu set lengkap pakaian nikah ana RM96.60. Tak sampai RM100.

Pengantin Lelaki


#Baju zauji jenis jubah. Harga RM50 (baju pengantin perempuan lagi murah)

#Kupiah pakai yang tersedia ada. (zauji pakai kupiah yang digunakan semasa mengajar kelas al-Quran)

#Seluar putih & baju putih (alas jubah) RM30

#Kasut zauji pakai yang tersedia ada.

#Jumlah keseluruhan satu set lengkap pakaian nikah zauji hanya RM80 sahaja.

Majlis Bertandang




#Baju zauji RM70.

#Kupiah, seluar putih + baju putih (alas jubah) & kasut guna yang sama masa majlis akad nikah.

#Baju ana Free. Ana pakai 'random' yang dah ada kat dalam almari ja.

#Tudung yang ana pakai tu dah dua tahun wujud. Kalau perasan entri yang ada gambar ana pakai tudung warna kelabu memang tudung ni la. Kain kashibo ja.

#Sarung lengan ana guna yang dah sentiasa pakai.

#Kasut yang sama masa nikah

#Veil pun yang sama masa nikah.

#Bunga tangan : Dapat hadiah kahwin.

Jadi jumlah untuk baju majlis bertandang kami hanya RM70 sahaja. Itu hanya baju zauji. Dan ana tidak mengeluarkan walaupun 1sen untuk busana majlis bertandang. Alhamdulillah.

Tema majlis bertandang yang sebenar warna voilet/ungu. En Bulan pula dah banyak baju melayu warna ungu. Cancel warna ungu. Pastu geledah beg ada jubah ana warna kelabu. Pergi kedai tepi jalan area Klang jumpa jubah untuk En.Bulan warna kelabu. Tak tahu macth warna atau tak dengan jubah ana. Gelap ke,cerah ke, tak sama langsung ke. Tapi kami tak kisah semua itu. Asalkan menutup aurat. :)

Sebenarnya pakaian nikah kami tu adalah pakaian untuk majlis walimah di Terengganu yakni dirumah ana. Kami memang tak sediakan pakaian lain. Nikahnya pagi dan pakai baju nikah tu sampai ke petang.

Pakaian nikah kami tetap berbakti kepada kami sampai sekarang walaupun dengan harga bawah dari RM100.

Jika sewa, semestinya tak dapat memberi kepuasan kepada diri. Sewa dah la mahal. Beratus-ratus. Pakainya pula sehari sahaja.

Bab duit mas kahwin dan wang hantaran pula ana hanya meminta RM88 sahaja. Tiada yang lebih daripada itu. Jika ada, ana menerima seadanya sebagai hadiah. "Saya mengutamakan apa yang lebih utama."

Rasulullah pernah bersabda "Mas Kahwin yang paling berkat adalah mas kahwin yang paling murah.."

Perihal barang-barang hantaran pula ana sediakan 7 dulang iaitu;


Coklat, Buku, Sejadah + Kain Pelikat, Tuala, Kek, Buah dan Quran + Tasbih + Jubah


Buku-buku ni dah lama disimpan, memang niat nak beri kepada bakal zauj (masa tu tak tau lagi sapa gerangannya)

Dibalas pula 9 dulang iaitu;

Mas kahwin, Buku, Madu + Wangian Katuri, Cincin, Telekung Solat, Coklat, Kismis + Kurma, Air zam zam & Kek.

Majlis juga hanya kecil-kecilan namun ramai yang hadir. Alhamdulillah. Bukan kami kedekut atau pun tidak berduit, namun tidak membazir itu lebih elok. Terhindar daripada amalan syaitan.

"Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan harta kamu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."
(al-Isra' ayat 26-27). 

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda sama ada cara berpakaian, perhiasan dalam soal makanan dan sebagainya ianya berada dipaksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

....nota jari...

Ianya bermula daripada NIAT masing-masing. Jika niatnya baik maka baiklah yang akan diperolehi. :) Jangan menyusahkan perkara yang boleh dipermudahkan. 
Semoga semuanya selamat 


7 Mujahid & Mujahidah Tinggalkan Pesan:

Unknown said...

assalamualaikum.

alhamdulillah. ana juga berkeinginan untuk melakukan persiapan yang sebegini juga bila tiba hari bahagia itu nanti. mahu yang biasa-biasa saja.

tidak mahu menyusahkan diri, keluarga, mahupun bakal zauj nanti. Allahu Allah.

syukran atas perkongsian ini.

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan. Amin ya Rabb..

~Setanggi Syurga~ said...

Tia Fatihah~ Waalaikumusalam wbt.

Alhamdulillah..moga Allah permudahkan urusan ukhti..Mulakan persiapan ilmu dari sekarang..

amin ya Rabb.. :)

aindzaya said...

alhamdulillah. tak habis banyak bajet pun, insyaAllah nanti saya menikah pun nak ikut cara akak la, penuh kesederhanaan.

aindzaya said...

alhamdulillah. tak habis banyak bajet pun, insyaAllah nanti saya menikah pun nak ikut cara akak la, penuh kesederhanaan.

Anonymous said...

:) terima kasih berkongsi.. sy da bce berulang kali entri ni.. setiap kali nk berbelnja atau strt berbelnja sy akn bce entri ni..supaya xlupa utk berserdahana..

Anonymous said...

aslmkm. boleh bagi detail tak kedai2 untuk veil dan purdah tu. btl2 berminat untuk majlis saya bulan 6 ni. ad_lkp2003@yahoo.com

Miss Aisy ~ said...

salam sis. ade buat sewa tak veil tu? kalau ade boleh email sy tak? tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...